Wednesday 15 March 2017

TIPS MUDAH ELAK PEMBENTUKAN JERAWAT

Masalah jerawat sering kali berlaku dalam kalangan remaja.  Ini kerana, semasa proses kematangan berlaku, kelenjar-kelenjar minyak menjadi aktif kerana penghasilan sebum akibat perubahan hormon. Kegagalan folikel pilosebaceous untuk berfungsi dengan baik ketika perubahan hormon dalam tempoh masa remaja akan menyebabkan jerawat tumbuh. Hormon yang dimaksudkan adalah hormone testeron.


Hormon testeron biasanya akan ditukarkan kepada dihidrotesteron di dalam kulit dan bertindak terus pada kelenjar minyak untuk meningkatkan saiz dan kadar metabolik fizikal. Individu yang mempunyai kulit sensitif akan mengalami masalah penghasilan sebum yang berlebihan ataupun mengalami kekeringan kulit yang agak ketara. 

Sebum sebenarnya sangat penting kerana ia bertindak untuk menjadi pelincir bagi membuatkan kulit lebih gebu dan lembut, lapisan pelindung kepada rambut dan kulit supaya tidak mengalami kekeringan ekstrem dan bagi mengekal kehidratan (kelembapan) kulit dan rambut.

Namun begitu, kalenjar minyak sebenarnya mengandungi sejenis bakteria iaitu propionibacterium acne. Bakteria ini mampu mengubah sebum berlebihan kepada asid lemak yang akhirnya menyebabkan jerawat dan keradangan kulit.


Walaupun remaja merupakan golongan utama yang menghadapi masalah jerawat, tidak dapat dinafikan  bahawa terdapat golongan dewasa yang berumur lebih daripada 25 tahun juga masih menghadapi masalah jerawat.

Ini kerana jerawat terjadi disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman seperti penyakit alahan, ketidakseimbangan horman tubuh dan penjagaan kulit yang salah.
Sekiranya jerawat berlaku dengan teruk, ia perlu dirawat untuk mengelakkan berlakunya parut yang berkekalan.
7 tips Elak Pembentukan Jerawat yang Wajib Anda Tahu!
Pembentukan jerawat yang sedikit dan normal adalah perkara biasa, namun begitu langkah menghindarinya dapat dilakukan bagi mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit, maka amalan penjagaan kebersihan diri dan wajah perlu dilakukan.



Antara tips elak pembentukan jerawat yang wajib anda tahu

  1) Lakukan pencucian muka dua kali sehari dengan jenis sabun pencuci muka yang bertekstur lembut dan membersih secara mendalam. Jika boleh pilihlah jenis sabun pencuci muka yang tidak terlalu mengeringkan dan boleh menghidratkan kulit. Namun begitu pencucian kulit tanpa sabun pencuci juga boleh dilakukan sebanyak 5 kali sehari ataupun lebih. Disarankan agar anda mencuci muka dengan air suam!





2)  Jangan mencuci kulit dengan kuat dan menggosoknya dengan kuat untuk menghilangkan minyak, kekotoran dan sel-sel mati pada kulit. Menggosok dengan kuat bukanlah suatu yang baik pada kulit malah perbuatan tersebut dapat menyebabkan keradangan kulit dan jerawat akan menjadi lebih teruk. Sebaliknya gunakan cara urutan ringan dan gosoklah kulit dengan lembut.
·         
 3)  Gunakan skrub wajah 1 hingga 2 kali seminggu sahaja atau 1 dalam masa 2 minggu bagi mereka yang kurang terdedah dengan aktiviti luar dan pancaran cahaya matahari. Ia bertujuan untuk membuang lebihan sebum yang tersumbat dalam liang pori, selain membuang bintik hitam dan bintik putih serta sel kulit mati. Penggunaan pencuci wajah yang lebih dari kadar yang disyorkan adalah amat merbahaya pada kulit khususnya pada kulit sensitif. Sila gunakan pencuci wajah yang mempunyai butiran yang tidak kasar malah lembut pada kulit.



 4)  Jangan memicit kulit anda yang mempunyai jerawat ataupun sebarang bintik, nodul ataupun sebarang pertumbuhan baru yang tidak diperlukan pada kulit anda. Sebaliknya jumpalah pakar kulit yang bertauliah atau pakar dermatogi di klinik dan hospital pakar untuk menyelesaikan perkara tersebut. Memicit kulit yang mempunyai jerawat bukan sahaja tidak elok pada kulit tetapi akan memburukkan lagi keadaan kulit anda sekiranya berlaku jangkitan!



5)   Sebolehnya, elakkan kulit muka anda daripada terkena cahaya matahari secara berterusan. Kulit akan mudah menjadi kering jika anda terkena cahaya matahari secara berterusan.  Pancaran sinar UV (Ultra lembayung) yang sedikit sudah cukup untuk menyerap masuk kedalam sel kulit dalam anda dengan mudah serta merosakkan struktur protein dan DNA kulit anda. Perkara ini tentunya tidak baik pada kulit kerana ia mengundang kepada keradangan dan kanser kulit. Gunakan pelindung sinaran UV samada dari jenis (SPF 10, SPF 15, SPF 25, SPF 50 dan sebagainya)

6)   Jangan selalu menukar produk pembersihan wajah dan kecantikan wajah secara kerap kerana ia mungkin menyebabkan keradangan dan alahan pada kulit anda dan menyebabkan berlakunya jerawat.

7)   Elakkan mengguna bedak padat kerana span lembap yang digunakan berkali-kali akan terperap di dalam bekas dan menggalakkan pembiakan bakteria. Gunalah bedak berasaskan mineral seratus peratus tanpa sebarang campuran bendasing yang mempunyai sifat anti-inflammatori, tidak menutupi liang pori-pori kerana molekulnya besar dan bedak yang kering tidak menggalakkan pembiakan bakteria seperti Kiss mineral mekap.

 Saya pun ada masalah jerawat jugak. Tapi alhamdulillah, sekarang dah reda dengan amalkan tips di atas dan ambil set jerawat shaklee. Maklumat lengkap mengenai set jerawat shaklee boleh anda lihat di sini



Ada masalah jerawat? Jangan lupa semak tips mudah elak pembentukan jerawat ni ye. Harap-harap semua dapat atasi masalah jerawat ni supaya boleh tampil yakin dan ceria. Jangan biarkan jerawat jadi teruk, dah berparut baru nak ikhtiar atasi masalah jerawat.

Sebarang pertanyaan, jangalah segan dan malu untuk whatsapp saya di 012-8660655.


Sekian, salam sayang.

Azieyana Aziz,
SID 1185491

No comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Copyright © Jom Tampil Sihat Dan Yakin bersama Shaklee Made with ❤ by azhafizah.com