Friday 29 January 2016

JANGAN PUTUS ASA! ATASI JERAWAT SEMUDAH 1,2,3

Dah putus asa sebab jerawat yang tak nak hilang?





Guna macam-macam produk, tapi jerawat macam tu juga.

JANGAN PUTUS ASA! ATASI JERAWAT SEMUDAH 1, 2, 3!

Nak saya ajar cara atasi jerawat semudah 1, 2, 3?






Tunggu dulu.

Mari kenalpasti punca jerawat anda.

1) MASALAH KETIDAKSTABILAN HORMON
Tahukah anda, 67.5 % individu yang berusia 15 sehingga 28 tahun mengalami ketidakstabilan hormon. Hormon yang tidak stabil akan menyebabkan hormon libido meningkat (hormon yang menyebabkan tumbuh jerawat). 

Peningkatan hormon libido akan menganggu proses penghasilan minyak pada kalenjar wajah dan menyebabkan aliran darah pada wajah tersumbat sehingga lemak pada lapisan kulit wajah tidak dapat dibuang sehingga terbentuknya jerawat.


2) BADAN BANYAK TOKSIN
Tahukah anda, toxin yang banyak dalam badan akan cuba keluar melalui liang-liang pori pada wajah dan badan manusia. Oleh itu, apabila badan banyak toksin, ia akan keluar dan menjadi jerawat. Sebab itulah ramai yang mempunyai jerawat pada bahagian belakang. Wajah apatah lagi...


3) PENGHASILAN MINYAK BERLEBIHAN PADA WAJAH
Tahukah anda, minyak berlebihan pada wajah juga menjadi punca utama jerawat? Penghasilan minyak berlebihan akan bercampur dengan kotoran pada luar wajah menyebabkan ia sukar dibersihkan dan menjadi faktor pembentukan jerawat yang pantas?

4) PENGGUNAAN PRODUK MENGANDUNGI BAHAN KIMIA
Bahan kimia seperti merkuri, hidrokuinon dan paraben merupakan paling asas yang selalu ada pada mana-mana produk kecantikan yang bertujuan untuk mencerahkan dan menghaluskan tekstur kulit. Namun, apabila berhenti menggunakan produk tersebut, kulit wajah telah dicemari dengan bahan kimia yang menyebabkan laposan kulit wajah menyimpan toksin. Alhirnya toksin ini akan keluar menjadi jerawat.

Dah tahu kategori jerawat anda berada pada kategori yang mana satu?
Bila berhadapan dengan semua kategori di atas, memang sangat sukar untuk menghilangkan jerawat pada wajah. krim biasa yang terdapat pada mana-mana kedai menjual alat kosmetik. Itu pun kira bertuah kalau anda tak terjebak dengan krim yang ada kandungan kimia lagi. Lagi, bila anda guna makin teruklah wajah anda.


Dah tahu punca, sekarang apa pula produk yang boleh atasi masalah di atas???

Berikut merupakan cadangan vitamin dan produk luaran yang sesuai untuk atasi jerawat.


PRODUK 1: Vitamin C Sustained Released Shaklee

KELEBIHAN VITAMIN C SUSTAINED RELEASED SHAKLEE

Vitamin C shaklee merupakan satu-satunya vitamin yang bersifat sustained released, iaitu setiap jam selama 5 jam, 100 mg vitamin C akan dilepaskan ke dalam badan. Vitamin lain akan lepaskan secara sekaligus. Dengan vitamin C ini, anda akan mendapat manfaat optimum yang lebih banyak!


Lagi manfaat Vitamin C:
  • MENGANJALKAN KULIT
  • MENINGKATKAN PENGHASILAN KOLAGEN 
  • MEMBANTU MENENTANG BAKTERIA JERAWAT
  • MEMBANTU MEMBUANG TOXIN DALAM BADAN
  • PUDARKAN PARUT JERAWAT DENGAN CEPAT


PRODUK 2: GLA Complex Shaklee

KELEBIHAN GLA COMPLEX SHAKLEE:

Fungsi utama GLA ialah menstabilkan hormon yang menjadi punca utama jerawat, di samping membekalkan khasiat vitamin E yang sama seperti Sun Flower Seed Oil.


Lagi manfaat GLA Complex:
  • KECUTKAN JERAWAT DENGAN CEPAT
  • KAWAL KETIDAK SEIMBANGAN HORMON
  • KAWAL PEMBENTUKAN MINYAK BERLEBIHAN
  • PUDARKAN FLEK HITAM JERAWAT
  • MENYEKATAKAN TONA KULIT WAJAH


PRODUK 3: Garlic Complex Shaklee

KELEBIHAN GARLIC COMPLEX SHAKLEE

Garlic sangat berkesan untuk menghapuskan baketeria jerawat, antifungus dan anti kulat. Bahkan, Garlic merupakan suppliment utama dalam kalangan orang jepun dan Korea!



Lagi manfaat Garlic Complex:
  • MENGUATKAN SISTEM IMUN MENENTANG BAKTERIA JERAWAT
  • MEMBUANG TOXIN DALAM BADAN
  • MENGURANGKAN RASA SAKIT DAN PEDIH LUKA JERAWAT
  • MEMATIKAN BAKERIA JERAWAT


PRODUK 4: Gentle Deep Foaming Cleanser Shaklee

KELEBIHAN GENTLE DEEP FOAMING CLEANSER SHAKLEE

Gentle Deep Foaming Cleanser merupakan produk pencuci muka yang bertindak menyahtoksin toksin pada lapisan kulit wajah, mengawal sebum minyak dan mencerahkan kulit wajah.



