Wednesday 29 March 2017

VITAMIN UNTUK ATASI MASALAH JERAWAT


Mesti ramai yang ada masalah jerawat kan. Bila ada masalah jerawat ni, memang geram sebab sangat susah nak hilang. Dah tu bila ada jerawat ni memang rasa kurang keyakinan, rasa macam orang perhati jerawat kita kan? Masalahnya dah cuba banyak produk dah pun, tapi jerawat tak nak hilang jugak.

Kalau ada masalah macam ni, mungkin ada benda lain yang jadi punca kepada jerawat kita. Kalau nak atasi masalah jerawat, eloklah kita kenalpasti punca jerawat kita terlebih dahulu.

FAKTOR YANG MENYEBABKAN JERAWAT BERLAKU

1) MASALAH KETIDAKSTABILAN HORMON
Tahu tak, 67.5 % individu yang berusia 15 sehingga 25 tahun merupakan individu yang cenderung mengalami ketidakstabilan hormon. Hormon yang tidak stabil akan menyebabkan hormon libido meningkat (hormon yang menyebabkan tumbuh jerawat). 

Peningkatan hormon libido akan menganggu proses penghasilan minyak pada kalenjar wajah yang mana minyak berlebihan akan dihasilkan dan menyebabkan aliran darah pada wajah tersumbat sehingga lemak pada lapisan kulit wajah tidak dapat dibuang dan terbentuknya jerawat.


2) BADAN BANYAK TOKSIN
Ramai yang tak tahu, melalui pemakanan, jumlah toksin akan meningkat dalam badan kita. Bukan itu saja, terdedah dengan radikal bebas seperti asap rokok, asap kenderaan juga akan meningkatkan jumlah toksin dalam badan. Tahukah anda, toxin yang banyak dalam badan akan cuba keluar melalui liang-liang pori pada wajah dan badan manusia. Oleh itu, apabila badan banyak toksin, ia akan keluar dan menjadi jerawat. Sebab itulah ramai yang mempunyai jerawat pada bahagian belakang. Wajah apatah lagi...


3) PENGHASILAN MINYAK BERLEBIHAN PADA WAJAH
Tahukah anda, minyak berlebihan pada wajah juga menjadi punca utama jerawat? Selain daripada faktor hormon, gaya pemakanan juga boleh menjadi punca penghasilan minyak yang berlebihan pada wajah. Penghasilan minyak berlebihan akan bercampur dengan kotoran pada luar wajah menyebabkan ia sukar dibersihkan dan menjadi faktor pembentukan jerawat yang pantas. Oleh itu, elakkan pengambilan makanan berminyak andai anda mempunyai masalah wajah berminyak.

4) WAJAH TIDAK DIBERSIHKAN DENGAN BAIK
Al maklumlah, majoriti perempuan mesti suka dengan make up. Untuk wanita-wanita yang sering menggunakan make-up ketika keluar rumah, perlu untuk anda ketahui bahawa pemakaian make up mengandungi bahan-bahan kimia yang tidak elok untuk kulit wajah. Jika anda memakai make-up, pastikan anda mempunyai pencuci muka yang mampu membersihkan kotoran pada wajah secara dalam sekaligus membekalkan nutrient pada wajah anda.


APAKAH JENIS-JENIS JERAWAT?

Ha bila dah ada punca seperti yang dinyatakan di atas, ia juga akan membentuk jerawat yang berbeza  sperti berikut:

     1)    Jerawat bengkak merah
     2)    Jerawat bermata atau bernanah
     3)    Jerawat pasir

Cuba kenalpasti, jerawat anda pada kategori yang mana?

Bila dah kenalpasti jenis jerawat, ia boleh memberitahu kepada kita apakah punca utama jerawat kita.

Jerawat bengkak merah


Jerawat yang bengkak merah selalunya merupakan jerawat yang berpunca akibat ketidakstabilan hormon. Hormon yang tidak seimbang akan mengganggu sistem dalam badan kita sehingga tumbuh jerawat. Bila wanita period, jerawat  pasti tumbuh. Itu menandakan bahawa hormon dalam badan anda sedang tidak stabil.

Begitu juga saat kita stress. Stress akan menyebabkan hormon terganggu. Sebab itu selalunya individu yang belajar atau kuat bekerja akan ditumbuhi banyak jerawat. Dan jerawat tersebut jenisnya bengkak merah.

Jerawat bermata atau bernanah



Jerawat bermata atau bernanah merupakan jerawat yang berpunca akibat toksin yang banyak dalam badan. Bila badan banyak toksin, toksin akan cuba keluar melalui liang roma. Dan terjadilah jerawat, paling selalu di bahagian belakang badan dan wajah kita. Jerawat yang keluar adalah jerawat bermata dan bernanah. Itu tandanya jerawat toksin.


Jerawat Pasir





Jerawat pasir berpunca akibat pengumpulan kalenjar minyak yang sangat besar di bahgain pori-pori wajah. Pengumpulan kalenjar minyak pada wajah akhirnya akan menyumbatkan liang-liang pori dan menyebabkan tumbuh jerawat yang bersaiz kecil iaitu jerawat pasir. Selain itu ia juga boleh disebabkan oleh penggunaan make up yang kerap tetapi tidak dibersihkan segera sehingga menyebabkan liang pori tertutup dan membentuk jerawat pasir.

