Sunday 28 February 2016

CASH ON DELIVERY PRODUK SHAKLEE DI KOTA KINABALU

Assalamualakum dan salam sejahtera semuanya...



Ingin dapatkan produk Shaklee di sekitar Kota Kinabalu?

Anda berada di sekitar Kota Kinabalu dan inginkan penghantaran percuma?

Anda berada di sedkitar Kota Kinabalu dan ingin dapatkan diskaun istimewa untuk produk Shaklee?


Saya merupakan pengedar Shaklee kawasan Kota Kinabalu.

Saya sering membuat penghantaran COD untuk pelanggan yang berada di sekitar kawasan Kota Kinabalu.



Untuk pengetahuan anda, saya merupakan pelajar UMS. Selain daripada membuat penghantaran COD, anda juga boleh singgah di UMS dan mengambil produk yang anda kehendaki. Jika anda datang dan mengambil sendiri daripada saya, terdapat diskaun istimewa untuk anda.


Jadi untuk anda yang berada di sekitar Kota Kinabalu, anda boleh dapatkan produk Shaklee dengan mudah daripada saya. Hanya perlu hubungi saya di 0128660655.


Sekian, salam sayang.

Azieyana Aziz,
SID 1185491
FB: Zie Azieyana

Saturday 27 February 2016

ATASI PENYAKIT KENCING MANIS

Kencing manis merupakan salah satu daripada 10 penyakit pembunuh utama di Malaysia di samping strok / angin ahmar, tibi dan barah paru-paru. Statistik terbaru menunjukkan 17 peratus daripada penduduk di Malaysia menghidap Diabetes Mellitus atau kencing manis.

Tanda-tanda atau simptom kencing manis kadang-kadang terlalu sukar untuk dikesan sehinggakan pesakit tidak sedar mereka menghidapinya sehinggalah penyakit itu sampai ke tahap yang sangat serius. Oleh itu adalah penting untuk anda mengenal pasti tanda-tanda tersebut dan mendapatkan rawatan segera, bagi mengelakkan anda dari menjadi korban penyakit kencing manis.


Jenis-jenis kencing manis

Terdapat dua jenis penyakit diabetes yang utama iaitu Kencing Manis Jenis 1 (Diabetes Type 1) dan Kencing Manis Jenis 2 (Diabetes Type 2).
 Kencing Manis Jenis 1 - "Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin)
  • Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja.
  • Biasanya badan tidak dapat menghasilkan insulin.
 Kencing Manis Jenis 2 - "Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin)
  • Jenis yang paling biasa ditemui. Lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah dari Jenis 2.
  • Biasanya dihidapi oleh orang yang berumur dan berat badan berlebihan.
  • Biasanya sel-sel badan tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi.
Terdapat salah faham yang mengatakan kencing manis Jenis 2 adalah kurang serius berbanding Jenis 1, mungkin kerana pesakit Jenis 1 perlu menyuntik diri sendiri dengan insulin. Sebenarnya kedua-dua jenis adalah serius jika tidak diurus dengan baik.


Simptom-simptom kencing manis

Berikut adalah 10 tanda-tanda umum penyakit kencing manis yang anda boleh perhatikan. Tidak semua orang akan mengalami semua gejala berikut dan bagi mereka yang mengalaminya biasanya ianya tidaklah teruk. Ramai pesakit yang menghidapi kencing manis Jenis 2 tidak menyedarinya selama bertahun-tahun kerana tanda-tanda awalnya kurang ketara.
Doktor boleh melakukan ujian yang mudah untuk menilai risiko kencing manis anda. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, anda boleh mendapatkan rawatan serta membuat perubahan kepada gaya hidup anda sebelum ianya terlambat.


10 Tanda-Tanda Umum Penyakit Kencing Manis

1.    Paras gula darah tinggi
Cara terbaik untuk memeriksa tahap gula dalam darah anda adalah dengan dibuat ujian oleh doktor anda. Selepas anda memakan makanan, tahap gula darah secara semulajadi akan meningkat. Walau bagaimanapun, tahap gula darah yang tinggi secara berterusan sepanjang hari adalah tidak normal.