Lagi manfaat Gentle Deep Foaming Cleanser:
  • NYAHTOKSIN BAHAN KIMIA PADA WAJAH
  • MENGHILANGKAN WHITEHEAD
  • MENGHILANGKAN BLACKHEAD
  • MENCERAHKAN WAJAH
  • MENGAWAL PENGHASILAN SEBUM MINYAK

Berikut antara testimoni penggunaan Set Jerawat Shaklee ini


Testimoni 1: Cara Berkesan Atasi Jerawat Semudah 1, 2, 3



Testimoni 2:  Cara Berkesan Atasi Jerawat Semudah 1, 2, 3



Testimoni 3:  Cara Berkesan Atasi Jerawat Semudah 1, 2, 3




Testimoni 4:  Cara Berkesan Atasi Jerawat Semudah 1, 2, 3



Testimoni 5:  Cara Berkesan Atasi Jerawat Semudah 1, 2, 3

Testimoni 6:  Cara Berkesan Atasi Jerawat Semudah 1, 2, 3



Bagaimana ingin mendapatkan Set Jerawat Shaklee ini???

Mudah sahaja. Anda hanya perlu hubungi/Whatsapp saya di 0138727565.
Konsultasi cara pengambilan yang betul agar ia berkesan seawal 2 minggu akan saya berikan setelah produk sampai di tangan anda.

Perlu diingat, ramai yang menjual tetapi tidak mengetahui cara yang betul dan berkesan untuk pengambilan anda. Akhirnya, anda tidak mendapat kesan yang optimum. Tak ke rugi tu???

Sekali lagi, jika anda ingin cara berkesan atasi jerawat seawal 2 minggu, hubungi / Whatsapp saya segera di 0128660655.


Sekian, salam sayang.

Azieyana Aziz,
SID 1185491
FB: Zie Azieyana

Saturday 23 January 2016

5 BEZA VITAMIN SINTETIK DAN VITAMIN SEMULAJADI

Tahu tak apa beza vitamin sintetik dengan vitamin semulajadi?




5 beza Vitamin Sintetik dan Vitamin Semulajadi


KELIRU?

TAK TAHU?

Jangan ambil vitamin bukan-bukan ya...


5 beza Vitamin Sintetik dan Vitamin Semulajadi


Mari saya terangkan dengan mudah supaya anda faham dan tidak lagi keliru, atau cakap tak tahu.

Sebelum itu, tahu tak apa maksud "SINTETIK"?



Sintetik bermaksud buatan. Bila badan kita menerima bahan buatan, maka sistem badan kita secara perlahan-lahan akan berubah. 

Macam kita nak tahu sistem badan kita berubah?
Dulu mungkin anda boleh minum kopi, nescafe atau teh. Tapi lepas ambil suppliment atau vitamin xxx ni, tak boleh dah minum benda yang berkafein, Itu maknanya sistem badan anda dah berubah la., BERUBAH SEBAB DIUBAH. 



Contoh macam saya sendiri, dulu sebab taksub sangat nak putih, nak bagi hilang jerawat, ambil sahaja apa-apa suppliment dan vitamin yang muncul di pasaran dengan iklan 
"HILANG SEAWAL 3 HARI"
"MULUS DAN GEBU SEAWAL 3 HARI"

Lepas tu, nak ambil kefein hatta secawan teh o panas pun memang dah tak boleh. Tapi lepas cuba vitamin semulajadi ni, alhamduillah, boleh jadi normal seperti biasa. Yang penting dapat minum teh o panas macam biasa. Favourite ni!

Teh panas kegemaran



Huhuhu. Bila ingat-ingat kembali, menyesal sungguh. (sapu air mata.) 


Ok, so sekarang, mari saya terangkan beberapa perkara yang menunjukkan beza antara vitamin sintetik dan vitamin semulajadi

                                       5 beza Vitamin Sintetik dan Vitamin Semulajadi


1) JENIS VITAMIN

Secara amnya, terdapat 2 jenis Vitamin iaitu Vitamin larut air dan Vitamin larut Lemak

Vitamin Larut Air
Vitamin jenis ini adalah vitamin yang larut air dan akan dikeluarkan melalui air kencing. Contoh vitamin ialah Vitamin B dan C. Anda boleh buat ujikaji di rumah andai ada Vitamin C. Cuba letakkan dalam setengah gelas air da lihat 5 jam kemudian. Vitamin larut dalam air ka tidak? Kalau tak larut, maknanya vitamin yang sedang anda ambil itu merupakan vitamin sintetik. Sebab kalau vitamin semulajadi, ia akan larut dalam air.

5 beza Vitamin Sintetik dan Vitamin Semulajadi


Vitamin Larut Lemak
Vitamin jenis ini tidak larut air, tapi larut lemak dan boleh disimpan dalam tubuh dalam jangka masa yang lama. Jenis vitamin yang larut lemak ialah vitamin A, D, E dan K. Cara nak uji vitamin anda ialah dengan merendamkannya ke dalam lemak. Lemak apa paling mudah untuk anda dapat di rumah? Minyak masaklah. Cuba masukkan ke dalam minyak masak. Tapi kena tunggu lamalah. Dalam 3 hari. Kalau larut, ia vitamin semulajadi. Kalau tak larut, ia vitamin sintetik!
5 beza Vitamin Sintetik dan Vitamin Semulajadi



2) PENGHASILAN

Vitamin Sintetik
Penghasilan Vitamin Sintetik dimanipulasi dari bahan-bahan kimia yang mempunyai ciri seakan-akan bahan yang terdapat dalam acsorbic acid (Nama asas vitamin C). Contohnya vitamin C mempunyai formula empirik C6H806. Oleh itu, penghasilan acid acsorbic ini boleh sahaja dihasilkan dengan molekul-molekul kimia sehingga terbentuknya empiric C6H806.

Vitamin Semulajadi
Penghasilan vitamin semulajadi pula dihasilkan dari ekstrak bahan-bahan semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pengambilan ekstrak buah limau dan jagung untuk meghasilkan vitamin C.

3) HARGA

Sudah tentulah harga vitamin Sintetik lebih murah berbanding vitamin semulajadi. Ini kerana proses penghasilannya mudah dan murah. Contohnya vitamin yang diberikan dari hospital.