Jadi apakah set jerawat terbaik untuk atasi masalah jerawat?

Tau tak, masalah jerawat bukan sahaja boleh diselesaikan menggunakan krim wajah, tapi lebih tepat kalau saya katakan banyak masalah jerawat yang berjaya diatasi dengan pengambilan vitamin. Jadi nak atasi masalah jerawat yang berpunca dari dalam, bolehlah cuba amalkan dua vitamin asas untuk masalah jerawat ini.


VITAMIN C SUSTAINED RELEASED SHAKLEE

Vitamin C shaklee merupakan satu-satunya vitamin yang bersifat sustained released, iaitu setiap jam selama 5 jam, 100 mg vitamin C akan dilepaskan ke dalam badan. Vitamin lain akan lepaskan secara sekaligus. Dengan vitamin C ini, anda akan mendapat manfaat optimum yang lebih banyak!


Set Jerawat Untuk Remaja


Lagi manfaat Vitamin C:
  • MENGANJALKAN KULIT
  • MENINGKATKAN PENGHASILAN KOLAGEN 
  • MEMBANTU MENENTANG BAKTERIA JERAWAT
  • MEMBANTU MEMBUANG TOXIN DALAM BADAN
  • PUDARKAN PARUT JERAWAT DENGAN CEPAT


GLA COMPLEX SHAKLEE:

Fungsi utama GLA ialah menstabilkan hormon yang menjadi punca utama jerawat, di samping membekalkan khasiat vitamin E yang sama seperti Sun Flower Seed Oil.

Set Jerawat Untuk Remaja

Lagi manfaat GLA Complex:
  • KECUTKAN JERAWAT DENGAN CEPAT
  • KAWAL KETIDAK SEIMBANGAN HORMON
  • KAWAL PEMBENTUKAN MINYAK BERLEBIHAN
  • PUDARKAN FLEK HITAM JERAWAT
  • MENYEKATAKAN TONA KULIT WAJAH

Berikut antara testimoni penggunaan Set Jerawat Shaklee ini


Testimoni 1: Set Jerawat Untuk Remaja Shaklee



Testimoni 2:  Set Jerawat Untuk Remaja Shaklee



Testimoni 3:  Set Jerawat Untuk Remaja Shaklee




Testimoni 4:  Set Jerawat Untuk Remaja Shaklee



Testimoni 5: Set Jerawat Untuk Remaja Shaklee


Testimoni 6: Set Jerawat Untuk Remaja Shaklee



Anda ingin teknik pengambilan paling cepat untuk hilangkan jerawat?

Mudah sahaja. Hanya perlu hubungi/Whatsapp saya di 0128660655.

Saya akan ajar step by step cara pengambilan yang betul untuk memaksimakan kesan pengambilan anda!


Sekian, salam sayang.

Azieyana Aziz,
SID 1185491





FB: Zie Azieyana

Monday 27 March 2017

PETUA ATASI MASALAH JERAWAT DENGAN BAHAN SEMULAJADI YANG MUDAH

"Dah puas pakai krim macam-macam, masalah jerawat tetap sama. Paling teruk setiap kali tukar krim wajah akan jadi lebih teruk. Semua sebab bahan kimia dalam krim. Masalah jerawat memang menyakitkan hati, menyiksa jiwa dan menjatuhkan keyakinan diri. Bila jerawat tumbuh, memang rasa kalau boleh tak nak keluar rumah. Tapi sebab kerja memang hari-hari kena keluar. Lepas tu, rasa malu sangat-sangat bila kawan tegur ada jerawat nanah. Hmm, nak picit jadi lebih teruk pulak nanti."








Cukup! Tidak perlu saya sambung luahan hati anda. Hanya insan-insan yang mempunyai jerawat yang akan faham dan benar-benar terkilan dengan jerawat degil!



Tapi takkan dah nak putus asa? Mari saya kongsikan petua atasi jerawat dengan bahan semulajadi yang mudah. Kaedah ini mungkin mengambil masa yang lama berbanding produk kosmetik, tapi percayalah! Anda akan berpuas hati melihat hasilnya.


Berikut merupakan 6 petua atasi jerawat dengan bahan semulajadi yang boleh anda amalkan di rumah.

Mudah, hanya perlukan kerajinan dalam diri anda. Selamat mencuba.


1) DAUN SIRIH
Daun sirih boleh dikategorikan sebagai sayuran. Daun sirih sangat berkesan untuk menghilangkan jerawat degil. Caranya ialah dengan mengambil sehelai daun sirih dan rendam ke dalam setengah cawan air panas. Biarkan daun sirih layu. Kemudian, lapkan wajah anda dengan air daun sirih tadi. Biarkan wajah anda kering sendiri.

Petua Atasi Masalah Jerawat Dengan Bahan Semulajadi


2) AIR ASAM JAWA DAN KUNYIT HIDUP
Asam jawa dan kunyit sering digunakan dalam masakan. Namun, pernahkah kita terfikir bahawa dua benda ini membantu untuk mengatasi jerawat? Campurkan air asam jawa, beserta kunyit hidup yang telah ditumbuk halus. Kemudian, sapu pada wajah anda. Biarkan selama 20 minit sehingga 30 minit, Bilas. Amalkan sehingga jerawat benar-benar kecut.





