Batuk berkahak memang merupakan perkara biasa yang menyerang kanak-kanak
kan? Yang kesiannya bila batuk ni kena dekat anak-anak kita, sampai
muntah-muntah dibuatnya. Anak rasa sakit, kita pun sedih jugaklah tengok anak
kita macam tu kan?
Ha jadinya hari ni saya nak kongsikan petua hilangkan batuk kanak-kanak dengan
mudah.
1 DAUN KADUK
Pernah nampak daun ni? Nama daun ni ialah daun kaduk. Daun kaduk ni
selalunya tumbuh menjalar je kat pokok lain. Kalau ada daun ni janganlah buang
sebab daun ni sangat membantu untuk hilangkan batuk kanak-kanak.
Caranya ambil beberapa helai daun kaduk dan ramaskan daun tersebut yang dicampurkan dengan sedikit kapur sirih dan air. Kemudian lumurkan bahan tersebut di atas dada dan perut anak kita. InsyaAllah lendir kahak dan selsema akan keluar melalui najis anak kita. Selamat mencuba!!!!
2 BUAH BADAM
Buah badam memiliki
kelebihan untuk menghilangkan batuk dengan cepat. Caranya pun sangat mudah
1. Siapkan 5-8 butir buah badam, lalu rendam di dalam air selama 12 jam.
1. Siapkan 5-8 butir buah badam, lalu rendam di dalam air selama 12 jam.
- Tumbuk
atau giling buah badam sampai lembut seperti pasta, kemudian tambahkan
sesudu teh mentega.
- Makan pasta ini dalam satu hari sebanyak tiga sampai empat kali.
3. BUAH ANGGUR
Anggur menampung
sifat ekspektoran yang dapat membantu mengeluarkan lendir pada saluran
paru-paru. Buatlah jus anggur dan minum sehari dua kali, jangan terlalu banyak
kerana rasa manis pada anggur boleh menyebabkan batuk yang lebih teruk.
4. LIMAU NIPIS DAN KICAP
Siapa yang dah tahu cara ni? Paduan limau nipis dan kicap sangat efektif untuk menjadi penawar batuk.
Pengubatan tradisional ini telah dipakai sejak masyarakat terdahulu. Macam mana
nak buat?
- Ambil
satu limau nipis, lepas tu siapkan kicap dalam satu sudu makan.
- Peras
limau nipis ke atas sudu, buang bijinya. Tuang sedikit kicap, lepas tu
gaul dan minum ubat batuk ini.
- Selepas itu, jangan lupa minum air suam. Seboleh-bolehnya 2x sehari
Senang kan petua nak hilangkan batuk untuk kanak-kanak ni? Lepas ni kalau anak-anak batuk teruk, bolehlah cuba buat ya. Ada lagi satu cara yang sangat mudah. Bagi anak-anak makan Omega guard Shaklee pun ok. Bukan kanak-kanak je, kalau orang dewasa ambil pun memang kahak tu akan keluarlah.
Semoga petua ini bermanfaat untuk anda yeeee.
Sekian, salam sayang.
Azieyana Aziz,
SID 1185491
alhamdulillah
ReplyDelete