2.    Dahaga yang berlebihan dan kerap kencing pada waktu malam
Kerap ke bilik air di waktu malam diikuti dengan dahaga yang berlebihan pada boleh menjadi gejala diabetes. Dahaga yang berlebihan ini tidak hilang walaupun setelah meminum air yang mencukupi sebelum tidur.
Apabila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang anda bekerja lebih keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut. Ini memaksa anda membuang air kecil, kadang-kadang beberapa kali pada waktu malam. Selepas badan anda kehilangan air dan ia akan membuat anda rasa lebih dahaga.
Ia adalah cara badan anda menguruskan gula darah yang tinggi. Dahaga yang berlebihan bermakna badan anda sedang cuba untuk menambah cecair yang hilang.

3.    Hilang berat badan secara tiba-tiba
Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang cepat, disekitar 2-3 kg dalam masa dua atau tiga bulan. Sesetengah orang mungkin gembira tetapi ini bukanlah kehilangan berat badan yang sihat.
Oleh kerana hormon insulin yang tidak membekal glukosa ke dalam sel-sel di mana ia boleh digunakan sebagai tenaga, badan menganggap ia kelaparan lalu menguraikan lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternatif.

4.    Sentiasa rasa lapar
Apabila pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti kebiasaan, glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa, lalu menyebabkan tahap gula dalam darah jatuh.
Apabila tahap gula dalam darah menurun secara tiba-tiba, badan menganggap bahawa anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi. Isyarat ini diterjemahkan oleh badan sebagai rasa lapar.

5.    Luka lambat sembuh
Ini adalah tanda klasik kencing manis. Ia berlaku kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri. Ini menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan, untuk sampai ke anggota-anggota badan.

6.    Keletihan dan cepat marah
Usaha tambahan badan anda untuk mengimbangi kekurangan glukosa akan membuat anda letih. Bangun tidur untuk pergi ke bilik air beberapa kali pada waktu malam juga akan membuat anda letih kerana ia mengganggu tidur anda. Sememangnya, letih sepanjang masa akan membuat sesiapapun cepat marah.

7.    Terdedah kepada jangkitan kulat
Wanita khususnya, perlu berhati-hati untuk jangkitan yis (candida) pada faraj. Diabetes melemahkan imunisasi, ini bermakna anda mudah mendapat pelbagai jangkitan, yang paling biasa ialah yis (candida) dan jangkitan kulat yang lain.

8.    Penglihatan kabur
Apabila glukosa dalam darah adalah tinggi, ia mengubah bentuk kanta dan mata, menyebabkan penglihatan kabur.
Walau bagaimanapun ia akan kembali kepada asal apabila tahap gula dalam darah kembali normal atau hampir normal. Gula darah yang tinggi, sekiranya dibiarkan untuk tempoh yang panjang, akan menyebabkan kerosakan kekal, mungkin juga buta.

9.    Sensasi pada tangan dan kaki
Kesemutan, kebas, kesakitan membakar atau bengkak pada tangan dan kaki - ini adalah tanda-tanda bahawa saraf dirosakkan oleh kencing manis. Sama seperti penglihatan, jika tahap gula darah dibiarkan tinggi terlalu lama, kerosakan saraf juga akan kekal.

10. Kulit merengsa

Ini boleh menjadi tanda amaran kencing manis atau masalah kulit yang lain seperti acanthosis nigricans. Kulit di sekitar leher atau bahagian ketiak menjadi gelap. Pada tahap ini seseorang itu sudah mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah mereka mungkin tidak tinggi.


Namun begitu, penyakit kencing manis ini boleh dicegah dan dirawat dengan suppliment yang superb iaiti Vivix!