3) KULIT KAYU MANIS
Ambil sedikit serbuk kayu manis dan campurkan dengan madu. Sapu pada wajah sebelum tidur dan bilas pada keesokan harinya. Aamalkan 3x seminggu. InsyaAllah, ia mampu atasi jerawat degil anda. Bukan setakat mengecutkan, bahkan kulit kayu manis ini juga mampu membantu mengecilkan liang pori dan menghilangkan parut pada wajah. Tapi sudah tentulah anda perlu buat dalam tempoh 3-6 bulan. Bukan terus cantik 3-6 hari ok.
Petua Atasi Masalah Jerawat Dengan Bahan Semulajadi



4) DAUN LIDAH BUAYA
Ambil daun lidah buaya. Kisar dan sapukan lendir daun lidah buaya pada wajah yang berjerawat atau pun satu muka. Amalkan 3x seminggu. Selain mengecutkan jerawat, ia mampu menyegarkan wajah bagi mengelakkan wajah berminyak!


Petua Atasi Masalah Jerawat Dengan Bahan Semulajadi


5) TIMUN
Hiris timun dan kisar. Kemudian, asingkan airnya. Hempas timun disapu pada wajah. Biarkan selama 30 minit dan bilas dengan air suam. Amalkan 3x seminggu. Oh ya, air timun jangan dibuang. Sebaiknya diminum kerana air timun sangat baik untuk kesihatan dengan membersihkan darah dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

Petua Atasi Masalah Jerawat Dengan Bahan Semulajadi




6) LEMON
Ramai yang tidak tahu khasiat lemon sebagai penyahtoksin semulajadi dalam badan. Toksin dalam badan juga menajdi salah satu penyebab jerawat. Dengan mengamalkan minum air lemon setiap pagi, ia mampu untuk membuang toksin dalam badan sekaligus meningkatkan kesegaran kulit dan mengecutkan jerawat.


6 bahan semulajadi di atas sangat berkesan untuk atasi jerawat. Anda boleh cuba, yang penting RAJIN kan diri. Jangan ingin cantik segera dan gunakan produk ada bahan kimia yang tinggi ok.


Nak sembang mengenai masalah jerawat?
Hubungi saya ye...

Azie : 012-8660655


Sekian,

Salam sayang,

Azieyana Aziz,
SID 1185491


FB: Zie Azieyana

Saturday 25 March 2017

PUNCA DAN JENIS JERAWAT

Jerawat merupakan keadaan biologi yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan. Jerawat sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak terutamanya kulit wajah. Bila cakap pasal jerawat, memang ramai yang akan stress lebih-lebih lagi yang ada jerawat kronik. Walaupun dah cuba pakai bermacam-macam produk, jerawat tetap ada.

Kajian yang dijalankan oleh pengamal perubatan dermatologi mendapati terdapat hampir 50 jenis jerawat telah menjadi masalah baik kepada wanita mahupun lelaki. Jerawat yang juga dikenali sebagai “Acne Vulgaris”, ialah masalah kulit yang berlaku pada Pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak) pada bahagian kulit. Masalah jerawat selalunya sering dialami oleh golongan remaja akil baligh dan dewasa disebabkan oleh perubahan hormon badan yang normal.







Bagaimana Jerawat Berlaku?


Jerawat berlaku apabila terdapat kecederaan pada tisu utama yang disebabkan oleh bintik putih (white head) dan bintik hitam (black head). Bintik putih atau whitehead yang tercemar dalam keadaan berminyak dan lembap pula akan menyumbang kepada pembentukan bintik hitam atau juga dikenali sebagai bachead,

Bintik-bintik hitam (black heads) mengandungi sumbatan sebum (iaitu bahan berlemak yang dihasikan oleh kelenjar minyak). Kebiasaannya, bintik hitam sukar untuk dikeluarkan kerana ruang folikel yang kecil jika dibandingkan dengan saiz bintik hitam yang besar. Apabila kandungan sebum dibawah/dalam ruang folikel itu bertambah maka ruang folikel akan terhakis dari dalam dan membesar. Perkara ini  akan menyebabkan kecedaraan pada lapisan kulit wajah. Kecederaan dalam lapisan kulit wajah akan menyebabkan nanah dalaman dan akhirnya terbentuklah jerawat.

BAGAIMANA LAGI JERAWAT BERLAKU?

Selain itu, jerawat juga berlaku terjadi akibat pertumbuhan bakteria Propionibacterium acnes yang mengisi ruang-ruang folikel rambut yang terbuka dan mudah terdedah kepada kotoran. Bukan itu saja, Propionibacterium acnes juga sangat mudah terdedah dengan kelembapan dan menyebabkan pengoksidaan luaran berlaku. 

Pengoksidaan luaran yang berlaku akan menyebabkan bakteria membiak dengan lebih cepat dengan menyerang lapisan kulit dalaman dan menyebabkan berlaku keradangan pada wajah dan sekali lagi jerawat berlaku.

TAHAP KRONIK JERAWAT
Jerawat boleh dikategorikan mengikut tahap seperti berikut:

Jerawat Ringan
Masalah jerawat hanya diketogorikan sebagai ‘ringan’ sekiranya jumlah lesi (jumlah bintil merah/nanah putih yang tercela) kurang dari 30.

Jerawat Sederhana
Manakala jumlah lesi dari 30 hingga 125 akan dikategorikan sebagai masalah jerawat ‘sederhana’. 
Jerawat Kronik
Apabila jumlah lesi telah melebihi 125, maka masalah jerawat itu akan dikategorikan sebagai ‘kronik’.




