Friday, 9 September 2016

4 JENIS MAKANAN YANG WAJIB ANDA TINGGALKAN UNTUK ATASI MASALAH JERAWAT



Anda tak akan baca entri ini jika anda tidak mempunyai masalah jerawat kan? Jerawat bukan sahaja berpunca daripada luar kulit. 80% masalah jerawat berpunca daripada dalam. Dan salah satu punca jerawat berlaku adalah akibat penngambilan makanan yang tidak sihat.



Berikut merupakan antara makanan yang tidak sihat yang sering kita ambil dan menyebabkan berlakunya masalah jerawat.

Makanan berminyak

Salah satu penyumbang utama kepada pertumbuhan jerawat ialah sebum minyak yang terlalu aktif pada wajah. Sebum minyak yang aktif pada wajah adalah disebabkan oleh hormone yang tidak menentu dalam tubuh badan kita. Ia menjadi faktor pembentukan jerawat dengan cepat. Bila anda ambil makanan berminyak, ia akan menambah kadar penghasilan minyak pada wajah anda. Itulah sebab jerawat anda tak akan surut. Jadi, kurangkan ambil makanan berminyak jika anda mempunyai masalah jerawat.




Makanan berasaskan produk tenusu

Makanan berasaskan produk tenusu jika diambil dalam kuantiti yang sedikit adalah baik untuk kesihatan. Antara produk tenusu ialah susu, keju, marjerin, mentega, kek dan lain-lain. Namun begitu, untuk individu yang mempunyai masalah jerawat, sebaiknya elakkan pengambilan produk tenusu. Ini kerana kebanyakan produk tenusu mengandungi hormon dan lemak yang tinggi menyebabkan berlakunya alahan pada kulit dan dizahirkan dalam bentuk jerawat.



Makanan Berasaskan Karbohidrat – Kandungan Gula Yang Tinggi

Karbohidrat sangat penting untuk membekalkan tenaga pada tubuh manusia. Namun, penghasilan makanan berasaskan karbohidrat yang diproses dengan kandungan gula yang tinggi juga merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada pembentukan jerawat. Ini kerana gula merupakan makanan utama kepada parasite di dalam badan tubuh badan manusia. Bakteria jerawat merupakan antara parasite yang bertindak aktif dengan kehadiran kandungan gula yang tinggi dalam tubuh badan kita.




Minuman Berkafein dan Berkarbonat

Pengambilan kafein yang berlebihan akan menyebabkan kalenjar adrenalin merembeskan hormone penyebab stress dan mengganggu sistem normal tubuh anda dan menghasilkan jerawat. Minuman berkarbonat yang mempunyai kandungan gula yang tinggi pula bukan sekadar menggalakkan pembiakan bakteria, bahkan juga menggalakkan penghasilan minyak berlebihan pada wajah.





Untuk mengatasi masalah jerawat melalui pemakanan, pastikan anda mengambil makanan-makanan yang berkhasiat yang memperbaiki sistem tubuh badan kita. Antaranya ialah:

1.      Buah-buahan dan Sayur-sayuran

Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan vitamin C untuk membantu penghasilan kolagen semulajadi dalam tubuh badan manuia. Kolagen yang cukup akan membantu memperbaiki struktur kulit yang berjerawat.

2.      Minum air sekurang-kurangnya 2L sehari

Air merupakan elemen terpenting untuk membersihkan tubuh badan manusia. Pengambilan air yang cukup akan membantu membuang toksin penyebab jerawat di dalam badan kita.

3.      Makan makanan berserat tinggi

Makanan berserat tinggi seperti susu krim rendah lemak, tuna, Omega 3, ayam organik, salad, jus buah-buahan, yogurt dan roti wholemeal akan membantu meningkatkan kekebalan tubuh bagi menentang bakteria jerawat.

4.      Amalkan cara memasak yang kurang minyang seperti memanggang, stim atau membakar


Amalan ini dapat mengurangkan pengambilan makanan berminyak. Secara tidak langsung ia akan membantu mengawal penghasilan minyak pada wajah yang manjadi punca pembentukan jerawat. Jangan lupa untuk ambil supplimen tambahan jika anda rasa badan anda kekurangan nutrient yang diperlukan tubuh.





Selamat berusaha untuk semua yang menghadapi masalah jerawat! Saya sudah berjaya atasi masalah jerawat saya, anda juga boleh dengan semangat yang tinggi! Jom tampil sihat dan yakin.

Boleh Whatsapp saya di 0128660655 jika inginkan konsultasi masalah jerawat.  

Sekian, salam sayang.

Azieyana Aziz,
SID 1185491

FB: Zie Azieyana

No comments:

Post a comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Copyright © Jom Tampil Sihat Dan Yakin bersama Shaklee Made with ❤ by azhafizah.com