4) KESAN KEPADA TUBUH

Vitamin sintetik akan memberi kesan kepada buah pinggang dalam jangka masa panjang, Ini kerana vitamin sintetik tidak larut air dan lemak. Proses pencernaannya akan tersekat pada buah pinggan dan memberi impak kepada buah pinggang yang cenderung untuk menjadi rosak. Bebeza dengan vitmain semulajadi, ia larut air dan lemak membolehkan ia diproses dengan baik melalui buah pinggang dan tidak menjadi toxin seperti vitamin sintetik.

5) PEWARNA TIRUAN

Vitamin sintetik menggunakan warna tiruan manakala vitamin semulajadi tidak. Nak tahu macam mana nak kenalpasti vitamin tu guna pewarna tiruan? Cuba genggang vitamin tu dalam jangka masa yang lama. Contoh 20 minit. Tengok, kalau warna dia melekat kat tapak tangan, itu menunjukkan ia vitamin sintetik.

5 beza Vitamin Sintetik dan Vitamin Semulajadi


Kalau vitamin semulajadi, peganglah lama mana pun, warna tak akan melekat pada tapak tangan.


5 perkara di atas merupakan beza antara vitamin sintetik dan vitamin semulajadi. Ceklah 5 perkara di atas ke atas vitamin anda.

Kalau nak tahu vitamin apa yang semulajadi, mudah sahaja. Vitamin Shaklee memang semua semulajadi. Jadi tak payah risau nak ambil vitamin Shaklee takut efek buah pinggang ka apa. 

5 beza Vitamin Sintetik dan Vitamin Semulajadi


Nak order vitamin Shaklee ni pun mudah. 
Anda hanya perlu hubungi/Whatsapp saya di 0128660655.

Saya boleh bagi anda konsultasi masalah kesihatan yang lain. Dan anda boleh tanya saya apa-apa
mengenai masalah kesihatan dan kecantikan.

Jom hidup sihat dan yakin dengan Shaklee.

Sekian, salam sayang.

Azieyana Aziz,
SID 1185491


FB: Zie Azieyana

Thursday 21 January 2016

KISAH TERPAKSA KURUS DENGAN VITAMIN SHAKLEE

Kalau badan anda berisi atau gemuk, suka tak bila TERPAKSA KURUS???

Kisah Terpaksa Kurus Dengan Vitamin Shaklee


Hoho.. Saya suka sangat-sangat bila TERPAKSA KURUS ni.

Hari ini saya akan kongsi kisah bagaimana saya terpaksa kurus dengan Vitamin Shaklee.



Kisah Terpaksa Kurus Dengan Vitamin Shaklee


ZAMAN MATRIKULASI

Ok, ini zaman lagend lah kan. Zaman tak perlu fikir badan nak naik ka apa. Saya tinggi 160 cm, masa umur 18 tahun yakni masuk matrik ni, berat 48 kg. Hehe. Bolehlah tahan, body slim. 

Masuk matrik ni biasalah kan, siapa yang duduk matrik taulah macam mana kehidupan di matrik tu. Stress, makan pun ala-ala tak makan kan. Saya duduk Labuan, so makanan mahal. Bila habis matrik, berat turun lagi jadi 46 kg. Makin kurus, yang tak bestnya, iskkk tumbuh jerawat!!!!



ZAMAN DEGREE

Tahun 1
Belajar kat matrik, dengan kat uni ni lain sikit. Baru cuba nak adapt dengan jadual. Jadi, makan pun memang tak ikut waktu. So seminggu sebelum study week semester 1, saya diserang gastrik buat kali pertama. Masa kena ni jangan cakaplah, muntah lebih dari 10 kali. Dari muntah nasi, muntah hijau, muntah kuning sampai muntah air. Sebab tak ada apa dah yang nak dimuntahkan kan.

So malam tu ditahan di hospital, doktor pun duk bebel sapa suruh tak makan ikut waktu. Jadi nak dijadikan cerita masa tu saya pun makanlah. Lapar je makan, tak nak kena gastrik kan. sakit woooo. sob sob....

Ok, the end of tahun 1 (umur 19 tahun ni) berat jadi 54 kg!!! OMG! Dari masuk UMS 46 kg, pegi 54 kg. Semua orang asik tegur gemuk, gemuk. Padahal tak gemuk pun (ayat nak sedapkan hati). Tapi betullah, kan sebelum tu kurus kering. Padahal 54 tu ideal kot. Jadi dari kurus kering pegi berisi terus orang cakap gemuk. Ok fine...

Kita skip tahun 2&3 sebab memang berat mantain 54 kg.



Kisah Terpaksa Kurus Dengan Vitamin Shaklee

Tahun 4
Ok, ini tahun paling terok. Dahla jerawat naik bertimpa-timpa, berat pun naik lagi. Masa ni berat dah 58 kg. Risau sangat-sangat masa ni. Baju semua dah tak muat. Kena beli baju baru. Dahlah nak LM (Latihan Mengajar) kan. So masa ni saya pun cubalah diet. Nak turunkan berat badan. Ada sebulan tu saya langsung tak ambil nasi. Pagi makan roti, tengah hari dan malam makan epal hijau je. Tapi, lepas sebulan tu turun 1 kg je, Alahaiiii. Lepas tu, malas dah nak fikir pasal berat-berat ni. Peduli je lah, yang penting comel. (heheh perasan sikit.)

So masa LM (semester 2tahun 4) saya cuba set jerawat shaklee sebab jerawat banyak sangat masa tu. Lepas cuba sebulan, eh ok pulak. Jerawat kecut. Padahal sebelum sebelum tu, macam-macam produk saya guna untuk hilangkan jerawat tak hilang-hilang jugak.

Kiranya lepas cuba set jerawat, saya pun ambil lah ESP untuk atasi masalah gastrik.

Guess what?? Lepas 2 bulan ambil ESP dan GLA, berat saya turun. Dari 57 kg ke 53 kg.  Padahal saya langsung tak diet. 

Saya ada maasalah nak buang air besar jugak. Seminggu 2 kali je buang air besar. Then saya cuba lagi Herbalx Shaklee untuk detox usus supaya boleh buang air besar tiap hari. Dan, memang sekarang dah dapat buang air besar tiap hari lah. 

