Monday 17 April 2017

PENGEDAR SHAKLEE TENOM YANG MESRA DAN CEKAP!

Hai semua!

Kamu ada di kawasan Tenom? Mahu dapatkan produk Shaklee dengan Pengedar Shaklee Tenom yang mesra dan cekap?

Mari saya kenalkan kamu semua dengan pengedar Shaklee Tenom!

Mardhiyyah Binti Md Sahmilin, atau pun boleh panggil beliau Cik Mar.



Beliau bertugas sebagai seorang guru di Tenom. Dalam masa yang sama, beliau juga menjadi pengedar shaklee Tenom untuk anda semua yang ingin mendapatkan produk Shaklee.


Kelebihan Cik Mar Sebagai Pengedar Shaklee Tenom


Cik Mar merupakan pengguna produk Shaklee yang popular untuk kulit cantik iaitu ESP. Pada mulanya Cik Mar hanya ambil untuk masalah gastrik beliau. Tapi lepas beberapa tong ESP, bukan sahaja gastrik hilang, malah kulit pun tambah gebussss gitu. Hehehe. 
Tapi di kawasan Tenom susah mau dapat produk Shaklee kan? Jadi Cik Mar terus buat keputusan untuk menjadi Pengedar Shaklee Tenom.
Sebagai ejen Shaklee Tenom, Cik Mar tahu cara pengambilan produk yang betul. Dan beliau juga akan ajar pada semua pelanggan yang membeli dari Cik Mar.
Kenapa penting ajar cara pengambilan yang betul?
Sebab ramai pengedar Shaklee yang jadi pengedar tapi tidak tahu pun cara pengambilan produk yang betul kan? 
Cara pengambilan yang betul sangat penting supaya anda dapat kesan yang terbaik. Yalah, kan bayar mahal- mahal mestilah mahu kesan maksimum. Paling sihat, paling cantik.

Penghantaran
Cik Mar akan hantar produk Shaklee ke sekitar kawasan Tenom. InsyaAllah delivery paling cepat.
Daftar Ahli
Bagi anda yang mahu kelebihan maksimum sebagai pengguna produk Shaklee, bolehlah mendaftar sebagai ahli. Prouk akan tetap dihantar macam biasa. Tapi paling best sebab kamurang akan dapat discount berbaloi-baloi sebagai ahli! 
Latihan Bisnes
Ini pun part best jugak ini. Siapa yang rasa duit kering selalu tu, mau join kami sama-sama buat ini bisnes Shaklee, kamurang boleh join saya sama Cik Mar. Saya juga melatih anda yang inginkan pendapatan tambahan.!
Hubungi Saya
Dapatkan produk dari saya untuk anda yang berada di sekitar Keningau ya. Kalau anda berada di Tenom, bolehlah contact Cik Mar.
Awesome SID.
Azieyana (012-8660655) - Pengedar Shaklee Keningau
Cik Mar (014-8668003) - Pengedar Shaklee Tenom

Sunday 9 April 2017

TANDA DAN FAKTOR PENYEBAB MASALAH BUAH PINGGANG

Buah pinggang merupakan satu organ dalaman manusia yang sangat penting untuk tujuan menyingkirkan sisa buangan. Namun begitu, terdapat ramai individu yang kurang prihatin terhadap penjagaan buah pinggang.Gejala penyakit buah pinggang ini boleh berbeza untuk setiap individu. Bahkan, terdapat individu yang mempunyai masalah buah pinggang namun tidak berasa sakit sehingga tidak menyedari perubahan yang berlaku. Kerana itu penyakit buah pinggang ini boleh dikatakan sebagai penyakit "senyap".



Namun begitu, terdapat beberapa tanda penyakit buah pinggang untuk kita kesan secara tidak langsung. Antaranya ialah seperti berikut:

1) Kejang otot
Untuk penghidap buah pinggang kronik, kejang otot boleh berlaku disebabkan oleh bahan buangan yang mengekang fungsi sistem badan yang lain.

2) Gatal-gatal/Ekzema
Bahan buangan yang tidak dapat dibuang daripada tubuh akan menjejaskan darah. Darah yang berkuman boleh menyebabkan kegatalan pada badan.