Apakah kandungan Vivix Shaklee yang mampu mengatasi masalah kencing manis?

Dalam vivix terdapat bahan yang dinamakan resveratrol.


Kencing Manis: Ketahui Punca dan Rawatan



Resveratrol ialah sejenis phenol semulajadi yang wujud di dalam tumbuhan anggur terutamanya jenis muskat dan anggur kulit merah serta Knotweed Jepun.
Kajian saintifik menunjukkan resveratrol sangat memainkan peranan dalam memanjangkan usia kerana ia dapat melawan penuaan pada tahap sel.





Bagaimana pula Resveratrol bertindak menjadi penawar kepada kencing manis?

1. Meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin:
Rintangan insulin adalah satu daripada faktor penyumbang utama diabetes/kencing manis. Jika sensitiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan, kita boleh memberhentikan diabetes/kencing manis.



Apabila tubuh kita hilang sensitiviti terhadap insulin, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak insulin untuk mengawal aras gula dalam darah. Jadi resveratrol pula mampu meningkatkan sensitiviti tubuh kita terhadap insulin oleh itu mengurangkan amaun insulin yang diperlukan untuk mengawal aras gula dalam darah.



2. Mengaktifkan enzim yang sangat berkuasa dalam tubuh kita.



Untuk mencegah atau menyembuhkan diabetes/kencing manis, satu enzim iaitu dikenali sebagai enzim SIRT1 mestilah diaktifkan yang mana enzim ini bertanggungjawab terhadap rembesan hormon insulin dan enzim.



Berikut merupakan testimoni pengambilan Vivix untuk pesakit kencing manis.

Testimoni 1: Kencing Manis: Ketahui Punca dan Rawatan



Testimoni 2: Kencing Manis: Ketahui Punca dan Rawatan


Testimoni 3: Kencing Manis: Ketahui Punca dan Rawatan





Bagaimana ingin mendapatkan Vivix Shaklee ini???

Mudah sahaja. Anda hanya perlu hubungi/Whatsapp saya di 0138727565.
Konsultasi cara pengambilan yang betul akan saya berikan setelah produk sampai di tangan anda.

Bulan ini juga terdapat promosi potongan 5% untuk belian Vivix Shaklee ini. Jadi anda boleh dapatkan segera dengan menghubungi saya di 0128660655.

Sekian, salam sayang.

Azieyana Aziz,
SID 1185491
FB: Zie Azieyana

Wednesday 24 February 2016

KEMUNCULAN JERAWAT YANG PERLU ANDA TAHU

Seringkali kita berfikir, bagaimana sebenarnya jerawat ini muncul pada wajah kita?


Kecut hari ini, kemudian tumbuh lagi pada keesokan harinya. Dan begitulah seterusya. Jerawat sentiasa muncul pada wajah kita.