So nak dijadikan cerita, 4 bulan ambil GLA, ESP dan Herbalax,  berat turun lagi ke 50 kg. Sekarang dah 6 bulan, still mantain 50 kg.


Kisah Terpaksa Kurus Dengan Vitamin Shaklee


Hehe, so itulah kisah terpaksa kurus dengan vitamin Shaklee yang saya alami. 
Saya ambik GLA untuk kecutkan jerawat,
ESP untuk atasi gastrik, 
Herbalax untuk pelawasan.

Tapi, di samping jerawat kecut, gastrik tak ada lagi, dah boleh buang air besar hari-hari, saya pun terkurus dan ter slim tanpa sengaja. Suka? Mestilah suka. Heheheh

So, kalau sesiapa nak kurus dengan vitamin Shaklee, boleh contact saya di 0128660655.

Nanti saya akan consult produk yang sesuai dengan cara pengambilan, sampailah anda jadi kurus. Hehe

Jom hidup sihat dan yakin dengan Shaklee.

Sekian, salam sayang.

Azieyana Aziz,
SID 1185491


FB: Zie Azieyana

Wednesday 20 January 2016

ALERGIK TELUR? ? ? MACAM MANA NAK ATASI NI....

Alergik pada telur???



Apa impaknya pada anda?

Kalau saya, alergik disebabkan telur akan menyebabkan ekzema. Yakni gatal pada bahagian jari. 

Stress tau tak??

Jari terasa pedih, gatal. Paling stress lagi bila kawan-kawan pandang semacam pada jari ni. Macam jijik sangat, padahal kita tak nak pun. Kan???



Gambar di atas adalah ekzema bila saya makan telur.

Ingin tahu bagaimana alergik telur berlaku???

Alergik telur berlaku apabila sistem pertahanan tubuh kita bertindak balas secara berlebihan dengan protein yang dikeluarkan daripada telur. Tindak balas secara berlebihan ini akan menyebabkan sistem pertahanan tubuh kita menyifatkan ia sebagai satu ancaman sehingga tubuh melepaskan antibodies immunoglobulin E yang berfungsi melawan zat yang dianggap berbahaya.

Antibodi ini kemudian akan melepaskan bahan kimia seperti histamin yang akan bertindak membuat serangan balas.

Impak tindak balas kimia ini ialah iritasi padi kulit di mana-mana bahagian badan.


Alergik Telur??? Macam mana nak atasi ni...


Alergik Telur??? Macam mana nak atasi ni...


Apakah simptom lain yang boleh melanda bila berlakunya alergik telur ini???

1) Gejala Oral
Bengkak dan gatal di sekitar mulut

2) Gejala Sinus
Mata berair, gatal di beberapa bahagian badan, kerap bersin, terjadi asma, batuk, dan migraine

3) Gejala Gastrointestinal
Krem perut, mual-mual, diare dan muntah-muntah

4) Gejala Anafilaksis
Merupakan gejala paling serious. Akan berlaku bengkak pada mulut dan tekak yang akan menyukarkan pernafasan dan tidak dapat makan.


Bagaimana ingin mengatasi Alergik kepada telur ini???

Dari segi perubatan, individu yang mengalami alergik telur akan diberikan suntikan epinifrin, diphenhydramine dan kortikosteroid. Ia bertujuan untuk mengurangkan radang bengkak dan mengatasi iritasi atau kegatalan yang teruk pada kulit.

Alergik Telur??? Macam mana nak atasi ni...

Namun, ia tidak akan menyembuhkan gejala alergik ini. Apabila anda kembali mengambil telur, alergik akan berlaku lagi, dan ubat yang sama perlu anda ambil bagi mengatasi alahan pada badan anda.


Susahnya!!! 90% makanan ada kandungan telur. Macam mana tu??

Jika anda fokus pada info yang saya berikan di awal entri ini, alergi terhadap telur berlaku disebabkan sistem pertahanan tubuh yang bertindak secara berlebihan terhadap protein telur. Ini bermakna sel tubuh kita mempunyai masalah untuk melaksanakan fungsi dengan baik.

Mahu saya kenalkan anda pada satu produk yang dapat memperbaiki sel dalam tubuh badan? 

Sel yang diperbaiki akan membolehkan sistem badan kita menjalankan fungsi dengan baik. Dalam kes alergik terhadap telur ini, sel yang membentuk sistem pertahanan ini akan diperbaiki. Maka ia tidak lagi silap mentafsir protein telur ini sebagai zat berbahaya sehingga mengeluarkan bahan kimia histamin untuk melakukan serangan balas sehingga menyebabkan alahan pada badan anda.


Ehhh, betulkah ada produk yang boleh baiki sel dalam badan???

Betul. Percayalah. 

Mari lihat ramuan yang terdapat dalam Vivix Shaklee ini sehingga ia mampu memperbaiki sel dalam badan kita,..

1) Anggur Muscadine


Anggur Muscadine merupakan satu-satunya anggur yang mempunyai lebih daripada 1 kromosom yang bermanfaat untuk kesihatan. Kandungan zat dalam anggur muscadine sangat berkesan melawan radikal bebas yang menjadi punca kanser dan virus.

Ia juga mempunyai lebih 40 kali ganda polifenol berbanding anggur lain yang sangat berkesan untuk menguatkan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah, serta melambatkan proses penuaan.

Kandungan kromosom dan polifenol dalam anggur muscadine ini sangat membantu untuk membaik pulih sel dalam badan.

2) Elderberry


Elderberry mempunyai kandungan vitamin C yang sangat tinggi sehingga ia dapat menguatkan sistem imunisasi untuk menentang bakteria. Bahkan, ia terbukti sangat berkesan menurunkan paras kolestrol yang boleh menjadi punca darah tinggi dan sakit jantung.

Kandungan vitamin C yang tinggi baik untuk pertumbuhan dan proses membaiki sel yang rosak dalam tubuh badan manusia.

