Wednesday 21 September 2016

CERAHKAN KULIT DAN ATASI MASALAH KULIT KUSAM: JIMAT, SELAMAT, BERKESAN!


Kadang-kadang rasa terkejut! Kawan yang dulu kulit gelap sekarang dah cerah! Bukan setakat cerah pulak tu, kulit gebu dan mulus. Kulit kita pulak menggerutu, tona tak sekata dan gelap. Kusam!
Jelesnya… Macam mana nak dapatkan kulit cerah macam orang lain?





Fakta mengenai kulit gelap dan cerah

Warna kulit kita sebenarnya ditentukan oleh kehadiran sejenis pigmen yang dikenali sebagai melanin yang terbahagi kepada 2 jenis melanin yang utama iaitu PHEOMELANIN dan EUMELANIN. Melanin ini dipengaruhi sekurang-kurangnya 6 jenis genetik. Bermakna semakin banyak genetik kita yang mempunyai melanin PHEOMELANIN, maka semakin cerah kulit seseorang, dan sebaliknya seseorang yang mempunyai genetic EUMELANIN yang lebih banyak, akan cenderung mempunyai kulit yang gelap.





Dalam erti kata lain, Individu yang mempunyai kulit yang cerah mempunyai PHEOMELANIN yang lebih banyak manakala individu yang berkulit gelap mempunyai EUMELANIN yang lebih banyak.
Kadar PHEOMELANIN dan EUMELANIN pula dipengaruhi oleh Glutathione yang turut dikenali sebagai GSH. Badan manusia boleh menghasilkan glutathione dengan sendiri melalui bantuan 3 jenis asid amino iaitu cysteine, glutamate dang lysine. 

Glutathione akan bertindak untuk melawan radikal bebas dan menjadi anti oksidan. Ini bermakna, walaupun anda mempunyai kulit yang gelap, namun penghasilan glutathione berupaya untuk meningkatkan pheomelanin dan membantu mencerahkan kulit.

Apakah faktor yang menyebabkan kulit kusam?

Kulit kita secara zahirnya bermula dengan kulit yang sihat. Namun, pengambilan makanan serta radikal bebas menyebabkan sel kulit kita terjejas. Semakin teruk tahap pendedahan kulit kepada radikal bebas, semakin banyak sel kulit yang mati menyebabkan kulit kita menjadi kusam
   

Begitu juga dengan pengambilan makanan yang tidak sihat yang mengandungi bahan kimia yang tinggi. Ia akan menyebabkan sel kulit sukar untuk diperbaiki. Untuk menentang radikal bebas dan memperbaiki sel kulit, badan kita memerlukan vitamin c yang mencukupi bagi membantu proses memperbaiki sel.


Bagaimana cara untuk cerahkan kulit dan atasi masalah kulit kusam paling mudah?

Pasti anda sering mendengar kebaikan vitamin C untuk mendapatkan kulit yang cerah dan mengatasi masalah kulit kusam.




Sangat benar! Kerana itu ramai artis yang mengamlkan pengambilan vitamin C untuk atasi masalah kulit kusam sekaligus mencerahkan kulit mereka. Ini kerana, Vitamin C dan Glutathione mempunyai hubungan yang positif. Pengambilan vitamin C akan membantu meningkatkan paras Glutathione di dalam darah. Glutathione pula akan meransang penghasilan Pheomelanin serta menghalang enzim tyrosinase dari meningkatkan paras eumelanin yang menjadi faktor kepada pembentukan kulit yang lebih gelap.

2 cara mudah Vitamin C atasi masalah kulit kusam dan cerahkan kulit...

1. Bantu menentang radikal bebas
Radikal bebas akan menyebabkan sel kulit kita terjejas dan juga musnah. Bila sel kulit kita terjejas, maka kulit akan turut berubah menjadi kusam. Vitamin C bantu mempercepatkan proses pembaikan sel untuk merawat kulit daripada dalam!




2. Bantu meningkatkan penghasilan collagen
Vitamin C sangat diperlukan untuk penghasilan collagen. Bila badan kita mendapat sumber vitamin C yang cukup, maka ia akan meningkatkan paras collagen di dalam badan yang menjadi salah satu agen mencerahkan kulit.



Kenapa pilih Vitamin C Shaklee?

