Sebab dah semakin moden, ramai wanita sekarang yang kurang kisah mengenai amalan berpantang selepas bersalin. Ramai yang rasa amalan berpantang ni leceh dan kolot. Bahkan, ada yang merasakan amalan berpantang ini membosankan dan tidak seronok sama sekali. Amalan bertuam, pemakanan, berurut, bertangas, bertungku dan berbengkung ini dirasakan sangat leceh! Tapi ketahuilah, amalan berpantang ini sangat penting jika ibu ingin sihat dan cergas seperti sedia kala.
Banyak perkara yang sebelum ni biasa kita lakukan tetapi selepas bersalin terdapat pantang dan amalan baru yang harus kita ikut kerana bimbang akan menjadi bentan dan sebagainya. Tidak dinafikan amalan ini agak leceh, tapi dah tentu kita mahukan kesan untuk jangka masa panjang kan? Oleh sebab itu, jangan anggap amalan berpantang ini kolot atau pun leceh. Masa muda atau bersalin anak pertama kena betul-betul berpantang supaya badan boleh cergas dan sihat dalam jangka masa yang lama.
Nak tahu apa amalan berpantang untuk ibu kekal sihat dan cergas?
Berikut merupakan beberapa amalan penting yang harus diamalkan ketika berpantang.
1. Hubungan Seks
Ramai doktor menyarankan hubungan seks tidak dilakukan dalam masa 6 minggu selepas bersalin. Huh ngeri nak membayangkan!!! Si ibu ni baru saja melalui proses yang menyakitkan maka dia perlu masa untuk kembali sihat dan kuat. Tambahan pula , perlu bagi masa kepada bahagian sulit untuk betul-betul sembuh lagi –lagi mereka yang terluka eposiotomi. Luka episiotomy ni ialah potongan yang harus dilakukan apabila bayi memerlukan bukaan yang lebih besar untuk keluar semasa proses bersalin. Jadi lepas bersalin dan ketika berpantang, harap encik-encik suami faham keadaan isteri. Jangan fikir nafsu semata-mata ye....
2. Pemakanan
Bab amalan pemakanan ni memang banyak pantangnya. Kalau boleh, dalam tempoh 40 hari tu, elakkanlah makan makanan berminyak. Ni untuk kekalkan bentuk badan ibu-ibu lepas bersalin lah. Tak nak ke dapatkan semula bentuk badan? Siapa kata lepas bersalin tak boleh jaga badan kan?
Lepas bersalin, kalau boleh jangan makan ikan masin atau ikan kering kerana ianya hanya akan menyebabkan darah nifas berbau, kering dengan cepat dan melemahkan daya ketahanan mental dan fizikal. Sebenarnya bidan melayu dulu-dulu pun menggalakkan makan ikan segar tetapi harus elakkan memakan ikan-ikan yang berbisa seperti contohnya ikan bawal hitam, terubuk, duri, pari,parang dan sembilang kerana takut berbisa atau bentan pada pintu rahim.
Dari segi ulaman pula terdapat banyak jenis ulam tempatan yang boleh diperolehi di mana-mana sahaja seperti serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum dan juga halia. Ulaman ini memang mengandungi banyak zat galian (mineral) , fiber dan pelbagai vitamin seperti vitamin A, C dan E, dan kesemua itu mempunyai kadar anti oksidan yang tinggi yang mana amat baik untuk kesihatan tubuh badan semasa berpantang.
Selain dari ulam diatas ada banyak lagi ulam yang boleh dimakan ketika berpantang seperti daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun cemumar, daun bebuas ,daun ruku dan sebagainya akan tetapi Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran yang bersifat sejuk serta berangin seperti kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, kacang panjang, petola, labu, rebung, petai, jering serta terung dan yang lain-lain lagi yang mana boleh dirujuk dari orang-orang tua juga ibu-ayah kita dan juga pakar pemakanan.Perkara yang satu ni mandatori tidak boleh diambil ketika berpantang ialah minuman bergas!.Selain dari itu minuman yang sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau dan kelapa muda juga harus dielakkan
Cuba variasikan lauk berpantang. Ikan bakar + sup sayur, bubur ayam errr apa lagi ek? Banyak menu yang lazat boleh dimakan ketika berpantang. Mungkin entri seterusnya saya akan kongsi menu berpantang. hehe
3. Ketahan Jiwa Dan Emosi
Tidak jarang ibu yang baru melahirkan anak mengalami tekanan perasaan dan emosi. Masalah ini boleh ada sejak ibu hamil dan berterusan hingga melahirkan anak kerana semasa berpantang ibu perlu memberi jagaan yang rapi kepada bayi.Perkara ini memberi kesan yang kuat terhadap jiwa dan emosi ibu. Akibat tekanan ini , ramai wanita mengalami masalah kemurungan dan ada yang lebih teruk lagi mengalami sakit jiwa dan meroyan.Dalam sesetengah keadaan yang amat menekan jiwa (nauzubillahiminzalik ) ada segelintir yang cuba membunuh diri .