Sebenarnya, jerawat akan muncul apabila berlaku kecederaan pada tisu utama yang disebabkan oleh bintik putih (white head) dan bintik hitam (black head). Apabila bintik-bintik putih (white heads) itu dicemari oleh kotoran sedangkan ia berada dalam keadaan berminyak dan lembab, bintik putih tersebut akan mudah bertukar menjadi bintik hitam (black head). Bintik-bintik hitam (black heads) pula mengandungi sumbatan sebum iaitu bahan berlemak yang dihasikan oleh kelenjar minyak.
Pada kebiasaannya, bintik hitam sukar untuk dikeluarkan kerana ruang folikel yang kecil jika dibandingkan dengan saiz bintik hitam yang besar. Apabila kandungan sebum dibawah/dalam ruang folikel itu bertambah maka ruang folikel itu akan terhakis dari dalam dan membesar, maka ia akan menyebabkan kecedaraan pada kulit lalu menyebabkan nanah dalaman dan akhirnya terbentuklah jerawat.
Selain itu, masalah jerawat juga terjadi akibat pertumbuhan bacteria Propionibacterium acnes yang mengisi ruang-ruang folikel rambut yang terbuka dan mudah terdedah kepada kekotoran selain ia mudah terdedah kepada kelembapan dan pengoksidaan luaran.
Biasanya, masalah jerawat hanya diketogorikan sebagai ‘ringan’ sekiranya jumlah lesi (jumlah bintil merah/nanah putih yang tercela) kurang dari 30.
Manakala jumlah lesi dari 30 hingga 125 akan dikategorikan sebagai masalah jerawat ‘sederhana’. Dan apabila jumlah lesi telah melebihi 125, maka masalah jerawat itu akan dikategorikan sebagai ‘kronik’.
Jerawat biasanya menyerang remaja yang berusia antara 14 hingga 19 tahun kerana pada waktu itu berlakunya suatu bentuk perubahan hormone yang agak agresif.
Ketika ini, jerawat akan muncul dengan kadar yang sangat banyak. Namun begitu, banyak juga kes perubahan hormone terus berlaku sehingga ke umur 30 an menyebabkan jerawat tidak hilang pada wajah.
Oleh itu, penting untuk individu yang berjerawat mengawal perubahan hormone yang menyebabkan berlakunya jerawat. Bagaimana?

Mudah sahaja. 2 produk ini boleh bantu anda dengan berkesan.

KELEBIHAN GLA COMPLEX SHAKLEE:

Fungsi utama GLA ialah menstabilkan hormon yang menjadi punca utama jerawat. Selain itu, ia juga sangat berkesan mengawal penghasilan minyak pada wajah. Cubalah! anda pasti teruja.


Produk Berkesan Atasi Jerawat Dengan Selamat

Lagi manfaat GLA Complex:
  • KECUTKAN JERAWAT DENGAN CEPAT
  • KAWAL KETIDAK SEIMBANGAN HORMON
  • KAWAL PEMBENTUKAN MINYAK BERLEBIHAN
  • PUDARKAN FLEK HITAM JERAWAT
  • MENYEKATAKAN TONA KULIT WAJAH
KELEBIHAN VITAMIN C SUSTAINED RELEASED SHAKLEE

Vitamin C shaklee merupakan satu-satunya vitamin yang bersifat sustained released, iaitu setiap jam selama 5 jam, 100 mg vitamin C akan dilepaskan ke dalam badan. Vitamin lain akan lepaskan secara sekaligus. Dengan vitamin C ini, anda akan mendapat manfaat optimum yang lebih banyak!

Khasiat Vitamin C sama seperti penggunaan buah oren dan citrus!


Produk Berkesan Atasi Jerawat Dengan Selamat

Lagi manfaat Vitamin C:
  • MENGANJALKAN KULIT
  • MENINGKATKAN PENGHASILAN KOLAGEN 
  • MEMBANTU MENENTANG BAKTERIA JERAWAT
  • MEMBANTU MEMBUANG TOXIN DALAM BADAN
  • PUDARKAN PARUT JERAWAT DENGAN CEPAT
Untuk info lebih lanjut, Boleh hubungi saya di 0128660655. Mari atasi jerawat segera!

Sekian,

Salam sayang,

Azieyana Aziz,
SID 1185491
FB: Zie Azieyana






Saturday 20 February 2016

PRODUK BERKESAN ATASI JERAWAT BATU DENGAN SELAMAT

Sekarang, anda pasti selalu terbaca iklan GEMPAK yang menjanjikan rawatan kepada masalah jerawat batu.

KESAN SEAWAL 5 HARI!!!

FLAWLESS DALAM 3 HARI!!!

GLOWING DALAM 3 HARI!!!

Tahu atau tidak, produk-produk yang menjanjikan kesan seawal itu pasti mempunyai bahan kimia yang tinggi. Kerana itulah ia mampu memberi kesan yang begitu pantas!