Terdapat banyak vitamin C yang berada di pasaran sekarang. Kemunculan vitamin C dari brand yang pelbagai kadangkala membuatkan kita berfikir apakah perbezaan vitamin C brand X dan Y?


Berikut merupakan 3 sebab kenapa anda WAJIB pilih Vitamin C Shaklee berbanding jenama lain



1. Tekonolgi Pelepasan Berterusan

Tahukah anda bahawa vitamin C Shaklee merupakan satu-satunya vitamin C di pasaran yang mempunyai teknologi pelepasan berterusan!



Setiap jam selama 5 jam, 100 mg vitamin C akan dilepaskan ke dalam salur darah bagi memberikan vitamin C yang berterusan di dalam darah kita. Dengan cara ini, ia dapat mengekalkan paras kolagen yang tinggi untuk mencerahkan kulit dan membantu membaiki sel untuk mengelakkan kulit kusam!


2. Berkesan

Vitamin C Shaklee dicampur dengan Bioflavanoid. Bioflavanoid ini merupakan vitamin P yang dicampur untuk melipatgandakan kesan Vitamin C. Kelebihan ini menyebabkan Vitamin C Shaklee sangat berkesan untuk mengatasi masalah kulit kusam dan mencerahkan kulit anda!





3. Selamat

Disebabkan oleh manfaat vitamin c, ramai pengeluar yang menghasilkan vitamin c dengan campuran bahan kimia untuk kos yang lebih rendah dan juga keberkesanan yang lebih cepat. Ini bermakna, vitamin C yang dihasilkan tidak bersifat semulajadi dan mengandungi bahan kimia yang akan merosakkan sistem tubuh badan anda dalam jangka masa panjang. 

Anda perlu berjati-hati! Kandungan kimia dalam jangka panjang boleh meransang pembentukan sel kanser!


Vitamin C Shaklee hanya dikeluarkan dan dipasarkan hanya selepas lebih kurang 83 ujian klinikal ialah Vitamin C sustained released Shaklee!



Ujian klinikal pengamal supplemen Shaklee adalah lebih sihat berbanding individu yang mengambil jenama lain atau langsung tidak mengambil apa-apa supplemen.





Jom tengok testimoni pengguna vitamin c Shaklee


Masalah jerawat dan kulit kusam cerah dengan 3 bulan pengambilan vitamin C

Masalah jerawat pasir. Jerawat berkurang dalam tempoh sebulan pengambilan vitamin C
Kuli gelap dan kusam, cerah dengan 3 bulan pengambilan


Wajah berminyak dan gelap, cerah dengan 2 bulan pengambilan



Kenapa beli dari saya?



Sebab saya akan ajar anda cara pengambilan yang betul. Saya juga akan bantu anda mengenalpasti masalah kulit anda untuk mendapatkan kesan yang optimum!





Ingin dapatkan vitamin c yang dijamin selamat dan berkesan? Pilihah vitamin C Shaklee.
Boleh hubungi/ Whatsapp saya di 0128660655
Sekian, salam sayang.

Azieyana Aziz,
SID 1185491

FB: Zie Azieyana


Thursday 15 September 2016

KELEBIHAN ESP SHAKLEE UNTUK MASALAH JERAWAT DAN WAJAH BERMINYAK

Masalah jerawat dan wajah berminyak banyak dikaitkan dengan cara pemakanan seseorang.
Menurut Dr Peter (Salah seorang ahli Persatuan Dematologi Malaysia) individu yang mempunyai diet tinggi kandungan gula dan produk tenusu akan cenderung mempunyai masalah jerawat dan wajah berminyak.


Kandungan gula yang tinggi dan produk tenusu mengundang jerawat dan masalah kulit berminyak


Ini kerana kandungan gula dan produk tenusu akan menyebabkan penghasilan minyak yang berlebihan pada sebum wajah dan meransang pembentukan jerawat.



Kelebihan EP Shaklee untuk masalah jerawat dan wajah berminyak

ESP merupakan soya yang didatangkan dalam serbuk sebagai makanan tambahan untuk kesihatan.

ESP dicipta oleh Dr Forest Shaklee pada tahun 1961 dan merupakan soy isolated pertama didunia. Ia dihasilkan daripada soya berkualiti tinggi non-GMO.



Apa itu isolated dan non-GMO?