3) Lobak Ungu


Lobak merah sahaja mengandungi vitamin A yang terbukti baik untuk kesihatan. Lobak ungu mempunyai phytokimial yang lebih tinggi berbanding lobak biasa. Vitamin A dan phytokimial ini diperlukan untuk menyuburkan dan membaik pulih sel dalam badan.


4) Resveratrol


Resveratrol banyak digunakan oleh orang Jepun untuk tujuan kesihatan.Pengambilannya boleh melambatkan penuaan. Ini kerana, sel dalam badan diperbaiki dari usia sepatutnya! Secara tidak langsung, ia mampu meperbaiki sel tubuh yang bermasalah.



Kesan boleh anda lihat seawal pengambilan  satu botol vivix ini!

Daripada suntik epenifrin setiap kali alergik telur ini melanda, eloklah kita atasi secara menyeluruh dengan baiki sel.



Testimoni Vivix berkaitan penyakit lain






Semua testimoni berkaitan dengan baik pulih sel.



Bagaimana nak dapatkan vivix ini???


Mudah sahaja. Anda hanya perlu hubungi/Whatsapp saya di 0128660655.
Konsultasi cara pengambilan yang betul agar akan saya berikan setelah produk sampai di tangan anda.

Jom hidup sihat dan yakin dengan Shaklee.

Sekian, salam sayang.