3) Sering demam
Disebabkan kandunga toksik yang banyak dalam darah, ia akan menyebabkan badan sering berasa mengantuk, loya dan mudah jatuh sakit.

4) Sesak nafas
Disebabkan oleh buah pinggang tidak dapat membantu dalam pengeluaran sel darah merah, maka kandungan oksigen tidak mencukupi untuk badan menebabkan masalah sesak nafas.

5) Perubahan dalam pengeluaran air kencing
Sekiranya seseorang mempunyai masalah buah pinggang, air kencing akan jadi berbuih, dan juga terdapat darah dalam air kencing.

6) Bengkak pada tangan, kaki dan sekitar kawasan mata
Buah pinggang yang rosak akan menyebabkan  ia tidak mampu untuk mengeluarkan cecair yang tidak diperlukan badan. Bila ia terperangkap, ia akan menyebabkan bengkak pada sekitar tangan, kaki dan juga kawasan mata

Petanda lain untuk masalah buah pinggang ialah kerap buang air kecil terutamanya di malam hari. Tapi, apa sebenarnya faktor yang menyebabkan masalah buah pinggang ini? Ha sayan kongsikan beberapa lagi faktor yang menyebabkan masalah buah pinggang ni.

1) Tidak minum air yang cukup
Untuk menyahtoksin serta membuang bahan buangan, buah pinggang memerlukan kandungan air yang mencukupi. Bila air tidak cukup, maka buah pinggang tidak dapat menjalankan proses buangan menyebabkan bahan buangan semakin banyak sehingga merosakkan buah pinggang.



2) Diet tinggi garam
Individu yang mengambil gambar berlebihan dalam diet akan menyebabkan tekanan darah tinggi  sekaligus memberi bebanan kepada buah pinggang.

3) Kerap menahan kencing
Kerap menahan kencing akan menyebabkan tekanan urin meningkat ehingga berlaku batu karang dan kegagalan buah pinggang.

4) Pengambilan gula yang berlebihan
Pengambilan gula yang berlebihan akan meningkatkan kepekatan cecair dalam darah sehingga menyebabkan buah pinggang sukar untuk menjalanan fungsi membuang bahan buangan menyebabkan buah pinggang menjadi rosak.



5) Mengambil sumber protein berlebihan
Pengambilan protein yang berlebihan akan menyebabkan peningkatan metabolik pada buah pinggang. Ia menyebabkan buah pinggang sukar memproses bahan buangan dan menjadi punca kerosakan buah pinggang.

6) Mengambil kafein secara berlebihan
Pengambilan kafein yang berlebihan juga akan menyebabkan tekanan darah meningkat juga menyebabkan kerosakan pada buah pinggang.

7) Mengambil pil tahan sakit secara berlebihan
Bila pergi hospital dan Doktor berikan pil tahan sakit, doktor akan nasihatkan hanya ambil bila betul-betul perlu kan? Sebab pil tahan sakit yang berlebihan akan menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang yang teruk.

8) Pengambilan alkokol
Alkohol merupakan toxin yang yang boleh menyebabkan tekanan pada hati dan buah pinggang. Bila dah terlalu lama mengambil alkohol, tekanan tersebut akan merosakkan buah pinggang.




Selain itu, faktor keturunan juga boleh menyebabkan masalah buah pinggang.

Jadi untuk sesiapa yang membuat amalan-amalan di atas, seeloknya perbaiki amalan hidup anda ya. Jangan bila buah pinggang dah rosak, baru menyesal. Mencegah lebih baik dari mengubati!

Tapi, kalau dah ada masalah buah pinggang ni, macam mana pulak?

InsyaAllah, vivix boleh bantu mereka yang ada masalah buah pinggang.


 BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU PESAKIT BUAH PINGGANG?
VIVIX SHAKLEE
Berdasarkan kajian, Vivix mengandungi resveratrol. Resverastrol ini membantu pesakit buah pinggang melalui 6 kaedah iaitu : VIVIX SHAKLEE

  • Mengurangkan penggumpalan platlet dalam buah pinggang VIVIX SHAKLEE
  • Meningkatkan dan memelihara struktur dan bentuk buah pinggang normal VIVIX SHAKLEE
  • Tinggi antioksidan. Oleh itu anti oksidan ini akan mengurangkan tekanan oksidatif pada sel-sel nephron buah pinggang sekaligus membantu mengurangkan kerosakan yang lebih teruk kepada buah pinggang VIVIX SHAKLEE
  • Membantu mengembangkan salur darah pada buah pinggang pesakit VIVIX SHAKLEE
  • Mengurangkan proses lipid peroksida VIVIX SHAKLEE
  • Membantu mengurangkan kematian sel saraf buah pinggang VIVIX 

Dan ada banyak lagi manfaat lain Vivix Shaklee untuk masalah buah pinggang ni. Nak tahu lebih lanjut bolehlah hubungi/Whatsapp saya ye.

Azie: 012-8660655

Sekian, salam sayang.

Azieyana Aziz,
SID 1185491

Saturday 1 April 2017

CARA ATASI MASALAH JERAWAT PADA WAJAH DENGAN KAEDAH YANG BETUL

Bila sebut pasal jerawat, mesti ramai yang ada jerawat akan terasa. Mula rasa wajah diperhatikan, mula rasa macam nak sorok muka, dan mesti rasa kurang yakin diri. Ramai individu yang mempunyai masalah jerawat, namun tidak mengetahui punca sebenar masalah yang teruk pada muka mereka.



Disebabkan mereka tidak mengetahui punca jerawat mereka berlaku, maka mereka memilih jalan mudah dan murah untuk mengatasi masalah jerawat dengan berasaskan krim muka semata-mata!

Kemudian, masalah jerawat pada muka semakin teruk akibat kandungan bahan kimia yang semakin berleluasa pada krim muka yang muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan di pasaran online.

Jadi, sebelum cuba atasi masalah jerawat, apa kata kenalpasti dulu faktor yang menyebabkan jerawat tu muncul pada wajah kita. Barulah boleh atasi masalah jerawat dengan kaedah yang betul.


KETAHUI FAKTOR YANG MENYEBABKAN JERAWAT BERLAKU

1) MASALAH KETIDAKSTABILAN HORMON
Tahukah anda, 67.5 % individu yang berusia 15 sehingga 28 tahun mengalami ketidakstabilan hormon. Hormon yang tidak stabil akan menyebabkan hormon libido meningkat (hormon yang menyebabkan tumbuh jerawat). 

Peningkatan hormon libido akan menganggu proses penghasilan minyak pada kalenjar wajah dan menyebabkan aliran darah pada wajah tersumbat sehingga lemak pada lapisan kulit wajah tidak dapat dibuang sehingga terbentuknya jerawat.


2) BADAN BANYAK TOKSIN
Tahukah anda, toxin yang banyak dalam badan akan cuba keluar melalui liang-liang pori pada wajah dan badan manusia. Oleh itu, apabila badan banyak toksin, ia akan keluar dan menjadi jerawat. Sebab itulah ramai yang mempunyai jerawat pada bahagian belakang. Wajah apatah lagi...


3) PENGHASILAN MINYAK BERLEBIHAN PADA WAJAH
Tahukah anda, minyak berlebihan pada wajah juga menjadi punca utama jerawat? Penghasilan minyak berlebihan akan bercampur dengan kotoran pada luar wajah menyebabkan ia sukar dibersihkan dan menjadi faktor pembentukan jerawat yang pantas?

4) WAJAH TIDAK DIBERSIHKAN DENGAN BAIK
Untuk wanita-wanita yang sering menggunakan make-up ketika keluar rumah, perlu untuk anda ketahui bahawa pemakaian make up mengandungi bahan-bahan kimia yang tidak elok untuk kulit wajah. Jika anda memakai make-up, pastikan anda mempunyai pencuci muka yang mampu membersihkan kotoran pada wajah secara dalam sekaligus membekalkan nutrient pada wajah anda.


Dah tahu faktor yang menyebabkan jerawat, apa pula jernis-jenis jerawat yang ada ya? Perasaan tak selalunya masalah jerawat kita tak sama dengan orang lain. Secara amnya, terdapat 3 jenis jerawat yang utama.

