Monday 28 November 2016

RAHSIA 10 MINIT SEHARI UNTUK KEKAL KURUS, LANGSING DAN SIHAT!

Ramai yang mengeluh sebab badan makin berisi?




Kalau dulu zaman belajar, berat tak pernah cecah 50 kg. Tapi bila dah mula bekerja, berat naik mendadak!

Ada yang naik sehingga 60 kg, bahkan berubah gemuk kepada 70 kg!!!

Naik 20 kg tu memang wajib lah baca RAHSIA 10 MINIT SEHARI UNTUK KEKAL KURUS, LANGSING DAN SIHAT yang akan saya kongsikan ni.

Sebelum itu, mari kita fahamkan bagaimana sistem badan kita berfungsi untuk membakar lemak pada badan kita.

KEPENTINGAN OTOT
Tahukah anda otot merupakan antara bahagian badan yang menentukan tahap pembakaran lemak pada badan anda?
Otot berfungsi untuk meningkatkan kadar metabolism dalam badan kita untuk tujuan pembakaran lemak.
Oleh itu individu yang mempunyai otot lebih cenderung mempunyai kadar metabolism yang tinggi, lebih langsing dan semestinya lebih sihat!

Anda tak akan jumpa orang yang yang ada otot dan gemuk!
Selalunya mesti akan jado abam sado. Yang perempuan memadailah otot biasa untuk kekalkan kelansingan kan.

Macam saya, berat masa degree ialah 52 kg dengan tinggi 160 cm. Dan Sekarang walaupun dah setahun berada dalam alam pekerjaan, berat badan saya kekal 51@52 kg. (Kecuali musim perayaan akan lebih sikitlah )

Hahaha jadi apa rahsia saya kekalkan berat badan saya?

Heavy work out every day!





Work out?

Alamak, tak ada masalah.
Ala, banyak kerja nak buat.
Huhu, susah nak ke gym untuk work out.

Ha kalau anda asyik nak memberi alasan untuk nak kuruskan badan, kekal langsing dan sihat, dah tak payah nak mimpi nak dapat berat badan idaman.

"Alamak, tak ada masalah."
Hakak, 10 minit je pon sehari. Buka FB, insta, Twitter mesti lebih 10 minit sehari kn?

"Ala banyak kerja nak buat"
Cuba jadikan 10 minit work out ini sebagai salah satu kerja harian anda. Jadi anda mesti jugak buat setiap hari.

"Huhu, susah nak ke gym untuk work out."
Senaman ni tak perlukan anda pergi ke gym, buat dalam Rumah, hatta dalam bilik sendiri pun boleh.

Anda boleh mula buat senaman Tabata ini setiap hari! Mulakan dengan 4 minit pada minggu pertama. Bila badan dah serasi dengan 4 minit, boleh tingkatkan jumlah set dan buat 10 minit setiap hari! Boleh tengok video di bawah untuk lebih faham cara buat TABATA!



Oh ya, rahsia ini untuk mereka yang ingin mengekalkan berat badan ideal. Maknanya, BMI anda kena ideal lah ya. Bukan gemuk. Jadi ini salah satu cara yang anda boleh buat supaya tak jadi gemuk tanpa ada perasaan tersiksa menahan diri dari nak makan makanan yang sedap sedap. Hahahaha. Tapi elakkanlah makan makanan yang berminyak dan berlemak ya.



Kalau berat anda jenis dah memang dah obes pulak, ini antara usaha yang boleh anda buat untuk turunkan berat badan anda untuk kembali ideal.

1. Buat Tabata lebih dari 10 minit sehari. Nak bakar lemak yang degil tu kenalah lebih banyak exercise kan. Boleh buat heavy work out 30 minit sehari. Paling senang, tingkatkan sahaja jumlah tabata menjadi 30 minit!

2. Makan makanan seimbang
Part makanan ni yang ramai tak sanggup kan. Yalah, dah rutin harian makan makanan sedap-sedap. Sebab tulah gemok. hehehe gurau je. Rutin harian makan makanan yang idak seimbang dan berlebihan akan menyebabkan obesiti. Jadi, boleh mulakan strategi pemakanan sihat. Lebihkan buah-buahan dan sayura-sayuran berbanding karbohidrat dalam hidangan makanan anda. Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap untuk permulaan.



3. Amalkan supplimen mengawal hormon yang menyebabkan anda asyik nak makan. Antara supplimen yang saya sendiri amalkan untuk elak nafsu makan jadi buas ialah GLA, ESP dan B-complex. Supplimen ni memang buat saya kenyang dan elak makan benda bukan-bukan disebabkan NAPSU! hahaha.


4. Ambil supplimen pembakar lemak seperti minyak ikan dan lechitin yang boleh memecahkan lemak. Supplimen sebegini akan bantu bakar lemak anda lebih cepat bila anda buat heavy work out!



Senang tak nak kurus??? Senang untuk orang yang betul-betul nak. Susah untuk orang yang sering berikan alasan.

