Thursday 2 March 2017

MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI IBU HAMIL SEPANJANG KEHAMILAN

Proses kehamilan ini memang merupakan proses yang mencabar bagi seorang wanita. Ketika hamil inilah alahan, ketika hamil ini jugalah pelbagai masalah yang akan dihadapi oleh wanita hamil. Sakit pinggang lah, sakit sendilah. Belum sakit bertarung nyawa melahirkan.Huhuhu sesungguhnya seorang ibu memang insan yang super duper kuat! Semoga syurga menanti untuk semua pengorbanan ibu-ibu hamil sekalian. Amin!

Disebabkan oleh pelbagai masalah yang dihadapi oleh ibu hamil sepanjang kehamilan, maka hari ini saya ingin kongsikan beberapa punca yang menyebabkan masalah-masalah yang dihadapi ibu hamil sepanjang kehamilan.

1. Alahan
Alahan merupakan masalah utama yang dihadapi ibu hamil, terutamya pada awal kehamilan atau trimester pertama. Jika alahan pada tahap yang teruk, ia boleh berlanjutan sehingga trimester kedua. Untuk ibu hamil anak pertama, pasti anda tertanya-tanya apakah punca yang menyebabkan alahan sehingga seringkali berasa mabuk dan loya? Di sini saya kongsikan beberapa punca yang menyebabkan alahan seperti mabuk dan loya berlaku ketika hamil.



- Hormon human chorionic gonadotrophin (hCG), estrogen, tiroid thyroxine yang meningkat ketika hamil.Peningkatan hormon tersebut akan mengambil masa untuk disesuaikan dengan badan ibu hamil. Proses penyesuaian tersebut mengambil masa beberapa bulan. Kerana itu alahan sering berlaku pada trimister pertama
- Terdapat teori menyatakan bahawa peningkatan deria bau dan loya ialah satu kaedah perlindungan. Ini membuatkan anda kurang berkemungkinan mendedahkan diri kepada sesuatu yang tidak selamat dimakan atau toksin-toksin yang berbahaya.




2. Krem/Kejang kaki
Krem atau pun kejang kaki juga merupakan masalah yang biasa dihadapi oleh ibu hamil. Jika alahan sering berlaku pada trimester pertama, krem atau kejang kaki pula sering berlaku pada trimester kedua dan mungkin berlanjutan ketika trimester ketiga. Krem atau kejang kaki ini berlaku disebabkan oleh asid yang terkumpul dalam serat otot. Antara faktor yang menyebabkan kekejangan berlaku ketika hamil adalah seperti berikut:



- Kekurangan nutrient dan garam seperti kalsium dan magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
- Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda
-Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

3. Sakit belakang
Sakit belakang semasa hamil adalah normal. Perkara ini berpunca akibat daripada bayi dan rahim yang semakin membesar. Pembesaran yang berlaku akan mengubah pusat graviti terutamanya apabila perut ibu hamil semakin menonjol ke luar. Proses pengimbangan pusat graviti tersebut akan menyebabkan sakit belakang berlaku.



Sakit belakang juga boleh berlaku akibat daripada perubahan hormon  yang melonggarkan sendi dan ligamen pada tulang pelvis. Untuk mengatasi sakit belakang ini, ibu hamil boleh mengamalkan pengambilan kalsium yang lebih dan banyakkan berehat. 


4. Sembelit
Sembelit merupakan masalah kesukaran untuk membuang air besar. Masalah ini sering berlaku untuk individu yang kekurangan serat dan fibre di dalam badan. Bila hamil, keperluan serat dalam badan meningkat 2x ganda. Kerana serat dan fibre yang diperolehi ibu hamil turut diserap oleh bayi dalam kandungan. Ini menyebabkan jumlah serat biasa yang diambil ketika tidak hamil akan menjadi berkurangan ketika hamil. Bila perkara ini berlaku, ibu hamil akan mengalami masalah kesukaran untuk membuang air besar atau dikenali sebagai sembelit



Untuk mengatasi masalah ini, ibu hamil mestilah memastikan jumlah serat dan fibre yang diperlukan badan untuk proses pencernaan adalah mencukupi untuk dirinya dan bayi. Bahaya tau sembelit ni jika dibiarkan. Selain rasa sakit, ia akan memberi kesan kepada bayi terutamanya untuk ibu hamil yang mempunyai rahim yang lemah. 

Begitulah beberapa punca yang menyebabkan masalah-masalah yang dihadapi ibu hamil sepanjang kehamilan. Sekarang dah tahu punca, cubalah amalkan cara untuk mengatasi punca tersebut yeee. Makanan sangat memainkan peranan penting untuk atasi masalah-masalah yang dihadapi ibu hamil sepanjang kehamilan. Boleh juga amalkan pengambilan vitamun yang membantu ibu hamil mengatasi masalah-masalah sepanjang kehamilan.


Tips pemilihan dan pengambilan vitamin untuk ibu hamil juga boleh anda baca di sini

Nak sembang mengenai masalah kehamilan anda?

Hubungi/Whatsapp saya di 0128660655.


Sekian, salam sayang.

Azieyana Aziz,
SID 1185491

No comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Copyright © Jom Tampil Sihat Dan Yakin bersama Shaklee Made with ❤ by azhafizah.com