Thursday, 23 March 2017

5 MASALAH UTAMA IBU BERPANTANG


Tahu tak, ramai ibu berdepan dengan pelbagai masalah ketika proses berpantang akibat kurang ilmu dan persediaan ibu berpantang. Bila kurnag persediaan dan ilmu, maka terjadilah masalah-masalah ketika berpantang. Sedangkan ketika berpantang ini kita seharusnya menjaga tubuh kita dengan sebaiknya agar proses baik pulih sel kita akan dapat berjalan dengan baik. Tapi bila sambil lewa ketika berpantang, jadilah masalah yang tidak kita ingini.





1. BENTAN
Bentan merupakan satu keadaan rasa lenguh dan sakit urat yang seirng berlaku kepada ibu-ibu selepas bersalin. Bila ibu-ibu mengalami bentan, seluruh badan akan terasa lemah dan lesu yang disertai demam.


Bagaimana bentan berlaku?
Bentan akan berlkau apabila ibu tidka berpantang makan dan minum. Contohnya sering minum air sejuk. Satu lagi sebab terlanggar benda keras. Terutamanya ibu jari kaki. Bila terkena, memang akan kena bentan. Huhhhh sakit!

Cara nak atasi bentan ni ialah ibu bersalin perlu diselimutkan dengan selimut tebal ketika tidur untuk meransang peluh. Bentan akan berkurangan  bila berpeluh. Tapi kena rehat secukupnya. Kalau ak berurut elakkan berurut pada bahagian berdekatan rahim ye.

2. SEMBELIT
Ha yang ni memang akan menjadi perkara normal. Hampir semua ibu selepas bersalin dalam tempoh pantang akan mengalami sembelit. Sembelit ni merupakan kesukaran membuang air besar kerana kesan jahitan masih baru, kurang air dalam badan, kurang kalsium dan magnesium untuk membantu pencernaan najis. Sebab itu, jadilah sembelit.

Cara nak atasi sembelit ialah dengan makan makanan yang mengandungi kalsium, protein  yang tinggi agar dapat membantu proses pencernaan. Boleh amalkan makan kurma, badam, kalau tak pun ambil supplimen yang tinggi kalsium dan magnesium macam ostematrix shaklee

3. RENGAT
Yang ni masalah yang ibu bersalin selalu tak perasan. Rengat  ni kesakitan yang berlaku pada perut dan rahim seolah-olah nak bersalin lagi!!!! Ya Allah ngeri tau tak?



Macam mana rengat ni boleh terjadi? Ha rengat ni berlaku sebab ada darah ibu yang tidka habis keluar bersama uri dan tertinggal di dalam rahim. Darah ini juga dikenali sebagai darah banral. Sebab tu ketika berpantang kena bertungku. Bertungku mula hari pertama pantang penting untuk membolehkan darah kotor yang tertinggal dalam rahim akan keluar bersama darah nifas.

4. BENGKAK SUSU
Bengkak susu ni ialah rasa sakit pada payudara ibu disebabkan air susu yang susah nak keluar. Cara nak atasi bengkak susu ni senang je sebenarnya. Lakukan tuam sejuk dan kemudian tuam panas. Lepas tuam, urut sekitar kawasan yang bengkak dan perlahan-lahan perah susu menggunakan tangan. Bila air susu semakin berkurang, maka bengkak susu akan reda.

5. BAYI DEMAM KUNING
Bayi demam kuning pun merupakan satu perkara yang sering berlaku. Sangat jarang bayi tidak demam kuning. Yang berbahaya ialah jika demam kuning bayi terlalu tinggi. Demam kuning berlaku sebab bayi belum dapat membuang najis dengan baik. Kalau nak kurangkan kuning, ibu kena makan makanan yang ada kandungan kalsium yang tinggi untuk menggalakkan pencernaan bayi.



Walaupun sekadar minum air susu ibu, semua nutrisi ibu akan turut diperolehi oleh anak.Contoh makan kurma, zaafaran. Boleh juga cuba supplimen macam herbalax yang mengandungi daun senna yang membantu najis dikeluarkan dengan cepat. InsyaAllah, mesti demam kuning anak akan cepat turun

Begitulah info mengenai 5 masalah utama ibu berpantang. Harap sebelum berpantang, ibu-ibu ambil berat mengenai panduan amalan berpantang ya. Bila kita ada ilmu mengenai berpantang dan kita amalkan, insyaAllah kurang masalah yang akan berlaku. Semoga ilmu ini bermanfaat dan semoga semua ibu berpantang sihat belaka hendaknya.

No comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Copyright © Jom Tampil Sihat Dan Yakin bersama Shaklee Made with ❤ by azhafizah.com