So itu saja Rahsia 10 minit sehari untuk kekal kurus, langsing dan sihat.

Nak sembang lebih pasal senaman tabata, atau supplimen yang sesuai untuk anda, bolehlah Wassap saya di 012-8660655. Sekian,

Salam sayang,

Azieyana Aziz,
SID 1185491

FB: Zie Azieyana

Wednesday 23 November 2016

REVIEW PENGGUNAAN ANDROID DING DING SK3 VS BLACKVIEW ULTRA

Assalamualaikum semua!

Hari ni saya nak share pasal review penggunaan telefon bimbit Ding Ding dan juga Blackview.



OK, ini adalah HP Ding Ding.

Ini adalah Blackview. Sebijik macam iphone kn?


Jadi sekarang saya nak buat review pengalaman penggunaan saya untuk kedua-dua model telefon ding ding sk3 dan juga blackview ultra.


HARGA
Kedua-dua telefon ini adalah telefon mampu milik yang dari segi harga.

Saya beli ding ding sk3 pads November 2015. Masa tu harga dia RM 549. Tapi sekarang harga telefon ini jatuh ke RM 499. Murah kn? Harga memang mampu milik lah.

Malangnya, disebabkan kecuaian saya yang lupa menutup rapat botol air yang diletakkan di dalam hand bag, telefon ding ding saya akhirnya lemas di lautan air mineral. Hahaha.
Sempat guna telefon ni selama 4 bulan sahaja.

Blackview tu saya beli menggantikan ding ding yang lemas. Masa tu beli sebab gila cantik blackview ni sebijik mcm iPhone! Harga dia masa April 2016 yang saya beli ialah RM 498, Tapi kat Lazada skrg tinggal RM 320. Bapak Murah Lazada!

APLIKASI

Saya suka aplikasi telefon ding ding sk3. Sebab dia ada aplikasi yang lain daripada android yang lain. Paling saya suka dia ada apps yang kira berapa step kita jalan dan berapa kalori yang kita bakar bila exercise. Hehehe sangat best untuk orang yang jaga badan. Hua hua hua. Ada lagi. Nak buka telefon boleh lambai tangan. Dia ada sensor. Best lah.

Kalau blackview pulak, yang bestnya dia ada 2 sistem. Android dan iOS. IOS untuk iPhone. Anda hanya perlu tukar pada setting nak Guna android ka atau iOS. Sejibikkkk uolss. Tapi sebab saya tak reti sangat dengan iOS jadi saya pilih untuk guna android je lah. Guna blackview ni tak sudah sudah orang impress sebab design sama dengan iPhone.

KAMERA
Hmm, dari segi kamera, ding ding kurang sesuai untuk orang yang nak selfie. Sebab kamera depan dia tak clear sangat. Tapi kamera belakang dia cantik. Saya puas hati!

Blackview?? Hmm terus terang saya cakap kamera blackview sangat mengecewakan. Tak tau la pulak saya je sorang yang macam gini. Masa awal-awal beli hari tu memang terang. Tapi lepas 3 bulan penggunaan blackview, kamera dia jadi blur. Macam kelabu, ada kabus bila kita ambik gambar. Dan sebab kamera dia nilah saya terdetik nak buat review! Hahaha

BATERI

So far saya guna ding ding dalam tempoh 4 bulan tak ada masalah bateri. Elok je tahan dalam 8 jam bateri tu. Sehari kena charge 2x lah kn kalau asik online memanjang. Hehehe.

Blackview? Huhu saya pun tak tau saya sorang je ka yang terima nasib macam ni. Lepas guna 3 bulan, bateri dia cepat sangat habis. Sehari mau 4-5 kali cas. Paling trok masa bulan September (6 bulan penggunaan) saya terpaksa beli bateri baru sebab bateri dia dah kembung dan sangat menakutkan.

Jadi itu sajalah 4 bahagian review yang saya buat. Kalau nak cakap pasal kepuasan, saya lagi puas hati masa guna ding ding. Tapi tulah, hanya sempat guna 4 bulan. Blackview dah guna 8 bulan. 

Kalau anda nak beli yang mampu milik, rasanya ding ding lebih menjamin kepuasan dan kualiti berbanding blackview.

Ok sekian. Tengah jaga exam spm ni. Tak boleh nak taip panjang-panjang nanti ada budak meniru. Hehehe. 






Monday 14 November 2016

CARA PALING BERKESAN ATASI JERAWAT PADA DAGU

"Saya ada masalah jerawat kak. Tapi jerawat saya ada pada dagu je. Apa cara paling berkesan atasi jerawat pada dagu ni???"

Ada tak yang ada masalah sama seperti adik customer saya ni? Jerawat hanya pada dagu. Bahagian muka lain eslok bersih kan.

Bila dapat mesej dari adik ni, terus ingat kisah diri sendiri 4 tahun yang lepas. Memang muka saya pun jenis berjerawat pada dagu je. Tempat lain elok bersih. Frust lah kan. Orang lain muka bersih tak ada jerawat,

Masa tu, cubalah pelbagai produk kan. Dari krim muka, serum lah, sabun pencuci mukalah. Muka memang orang tegur makin cerah, makin flawless. Tapi jerawat pada dagu tetap nak hilang.