Jerawat biasanya menyerang remaja yang berusia antara 14 hingga 19 tahun kerana pada waktu itu berlakunya suatu bentuk perubahan hormone yang agak agresif. Perubahan hormon yang agresif menyebabkan penghasilan minyak berlebihan yang mendorong penghasilan whitehead dan blackhead. 

Penghasilan whitehead dan blackhead merupakan faktor utama jerawat berlaku! Oleh itu, jangan hairan jika jerawat anda muncul pada ketika ini. Jangan gunakan produk berasaskan bahan kimia kerana ia akan menjadikan jerawat anda bertambah kronik.




Jika anda mempunyai masalah jerawat kronik, seeloknya berjumpa dengan pakar kulit atau pakar kecantikan untuk scan masalah kulit anda. Jangan terburu-buru menggunakan produk baru yang berada di pasaran. Jangan bila wajah jadi tambah rosak baru nak menyesal.

Kalau nak kenalpasti tahap jerawat anda, boleh Whatsapp saya di 0128660655. Saya akan cuba bantu kenalpasti masalah jerawat anda.



Sekian, salam sayang.

Azieyana Aziz,
SID 1185491

FB: Zie Azieyana





Thursday 23 March 2017

5 MASALAH UTAMA IBU BERPANTANG


Tahu tak, ramai ibu berdepan dengan pelbagai masalah ketika proses berpantang akibat kurang ilmu dan persediaan ibu berpantang. Bila kurnag persediaan dan ilmu, maka terjadilah masalah-masalah ketika berpantang. Sedangkan ketika berpantang ini kita seharusnya menjaga tubuh kita dengan sebaiknya agar proses baik pulih sel kita akan dapat berjalan dengan baik. Tapi bila sambil lewa ketika berpantang, jadilah masalah yang tidak kita ingini.





1. BENTAN
Bentan merupakan satu keadaan rasa lenguh dan sakit urat yang seirng berlaku kepada ibu-ibu selepas bersalin. Bila ibu-ibu mengalami bentan, seluruh badan akan terasa lemah dan lesu yang disertai demam.


Bagaimana bentan berlaku?
Bentan akan berlkau apabila ibu tidka berpantang makan dan minum. Contohnya sering minum air sejuk. Satu lagi sebab terlanggar benda keras. Terutamanya ibu jari kaki. Bila terkena, memang akan kena bentan. Huhhhh sakit!

Cara nak atasi bentan ni ialah ibu bersalin perlu diselimutkan dengan selimut tebal ketika tidur untuk meransang peluh. Bentan akan berkurangan  bila berpeluh. Tapi kena rehat secukupnya. Kalau ak berurut elakkan berurut pada bahagian berdekatan rahim ye.

2. SEMBELIT
Ha yang ni memang akan menjadi perkara normal. Hampir semua ibu selepas bersalin dalam tempoh pantang akan mengalami sembelit. Sembelit ni merupakan kesukaran membuang air besar kerana kesan jahitan masih baru, kurang air dalam badan, kurang kalsium dan magnesium untuk membantu pencernaan najis. Sebab itu, jadilah sembelit.

Cara nak atasi sembelit ialah dengan makan makanan yang mengandungi kalsium, protein  yang tinggi agar dapat membantu proses pencernaan. Boleh amalkan makan kurma, badam, kalau tak pun ambil supplimen yang tinggi kalsium dan magnesium macam ostematrix shaklee

3. RENGAT
Yang ni masalah yang ibu bersalin selalu tak perasan. Rengat  ni kesakitan yang berlaku pada perut dan rahim seolah-olah nak bersalin lagi!!!! Ya Allah ngeri tau tak?



Macam mana rengat ni boleh terjadi? Ha rengat ni berlaku sebab ada darah ibu yang tidka habis keluar bersama uri dan tertinggal di dalam rahim. Darah ini juga dikenali sebagai darah banral. Sebab tu ketika berpantang kena bertungku. Bertungku mula hari pertama pantang penting untuk membolehkan darah kotor yang tertinggal dalam rahim akan keluar bersama darah nifas.

4. BENGKAK SUSU
Bengkak susu ni ialah rasa sakit pada payudara ibu disebabkan air susu yang susah nak keluar. Cara nak atasi bengkak susu ni senang je sebenarnya. Lakukan tuam sejuk dan kemudian tuam panas. Lepas tuam, urut sekitar kawasan yang bengkak dan perlahan-lahan perah susu menggunakan tangan. Bila air susu semakin berkurang, maka bengkak susu akan reda.

5. BAYI DEMAM KUNING
Bayi demam kuning pun merupakan satu perkara yang sering berlaku. Sangat jarang bayi tidak demam kuning. Yang berbahaya ialah jika demam kuning bayi terlalu tinggi. Demam kuning berlaku sebab bayi belum dapat membuang najis dengan baik. Kalau nak kurangkan kuning, ibu kena makan makanan yang ada kandungan kalsium yang tinggi untuk menggalakkan pencernaan bayi.