     1)    Jerawat bengkak merah
     2)    Jerawat bermata atau bernanah
     3)    Jerawat pasir

Cuba kenalpasti, jerawat anda pada kategori yang mana?
Kenapa saya suruh anda kenalpasti?
Sebab dengan mengenalpasti jenis jerawat, ia boleh memberitahu kepada kita apakah punca utama jerawat kita sekaligus bantu kita atasi masalah jerawat pada wajah dengan kaedah yang betul.

Jerawat bengkak merah


Jerawat yang bengkak merah selalunya merupakan jerawat yang berpunca akibat ketidakstabilan hormon. Hormon yang tidak seimbang akan mengganggu sistem dalam badan kita sehingga tumbuh jerawat. Bila wanita period, jerawat  pasti tumbuh. Itu menandakan bahawa hormon dalam badan anda sedang tidak stabil.

Begitu juga saat kita stress. Stress akan menyebabkan hormon terganggu. Sebab itu selalunya individu yang belajar atau kuat bekerja akan ditumbuhi banyak jerawat. Dan jerawat tersebut jenisnya bengkak merah.

Jerawat bermata atau bernanah


Jerawat bermata atau bernanah merupakan jerawat yang berpunca akibat toksin yang banyak daam badan. Bila badan banyak toksin, toksin akan cuba keluat melalui liang roma. Dan terjadilah jerawat, paling selalu di bahagian belakang badan dan wajah kita. Jerawat yang keluar adalah jerawat bermata dan bernanah. Itu tandanya jerawat toksin.


Jerawat Pasir



Jerawat pasir berpunca akibat pengumpulan kalenjar minyak yang sangat besar di bahgain pori-pori wajah. Pengumpulan kalenjar minyak pada wajah akhirnya akan menyumbatkan liang-liang pori dan menyebabkan tumbuh jerawat yang bersaiz kecil iaitu jerawat pasir. Selain itu ia juga boleh disebabkan oleh penggunaan make up yang kerap tetapi tidak dibersihkan segera sehingga menyebabkan liang pori tertutup dan membentuk jerawat pasir.


APAKAH CARA ATASI MASALAH JERAWAT PADA WAJAH DENGAN KAEDAH YANG BETUL?

Penjagaan Dari Dalam

Badan kita sememangnya memerlukan sumber vitamin dan mineral untuk membentuk fizikal yang sihat dan cergas. Badan yang sihat akan dizahirkan melalui kulit yang cantik. Besar kemungkinan jerawat kronik pada wajah anda turut menggambarkan keadaan kesihatan dalaman dari dalam badan anda. Contohnya jumlah toksin yang banyak di dalam badan. Apabila jumlah toksin di dalam badan anda terlalu banyak dan tidak dapat dikeluarkan melalui saluran najis, maka ia akan mencari jalan lain untuk keluar melalui kulit. 

Cara paling mudah ialah melalui kulit wajah. Untuk membuang toksin yhang banyak ini, anda seharusnya melakukan proses detoks. Proses detoks paling mudah mengambil masa selama seminggu. Ketika tempoh ini, anda perlu mengambil makanan yang segar dengan bantuan vitamin-vitamin tertentu untuk membuang toksin di dalam badan. Sila klik di sini untuk mengetahui makanan yang boleh anda ambil ketika proses detoks.

Berikut merupakan vitamin yang boleh anda amalkan  untuk proses membuang toksin dari dalam badan dan juga vitamin yang membantu mengecutkan jerawat.


Berikut merupakan antara vitamin yang membantu untuk mengatasi masalah jerawat yang teruk pada muka

VITAMIN C SUSTAINED RELEASED SHAKLEE


Vitamin C shaklee merupakan satu-satunya vitamin yang bersifat sustained released, iaitu setiap jam selama 5 jam, 100 mg vitamin C akan dilepaskan ke dalam badan. Vitamin lain akan lepaskan secara sekaligus. Dengan vitamin C ini, anda akan mendapat manfaat optimum yang lebih banyak!