Azieyana Aziz,
SID 1185491


FB: Zie Azieyana

Tuesday 19 January 2016

CERPEN: Nasi Lemak Daun Pisang

“Nasi lemak daun pisang”
Oleh: Azieyana Aziz

Cikgu Zainah masuk ke dalam bilik guru dengan senyuman manis yang tidak lekang dari bibirnya. Al-maklum sajalah, hari itu merupakan hari jadinya yang ke 24 tahun. Sebagai seorang guru baru dan muda di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Melati, Cikgu Zainah memang menjadi guru kegemaran para pelajar. Semalam sahaja, Cikgu Zainah sudah mendapat puluhan pesanan ringkas melalui aplikasi Whatsapp yang mengucapkan selamat atas ulang tahun kelahirannya.
            Cikgu Zainah melangkah masuk ke kelas Tiga Arif . Masuk sahaja beliau, semua murid terus bernyanyi lagu “Selamat Hari Jadi”. Walaupun lagu itu sudah menjadi lagu klise, Cikgu Zainah tetap berasa gembira.
            “Lagu saja? Hadiah untuk Cikgu tak ada?” Cikgu Zainah tersenyum-senyum. Afiqah dan Azra yang duduk di belakang juga ikut tersenyum. Mereka terus berdiri dan berjalan ke hadapan kelas sambil membawa kotak hadiah  untuk diberikan kepada Cikgu Zainah.
            “Selamat hari jadi cikgu. Hadiah ni daripada kami sekelas” Afiqah dan Azra memberikan hadiah tersebut kepada Cikgu Zainah.
            “Ya Allah, terima kasih semua. Baik anak murid cikgu.” Cikgu Zainah separuh terkejut kerana dia hanya berseloroh meminta hadiah. Tidak sangka para pelajarnya betul-betul telah menyediakan hadiah untuknya.
               “Baiklah kelas, lupakan hari jadi cikgu. Hari ni kita akan sambung topik yang kita berhenti minggu lepas. Semua buka buku teks muka surat 73.” Walaupun Cikgu Zainah seorang yang periang dan baik hati, tetapi beliau tetap tegas dalam mengajar. Sesiapa yang tidak membawa buku teks selalunya akan didenda berdiri sepanjang kelas. Sebab itu, semua murid akan sentiasa membawa buku teks mereka.
              Sesi pengajaran pagi itu berjalan dengan lancar kecuali satu perkara. Sarah, pelajar yang duduk paling hadapan dan merupakan pelajar yang paling rajin menjawab soalan apabila ditanya diam sahaja pagi itu. Cikgu Zainah yang perasan mengenai tingkah laku Sarah hanya memerhatikan riak wajah Sarah. Sebelum Cikgu Zainah keluar daripada kelas, Sarah tiba-tiba datang menghampiri Cikgu Zainah yang sedang duduk di meja guru.
                  “Cikgu, cikgu nak hadiah?” soal Sarah perlahan.
            “Nak, Sarah ada hadiah nak bagi cikgu ka?” Cikgu Zainah berseloroh lagi. Sarah yang menyembunyikan sesuatu di sebalik tudung perlahan-lahan mengeluarkannya.
               “Cikgu, nah. Ini saja yang saya mampu berikan. Lagipun, saya tak ada kongsi duit dengan mereka untuk belikan cikgu hadiah tadi.” Mata Cikgu Zainah sedikit berair mendengar apa yang dikatakan Sarah.
                 “Nasi lemak ni, Sarah beli ka?” soal Cikgu Zainah cuba menahan perasaanya.
            “Tak cikgu. Tu nasi lemak mak dia buat tu.  Sarah memang jual nasi lemak setiap hari.” Akmal yang duduk di bahagian hadapan menjawab soalan Cikgu Zainah tanpa sempat Sarah menjelaskan. Suara Akmal yang kuat itu menyebabkan seluruh kelas kini tertumpu kepada Sarah dan Cikgu Zainah.
         “Oh, Sarah jual. Baiklah, kalau macam tu cikgu beli dari Sarah ya.” Cikgu Zainah mengeluarkan beg duitnya.
            “Eh, tak apa cikgu. Itu hadiah dari Sarah. Cikgu kan nak hadiah.” Sekali lagi Cikgu Zainah ingin mengalirkan air mata. Tidak disangka gurauannya diambil serius pula oleh anak muridnya.
             “Tapi nanti duit Sarah tak cukup. Nanti mak Sarah marah?” Cikgu Zainah memandang Sarah.
            “Tak marah. Mesti mak Sarah lagi gembira. Mak Sarah cakap kalau kita bagi orang hadiah dan mampu menggembirakan seseorang, kita akan dapat pahala. Nah cikgu. Ini hadiah dari Sarah.” Sarah meletakkan sebungkus nasi lemak di atas meja Cikgu Zainah dan terus kembali duduk di tempatnya sambil tersenyum.
            Cikgu Zainah terkesima. Menyesal dia bergurau ingin meminta hadiah. Dengan statusnya sebagai seorang guru, dia mampu untuk membeli apa-apa yang diingininya. Nasi lemak berharga RM 1.50 sebungkus itu terlalu rendah nilainya, tapi nilai itu sangat berharga untuk keluarga yang hanya bergantung harap pada hasil jualan nasi lemak tersebut.
            Cikgu Zainah melangkah masuk ke bilik guru dengan perasaan bercampur baur. Setelah duduk, dia membuka bungkusan nasi lemak menggunakan daun pisang itu. Disuapnya ke mulut. Sedap sungguh nasi lemak yang dijual oleh Sarah. Ketika menikmati suapan kedua, Cikgu Mariam datang menghampiri.
              “Ni nasi lemak Sarah kan?” Soal Cikgu Mariam.
              “Ya, mana Kak Mariam tahu?” Cikgu Zainah menyoal dengan wajah teruja.
            “Akak selalu beli dari Sarah. Kesian Sarah. Ayah dia dah lama meninggal. Dia ada empat orang adik beradik. Mereka hidup dengan hasil mak Sarah jual nasi lemak ni lah.” Cikgu Mariam mengambil tempat di sebelah Cikgu Zainah.
            “Tahun lalu, kakak Sarah sekolah kat sini juga. Suhana namanya. Akak selalu tolong Suhana jual nasi lemak dalam bilik guru. Minta cikgu-cikgu lain beli. Sebabnya, Suhana perlu duit untuk bayar yuran SPM. Sekarang ni tengah tunggu keputusan SPM keluar. Kalau ikutkan keputusan percubaan, Suhana boleh jadi salah satu pelajar cemerlang sekolah.” Sambung Cikgu Mariam lagi.
            “Pandai budaknya. Sarah pun pandai juga. Selalu bila saya soal, dialah yang akan jawab. Keputusan ujian bulanan pun dia dapat A.” Cikgu Zainah bercerita dengan mata yang bersinar.
             “Tulah Zai, selalunya budak yang pandai-pandai ni datang daripada keluarga yang susah. Bila mereka kenal erti kepayahan, mereka berusaha untuk mengubah nasib keluarga melalui pendidikan. Tak sama macam budak-budak yang senang. Akak ajar tuisyen budak tahun enam, pakai iPhone, tapi tak pandai pun.” Cikgu Mariam tergelak kecil, dan cerita mereka berhenti tatkala loceng berunyi untuk masa ketiga.
             Keesokan harinya, seperti biasa Kelas Tiga Arif akan riuh pada waktu rehat kerana semuanya berebut ingin membeli nasi lemak daripada Sarah. Bahkan, murid-murid dari Tingkatan Tiga Bestari pun ada juga yang datang mencari nasi lemak yang dijual oleh Sarah. Saat-saat sebegitu merupakan saat yang paling dinantikan Sarah kerana dia akan membayangkan betapa gembira wajah ibunya menerima wang hasil jualan nasi lemak tersebut.
          Sedang Sarah menghulurkan nasi lemak dalam keadaan dikerumuni, Zaini tiba-tiba datang, menolak pelajar lain yang mengerumuni Sarah dan terus merampas beg plastik berisi nasi lemak yang dijual Sarah. Dek kerana Sarah menggenggam kuat plastik tetsebut, beg plastik  itu terkoyak akibat daya tarikan yang kuat daripada Sarah dan Zaini. Nasi lemak yang terdapat dalam plastik itu jatuh dan bertaburan di atas lantai. Suasana yang tadinya hingar-bingar kini senyap dan sepi. Semua pelajar terlopong.
          Perlahan-lahan Sarah tunduk mengutip nasi lemaknya yang sudah tidak boleh dijual. Sedikit pun wajahnya tidak diangkat dan memandang sesiapa. Hatinya hiba mengenangkan penat-lelah ibunya memasak, tapi kini nasi lemak itu hanya menjadi rezeki lantai kelasnya. Zaini menggaru kepalanya yang tidak gatal.
