Assalamualaikum adik-adik semua.
Keputusan STPM baru sahaja keluar kan? Mudah-mudahan
keputusan adik-adik semua melayakkan adik-adik untuk masuk ke Menara gading.
Semua pun mesti teruja bila masuk universiti kan? Permulaan baru, persekitaran
baru, rakan-rakan baru. Semuanya pasti memberi pengalaman yang menyeronokkan
untuk adik-adik!
Akak tengah dapat pakai jubah emas. Hehe
Walau bagaimanapun, dalam keseronokan masuk universiti ni,
mesti jugak ada cabaran yang akan adik-adik lalui. Sama macam akak dulu-dulu.
(Chewah padahal baru grad setahun lepas). Salah satu cabarannya ialah masalah
kewangan di universiti.
Gambar pre konvo akak hehehe
Hmmm kecualilah kalau adik ni anak orang kaya, tiap minggu
dapat biasiswa PAMA (Papa & Mama), maka perkongsian ini mungkin kurang
berguna untuk adik. Tapi untuk yang datang dari kelaurga yang susah, tips atau cara
survive dan atasi masalah kewangan di university ini sangat berguna untuk
adik-adik.
Jom baca kisah akak survive dan atasi masalah kewangan di universiti.
Sebelum tu akak graduan daripada Universiti Malaysia Sabah
(UMS). Semester pertama masuk UMS, masa ni tak rasa lagi masalah kewangan hidup
di universiti. Sebab masa ni kan dapat full pinjaman PTPTN. RM 3,250 gedebuk
masuk dalam akaun. Huh! Rasa macam jadi orang kaya masa tu. Hehehe. Akak dapat
full RM 3,250 sebab akak tak ambil WPP (Wang pendahuluan pinjaman) dari PTPTN
untuk kegunaan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan.
Plus, akak dah bayar yuran full semester 1 sebelum masuk.
Mampu bayar dan sediakan semua keperluan lain sebab lepas habis matrikulasi
bulan Mei, nak tunggu masuk U bulan September akak kerja jadi kerani selama 3
bulan. Dapatlah gaji RM 800 sebulan. Lagipun, elaun akak masa kat matrikulasi
tak tersentuh. Akak pusher nasi lemak masa kat matrik dulu. Jadinya duit
belanja akak ialah upah hasil jual nasi lemak. Elaun matrikulasi simpan. Adalah
dalam RM 2K saving masa lepas habis matrik. Nampak tak betapa bijaknya akak
menyimpan dan cari duit lebih (alamak masuk bakul angkat sendiri pulak.
Hehehhe.)
Ok, sambung semula cerita di Universiti. Hmm, masuk semester
kedua di UMS, akak dah mula merasakan masalah kewangan. Seriously! Kos nak
makan sehari pun dah RM 10, belum masuk duit untuk assignment, belum masuk duit
kena bayar untuk program-program subjek. Dan pada semester 2 duit PTPTN yang
masuk hanya lebih kurang RM 1800. Sebab dah siap-siap tolak yuran.
Bayangkan kena survive selama lebih kurang 16 minggu dengan
hanya RM 1800? TAK CUKUP OKEY! Lagipun, akak dah berjanji dengan diri sendiri,
masuk U tak nak susahkan ayah lagi (mak akak dah lama meninggal). Jadinya, akak
tak pernah dan tak mau minta duit dari ayah.
Pejam celik, pejam celik. Habis semester 2. Ini tidak boleh
jadi! Duit PTPTN memang tak cukup untuk menampung hidup di Universiti. Perah
otak jap untuk fikir macam mana nak cari duit lebih. Nak kerja part time dekat
mall macam masa tak mengizinkan. Yalah dengan 18-21 jam kredit tak sempat nak
bekerja part time. Lagi-lagi UMS tu besar yang amat! Nak keluar dari UMS untuk
ke mall One Borneo di sebelah UMS pun ambil masa. Kalau tak ada kenderaan
sendiri, alamatnya perjalanan 5 minit boleh jadi sejam bila tunggu bas TUT di
UMS. Hahaha hanya budak UMS je yang paham perasaan naik bus TUT ni.
Ha akak dah nak bagi tips ni. Lepas pening-pening tu, toink!
dapatlah satu cara.
MENULIS!