Walaupun sekadar minum air susu ibu, semua nutrisi ibu akan turut diperolehi oleh anak.Contoh makan kurma, zaafaran. Boleh juga cuba supplimen macam herbalax yang mengandungi daun senna yang membantu najis dikeluarkan dengan cepat. InsyaAllah, mesti demam kuning anak akan cepat turun

Begitulah info mengenai 5 masalah utama ibu berpantang. Harap sebelum berpantang, ibu-ibu ambil berat mengenai panduan amalan berpantang ya. Bila kita ada ilmu mengenai berpantang dan kita amalkan, insyaAllah kurang masalah yang akan berlaku. Semoga ilmu ini bermanfaat dan semoga semua ibu berpantang sihat belaka hendaknya.

Wednesday 22 March 2017

VITAMIN BERPANTANG UNTUK IBU BERSALIN CEPAT SEMBUH

Tempoh berpantang merupakan tempoh yang sangat penting untuk ibu-ibu bersalin merawat diri agar dapat sembuh seperti sedia kala. Walaupun sebenarnya amat sukar untuk ibu-ibu yang telah bersalin akan kembali kepada keadaan normal. Sebab lepas bersalin, memang banyak urat yang putus, banyak sel darah merah yang hilang, banyak kalsium dan magnesium yang turut hilang diambil oleh bayi kita. Sebab itu, orang yang baru bersalin akan berada dalam keadaan lemah.



Selalunya, tempoh berpantang minimi ialah 44 hari. Dalam tempoh ini, memang pelbagai amalan pantang yang harus kita ikuti agar ibu bersalin cepat sembuh. Namun begitu, selain daripada amalan berpantang, vitamin ketika berpantang juga sangat oenting agar ibu bersalin cepat sembuh.

Walaupun terdapat banyak vitamin di pasaran, saya tetap memilih Set Vitamin Berpantang Shaklee. Sebab apa? Terdapat banyak manfaat daripada set vitamin berpantang  shaklee yang akan membantu ibu bersalin supaya cepat sembuh.

1. Vitalea Shaklee
Ketika berpantang,ibu bersalin memerlukan nutrisi yang cukup dalam pemakanan mereka. Dalam artikel yang ditulis oleh Dr. Zubaidi, ibu yang baru bersalin memerlukan makanan tambahan tenaga sebanyak 500 cal daripada makanan mereka atau 2000 hingga 2500 kalori dalam sehari. Melalui pemakanan, ibu seharusnya memperolehi zat-zat yang telah hilang sepanjang tempoh kehamilan.




Selalu kan dengar ibu bersalin meroyan ketika dalam pantang? Kenapa meroyan ni slealu dihadapi oleh ibu bersalin dalam pantang? Sebab meroyan atau "post-natal depression" berlaku ekoran daripada tahap zink yang rendah dalam darah. 




Untuk pastikan ibu bersalin cepat sembuh dan stabil semula, ibu-ibu perlu pastikan ibu mendapat jumlah zinc yang seckupnya daripada pemakanan. Contoh makann yang mengandungi zink yang tinggi ialah sayur bayam, ketam, jamur dan kekacang. Tapi nak pastikan badan mendapat keperluan nutrisi lengkap dengan zinc, zat besi dan vitamin lainnya cukup dengan mengamalkan vitalea. Sebiji kapsul vitalea ini mengandungi keperluan lengkap vitamin yang diperlukan badan.

2. Ostematrix Shaklee
Selain daripada zinc, kalsium dan magnesium juga amat penting ketika berpantang. Ketika   proses bersalin, banyak kalsium dan magnesium digunakan kerana kedua-dua zat ini bertanggungjawab dalam mengecutkan rahim bagi mengeluarkan bayi. Perkara ini akan menyebabkan kandungan kalsium dan magnesium dalam darah sangat berkurangan dan perlu diganti ketika proses berpantang dengan mengamalkan pemakanan yang mempunyai kandungan kalsium dan magnesium yang tinggi seperti susu, badam. Paling mudah, untuk segera menggantikan kekurangan kalsium dan magnesium ialah dengan mengamalkan ostematrix. Dalam ostematrix dah ada kalsium dan magnesium yang lengkap untuk keperluan ibu bersalin dalam pantang. Amalkan vitamin ini ketika pantang akan mempercepatkan pemulihan tenaga.







3. ESP Shaklee
Disebabkan ibu berpantang memerlukan tenaga dua kali ganda daripada biasa, maka pengambilan ESP akan dapat membantu meningkatkan tenaga ibu. ESP yang juga merupakan protein berkualiti tinggi juga membantu memperbaiki sel-sel tubuh yang rosak sepanjang kehamilan dan bersalin.

Kelebihan utama ESP untuk ibu berpantang ialah ia meransang pengeluaran susu yang cepat untuk ibu. Kelebihan ini snagat penting untuk ibu-ibu yang mersakan pengeluaran susu mereka kurang atau ibu-ibu yang mempunyai pekerjaan luaran. Dengan ESP sebagai milkbooster, anda boleh pump susu dan simpan untuk keperluan bayi anda. Bonus untuk ibu-ibu yang ingin menurunkan berat, ESP ada kandungan lechitin yang membakal lemak tidak diperlukan badan. Jadi ia membantu untuk ibu-ibu mendapat berat abdan ideal!



Mesti semua berharap akan cepat sembuh kan bila berpantang? Kalau boleh, nak buat semua perkara secara normal dengan cepat. Jadi, selain amalkan amalan berpantang (rujuk di sini), ibu bersalin boleh mengamalkan vitamin berpantang agar ibu bersalin cepat sembuh. Jangan pandang remeh dengan amalan berpantang ya! Takut boleh jadi bentan dan rahim jatuh. Kalau jadi, pendarahan mungkin berlaku dan boleh mengancam nyawa ibu.

