Monday, 13 March 2017

TIPS DAN PANDUAN MELAKSANAKAN UMRAH


Alhamdulillah, dah bulan ke 3 di tahun 2017. Syukur sebab Allah masih berikan kita nafas. Allah berikan kita nyawa untuk kita terus mencari amal sebagai bekalan. Saya nampak ramai pula rakan-rakan yang bercadang nak melaksanakan umrah. Tahniah kepada rakan-rakan yang dah bersiap untuk melaksanakan umrah ye. Tapi, sebelum buat umrah, mungkin beberapa info ini boleh menjadi panduan untuk rakan-rakan. 

                             

Apa itu umrah?

Umrah (ﻋﻤﺮﻩ) ialah mengunjungi Baitullah di Makkah dengan melakukan ihram, tawaf, sa'i dan bertahallul mengikut tertib.

Umrah adalah fardhu seperti Haji. Ini adalah pendapat al-Imam as-Syafie r.a. yang al-Azhar. Ijmak Ulama mengatakan bahawa Umrah hanya wajib dilakukan sekali sepanjang hayat bagi orang yang mampu kecuali orang yang bernazar, maka dia wajib memenuhi nazarnya.

Beza antara umrha dan haji ialah umrah boleh dilaksanakan sepanjang tahun manakala haji hanya boleh dilaksanakan pada bulan haji sahaja.
Dalil daripada al-Quran ialah firman Allah Taala: Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah (Al-Baqarah 196).
Sabda Nabi yang diriwayatkan Ibnu Majah, Al-Baihaqi dan sanad yang sahih daripada Aisyah r.a. katanya:
Aku berkata : "Wahai Rasullah,apakah wanita wajib berjihad?". Sabda Baginda: "Ya, jihad yang tiada peperangan padanya iaitu haji dan umrah".

Sebelum itu, berikut merupakan panduan wajib umrah yang perlu diketahui:

Panduan Umrah – Wajib Umrah

  1. Berniat umrah di Miqat (sempadan) yang ditetapkan ataupun sebelumnya.
  2. Menjaga larangan ihram.
  3. Miqat Makani (sempadan tempat) adalah tempat yang ditetapkan bagi seseorang yang hendak mengerjakan umrah melafazkan niatnya. Niat boleh dilafazkan pada mana-mana tempat sebelum sampai ke Miqat ini. Tetapi jika sudah melampaui Miqat ini, niat umrah masih boleh dilafazkan tetapi Dam berupa seekor kambing dikenakan.

Panduan Umrah – Miqat bagi jemaah dari Asia Tenggara

  • Qarnul Manaazil – Lebih kurang 94km dari Makkah atau lebih kurang setengah jam perjalanan sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Makkah setelah mendarat di Jeddah.
  • Bir Ali (disebut juga sebagai Zulhulaifah) – Lebih kurang 10km dari Bandar Madinah atau lebih kurang 450 km dari Makkah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Madinah dan dari sana berniat ihram sebelum bergerak menuju Mekah. Ia juga menjadi Miqat untuk penduduk bandar Madinah itu sendiri.
Lain-lain miqat (dengan kapal terbang) ialah:
  • Al-Juhfah – Lebih kurang 187km dari Makkah . Ia menjadi miqat untuk penduduk Syam (Syria), Mesir dan negara-negara lain dari arah yang sama.
  • Zaatu ‘irqin – Lebih kurang 94 km dari Makkah. Miqat bagi penduduk Iraq.

Rukun Umrah

Terdapat 5 rukun umrah seperti berikut:
  1. Niat
  2. Tawaf
  3. Saie
  4. Bercukur
  5. Tertib

1. Niat

Setiap ibadah hendaklah dimulai dengan niat, Berniat untuk umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa. Berikut merupakan lafaz niat umrah"

نويت العمرة وأحرمت بها لله تعالى
Maksudnya: Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta’ala.

2. Tawaf

Niat tawaf adalah “Aku berniat Tawaf Umrah di Ka’abah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala”.
Syarat sah tawaf:


  1. Dilakukan diluar Kaabah tetapi di dalam Masjidil Haram.
  2. Tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian Kaabah semasa tawaf.
  3. Tidak boleh menggunakan laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail dengan Ka’abah (kerana Hijr Ismail juga dikira sebahagian daripada Ka’abah).
  4. Laluan tawaf hendaklah bersih dari najis.
  5. Dimulai dari belakang hajarul Aswad dan diakhiri dengan melangkah garisan yang sama.
  6. Tujuh pusingan dengan sempurna dan yakin.
  7. Mengirikan Kaabah atau mengelilingi melawan jam.
  8. Suci dari hadas kecil (berwuduk) dan hadas besar.
  9. Badan suci dari najis.
  10. Menutup aurat.

3. Saie

Sa’i ialah berjalan dari buki Safa ke bukit Marwah dan sebaliknya, sebanyak tujuh kali yang berakhir di bukit Marwah. Perjalanan dari bukit Safa ke bukit Marwah dihitung satu kali dan juga dari bukit Marwah ke bukit Safa dihitung satu kali.



Syarat sah saie:
  1. Dilakukan selepas tawaf
  2. Tujuan hendaklah semata-mata untuk Saie
  3. Dimulai dari bukit Safa dan tamat di Bukit Marwah.
  4. Genap dan sempurna bilangan 7 kali.
  5. Dari kaki bukit ke kaki bukit.
  6. Perjalanan tidak boleh terputus iaitu seseorang itu tidak boleh melencong keluar melalui satu pintu dan masuk semula dengan pintu lain.

4. Bercukur / Tahallul

Memotong rambut sekurang-kurangnya 3 helai. Afdhal untuk bercukur bagi lelaki. Bagi yang tiada rambut di kepalanya, memadai melalukan pisau di kulit kepala.
Tahallul wanita:
  1. Perempuan yang berambut panjang boleh memotong mana-mana bahagian rambutnya asalkan tidak kurang dari 3 helai.
  2. Suami boleh menggunting rambut isterinya sebelum menggunting rambutnya sendiri selepas kedua-duanya selesai Sai’e umrah. Tetapi sebaik-baiknya suami menggunting rambutnya dulu.
  3. Perempuan haid boleh bertahallul dan rambut yang dipotong dimasukkan saja ke dalam bekas yang disediakan.

5. Tertib

Kita perlu ikut tertib umrah dari niat sampailah bercukur.

Buat umrah masa muda mungkin tak ada masalah sebab badan masih cergas dan kuat. Tapi kalau buat umrah masa umur-umur dan menganjak ke angka 4, badan dah tak secergas dan sesihat usia muda. Jadi sebelum umrah, bolehlah amalkan vitamin-vitamin tambahan yang membantu untuk mencergaskan badan. InsyaAllah, bila badan kita cergas, mesti lebih bersemangat bila buat umrah. Semoga panduan melaksanaan umrah ini bermanfaat untuk anda semua dan juga saya sendiri, Amin...

Oh ya, nak dapatkan panduan vitamin yang bantu mencergaskan badan sepanjang melakukan umrah, bolehlah hubungi saya untuk perkongsian lain.

Whatsapp saya di 0128660655.


Sekian, salam sayang.

Azieyana Aziz,
SID 1185491





No comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Copyright © Jom Tampil Sihat Dan Yakin bersama Shaklee Made with ❤ by azhafizah.com