Jangan terlalu gembira. Kerana produk sedemikian hanya akan memberi kesan sementara. Bila anda berhenti menggunakan produk tersebut, pelbagai masalah wajah akan muncul seperti jeragat, masalah keradangan atau wajah yang mempunyai ruam. Dan masalah ini pula akan mengambil tempoh yang lama untuk dirawat.

Oleh itu, kita tidak seharusnya begitu percaya pada iklan-iklan sedemikian. Banyak juga iklan yang turut menjanjikan produk bebas bahan kimia. Tapi tidak menyatakan bahan-bahan yang digunakan dan dilabelkan pada produk. Jika anda ingin membeli produk dan produk tersebut tidak mempunyai label bahan, nasihat saya jangan beli! walaupun ia menjanjikan wajah anda yang berjerawat batu itu berubah mulus seperti Hanis Zalikha! Hehehe.

Sebelum saya terangkan produk berkesan atasi jerawat batu dengan selamat tanpa bahan kimia, mari ketahui terlebih dahulu punca berlaku jerawat batu.

1) Kulit yang terlalu sensitif
Kebiasaanya, individu yang mengalami masalah jerawat batu adalah disebabkan oleh kulit wajah yang terlalu sensitif pada bakteria. Bakteria yang datang daripada habuk akan menyebabkan keradangan pada wajah dan akhirnya terjadilah jerawat batu.

2) Faktor keturunan 
Separuh daripada individu yang mengalami jerawat batu adalah daripada keturunan. Contohnya, ibu, ayah memang jenis jerawat batu teruk, Ia menjadi masalah keturunan yang disebabkan oleh kalenjar minyak berlebihan pada wajah yang akan menyebabkan ransangan sensitif terhadap kotoran.



3) Pencuci muka yang mengandungi bahan kimia
Pencuci yang mempunyai bahan kimia pasti akan berkesan pada awalnya. Namun, selepas sesuatu tempoh, ia akan menimbulkan keradangan pada wajah dan menyebabkan jerawat batu.

4) Jarang atau tidak membersihkan wajah dengan baik
Malas membersihkan wajah akan menyebabkan kotoran tersumbat pada liang pori. Sama juga dengan sambil lewa membersihkan wajah sehingga liang pori tidak dibersihkan sepenuhnya. Ia akan menyebabkan liang pori tersumbat dan menyekat kalenjar minyak. Perkara ini akan meransang pembentukan jerawat batu.


Sekarang, jelas punca terjadi jerawat batu?

Jadi, apakah produk berkesan atasi jerawat batu dengan selamat?

Kulit yang terlalu sensitif dan Pencuci Muka yang Mengandungi Bahan Kimia
Untuk masalah pertama ini, anda perlukan pencuci muka yang bersifat semulajadi. Ini kerana, kulit wajah yang sensitif akan menyebabkan peradangan yang kebih teruk jika anda menggunaka  pencuci muka yang mempunyai bahan kimia.

Untuk yang memakai produk mengandungi bahan kimia, saya nasihatkan anda berhenti sekarang. Jangan menyesal di kemudian hari. Jangan sudah terhantuk baru terngadah. Bolehlah beralih kepada produk semulajadi yang bebas kimia dan dapat membersihkan wajah anda dengan berkesan. Ia sangat sesuai untuk kulit wajah yang sensitif. Membersihkan wajah dengan berkesan dan mengawal penghasilan minya.

Anda bolehlah mencuba Pencuci muka Gentle Deep Foaming Cleanser Shaklee ini.


Produk Berkesan Atasi Jerawat Batu Dengan Selamat

Kandungan utama produk ini yang terdiri daripada rumpai laut, algae hijau, dan strawberry begonia. Tiga bahan ini membolehkan wajah anda dibersihkan dengan maksima sehingga ke liang pori. Bahkan, algae hijau sangat terkenal untuk menyahtoksin kulit wajah. Bahan kimia yang sudah melekat pada kulit wajah boleh dineutralkan dengan algae hijau. Nak wajah cerah berseri pula? Strawberry begonia boleh cerahkan wajah anda secara semulajadi.