Isolated atau pun isolation merupakan proses pengasingan yang menghasilkan produk yang terdiri daripada 93 sehingga 97 % protein dengan cara membuang lemak dan karbohidrat. Protein yang terhasil daripada soya yang berasaskan tumbuhan menyediakan semua 9 asid amino yang diperlukan badan untuk membaiki, membina dan membantu mengekalkan tisu dalam badan manusia

Non-GMO pula merupakan non-genetically modified organism. Bahasa mudahnya, bahan makanan yang tidak dicampur dengan bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan manusia. 



Jika anda selalu mendengar perkhabaran soya tidak baik untuk kesihatan, ini kerana kandungan soya tersebut adalah GMO. Proses ekstrak soya diambil dari soya yang mengandungi baja kimia seperti nitrat untuk meningkatkan penghasilan soya tersebut. Kerana itu, kajian mendapati individu
yang meminum soya kotak mempunyai kecenderungan tinggi untuk mendapat kanser. Kerana bahan kimia yang terdapat pada soya tersebut. 




Sebaliknya, ESP ditanam dan dijaga tanpa baja kimia, sehingga proses menghasilkan ekstrak soya serbuk juga dikawal suhu penghasilannya untuk mengelakan protein soya tersebut musnah.


Kajian mengenai ESP Shaklee yang turut dikaji oleh pihak ke-3


Bagaimana ESP membantu masalah jerawat dan wajah berminyak?

ESP mengandungi protein yang berkualiti tinggi. Protein berasaskan tumbuh tumbuhan sebenarnya lebih baik berbanding protein daripada haiwan seperti daging, ayam dan ikan. Protein diperlukan oleh badan kita untuk memperbaiki sel dalam tubuh.


Penghasilan minyak yang berlebihan pada wajah juga menggambarkan sel tubuh kita yang tidak sihat. Dengan mengamalkan ESP, ia akan membantu memperbaiki sel yang mengawal penghasilan minyak pada wajah. Bila penghasilan minyak pada wajah berada pada paras yang normal, maka ia dapat mengelakkan wajah berminyak, sekaligus mengelakkan pertumbuhan jerawat.

Bahkan, dengan ESP, ia juga dapat membantu menghilangkan parut jerawat pada wajah. Ini kerana parut juga merupakan petanda sel di bawah lapisan kulit kita telah rosak. ESP bantu baiki sel rosak yang terzahir menjadi parut jerawat pada wajah.



Jom lihat testimoni ESP untuk masalah jerawat dan wajah berminyak.






Bonus untuk mereka yang ingin mendapatkan berat badan ideal, ESP membantu memberi rasa kenyang yang lebih lama. Indeks Glisemik yang rendah pada ESP akan menghuraikan karbohidrat secara perlahan-lahan berbanding nasi mahupun roti yang lebih cepat. Ia menyebabkan anda kenyang lebih lama. Jadi, kecenderungan untuk anda makan dalam kuantiti yang berlebihan adalah kurang. Akak sendiri dah turun sebanyak 7 kg dalam tempoh 3 bulan pengambilan.

Nak atasi masalah jerawat dan wajah berminyak dengan berkesan? Hubungi saya untuk sesi konsultasi di  012-8660655

Sekian, salam sayang.

Azieyana Aziz,
SID 1185491

Sunday 11 September 2016

DERITA JERAWAT KRONIK TERSALAH GUNA PRODUK PENJAGAAN WAJAH


Semakin banyak produk penjagaan wajah muncul di pasaran. Dengan pelbagai jenama dan menjanjikan fungsi sempurna untuk wajah anda.



Persoalannya, selamatkah semua produk tersebut?
Banyak kes yang menunjukkan wajah menjadi semakin teruk selepas menggunakan pelbagai jenis produk penjagaan wajah. Kes terbanyak ialah derita jerawat kronik akibat tersalah guna produk penjagaan wajah.




Pada awalnya, memang produk penjagaan wajah tersebut memberi kesan yang amat memberansangkan, wajah semakin putih, liang pori mengecil dan tona kulit sekata. Tapi ia tidak akan bertahan lama. Sekurang-kurangnya setelah 6 bulan, apabila bahan kimia tersebut sudah tepu pada wajah anda, tindak balas keradangan kulit akan berlaku. Ini kerana bahan kimia yang digunakan dalam produk tersebut mula bertindak balas pada kulit anda. Akhirnya, pengguna mengalami derita jerawat kronik.