Semoga ilmu ini bermanfaat untuk kita semua.

Nak dapatkan vitamin berpantang untuk ibu bersalin cepat sembuh, boleh dapatkan dari saya ye.

Hanya perlu Whatsapp di 012-8660655

Sekian, salam sayang.

Azieyana Aziz,
SID 1185491

Monday 20 March 2017

AMALAN BERPANTANG UNTUK IBU CEPAT SIHAT DAN CERGAS

Sebab dah semakin moden, ramai wanita sekarang yang kurang kisah mengenai amalan berpantang selepas bersalin. Ramai yang rasa amalan berpantang ni leceh dan kolot. Bahkan, ada yang merasakan amalan berpantang ini membosankan dan tidak seronok sama sekali. Amalan bertuam, pemakanan, berurut, bertangas, bertungku dan berbengkung ini dirasakan sangat leceh! Tapi ketahuilah, amalan berpantang ini sangat penting jika ibu ingin sihat dan cergas seperti sedia kala. 
                                 selepas bersalin
Banyak perkara yang sebelum ni biasa kita lakukan tetapi selepas bersalin terdapat pantang dan amalan baru yang harus kita ikut kerana bimbang akan menjadi bentan dan sebagainya. Tidak dinafikan amalan ini agak leceh, tapi dah tentu kita mahukan kesan untuk jangka masa panjang kan? Oleh sebab itu, jangan anggap amalan berpantang ini kolot atau pun leceh. Masa muda atau bersalin anak pertama kena betul-betul berpantang supaya badan boleh cergas dan sihat dalam jangka masa yang lama.
Nak tahu apa amalan berpantang untuk ibu kekal sihat dan cergas? 
Berikut merupakan beberapa amalan penting yang harus diamalkan ketika berpantang.
1. Hubungan Seks
Ramai doktor menyarankan hubungan seks tidak dilakukan dalam masa 6 minggu selepas bersalin. Huh ngeri nak membayangkan!!! Si ibu ni baru saja melalui proses yang menyakitkan maka dia perlu masa untuk kembali sihat dan kuat. Tambahan pula , perlu bagi masa kepada bahagian sulit untuk betul-betul sembuh lagi –lagi mereka yang terluka eposiotomi. Luka episiotomy ni ialah potongan yang harus dilakukan apabila bayi memerlukan bukaan yang lebih besar untuk keluar semasa proses bersalin. Jadi lepas bersalin dan ketika berpantang, harap encik-encik suami faham keadaan isteri. Jangan fikir nafsu semata-mata ye....
2. Pemakanan
Bab amalan pemakanan ni memang banyak pantangnya. Kalau boleh, dalam tempoh 40 hari tu, elakkanlah makan makanan berminyak. Ni untuk kekalkan bentuk badan ibu-ibu lepas bersalin lah. Tak nak ke dapatkan semula bentuk badan? Siapa kata lepas bersalin tak boleh jaga badan kan?
Lepas bersalin, kalau boleh jangan makan ikan masin atau ikan kering kerana ianya hanya akan menyebabkan darah nifas berbau, kering dengan cepat dan melemahkan daya ketahanan mental dan fizikal. Sebenarnya bidan melayu dulu-dulu pun menggalakkan makan ikan segar tetapi harus elakkan memakan ikan-ikan yang berbisa seperti contohnya ikan bawal hitam, terubuk, duri, pari,parang dan sembilang kerana takut berbisa atau bentan pada pintu rahim.

                                        Vegetable-Salad-with-a-Kick_0
Dari segi ulaman pula terdapat banyak jenis ulam tempatan yang boleh diperolehi di mana-mana sahaja seperti serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum dan juga halia. Ulaman ini memang mengandungi banyak zat galian (mineral) , fiber dan pelbagai vitamin seperti vitamin A, C dan E, dan kesemua itu mempunyai kadar anti oksidan yang tinggi yang mana amat baik untuk kesihatan tubuh badan semasa berpantang.
Selain dari ulam diatas ada banyak lagi ulam yang boleh dimakan ketika berpantang seperti daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun cemumar, daun bebuas ,daun ruku dan sebagainya akan tetapi Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran yang bersifat sejuk serta berangin seperti kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, kacang panjang, petola, labu, rebung, petai, jering serta terung dan yang lain-lain lagi yang mana boleh dirujuk dari orang-orang tua juga ibu-ayah kita dan juga pakar pemakanan.Perkara yang satu ni mandatori tidak boleh diambil ketika berpantang ialah minuman bergas!.Selain dari itu minuman yang sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau dan kelapa muda juga harus dielakkan
Cuba variasikan lauk berpantang. Ikan bakar + sup sayur, bubur ayam errr apa lagi ek? Banyak menu yang lazat boleh dimakan ketika berpantang. Mungkin entri seterusnya saya akan kongsi menu berpantang. hehe
3. Ketahan Jiwa Dan Emosi
Tidak jarang ibu yang baru melahirkan anak mengalami tekanan perasaan dan emosi. Masalah ini boleh ada sejak ibu hamil dan berterusan hingga melahirkan anak kerana semasa berpantang ibu perlu memberi jagaan yang rapi kepada bayi.Perkara ini memberi kesan yang kuat terhadap jiwa dan emosi ibu. Akibat tekanan ini , ramai wanita mengalami masalah kemurungan dan ada yang lebih teruk lagi mengalami sakit jiwa dan meroyan.Dalam sesetengah keadaan yang amat menekan jiwa (nauzubillahiminzalik ) ada segelintir yang cuba membunuh diri .
Tekanan jiwa dan emosi ini boleh dielakkan jika ada sokongan dan nasihat yang sentiasa oleh orang yang penting dalam hidup si ibu seperti sang suami. Ibu dan ayah. Si isteri sepatutnya diberi sokongan bukan sahaja dari segi fizikal dalam penjagaan terhadap isteri dan bayi yang baru lahir, tetapi juga harus ada sokongan dari segi moral dan nilai keagamaan.

