"Dah puas pakai krim macam-macam, masalah jerawat tetap sama. Paling teruk setiap kali tukar krim wajah akan jadi lebih teruk. Semua sebab bahan kimia dalam krim. Masalah jerawat memang menyakitkan hati, menyiksa jiwa dan menjatuhkan keyakinan diri. Bila jerawat tumbuh, memang rasa kalau boleh tak nak keluar rumah. Tapi sebab kerja memang hari-hari kena keluar. Lepas tu, rasa malu sangat-sangat bila kawan tegur ada jerawat nanah. Hmm, nak picit jadi lebih teruk pulak nanti."
Cukup! Tidak perlu saya sambung luahan hati anda. Hanya insan-insan yang mempunyai jerawat yang akan faham dan benar-benar terkilan dengan jerawat degil!
Tapi takkan dah nak putus asa? Mari saya kongsikan petua atasi jerawat dengan bahan semulajadi yang mudah. Kaedah ini mungkin mengambil masa yang lama berbanding produk kosmetik, tapi percayalah! Anda akan berpuas hati melihat hasilnya.
Berikut merupakan 6 petua atasi jerawat dengan bahan semulajadi yang boleh anda amalkan di rumah.
Mudah, hanya perlukan kerajinan dalam diri anda. Selamat mencuba.
1) DAUN SIRIH
Daun sirih boleh dikategorikan sebagai sayuran. Daun sirih sangat berkesan untuk menghilangkan jerawat degil. Caranya ialah dengan mengambil sehelai daun sirih dan rendam ke dalam setengah cawan air panas. Biarkan daun sirih layu. Kemudian, lapkan wajah anda dengan air daun sirih tadi. Biarkan wajah anda kering sendiri.
Petua Atasi Masalah Jerawat Dengan Bahan Semulajadi
2) AIR ASAM JAWA DAN KUNYIT HIDUP
Asam jawa dan kunyit sering digunakan dalam masakan. Namun, pernahkah kita terfikir bahawa dua benda ini membantu untuk mengatasi jerawat? Campurkan air asam jawa, beserta kunyit hidup yang telah ditumbuk halus. Kemudian, sapu pada wajah anda. Biarkan selama 20 minit sehingga 30 minit, Bilas. Amalkan sehingga jerawat benar-benar kecut.
3) KULIT KAYU MANIS
Ambil sedikit serbuk kayu manis dan campurkan dengan madu. Sapu pada wajah sebelum tidur dan bilas pada keesokan harinya. Aamalkan 3x seminggu. InsyaAllah, ia mampu atasi jerawat degil anda. Bukan setakat mengecutkan, bahkan kulit kayu manis ini juga mampu membantu mengecilkan liang pori dan menghilangkan parut pada wajah. Tapi sudah tentulah anda perlu buat dalam tempoh 3-6 bulan. Bukan terus cantik 3-6 hari ok.
Petua Atasi Masalah Jerawat Dengan Bahan Semulajadi
4) DAUN LIDAH BUAYA
Ambil daun lidah buaya. Kisar dan sapukan lendir daun lidah buaya pada wajah yang berjerawat atau pun satu muka. Amalkan 3x seminggu. Selain mengecutkan jerawat, ia mampu menyegarkan wajah bagi mengelakkan wajah berminyak!
Petua Atasi Masalah Jerawat Dengan Bahan Semulajadi
5) TIMUN
Hiris timun dan kisar. Kemudian, asingkan airnya. Hempas timun disapu pada wajah. Biarkan selama 30 minit dan bilas dengan air suam. Amalkan 3x seminggu. Oh ya, air timun jangan dibuang. Sebaiknya diminum kerana air timun sangat baik untuk kesihatan dengan membersihkan darah dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
Petua Atasi Masalah Jerawat Dengan Bahan Semulajadi
6) LEMON
Ramai yang tidak tahu khasiat lemon sebagai penyahtoksin semulajadi dalam badan. Toksin dalam badan juga menajdi salah satu penyebab jerawat. Dengan mengamalkan minum air lemon setiap pagi, ia mampu untuk membuang toksin dalam badan sekaligus meningkatkan kesegaran kulit dan mengecutkan jerawat.
6 bahan semulajadi di atas sangat berkesan untuk atasi jerawat. Anda boleh cuba, yang penting RAJIN kan diri. Jangan ingin cantik segera dan gunakan produk ada bahan kimia yang tinggi ok.
Nak sembang mengenai masalah jerawat?
Hubungi saya ye...
Azie : 012-8660655
Sekian,
Hubungi saya ye...
Azie : 012-8660655
Sekian,
Salam sayang,
Azieyana Aziz,
SID 1185491
FB: Zie Azieyana
No comments:
Post a Comment