“Aku dah pakai produk ni 2 tahun, ok je pun.”




1 kes lagi, wajah anda akan kelihatan elok sentiasa selagi mana anda menggunakan produk tersebut. Tapi, bila anda berhenti menggunakan produk tersebut, barulah ia akan memberi kesan negatif. Contohnya jerawat nanah dan bengkak. Akhirnya, anda menderita jerawat kronik.
Cuba lagi produk lain yang baru muncul, jerawat bertambah kronik.

Jadi, di sini saya ingin kongsikan 4 tips memilih produk penjagaan wajah

1)  Pastikan produk tersebut mempunyai bukti bertulis mengenai keselamatan produk. Bukti berulis mestilah daripada pihak ke-3 ya. Bukan syarikat tu yang keluarkan. Kalau syarikat tu yang keluarkan sendiri, mestilah tulis yang baik-baik sahaja kan.

2)    Kesan seawal seminggu. Ini paling bahaya ya! Hanya produk yang mempunyai bahan kimia yang akan memberi kesan sepantas itu. Jadi jangan senang hati bila produk yang anda guna beri kesan cepat dan pantas!

3)    Pastikan produk yang anda gunakan mempunyai label kandungan pada kotak produk. Kebanyakan produk baru yang dikeluarkan tidak mempunyai kandungan. Jadi bagaimana untuk anda tahu ia selamat tanpa bahan kimia? Sekadar anda dimomokkan dengan iklan produk tersebut, masih tidak cukup.

4)      Pastikan produk tersebut telah mempunyai “review” dari pelanggan lain. Sekurang-kurangnya review mestilah 3 tahun ke atas ya. Kalau review baru 3, 4 bulan, kita belum tahu keselamatan produk dalam jangka panjang. Kerana itulah sangat bahaya untuk anda beli produk yang baru muncul sebulan dua. Andalah yang menjadi bahan uji kaji kemandirian produk tersebut

Kepentingan Landmark Study untuk sesuatu produk

Landmark study merupakan satu kajian saintifik terhadap produk yang dijalankan oleh pihak ke-3 yang tidak berkaitan langsung dengan syarikat yang dikaji. Ia bertujuan untuk mengkaji keberkesanan sesuatu produk. Hasil kajian yang dilaksanakan turut diterbitkan di dalam jurnal.

Tahukah anda, Shaklee merupakan satu-satunya pengeluar produk kesihatan yang sanggup melaksanakan landmark study. Shaklee sebenarnya berhadapan dengan risiko besar dengan bersetuju untuk melaksanakan landmark study ini. Bayangkan jika hasil kajian yang dilaksanakan menunjukkan bahawa produk Shaklee memberi impak negatif kepada pengguna? Mahu tidak mahu, jika sesuatu pihak bersetuju untuk produknya dijadikan sebagai ujikaji oleh pihak ke-3, hasilnya wajib diterbitkan. Dan Shaklee berani menyahut cabaran produknya dikaji untuk membuktikan ia memberi kebaikan kepada orang ramai.



Oleh itu, satu kajian landmark study oleh Dr Glady Blocks, seorang pakar EPidemiology dan Public Health dijalankan dengan 3 jenis kelompok responden.  Atu kumpulan responden yang tidak langsung tidak mengambil supplimen, satu kumpulan yang mengambil jenis supplimen lain dan satu kumpulan pengguna Shaklee sebagai kumpulan responden.

Landmark study Shaklee telah dijalankan selama 3 tahun dari 2004 hingga 2007 memang menunjukkan pengguna vitamin Shaklee mendapat kesihatan yang lebih baik, berbanding dengan pengamal vitamin lain, dan juga bukan pengamal suplemen. 



Ini cukup membuktikan bahawa Shaklee merupakan pengeluar produk supplimen kesihatan yang langsung tidak memberikan impak negatif kepada penggun. Bahkan boleh dikatakan Shaklee merupakan pengeluar supplimen kesihatan terbaik dunia!

Untuk mereka yang menghadapi masalah jerawat kronik, Shaklee juga mempunyai solusi terbaik untuk anda!

Cadangan Produk untuk Jerawat Kronik

Tahukah anda, jerawat kronik bukan sahaja memerlukan penjagaan dari luar, sebaliknya juga penjagaan dalaman yang akan membantu mengatasi masalah dengan lebih efektif?