4. Rawatan Diri
Bengkung :
Mengikut sejarah perbidanan tradisional mahu pun moden, kegunaan bengkung, terutama bagi ibu bersalin normal adalah penting untuk mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut dan memudahkan keluarnya angin panas dan kotor dengan mengikat barut dan ubat yang sempurna. Bengkung yang bagus adalah bengkung yang mempunyai diameter yang panjang menutupi daripada paras bawah dada sehingga ke bawah pinggul. Ini dapat memberi sokongan yang kuat dan kukuh pada atas rahim.
Bengkung ini seelok-eloknya dipakai sepanjang masa dan hanya ditanggalkan ketika mandi. Ia boleh mula dipakai pada hari ke-4 sampai tamat tempoh pantang atau seberapa lama yang anda kehendaki.Memakai bengkung yang kemas dan sempurna dapat membantu mengembalikan bentuk badan ke bentuk asal dengan lebih cepat.
Urutan tradisional :
Urutan boleh memulihkan aliran darah, mencuci dan mengeluarkan darah, angin dan lendir yang kotor serta melawasakan nifas daripada tersekat atau tersumbat. Ianya juga boleh menenangkan jiwa , melegakan bisa otot dan sendi dan meringankan tubuh badan yang lesu. Walaubagaimana pun dilarang untuk mengurut secara kasar.
                              berurut
engasak, menekan, serta menolak peranakan dalam tempoh 3 minggu pertama. Ini kerana peranakan masih lemah, luka dan bengkak. Hanya urut dibahu, leher, dada dan payudara. Kemudian dari bahu ke siku, lengan dan jari-jemari. Selepas 44 hari baru lah boleh disentuh di bahagian kedudukan Rahim itu pun harus mulai dengan lembut dan perlahan.
Minum air akar kayu, jamu dan produk kesihatan :
Digalakkan bagi ibu-ibu selepas bersalin meminum air akar kayu, jamu dan produk kesihatan yang boleh membantu memepercepatkan proses membaik pulih dalaman. Kalau jamu saya tak seberapa tahu sangatlah, tapi kalau nak produk kesiahtan, saya boleh cadangkan set bersalin Shaklee. Produk ni sangat highly recommended untuk ibu-ibu yang nak cepat sihat. Nak tahu lebih lanjut mengenai vitamin untuk berpantang boleh klik sini 

Sekarang dah tahu kan serba sedikit tentang amalan semasa berpantang supaya cepat sihat dan cergas? Jangan abaikan amalan berpantang ni tau. Sebab ramai yang ingat ia leceh, ramai yang dah tak buat, dan terbukti ramai yang ada masalah kesihatan sebab abaikan amalan berpantang ni. Saya harap info ni berguna untuk ibu-ibu di luar sana!
Berminat dengan produk Shaklee ketika berpantang, jangan segan untuk hubungi saya. Kita bagi tips lebih untuk info ibu berpantang.
Whatsapp saya di 0128660655.

Sekian, salam sayang.

Azieyana Aziz,
SID 1185491

Wednesday 15 March 2017

TIPS MUDAH ELAK PEMBENTUKAN JERAWAT

Masalah jerawat sering kali berlaku dalam kalangan remaja.  Ini kerana, semasa proses kematangan berlaku, kelenjar-kelenjar minyak menjadi aktif kerana penghasilan sebum akibat perubahan hormon. Kegagalan folikel pilosebaceous untuk berfungsi dengan baik ketika perubahan hormon dalam tempoh masa remaja akan menyebabkan jerawat tumbuh. Hormon yang dimaksudkan adalah hormone testeron.


Hormon testeron biasanya akan ditukarkan kepada dihidrotesteron di dalam kulit dan bertindak terus pada kelenjar minyak untuk meningkatkan saiz dan kadar metabolik fizikal. Individu yang mempunyai kulit sensitif akan mengalami masalah penghasilan sebum yang berlebihan ataupun mengalami kekeringan kulit yang agak ketara. 

Sebum sebenarnya sangat penting kerana ia bertindak untuk menjadi pelincir bagi membuatkan kulit lebih gebu dan lembut, lapisan pelindung kepada rambut dan kulit supaya tidak mengalami kekeringan ekstrem dan bagi mengekal kehidratan (kelembapan) kulit dan rambut.

Namun begitu, kalenjar minyak sebenarnya mengandungi sejenis bakteria iaitu propionibacterium acne. Bakteria ini mampu mengubah sebum berlebihan kepada asid lemak yang akhirnya menyebabkan jerawat dan keradangan kulit.