Cara atasi masalah jerawat 

Lagi manfaat Vitamin C:
  • MENGANJALKAN KULIT
  • MENINGKATKAN PENGHASILAN KOLAGEN 
  • MEMBANTU MENENTANG BAKTERIA JERAWAT
  • MEMBANTU MEMBUANG TOXIN DALAM BADAN
  • PUDARKAN PARUT JERAWAT DENGAN CEPAT



GLA COMPLEX SHAKLEE:

Fungsi utama GLA ialah menstabilkan hormon yang menjadi punca utama jerawat, di samping membekalkan khasiat vitamin E yang sama seperti Sun Flower Seed Oil.

Cara atasi masalah jerawat 
Lagi manfaat GLA Complex:
  • KECUTKAN JERAWAT DENGAN CEPAT
  • KAWAL KETIDAK SEIMBANGAN HORMON
  • KAWAL PEMBENTUKAN MINYAK BERLEBIHAN
  • PUDARKAN FLEK HITAM JERAWAT
  • MENYEKATAKAN TONA KULIT WAJAH

GARLIC COMPLEX SHAKLEE

Garlic sangat berkesan untuk menghapuskan baketeria jerawat, antifungus dan anti kulat. Bahkan, Garlic merupakan suppliment utama dalam kalangan orang jepun dan Korea!

Cara atasi masalah jerawat 


Lagi manfaat Garlic Complex:
  • MENGUATKAN SISTEM IMUN MENENTANG BAKTERIA JERAWAT
  • MEMBUANG TOXIN DALAM BADAN
  • MENGURANGKAN RASA SAKIT DAN PEDIH LUKA JERAWAT
  • MEMATIKAN BAKERIA JERAWAT


Rawatan Penjagaan Muka Dari Luar

Selain daripada rawatan dalaman, penjagaan daripada luar sangat penting untuk individu yang mempunyai masalah jerawat kronik. Masalah jerawat ini akan menyebabkan anda turut menghadapi masalah kulit sensitif. Untuk masalah kulit sensitif, penggunaan skin care yang bebas kimia sangat penting untuk memeperbaiki struktur kulit yang sensitif.



Untuk penggunaan skin care yang bebas bahan kimia dan mampu memberikan nutrient lengkap pada wajah anda, cukup dengan satu pencuci muka bebas kimia ini! 



GENTLE DEEP FOAMING CLEANSER SHAKLEE


Gentle Deep Foaming Cleanser merupakan produk pencuci muka yang bertindak menyahtoksin toksin pada lapisan kulit wajah, mengawal sebum minyak dan mencerahkan kulit wajah.

Cara atasi masalah jerawat 


Lagi manfaat Gentle Deep Foaming Cleanser:

  • NYAHTOKSIN BAHAN KIMIA PADA WAJAH
  • MENGHILANGKAN WHITEHEAD
  • MENGHILANGKAN BLACKHEAD
  • MENCERAHKAN WAJAH
  • MENGAWAL PENGHASILAN SEBUM MINYAK

Nak tengok testimoni penggunaan set jerawat di atas. Berikut antara testimoni penggunaan Set Jerawat Shaklee ini


Testimoni 1: Cara Atasi Masalah Jerawat



Testimoni 2:  Cara Atasi Masalah Jerawat



Testimoni 3:  Cara Atasi Masalah Jerawat





Testimoni 4:  Cara Atasi Masalah Jerawat




Testimoni 5:  Cara Atasi Masalah Jerawat


Testimoni 6: Cara Atasi Masalah Jerawat


Dah kenalpasti faktor yang menyebabkan jerawat anda? Dah tahu cara yang betul? Ha janganlah biarkan jerawat tu lama-lama kat muka kita. Nanti jadi parut jerawat pula. Jangan biarkan jerawat jatuhkan keyakinan kita.


Anda ingin saya ajar step by step cara hilangkan jerawat dengan berkesan?

Mudah sahaja. Anda hanya perlu hubungi/Whatsapp saya di 0128660655.
Saya akan ajar step by step cara pengambilan yang betul untuk memaksimakan kesan pengambilan anda!

Sekian, salam sayang.

Azieyana Aziz,
SID 1185491

FB: Zie Azieyana

Contact Form

Name

Email *

Message *

Copyright © Jom Tampil Sihat Dan Yakin bersama Shaklee Made with ❤ by azhafizah.com