VITAMIN C SUSTAINED RELEASED SHAKLEE

Vitamin C merupakan vitamin yang sangat diperlukan untuk kulit. Pengambilan vitamin C akan membantu proses pembaikan kulit. Contohnya kulit yang berjerawat merupakan satu simptom keradangan kulit. Dengan vitamin C, ia akan mengurangkan keradangan kulit sekaligus mengatasi masalah jerawat kronik.

Vitamin C shaklee pula merupakan satu-satunya vitamin yang bersifat sustained released, iaitu setiap jam selama 5 jam, 100 mg vitamin C akan dilepaskan ke dalam badan. Vitamin lain akan lepaskan secara sekaligus. Dengan vitamin C ini, anda akan mendapat manfaat optimum yang lebih banyak!

Atasi jerawat kronik dengan rawatan mudah dan selamat

Lagi manfaat Vitamin C:
  • MENGANJALKAN KULIT
  • MENINGKATKAN PENGHASILAN KOLAGEN 
  • MEMBANTU MENENTANG BAKTERIA JERAWAT
  • MEMBANTU MEMBUANG TOXIN DALAM BADAN
  • PUDARKAN PARUT JERAWAT DENGAN CEPAT



GLA COMPLEX SHAKLEE:

Fungsi utama GLA ialah menstabilkan hormon yang menjadi punca utama jerawat, di samping membekalkan khasiat vitamin E yang sama seperti Sun Flower Seed Oil.

Atasi jerawat kronik dengan rawatan mudah dan selamat

Lagi manfaat GLA Complex:
  • KECUTKAN JERAWAT DENGAN CEPAT
  • KAWAL KETIDAK SEIMBANGAN HORMON
  • KAWAL PEMBENTUKAN MINYAK BERLEBIHAN
  • PUDARKAN FLEK HITAM JERAWAT
  • MENYEKATAKAN TONA KULIT WAJAH



GARLIC COMPLEX SHAKLEE

Garlic sangat berkesan untuk menghapuskan baketeria jerawat, antifungus dan anti kulat. Bahkan, Garlic merupakan suppliment utama dalam kalangan orang jepun dan Korea!

Atasi jerawat kronik dengan rawatan mudah dan selamat


Lagi manfaat Garlic Complex:
  • MENGUATKAN SISTEM IMUN MENENTANG BAKTERIA JERAWAT
  • MEMBUANG TOXIN DALAM BADAN
  • MENGURANGKAN RASA SAKIT DAN PEDIH LUKA JERAWAT
  • MEMATIKAN BAKERIA JERAWAT


Rawatan Penjagaan Muka Dari Luar

Selain daripada rawatan dalaman, penjagaan daripada luar sangat penting untuk individu yang mempunyai masalah jerawat kronik. Masalah jerawat ini akan menyebabkan anda turut menghadapi masalah kulit sensitif. Untuk masalah kulit sensitif, penggunaan skin care yang bebas kimia sangat penting untuk memeperbaiki struktur kulit yang sensitif.


Untuk penggunaan skin care yang bebas bahan kimia dan mampu memberikan nutrient lengkap pada wajah anda, cukup dengan satu pencuci muka bebas kimia ini! 



GENTLE DEEP FOAMING CLEANSER SHAKLEE

Gentle Deep Foaming Cleanser merupakan produk pencuci muka yang bertindak menyahtoksin toksin pada lapisan kulit wajah, mengawal sebum minyak dan mencerahkan kulit wajah.

Atasi jerawat kronik dengan rawatan mudah dan selamat


Lagi manfaat Gentle Deep Foaming Cleanser:

  • NYAHTOKSIN BAHAN KIMIA PADA WAJAH
  • MENGHILANGKAN WHITEHEAD
  • MENGHILANGKAN BLACKHEAD
  • MENCERAHKAN WAJAH
  • MENGAWAL PENGHASILAN SEBUM MINYAK
Berikut antara testimoni penggunaan Set Jerawat Shaklee ini


Testimoni 1: Atasi jerawat kronik dengan rawatan mudah dan selamat



Testimoni 2:  Atasi jerawat kronik dengan rawatan mudah dan selamat



Testimoni 3:  Atasi jerawat kronik dengan rawatan mudah dan selamat




Testimoni 4:  Atasi Jerawat, Cepat dan Selamat



Testimoni 5:  Atasi jerawat kronik dengan rawatan mudah dan selamat

Testimoni 6: Atasi jerawat kronik dengan rawatan mudah dan selamat



Anda ingin saya ajar step by step cara hilangkan jerawat dengan berkesan?