Faktor keturunan atau Badan banyak toksin
Walaupun ia disebabkan oleh faktor keturunan, masalah asas yang menyebabkan jerawat itu berlaku ialah lebihan penghasilan minyak pada kalenjar minyak wajah. Perkara ini juga boleh diatasi dengan mengambil vitamin yang boleh mengawal penghasilan minyak pada wajah.

KELEBIHAN GLA COMPLEX SHAKLEE:

Fungsi utama GLA ialah menstabilkan hormon yang menjadi punca utama jerawat. Selain itu, ia juga sangat berkesan mengawal penghasilan minyak pada wajah. Cubalah! anda pasti teruja.


Produk Berkesan Atasi Jerawat Batu Dengan Selamat

Lagi manfaat GLA Complex:
  • KECUTKAN JERAWAT DENGAN CEPAT
  • KAWAL KETIDAK SEIMBANGAN HORMON
  • KAWAL PEMBENTUKAN MINYAK BERLEBIHAN
  • PUDARKAN FLEK HITAM JERAWAT
  • MENYEKATAKAN TONA KULIT WAJAH
KELEBIHAN VITAMIN C SUSTAINED RELEASED SHAKLEE

Vitamin C shaklee merupakan satu-satunya vitamin yang bersifat sustained released, iaitu setiap jam selama 5 jam, 100 mg vitamin C akan dilepaskan ke dalam badan. Vitamin lain akan lepaskan secara sekaligus. Dengan vitamin C ini, anda akan mendapat manfaat optimum yang lebih banyak!

Khasiat Vitamin C sama seperti penggunaan buah oren dan citrus!


Produk Berkesan Atasi Jerawat Batu Dengan Selamat

Lagi manfaat Vitamin C:
  • MENGANJALKAN KULIT
  • MENINGKATKAN PENGHASILAN KOLAGEN 
  • MEMBANTU MENENTANG BAKTERIA JERAWAT
  • MEMBANTU MEMBUANG TOXIN DALAM BADAN
  • PUDARKAN PARUT JERAWAT DENGAN CEPAT

Jerawat bernanah bermakna badan punya banyak toksin dan bakteria jerawat sedang membiak. Atasi dengan Garlic Complex Shaklee..

KELEBIHAN GARLIC COMPLEX SHAKLEE

Garlic sangat berkesan untuk menghapuskan baketeria jerawat, antifungus dan anti kulat. Bahkan, Garlic merupakan suppliment utama dalam kalangan orang jepun dan Korea!

Khasiat Garlic Shaklee ini, samalah seperti bawang putih mentah yang boleh bunuh bakteria dan lancarkan aliran darah dalam badan.

Produk Berkesan Atasi Jerawat Batu Dengan Selamat


Lagi manfaat Garlic Complex:
  • MENGUATKAN SISTEM IMUN MENENTANG BAKTERIA JERAWAT
  • MEMBUANG TOXIN DALAM BADAN
  • MENGURANGKAN RASA SAKIT DAN PEDIH LUKA JERAWAT
  • MEMATIKAN BAKERIA JERAWAT

Produk di atas berkesan merawat dengan selamat tanpa anda perlu ragu. Kerana, Shaklee sudah berada 100 thaun di pasaran dunia.

Boleh hubungi saya di 0128660655 untuk info lanjut

Sekian,

Salam sayang,

Azieyana Aziz,
SID 1185491
FB: Zie Azieyana





Thursday 18 February 2016

CARA CEPAT ATASI JERAWAT BATU

Jerawat merupakan satu masalah yang sangat dibenci oleh wanita. Bahkan, kini lelaki juga telah mula menitikberatkan penjagaan wajah bila jerawat mula tumbuh. Kerana sesungguhnya, kehalusan wajah mampu memberi keyakinan semulajadi pada diri kita. Betul kan?



