Bila anak-anak demam, mesti kita rasa cemas kan? Lagi-lagi bila demam panas, sebab orang cakap kalau demam panas ni, silap haribulan anak-anak boleh cacat. Demam didefinisikan sebagai suhu melebihi 37.5ºC. Suhu badan normal adalah 36.6-37.5ºC. Bila anak-anak kita demam tinggi iaitu suhu teras >38.5ºC, ia boleh menyebabkan berlaku konvulsi (sawan), merengat (heat stroke) atau pun halusinasi (meracau). Bila berlaku heat stroke tu yang kadang-kadang kanak-kanak boleh jadi cacat hanya sebab demam. Huhu bahaya tau!
Apakah Punca Kanak-Kanak Selalu Demam?
Demam biasanya berpunca dari jangkitan kuman tetapi faktor lain yang menyebabkan radang pada tisu badan juga boleh menyebabkan demam. Demam dibawah suhu38.5ºC tidak berbahaya malah ia merupakan tindakbalas fisiologi yang penting. Sebab ia memberi maklumat bahawa terdapat gangguan kepada tubuh manusia.
Ia juga adalah salah satu perisai badan untuk melawan penyakit, yang mana kenaikan suhu badan dapat membasmi sebahagian kuman. Walau bagaimanapun, tahap demam tidak boleh dijadikan penanda aras keseriusan penyakit. Kalau dah kanak-kanak asyik demam, tiap dua minggu demam, tu pun bahaya jugak kan? Sebab ia menunjukkan bahawa sistem imun kanak-kanak adalah sangat lemah dan boleh menyebabkan beberapa penyakit lain berlaku.
Jadi bagaimana cara atasi masalah kanak-kanak yang selalu demam?
1. Seboleh-bolehnya, susukan anak menggunakan susu ibu sehingga bayi berusia 2 tahun. Susu ibu mampu menguatkan sistem imun anak-anak. Kalau dah malas nak susukan, jadi jangan hairan kalau nanti anak-anak ada masalah sistem imun yang lemah. Kesian anak-anak asyik minum susu formula kan? Kalau ada masalah susu ibu kurang, saya cadangkan Puan amalkan minum ESP Shaklee. InsyaAllah, susu akan cukup untuk anak sehingga usia 2 tahun.
Tak nak anak-anak selalu demam pada masa akan datang, pastikan penyusuan ibu cukup untuk keperluan anak anak ye...
2. Amalkan pemakanan yang seimbang dan bernutrisi untuk anak-anak. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang kurang nutrisi memang akan selalu demam. Sebab nutrisi dan zat membantu dalam melindungi sistem tubuh manusia, tak kiralah kanak-kanak ke, orang dewasa ke. Tapi keperluan penting untuk kanak-kanak supaya mereka dapat membina sistem imun yang kuat.
"Tapi, macam mana kalau anak saya malas makan? Kalau makan pun, makan makanan ringan."
Kalau puan ada masalah seperti di atas, Puan bolehlah cuba berikan anak-anak suplimen atau vitamin tambahan. Dah nak buat macam mana kan, dah anak-anak tak nak makan. Jadi puan kenalah berusaha lengkapkan keperluan nutrisi dan zat yang diperlukan anak-anak supaya mereka kekal cergas dan sihat. Beberapa vitamin yang membantu kanak-kanak yang ada amsalah kekurangan zat sebab malas makan, puan boleh cek di sini: http://sihatyakin.blogspot.my/2017/03/vitamin-untuk-kanak-kanak-agar-kekal.html
3. Persekitaran yang bersih dan selamat. Pastikan bekalan air yang bersih dan air minum perlulah dimasak terlebih dahulu. Anda perlulah membuat pilihan yang bijak semasa membeli makanan yang dijual diluar. Jadikan kebersihan sebagai salah satu faktor utama semasa membuat pilihan. Pastikan anda membeli makanan di tempat yang bersih. Cuba elakkan terdedah dengan terlalu ramai orang jika anak anda sering sakit. Terdedah dengan ramai orang akan menyebabkan kanak-kanak lebih terdedah dengan bakteria.
4. Satu lagi perkara yang sering khalayak umum terlepas pandang adalah tentang bahayanya asap rokok. Didapati situasi “secondhand smoker’ di mana bayi atau kanak-kanak tinggal bersama dengan ibu bapa atau orang dewasa yang merokok akan terdedah kepada asap rokok secara tidak langsung. Berdasarkan hasil kajian epidemiologi, risiko bagi kanak-kanak mengalami jangkitan kuman pneumonia dan kematian mengejut (Sudden Infant Death Syndrome) adalah lebih tinggi dikalangan mereka yang terdedah dengan gejala ‘secondhand smoker’. Jadi kalau ada anak kecil tu, tolonglah ye, kalau sayangkan anak-anak janganlah merokok di rumah. Please!
Begitulah beberapa perkongsian mengenai punca kanak-kanak selalu demam dan cara atasi masalah demam Jadi, kalau anak-anak anda selalu demam, jangan lupa semak perkara-perkara di atas. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk Puan ye.

Semoga anak-anak kita sihat sentiasa!
Sekian, salam sayang.
Azieyana Aziz,
SID 1185491
No comments:
Post a Comment