Anda menderita jerawat kronik akibat tersalah guna produk penjagaan wajah? Saya bantu anda atasi masalah tersbut. Mudah sahaja. Anda hanya perlu hubungi/Whatsapp saya di 0128660655.

Saya akan ajar step by step cara pengambilan yang betul untuk memaksimakan kesan pengambilan anda!

Sekian, salam sayang.

Azieyana Aziz,
SID 1185491



FB: Zie Azieyana

Saturday 10 September 2016

ATASI MASALAH HAID TIDAK TERATUR DAN TINGKATKAN KESUBURAN


Ramai yang mempunyai masalah haid tidak teratur, namun menganggapnya sebagai suatu perkara biasa, sehinggalah setelah berkahwin, berusaha 2 sehingga 3 tahun, masih belum mempunyai anak. Mungkin belum rezeki, tapi mungkin juga sebab anda mempunyai tahap kesuburan yang rendah. Tapi jangan sampai rumah tangga anda bermasalah ya.



Sila klik video ini untuk lebih memahami masalah haid tidak teratur: https://vimeo.com/116725634

Berikut merupakan antara punca haid tidak teratur.

1.      Hormon yang tidak seimbang
2.      Stress
3.      Berat badan tidak ideal
4.      Pengambilan ubat-ubatan tertentu
5.      Kekurangan nutrisi penting dalam badan

Apakah Kesan Haid Tidak Teratur?
1)      Cyst atau fibroid
2)      Kesukaran untuk hamil.

Cara Atasi Masalah Haid Tidak Teratur

Harus dan perlu, untuk mengatasi masalah haid tidak teratur, anda harus mengambil supplimen yang membantu mengawal hormone sekaligus kitaran haid. Bahkan, jika anda merujuk kepada doktor di hospital, anda turut akan diberikan ubat bagi menyeimbangkan hormon. Namun begitu, ramai yang menghadapi masalah haid tidak teratur ini tidak berhasil mengatasi masalah haid tidak teratur.



Oleh itu, saya mencadangkan kepada anda GLA Complex Shaklee yang fungsinya sama seperti Evening Primrose Oil atau lebih dikenali sebagai EPO.
GLA Shaklee mengandungi gamma linolic acid yang membantu mengekalkan kesimbangan hormon dan mengawal kitaran haid. Selain itu, GLA juga sangat baik dalam membantu mengecutkan cyst atau pun fibroid pada rahim wanita.Kebanyakan wanita yang mengalami masalah haid tidak teratur juga menghidap cyst atau fibroid tanpa mereka sedari. Dengan GLA, ia akan dapat membantu mengecutkan cyst atau fibroid.


Jika anda merasa kitaran haid anda adalah sangat tidak teratur, seeloknya anda turut mengambil Vivix Shaklee. Kandungan resveratrol dalam Vivix membantu mengawal keseluruhan sistem badan secara normal. Kandungannya yang tinggi anti oksidan akan meningkatkan kesuburan wanita mahupun lelaki dan juga mengecutkan ketembuhan yang terdapat pada rahim. Dengan cara ini, kitaran haid akan berubah normal sekaligus meningkatkan tahap kesuburan anda.




Berikut saya sertakan beberapa Testimoni Atasi Masalah Haid Tidak Teratur dan Tingkatkan Kesuburan







Hubungi saya di 0128660655 untuk pertanyaan lanjut dan dapatkan sesi konsultasi berkesan!

Sekian, salam sayang.

Azieyana Aziz,
SID 1185491


FB: Zie Azieyana

Friday 9 September 2016

4 JENIS MAKANAN YANG WAJIB ANDA TINGGALKAN UNTUK ATASI MASALAH JERAWAT



Anda tak akan baca entri ini jika anda tidak mempunyai masalah jerawat kan? Jerawat bukan sahaja berpunca daripada luar kulit. 80% masalah jerawat berpunca daripada dalam. Dan salah satu punca jerawat berlaku adalah akibat penngambilan makanan yang tidak sihat.