Walaupun remaja merupakan golongan utama yang menghadapi masalah jerawat, tidak dapat dinafikan  bahawa terdapat golongan dewasa yang berumur lebih daripada 25 tahun juga masih menghadapi masalah jerawat.

Ini kerana jerawat terjadi disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman seperti penyakit alahan, ketidakseimbangan horman tubuh dan penjagaan kulit yang salah.
Sekiranya jerawat berlaku dengan teruk, ia perlu dirawat untuk mengelakkan berlakunya parut yang berkekalan.
7 tips Elak Pembentukan Jerawat yang Wajib Anda Tahu!
Pembentukan jerawat yang sedikit dan normal adalah perkara biasa, namun begitu langkah menghindarinya dapat dilakukan bagi mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit, maka amalan penjagaan kebersihan diri dan wajah perlu dilakukan.



Antara tips elak pembentukan jerawat yang wajib anda tahu

  1) Lakukan pencucian muka dua kali sehari dengan jenis sabun pencuci muka yang bertekstur lembut dan membersih secara mendalam. Jika boleh pilihlah jenis sabun pencuci muka yang tidak terlalu mengeringkan dan boleh menghidratkan kulit. Namun begitu pencucian kulit tanpa sabun pencuci juga boleh dilakukan sebanyak 5 kali sehari ataupun lebih. Disarankan agar anda mencuci muka dengan air suam!





2)  Jangan mencuci kulit dengan kuat dan menggosoknya dengan kuat untuk menghilangkan minyak, kekotoran dan sel-sel mati pada kulit. Menggosok dengan kuat bukanlah suatu yang baik pada kulit malah perbuatan tersebut dapat menyebabkan keradangan kulit dan jerawat akan menjadi lebih teruk. Sebaliknya gunakan cara urutan ringan dan gosoklah kulit dengan lembut.
·         
 3)  Gunakan skrub wajah 1 hingga 2 kali seminggu sahaja atau 1 dalam masa 2 minggu bagi mereka yang kurang terdedah dengan aktiviti luar dan pancaran cahaya matahari. Ia bertujuan untuk membuang lebihan sebum yang tersumbat dalam liang pori, selain membuang bintik hitam dan bintik putih serta sel kulit mati. Penggunaan pencuci wajah yang lebih dari kadar yang disyorkan adalah amat merbahaya pada kulit khususnya pada kulit sensitif. Sila gunakan pencuci wajah yang mempunyai butiran yang tidak kasar malah lembut pada kulit.



 4)  Jangan memicit kulit anda yang mempunyai jerawat ataupun sebarang bintik, nodul ataupun sebarang pertumbuhan baru yang tidak diperlukan pada kulit anda. Sebaliknya jumpalah pakar kulit yang bertauliah atau pakar dermatogi di klinik dan hospital pakar untuk menyelesaikan perkara tersebut. Memicit kulit yang mempunyai jerawat bukan sahaja tidak elok pada kulit tetapi akan memburukkan lagi keadaan kulit anda sekiranya berlaku jangkitan!



5)   Sebolehnya, elakkan kulit muka anda daripada terkena cahaya matahari secara berterusan. Kulit akan mudah menjadi kering jika anda terkena cahaya matahari secara berterusan.  Pancaran sinar UV (Ultra lembayung) yang sedikit sudah cukup untuk menyerap masuk kedalam sel kulit dalam anda dengan mudah serta merosakkan struktur protein dan DNA kulit anda. Perkara ini tentunya tidak baik pada kulit kerana ia mengundang kepada keradangan dan kanser kulit. Gunakan pelindung sinaran UV samada dari jenis (SPF 10, SPF 15, SPF 25, SPF 50 dan sebagainya)

6)   Jangan selalu menukar produk pembersihan wajah dan kecantikan wajah secara kerap kerana ia mungkin menyebabkan keradangan dan alahan pada kulit anda dan menyebabkan berlakunya jerawat.

7)   Elakkan mengguna bedak padat kerana span lembap yang digunakan berkali-kali akan terperap di dalam bekas dan menggalakkan pembiakan bakteria. Gunalah bedak berasaskan mineral seratus peratus tanpa sebarang campuran bendasing yang mempunyai sifat anti-inflammatori, tidak menutupi liang pori-pori kerana molekulnya besar dan bedak yang kering tidak menggalakkan pembiakan bakteria seperti Kiss mineral mekap.

 Saya pun ada masalah jerawat jugak. Tapi alhamdulillah, sekarang dah reda dengan amalkan tips di atas dan ambil set jerawat shaklee. Maklumat lengkap mengenai set jerawat shaklee boleh anda lihat di sini



Ada masalah jerawat? Jangan lupa semak tips mudah elak pembentukan jerawat ni ye. Harap-harap semua dapat atasi masalah jerawat ni supaya boleh tampil yakin dan ceria. Jangan biarkan jerawat jadi teruk, dah berparut baru nak ikhtiar atasi masalah jerawat.

Sebarang pertanyaan, jangalah segan dan malu untuk whatsapp saya di 012-8660655.


Sekian, salam sayang.

Azieyana Aziz,
SID 1185491

Contact Form

Name

Email *

Message *

Copyright © Jom Tampil Sihat Dan Yakin bersama Shaklee Made with ❤ by azhafizah.com