Tekanan jiwa dan emosi ini boleh dielakkan jika ada sokongan dan nasihat yang sentiasa oleh orang yang penting dalam hidup si ibu seperti sang suami. Ibu dan ayah. Si isteri sepatutnya diberi sokongan bukan sahaja dari segi fizikal dalam penjagaan terhadap isteri dan bayi yang baru lahir, tetapi juga harus ada sokongan dari segi moral dan nilai keagamaan.
4. Rawatan Diri
Bengkung :
Mengikut sejarah perbidanan tradisional mahu pun moden, kegunaan bengkung, terutama bagi ibu bersalin normal adalah penting untuk mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut dan memudahkan keluarnya angin panas dan kotor dengan mengikat barut dan ubat yang sempurna. Bengkung yang bagus adalah bengkung yang mempunyai diameter yang panjang menutupi daripada paras bawah dada sehingga ke bawah pinggul. Ini dapat memberi sokongan yang kuat dan kukuh pada atas rahim.
Bengkung ini seelok-eloknya dipakai sepanjang masa dan hanya ditanggalkan ketika mandi. Ia boleh mula dipakai pada hari ke-4 sampai tamat tempoh pantang atau seberapa lama yang anda kehendaki.Memakai bengkung yang kemas dan sempurna dapat membantu mengembalikan bentuk badan ke bentuk asal dengan lebih cepat.
Urutan tradisional :
Urutan boleh memulihkan aliran darah, mencuci dan mengeluarkan darah, angin dan lendir yang kotor serta melawasakan nifas daripada tersekat atau tersumbat. Ianya juga boleh menenangkan jiwa , melegakan bisa otot dan sendi dan meringankan tubuh badan yang lesu. Walaubagaimana pun dilarang untuk mengurut secara kasar.
engasak, menekan, serta menolak peranakan dalam tempoh 3 minggu pertama. Ini kerana peranakan masih lemah, luka dan bengkak. Hanya urut dibahu, leher, dada dan payudara. Kemudian dari bahu ke siku, lengan dan jari-jemari. Selepas 44 hari baru lah boleh disentuh di bahagian kedudukan Rahim itu pun harus mulai dengan lembut dan perlahan.
Minum air akar kayu, jamu dan produk kesihatan :
Digalakkan bagi ibu-ibu selepas bersalin meminum air akar kayu, jamu dan produk kesihatan yang boleh membantu memepercepatkan proses membaik pulih dalaman. Kalau jamu saya tak seberapa tahu sangatlah, tapi kalau nak produk kesiahtan, saya boleh cadangkan set bersalin Shaklee. Produk ni sangat highly recommended untuk ibu-ibu yang nak cepat sihat. Nak tahu lebih lanjut mengenai vitamin untuk berpantang boleh klik sini
Sekarang dah tahu kan serba sedikit tentang amalan semasa berpantang supaya cepat sihat dan cergas? Jangan abaikan amalan berpantang ni tau. Sebab ramai yang ingat ia leceh, ramai yang dah tak buat, dan terbukti ramai yang ada masalah kesihatan sebab abaikan amalan berpantang ni. Saya harap info ni berguna untuk ibu-ibu di luar sana!
Berminat dengan produk Shaklee ketika berpantang, jangan segan untuk hubungi saya. Kita bagi tips lebih untuk info ibu berpantang.
Whatsapp saya di 0128660655.
Sekian, salam sayang.
Azieyana Aziz,
SID 1185491
Sekian, salam sayang.
Azieyana Aziz,
SID 1185491
No comments:
Post a Comment