Berikut merupakan antara makanan yang tidak sihat yang sering kita ambil dan menyebabkan berlakunya masalah jerawat.

Makanan berminyak

Salah satu penyumbang utama kepada pertumbuhan jerawat ialah sebum minyak yang terlalu aktif pada wajah. Sebum minyak yang aktif pada wajah adalah disebabkan oleh hormone yang tidak menentu dalam tubuh badan kita. Ia menjadi faktor pembentukan jerawat dengan cepat. Bila anda ambil makanan berminyak, ia akan menambah kadar penghasilan minyak pada wajah anda. Itulah sebab jerawat anda tak akan surut. Jadi, kurangkan ambil makanan berminyak jika anda mempunyai masalah jerawat.




Makanan berasaskan produk tenusu

Makanan berasaskan produk tenusu jika diambil dalam kuantiti yang sedikit adalah baik untuk kesihatan. Antara produk tenusu ialah susu, keju, marjerin, mentega, kek dan lain-lain. Namun begitu, untuk individu yang mempunyai masalah jerawat, sebaiknya elakkan pengambilan produk tenusu. Ini kerana kebanyakan produk tenusu mengandungi hormon dan lemak yang tinggi menyebabkan berlakunya alahan pada kulit dan dizahirkan dalam bentuk jerawat.



Makanan Berasaskan Karbohidrat – Kandungan Gula Yang Tinggi

Karbohidrat sangat penting untuk membekalkan tenaga pada tubuh manusia. Namun, penghasilan makanan berasaskan karbohidrat yang diproses dengan kandungan gula yang tinggi juga merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada pembentukan jerawat. Ini kerana gula merupakan makanan utama kepada parasite di dalam badan tubuh badan manusia. Bakteria jerawat merupakan antara parasite yang bertindak aktif dengan kehadiran kandungan gula yang tinggi dalam tubuh badan kita.




Minuman Berkafein dan Berkarbonat

Pengambilan kafein yang berlebihan akan menyebabkan kalenjar adrenalin merembeskan hormone penyebab stress dan mengganggu sistem normal tubuh anda dan menghasilkan jerawat. Minuman berkarbonat yang mempunyai kandungan gula yang tinggi pula bukan sekadar menggalakkan pembiakan bakteria, bahkan juga menggalakkan penghasilan minyak berlebihan pada wajah.





Untuk mengatasi masalah jerawat melalui pemakanan, pastikan anda mengambil makanan-makanan yang berkhasiat yang memperbaiki sistem tubuh badan kita. Antaranya ialah:

1.      Buah-buahan dan Sayur-sayuran

Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan vitamin C untuk membantu penghasilan kolagen semulajadi dalam tubuh badan manuia. Kolagen yang cukup akan membantu memperbaiki struktur kulit yang berjerawat.

2.      Minum air sekurang-kurangnya 2L sehari

Air merupakan elemen terpenting untuk membersihkan tubuh badan manusia. Pengambilan air yang cukup akan membantu membuang toksin penyebab jerawat di dalam badan kita.

3.      Makan makanan berserat tinggi

Makanan berserat tinggi seperti susu krim rendah lemak, tuna, Omega 3, ayam organik, salad, jus buah-buahan, yogurt dan roti wholemeal akan membantu meningkatkan kekebalan tubuh bagi menentang bakteria jerawat.

4.      Amalkan cara memasak yang kurang minyang seperti memanggang, stim atau membakar


Amalan ini dapat mengurangkan pengambilan makanan berminyak. Secara tidak langsung ia akan membantu mengawal penghasilan minyak pada wajah yang manjadi punca pembentukan jerawat. Jangan lupa untuk ambil supplimen tambahan jika anda rasa badan anda kekurangan nutrient yang diperlukan tubuh.





Selamat berusaha untuk semua yang menghadapi masalah jerawat! Saya sudah berjaya atasi masalah jerawat saya, anda juga boleh dengan semangat yang tinggi! Jom tampil sihat dan yakin.

Boleh Whatsapp saya di 0128660655 jika inginkan konsultasi masalah jerawat.  

Sekian, salam sayang.

Azieyana Aziz,
SID 1185491

FB: Zie Azieyana

Contact Form

Name

Email *

Message *

Copyright © Jom Tampil Sihat Dan Yakin bersama Shaklee Made with ❤ by azhafizah.com