          “Maaf Sarah. Aku tak sengaja.” Zaini, pelajar dari Tiga Bestari mendekati Sarah . Dia memang sering membeli nasi lemak daripada Sarah. Cuma, silap Zaini hari itu ialah dia merampas beg plastik nasi lemak yang dipegang Sarah sehingga semuanya terjatuh.
            Sarah tetap tidak mengangkat wajahnya. Air matanya deras mengalir.
       “Nah, aku ganti nasi lemak kau. Esok aku bayar lagi. Kau janganlah nangis.” Zaini cuba memujuk dengan menghulurkan not RM 10 kepada Sarah. Sarah masih tidak berkata apa-apa. Dia hanya merenung Zaini tajam menyebabkan Zaini segera keluar daripada kelas tersebut selepas meletakkan not RM 10 itu di sebelah Sarah.
           Tengah hari itu, seperti biasa Sarah pulang berjalan kaki dengan air mata yang sekejap-sekejap mengalir lagi di pipinya. Sedihnya belum berjaya dirawat kerana dia tahu wang hasil jualannya hari itu diperlukan untuk membayar bil elektrik mereka yang sudah tertunggak selama dua bulan. Hasil jualan nasi lemak semalam digunakan untuk membeli ubat adiknya yang sedang sakit
          “Maafkan Sarah mak. Ini saja wang yang Sarah dapat hari ini. Nasi lemak terjatuh. Tak boleh jual dah.” Sarah menghulurkan wang RM 16 kepada ibunya. Air matanya mengalir lagi.
              “ Macam mana boleh jatuh?” soal ibunya dengan dahi berkerut.
            “Ada budak kelas sebelah nak beli, dia tarik plastik nasi lemak sampai koyak. Habis semua nasi lemak terburai keluar dari daun pisang.” Sarah menangis teresak-esak. Sarah memang rapuh hatinya jika dibandingkan dengan kakaknya Suhana. Suhana tidak berada di rumah ketika itu. Sudah dua bulan kakaknya itu bekerja sambilan sementara menunggu keputusan SPM keluar.
            “Ala tak apa. Hari ni bukan rezeki kita. InsyaAllah esok Allah akan ganti rezeki kita lebih banyak.” Sarah dibawa ke dalam dakapan ibunya. Barulah Sarah berasa tenang.
            “Tapi mak, bil elektrik kita macam mana?” Sarah menyoal lagi. Ibunya hanya tersenyum.
            “Mak dah bayar tadi. Nasi lemak yang mak hantar ke Warung Mak Cik Kiah pun habis. Jadi, mak dah bayar bil elektrik kita.” Ibu Sarah berjalan ke dapur, kemudian meniup dapur kayu apinya yang hampir padam agar menyala semula.
            “Kenapa mak masak guna kayu api?” Sarah menyoal lagi.
            “Oh, gas habis. Tak apa. Lepas Sarah jual nasi lemak esok, adalah duit untuk mak beli gas. Untuk hari ni saja mak masak guna kayu api. Dah, Sarah pergi tukar pakaian. Lepas ni kita makan dengan adik.” Sarah melangkah ke dalam bilik dengan perasaan kesal. Kalau sahaja nasi lemaknya tadi habis terjual, tentu sahaja ibunya tidak perlu bersusah-payah memasak menggunakan kayu api.
            Sepanjang berjalan kaki ke sekolah pagi itu, Sarah berdoa agar nasi lemaknya akan habis terjual. Dan ternyata, sepanjang waktu rehat Sarah berjaya menjual nasi lemaknya dan hanya berbaki satu. Tapi tidak mengapa, kerana Zaini sudah memberikannya wang berjumlah RM 20 sebagai ganti rugi nasi lemaknya yang rosak semalam. Perjalanan pulangnya pada tengah hari itu pula diganti dengan senyuman manis kerana Sarah tidak sabar ingin memberikan wang kepada ibunya.
            Cikgu Zainah yang baru sahaja keluar daripada sekolah dengan memandu kereta Myvi memberhentikan keretanya di tepi jalan saat terpandang Sarah yang sedang berjalan kaki di bawah panas terik matahari.
            “Sarah, mari cikgu hantar Sarah pulang.” Jerit Cikgu Zainah selepas menurunkan cermin tingkap keretanya. Sarah yang terdengar namanya dipanggil terus menoleh. Apabila dipandangnya Cikgu Zainah, Sarah berjalan semula ke belakang.
            “Apa dia cikgu?” Soal Sarah bila dia datang menghampiri.
            “Panas ni. Mari cikgu hantarkan Sarah pulang. Rumah Sarah kat mana?” soal Cikgu Zainah lagi.
            “Saya dah biasa cikgu. Lagipun rumah saya dah dekat. Tu simpang tu. Lima minit dari simpang tu saya akan sampai rumah.” Bibir Sarah dimuncungkan ke arah simpang yang jaraknya cuma lebih kurang 50 meter daripada mereka.
            “Betul tak nak? Cikgu hantar sampai simpang tu pun tak nak?” Cikgu Zainah hanya tersenyum. Sarah menganggukkan kepala.
            “Oh ya, hari ni nasi lemak Sarah ada lebih satu. Cikgu nak?” Mata Sarah jelas memancarkan sinar kegembiraan sambil tangannya mengeluarkan sebungkus nasi lemak. Cikgu Zainah yang sudah makan sebelum pulang tidak sampai hati berkata tidak. Cikgu Zainah terus mengeluarkan wang untuk membayar nasi lemak Sarah.
            “Eh, cikgu, Sarah bukan nak jual. Sarah nak bagi cikgu. Lagipun ni nasi lemak pagi tadi. Mana boleh jual untuk tengah hari.” Sarah masih mengukir senyuman manis di bibirnya. Cikgu Zainah tersentak lagi. Nasib dia tidak berkata yang dia sudah kenyang. Walhal Sarah sekadar ingin memberi, bukan menjual.
            “Baiklah, cikgu ambil. Tapi Sarah kena ambil juga duit ni. Hari ni bukan hari jadi cikgu. Nah, Sarah jalan kaki hati-hati tau. Assalamualaikum.” Wang dan nasi lemak terus bertukar tangan. Sengaja Cikgu Zainah terus menutup tingkap dan meneruskan pemanduannya kerana dia tahu, pasti Sarah tidak ingin mengambil wangnya jika dia masih berlama-lama.
            Sarah menggaru kepalanya yang masih dibaluti tudung dengan kehairanan. Tapi setelah itu, Sarah tersenyum. Sarah mengeluarkan wang yang diperolehinya pada hari itu dan mengiranya semula. Sampai sahaja Sarah di simpang jalan memasuki kampungnya, tiba-tiba Sarah ditarik oleh seorang lelaki. Lelaki yang kurus kering berumur awal 30-an itu meminta wang yang ada pada Sarah. Sarah menendang kaki lelaki tersebut dan cuba melepaskan diri. Beg Sarah berjaya ditarik membuatkan Sarah melepaskan beg belakangnya dan terus berlari. Saat itu juga sebuah kereta Proton Iriz melanggar Sarah kerana tidak sempat menekan brek apabila Sarah tiba-tiba muncul daripada simpang tersebut.
            Cikgu Zainah memandang cermin sisi keretanya apabila terdengar bunyi brek mengejut serta melihat kereta lain berhenti dan berpusu-pusu ke arah kemalangan yang berlaku. Walaupun Cikgu Zainah sudah jauh di hadapan, tetapi entah mengapa hatinya kuat memberi arahan untuk dia patah semula ke simpang tersebut.
            Serta merta air mata Cikgu Zainah mengalir bila terpandang Sarah yang berlumuran darah. Cikgu Zainah berlari menghampiri Sarah yang masih dikerumuni oleh orang ramai. Sarah masih membuka matanya. Dicapainya tangan Cikgu Zainah dengan kudrat yang masih bersisa.
            “Cikgu…” tersekat-sekat suara Sarah.
            “Sabar Sarah, sabar. Tolong call ambulans!” Cikgu Zainah separuh menjerit. Air matanya masih mengalir deras.
            “Cikgu, tolong beri duit ni pada mak saya. Bagitau mak saya, saya minta maaf sebab selalu susahkan mak. Tolong sampaikan duit ni pada mak saya ya cikgu.” Perlahan-lahan Sarah menuturkan ayatnya. Wang di tangan kiri Sarah sudah diletakkan di atas riba Cikgu Zainah. Perlahan-lahan juga mata Sarah tertutup. Cikgu Zainah menggoncang tubuh anak muridnya. Malangnya, tidak ada pergerakan langsung daripada Sarah, kerana saat itu Sarah sudah tidak lagi bernyawa.







