Friday 9 September 2016

PETUA ATASI MASALAH DARAH TINGGI


Penyakit darah tinggi merupakan satu keadaan di mana berlaku tekanan darah secara berterusan iaitu tekanan sistolik mencapai 140 mmHg dan tekanan diastolic melebihi 90 mmHg.




Mengapa dan bagaimana darah tinggi boleh berlaku? Berikut saya senaraikan beberapa punca penyakit darah tinggi.

Punca darah tinggi

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya darah tinggi.

1.      Pengambilan garam yang berlebihan
2.      Stress
3.      Keturunan
4.      Obesiti
5.      Merokok
6.      Amalan pemakanan yang tidak sihat

3 petua asas kawal masalah darah tinggi?

Menjaga Pola Pemakanan

Untuk penghidap masalah darah tinggi, penjagaan makanan merupakan perara terpenting untuk mengaawal masalah tersebut. Penghidap masalah darah tinggi perlu memilih makanan yang kaya nutrisi. Kurangkan dan seboleh-bolehnya elakkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam, gula dan lemak. Ia dapat mengelakkan salur darah daripada tersumbat dan pengaliran darah dapat berjalan dengan baik bagi mengelakkan tekanan darah tinggi.



Melakukan Senaman Secara Teratur

Bergerak secara aktif mampu meningkatkan pengaliran darah dalam tubuh badan kita. Untuk pesakit darah tinggi, senaman secara teratur amat penting bagi tujuan membakar lemak dalam salur darah yang mampu menyebabkan salur darah tersumbat. Lakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 20 minit setiap hari akan membantu mengurangkan risiko salur darah tersumbat dan mengawal tekanan darah tinggi.




Tangani Stress Dengan Baik

Stress akan menyebabkan tubuh kita menghasilkan bahan kimia yang pada akhirnya mengakibatkan pembuluh darah mengalami penyempitan dan jantung akan berdegup dengan lebih pantas. Kedua-dua situasi ini akan menggalakkan tekanan darah naik pada paras yang tinggi. Oleh yang demikian, sangat penting untuk penghidap darah tinggi menangani stress dengan baik dan berkesan.





Cara di atas merupakan petua asas atasi masalah darah tinggi. Bolehkah penyakit darah tinggi ini diatasi?

Sudah tentu boleh. Dengan rawatan pengambilan makanan berbentuk supplimen, masalah darah tinggi ini boleh diatasi.
Saya kongsikan kepada anda supplimen terbaik untuk mambantu pesakit darah tinggi mengatasi masalah darah tinggi ini.


Rawatan untuk pesakit darah tinggi

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan makanan yang kaya dengan resveratrol sangat membantu untuk mengurangkan tekanan darah tinggi. Resveratrol dapat menurunkan trigliserida, LDL dan lemak berlebihan dalam darah serta mengawal nisbah kolestrol HDL dan LDL. Resveratrol dalam vivix juga berperanan untuk membersihkan pembuluh darah yang akan membantu menurunkan kepekatan darah dan mencegah terbentuknya pembekuan darah. Secara tidak langsung, ia akan dapat mencegah darah tinggi daripada berlaku.



Inginkan bukti?
Saya sertakan beberapa testimoni pengguna Vivix untuk masalah darah tinggi




Jangan ambil remeh penyakit darah tinggi ini. Kerana ia merupakan penyakit pemula kepada stroke dan penyakit jantung yang boleh membawa maut.

Segera dapatkan rawatan doktor dan berikhtiarlah dengan vivix agar proses menurunkan tekanan darah dapat dilakukan dengan konsisten bagi mengatasi masalah tersebut.

Hubungi saya di 0128660655 untuk info lanjut. Saya akan memberikan konsultasi terbaik untuk anda beserta potongan istimewa untuk mendapatkan vivix ini!

Sekian, salam sayang.

Azieyana Aziz,
SID 1185491


FB: Zie Azieyana

No comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Copyright © Jom Tampil Sihat Dan Yakin bersama Shaklee Made with ❤ by azhafizah.com