Mujurlah akak adalah jugak bakat menulis sikit-sikit. Tulis
puisi, tulis cerpen. Lepas tulis puisi atau cerpen, akak hantar ke penerbit
majalah TUNAS CIPTA. Ada banyak lagi penerbit lain. Adik-adik kena rajin lah
Google yeeee. Usaha kan tangga kejayaan.Heheh. Bila hantar karya ke TUNAS CIPTA
ni, untuk puisi yang terpilih dan diterbitkan, pihak TUNAS CIPTA akan bayar kita
RM 100. Untuk cerpen pula, RM 300 untuk
sebuah cerpen. Banyak tak? Hehe
banyaklah untuk pelajar yang ada masalah kewangan.
Tapi, tapi… masih tak cukup. Sebab proses penilaian karya
ambil masa 3 sehingga 6 bulan. Masa semester 3 tu akak dapat 2x je lah. Sekali
bayaran untuk puisi, sekali bayaran untuk cerpen. Bayangkan lepas hantar karya,
dapat bayaran selepas 4 bulan? Kiranya dah masuk sem baru dah.
BERNIAGA!
Sem 4. Huh nak tunggu bayaran menulis lama gila. Masalah
kewangan masih membelenggu. Jadi akhirnya akak putuskan untuk berniaga!
Eh, dahlah duit tak cukup, nak berniaga lagi? Dapat modal
dari mana???
Hehehe modal akak berniaga kalau tak silap RM 50 je. Lepas dapat
duit PTPTN, akak tetiba dapat idea nak berniaga sandwich. Hahahah, korang ingat
akak berniaga apa? Ha alhamdulillah rezeki pulak berniaga sandwich ni. Start
dari sem 4 tu alhamdulillah cukuplah duit nak hidup. Sebulan untung akak jual
sandwich ni dapatlah RM 300-RM 500. Tambah dengan duit PTPTN, memang cukup. Tak
boleh nak merungut dah. Rezeki Allah memang cukup. Syukur sangat!
Macam mana akak berniaga sandwich ni?
Akak pergilah tanya mana-mana café fakulti yang nak akak
supply sandwich ni. Akak tak berani nak simpan tepi-tepi meja fakulti sebab
pernah buat tapi duit hasil tak cukup. Maknanya ada orang ambil tapi tak bayar.
Tak apalah, akak halalkan. Lepas deal dengan café fakulti, akak pun hantar
sandwich dengan diorang. Tak banyak pun. 1 fakulti akak hanya supply 20-30
bungkus sandwich tiap hari. Akak ambik tender 2 café je (amboi siap tender. Hahah!)
Al maklumlah, akak hantar sandwich pun guna bas UMS. Beg sandwich pun kiri
kanan dah kat bahu. Kelas mula pukul 8.00 am, akak sempatlah buat sandwich bila
bangun pukul 4.00 am tiap hari sebelum gi kelas.
Penat tu memanglah penat kan. Tapi nak cari duit lebih punya
pasal tak apalah. Dan begitulah yang akak buat untuk semester-semester seterusnya.
Alhamdulillah, dari tahun 1 sampai tahun 4 belajar di UMS akak tak pernah
mintak duit ayah walau sesen.
Dan untuk pengetahuan adik-adik, lepas grad PTPTN akak
convert jadi biasiswa tau! Akak berjaya grad dengan ijazah kelas pertama dan
sekarang akak dah bertugas sebagai seorang guru. Entri seterusnya insyaAllah
akak akan kongsi pulak macam mana akak boleh grad dengan ijazah kelas 1.
Harap dua CARA SURVIVE DAN ATASI MASALAH KEWANGAN DI
UNIVERSITI yang akak tulis ni bermanfaat untuk adik-adik ya. Bolehlah cuba buat
apa akak buat kalau rasa sesuai untuk adik-adik. Oh ya, kalau adik-adik
berminat nak berniaga produk Shaklee pun sangat dialu-alukan. Akak boleh ajar
dari A-Z. Yang penting ada kemahuan dan usaha.
Okeylah, samoga bertemu di entri seterusnya. Selamat maju
jaya untuk adik-adik yang akan menempuh alam universiti!
Sekian, salam sayang.
Azieyana Aziz,
SID 1185491
Hebat la. Mana ada usaha situ ada penyelesaian. Bagus jugak idea sabdwich tu
ReplyDeleteBetul. Antara nak dengan tak nak je pun. Idea "sandwich" tu, walaupun nampak macam ala sandwivh je? Tapi sangatlah membantu sepanjang hidup di universiti. Hehehe
ReplyDelete