Monday 18 January 2016

RENCATKAN SEL KANSER DENGAN BAHAN TINGGI ANTI OKSIDAN!

Anda mempunyai tanda-tanda awal kanser?

Atau mungkin ibu, ayah, keluarga dan rakan-rakan anda yang sudah disahkan mempunyai kanser?

Takut nak buat kimoterapi, rambut gugur, silap haribuan, kepala jadi botak.




Nak buat radioterapi, badan akan hitam hangus. Sebab tu, individu yang menghidap kanser akan hilang semangat untuk hidup atau melaksanakan rutin harian selepas menjalani rawatan kanser.



Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.



Jadi, apa kata anda bantu diri, ibu ayah, keluarga dan kawan-kawan anda yang punya tanda awal kanser ini???

Baca entri ini sehingga habis.


Apa itu Bahan Tinggi Anti Oksidan?

Bahan tinggi anti oksidan merupakan bahan yang mempunyai zat yang tinggi untuk melindungi tubuh dari serangan radikal bebas.

Radikal bebas pula terbentuk akibat daripada pencemaran seperti udara yang telah tercemar, makanan yang mengandungi bahan kimia serta gaya hidup indidu.

Akhirnya, radikal bebas ini mengubah struktur sel pada tubuh sehingga menyebabkan berlakunya kanser.

Apakah Contoh Bahan Tinggi Anti Oksidan???

1) Anggur Muscadine


Anggur Muscadine merupakan satu-satunya anggur yang mempunyai lebih daripada 1 kromosom yang bermanfaat untuk kesihatan. Kandungan zat dalam anggur muscadine sangat berkesan melawan radikal bebas yang menjadi punca kanser dan virus.

Ia juga mempunyai lebih 40 kali ganda polifenol berbanding anggur lain yang sangat berkesan untuk menguatkan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah, serta melambatkan proses penuaan.


2) Elderberry


Elderberry mempunyai kandungan vitamin C yang sangat tinggi sehingga ia dapat menguatkan sistem imunisasi untuk menentang bakteria. Bahkan, ia terbukti sangat berkesan menurunkan paras kolestrol yang boleh menjadi punca darah tinggi dan sakit jantung.

Bukan itu sahaja,kandungan vitamin C yang tinggi mampu menentang radikal bebas dari merosak sel pada tubuh yang menajdi punca berlaku kanser.


3) Lobak Ungu


Lobak merah sahaja mengandungi vitamin A yang terbukti baik untuk kesihatan. Lobak ungu mempunyai phytokimial yang lebih tinggi berbanding lobak biasa. Oleh itu, kandungan vitmain A yang dibekalkan adalah lebih tinggi dan sangat baik untuk pesakit diabetes.

Asid klorogenik yang dibekalkan dari lobak ungu mempunyai anti oksidan yang tinggi untuk menentang pembentukan kanser.


4) Resveratrol


Resveratrol banyak digunakan oleh orang Jepun untuk tujuan anti penuaan. Namun begitu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa resveratrol berkesan merendahkan tekanan darah, menguatkan sistem kardiovaskular serta mengurangkan berat badan.

Ia juga merupakan salah satu bahan anti oksidan yang boleh merencatkan sel kanser dari membesar dan merebak!

Macam mana nak dapatkan bahan-bahan di atas???

Kalau nak cari bahan-bahan di atas, mahu mengembara ke seluruh pelosok dunia juga ni. Sebab bahan-bahan di atas tidak terdapat di Malaysia. Namun begitu, semua bahan di atas telah diproses dan digabungkan ke dalam satu botol yang boleh anda dapatkan pada bila-bila masa, di mana jua.



Dan, telah banyak testimoni sel kanser berjaya direncatkan dengan pengambilan Vivix Shaklee ini.

Testimoni 1: Rencatkan Sel Kanser Dengan Bahan Tinggi Anti Oksidan

Testimoni 2: Rencatkan Sel Kanser Dengan Bahan Tinggi Anti Oksidan


Testimoni 3: Rencatkan Sel Kanser Dengan Bahan Tinggi Anti Oksidan



Bagaimana hendak mendapatkan produk ini???

Mudah sahaja. Anda hanya perlu hubungi/Whatsapp saya di 0128660655.
Konsultasi cara pengambilan yang betul agar akan saya berikan setelah produk sampai di tangan anda.

Perlu diingat, ramai yang menjual tetapi tidak mengetahui cara yang betul dan berkesan untuk pengambilan anda. Akhirnya, anda tidak mendapat kesan yang optimum. Tak ke rugi tu???

Mari kita bersama-sama membantu individu yang mempunyai kanser yang tidak bersemangat untuk kembali normal seperti sedia kala.

Hubungi / Whatsapp saya segera di 0128660655.


Sekian, salam sayang.

Azieyana Aziz,
SID 1185491
FB: Zie Azieyana

Contact Form

Name

Email *

Message *

Copyright © Jom Tampil Sihat Dan Yakin bersama Shaklee Made with ❤ by azhafizah.com