Terdapat banyak jenis jerawat. Antaranya ialah jerawat pasir, jerawat batu, jerawat nanah dan jerawat bengkak merah. Hari ini, saya nak cerita mengenai cara cepat atasi jerawat batu.

Jerawat batu atau juga dikenali sebagai Cystic Acne merupakan sejenis jerawat yang secara ukurannya lebih besar berbanding jerawat yang kain. Ini kerana berlaku peradangan yang teruk pada wajah dan menyebabkan berlakunya jerawat batu dengan kadar bengkak yang lebih besar berbanding jerawat-jerawat lain.

Sebelum kita ketahui cara cepat atasi jerawat batu, mari kita ketahui terlebih dahulu punca berlaku jerawat batu.

1) Kulit yang terlalu sensitif
Kebiasaanya, individu yang mengalami masalah jerawat batu adalah disebabkan oleh kulit wajah yang terlalu sensitif pada bakteria. Bakteria yang datang daripada habuk akan menyebabkan keradangan pada wajah dan akhirnya terjadilah jerawat batu.

2) Faktor keturunan 
Separuh daripada individu yang mengalami jerawat batu adalah daripada keturunan. Contohnya, ibu, ayah memang jenis jerawat batu teruk, Ia menjadi masalah keturunan yang disebabkan oleh kalenjar minyak berlebihan pada wajah yang akan menyebabkan ransangan sensitif terhadap kotoran.



3) Pencuci muka yang mengandungi bahan kimia
Pencuci yang mempunyai bahan kimia pasti akan berkesan pada awalnya. Namun, selepas sesuatu tempoh, ia akan menimbulkan keradangan pada wajah dan menyebabkan jerawat batu.

4) Jarang atau tidak membersihkan wajah dengan baik
Malas membersihkan wajah akan menyebabkan kotoran tersumbat pada liang pori. Sama juga dengan sambil lewa membersihkan wajah sehingga liang pori tidak dibersihkan sepenuhnya. Ia akan menyebabkan liang pori tersumbat dan menyekat kalenjar minyak. Perkara ini akan meransang pembentukan jerawat batu.

Sekarang, jelas punca terjadi jerawat batu?

Jadi, apakah pula cara cepat atasi jerawat batu?

Masalah pertama:Kulit yang terlalu sensitif
Untuk masalah pertama ini, anda perlukan pencuci muka yang bersifat semulajadi. Ini kerana, kulit wajah yang sensitif akan menyebabkan peradangan yang kebih teruk jika anda menggunaka  pencuci muka yang mempunyai bahan kimia.

Masalah kedua: Faktor keturunan 
Walaupun ia disebabkan oleh faktor keturunan, masalah asas yang menyebabkan jerawat itu berlaku ialah lebihan penghasilan minyak pada kalenjar minyak wajah. Perkara ini juga boleh diatasi dengan mengambil vitamin yang boleh mengawal penghasilan minyak pada wajah.

Masalah ketiga:  Pencuci muka yang mengandungi bahan kimia
Untuk masalah ini, anda perlulah bijak mencari pencuci muka yang bersifat semulajadi. Dan selalunya, pencuci muka yang bersfat semulajadi memang lebih mahal berbanding produk yang mengandungi bahan kimia.

Masalah keempat: Jarang atau tidak membersihkan wajah dengan baik
Untuk masalah ini, anda perlulah ubah sikap dalam diri. Nak cantik dan kacak kan? Kenalah rajinkan diri cuci muka. 

Itu sahaja tips mudah cara atasi jerawat batu. Untuk entri seterusnya, saya akan kongsikan produk-produk mengikut masalah jerawat yang anda hadapi.

Untuk pertanyaan lanjut, anda bolehlah hubungi/Whatsapp saya di 0138727565

Sekian,

Salam sayang,

Azieyana Aziz,
SID 1185491
FB: Zie Azieyana

Monday 15 February 2016

TABURAN PESAKIT KENCING MANIS DI MALAYSIA

Tahukah anda, pada tahun 2014, Menteri Kesihatan Malaysia telah melaporkan seramai 2.6 juta rakyat Malaysia disahkan menghidap penyakit kencing manis.



Menurut Kajian Persatuan Diabetes Malaysia dan Majlis Pencegahan Obesiti pada tahun 2015 mendapati jumlah penghidap kencing manis di Malaysia membabitkan individu berumur 30 tahun ke atas.
Daripada kajian tersebut, Persatuan Diabetes Malaysia mendapati kemungkinan besar Malaysia memiliki penghidap pesakit kencing manis paling tinggi di Asia Tenggara dalam tempoh empat tahun apabila 3.6 juta rakyat Malaysia menghidap penyakit kronik kencing manis.
Hakikatnya statistik yang begitu merisaukan ini meletakkan Malaysia di tangga ke-10 di dunia dengan jumlah penghidap kencing manis teramai mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Tambahan pula mengikut Presiden Majlis Pencegahan Obesiti, Jong Koi Chong, Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara dengan pesakit kencing manis teramai pada 2017 dengan kedudukan keenam di Asia Pasifik dari segi obesiti.
Taburan penyakit kencing manis ini sungguh merisaukan. Sekiranya tidak dibendung dari awal, maka penyakit ini mungkin akan menjadi pembunuh no.2 selepas penyakit jantung.
Jadi, apakah cara terbaik untuk kita mengekang penyakit kencing manis ini daripada menular dalam kalangan masyarakat di Malaysia?
Amalkan gaya hidup sihat merupakan kunci utama. Gaya hidup sihat terdiri daripada pemakanan yang seimbang dan aktiviti fizikal yang dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan kita.
Pastikan pemakanan yang kita ambil adalah seimbang dan berkhasiat.
Jangan lupa juga, di sebalik kesibukan bekerja, amalkan bersenam sekurang-kurangnya 2x seminggu.




Sekian,

Salam sayang,

Azieyana Aziz,
SID 1185491
FB: Zie Azieyana

CARA DAPATKAN PRODUK SHAKLEE DARI PENGEDAR SHAKLEE KOTA KINABALU

Anda pengguna Shaklee dan berada di sekitar Kota Kinabalu?

Sebelum ni beli secara online? Nak tak jimatkan kos penghantaran?


Sekarang, anda boleh dapatkan produk shaklee dari Pengedar Shaklee Kota Kinabalu.

Siapa Pengedar Shaklee Kota Kinabalu?

Sayalah. Heheheh

Saya berada di UMS ketika siang hari waktu bekerja. Tapi saya boleh buat penghantaran ketika waktu lunch ataupun pada hujung minggu untuk anda yang berada di sekitar Kota Kinabalu.



Nak cepat, boleh juga pick up produk tersebut daripada saya di UMS.

Saya bekerja di UMS sebagai Research Assistant.

Apa kelebihan kalau anda dapatkan produk Shaklee dari pengedar Shaklee Kota Kinabalu (saya...)
Hehehe

Anda akan dapat keistimewaan untuk sesi konsultasi percuma. Tak kiralah apa masalah kesihatan anda, selagi ia boleh diatasi dengan Shaklee, maka saya akan bantu anda dari segi cadangan produk dan cara pengambilan yang berkesan. 

Anda nak jana pendapatan dengan Shaklee juga boleh. Saya boleh ajar anda jana pendapatan dengan Shaklee.

Ok, itu sahaja untuk kali ini. Jagan lupa hubungi/Whatsapp saya di talian 013-8727565 untuk dapatkan produk Shaklee. Khusus untuk anda yang berada di sekitar Kota Kinabalu.

Sekian,

Salam sayang,

Azieyana Aziz,
SID 1185491
FB: Zie Azieyana

Contact Form

Name

Email *

Message *

Copyright © Jom Tampil Sihat Dan Yakin bersama Shaklee Made with ❤ by azhafizah.com