FRUST 10X GANDA!!!




Frust 10x ganda bermula tahun lepas. Lepas 2 tahun pakai krim muka yang buat muka saya elok flawless (kecuali part dagu, sebab jerawat tetap tumbuh pada dagu), saya dapati krim yang saya pakai tu ada bahan kimia terlarang. SUDAH!!! Patut muka aiii flawless jekkk masa tu. Kuang hajo sangat!

Mula dari tu pulak saya perasan, jerawat dah membiak kat bahagian muka lain. Bukan lagi pada dagu sahaja, hidung, dahi, ha semua dah jadi tempat pembiakan jerawat. hahaha.


Eh, dah terlari topik ni. Jadi, sebenarnya hari ni, saya nak ceritalah, apa cara paling berkesan atasi jerawat pada dagu. Bukan dahu sahaja tau, semua bahagian jerawat pada muka pun boleh.

Jadi sebelum tu, mari kita kenalpasti dulu punca Jerawat Pada Dagu untuk sesiapa yang belum baca artikel saya ni.



FAKTA PUNCA JERAWAT PADA BAHAGIAN DAGU




Sebelum atasi, elok kenali punca dahulu. Supaya kita boleh selesaikan masalah berdasarkan punca. 

Tidak Membersihkan Muka
Setiap muka kita adalah berbeza. Bahagian muka berminyak yang menjadi punca kepada pembentukan jerawat juga adalah berbeza. Jika anda mempunyai masalah muka berminya pada bahagian dagu, maka kecenderungan untuk anda mempunyai jerawat pada bahagian dagu adalah sangat tinggi.


Penggunaan Make Up
Penggunaan make up merupakan antara punca yang menyumbatkan liang pori sehingga tumbuhnya jerawat. Pastikan muka anda dibersihkan sepenuhnya setelah memakai make up.





Cara Pemakanan
Kurangkan pengambilan makanan gula olahan atau pun gula putih. Ganti manis dengan stevia atau pun madu asli. Kandungan gula putih boleh menjadi makanan kepada bakteria jerawat dan menggalakkan lagi pertumbuhan jerawat.

Ketidakseimbangan hormone
Jika anda rasa anda sudah cukup membersihkan wajah dan menjaga pemakanan tapi masih mempunyai masalah jerawat pada dagu, kemungkinan besar anda mempunyai masalah ketikstabilan hormon. Anda boleh mengambil supplement yang membantu mengawal kestabilan hormone seperti Gamma Linolic Acid (GLA), Evening Primrose Oil (EPO) atau Ephyra.

Stress
Secara amnya, stress akan menyebabkan hormone anda tidak seimbang. Jadi, cuba kawal stress anda dengan bersenam dan buat perkara yang jadikan anda gembira. 






Jadi, 2 masalah utama yang saya nak tekankan mengenai punca jerawat pada dagu ialah masalah ketidakstabilan hormon dan juga stress.

Sebab tu selalunya golongan yang ada jerawat pada dagu ni, golongan remaja, muda mudi yang belum kawin. heheheh. Sebab masa ni masa kita belajar, stress belajar, hormon tak stabil.

Jadi apa cara paling berkesan atasi jerawat pada dagu tu?

Ok, saya nak kongsikan 2 suppliment yang saya ambil untuk atasi masalah jerawat pada dagu tu. Bukan saya je yang ambil, bahkan dah ramai customer saya yang turut amalkan dah berjaya keluar dari masalah jerawat mereka.


VITAMIN C SUSTAINED RELEASED SHAKLEE

Vitamin C shaklee merupakan satu-satunya vitamin yang bersifat sustained released, iaitu setiap jam selama 5 jam, 100 mg vitamin C akan dilepaskan ke dalam badan. Vitamin lain akan lepaskan secara sekaligus. Dengan vitamin C ini, anda akan mendapat manfaat optimum yang lebih banyak!

Atasi jerawat kronik dengan rawatan mudah dan selamat

Vitamin C akan bantu atasi masalah jerawat dengan manfaat berikut:
  • MENGANJALKAN KULIT
  • MENINGKATKAN PENGHASILAN KOLAGEN 
  • MEMBANTU MENENTANG BAKTERIA JERAWAT
  • MEMBANTU MEMBUANG TOXIN DALAM BADAN
  • PUDARKAN PARUT JERAWAT DENGAN CEPAT

GLA COMPLEX SHAKLEE:

Ni paling penting untuk yang ada masalah hormon tak stabil sebab Fungsi utama GLA ialah menstabilkan hormon yang menjadi punca utama jerawat, di samping membekalkan khasiat vitamin E yang sama seperti Sun Flower Seed Oil.

Atasi jerawat kronik dengan rawatan mudah dan selamat

Lagi manfaat GLA Complex:
  • KECUTKAN JERAWAT DENGAN CEPAT
  • KAWAL KETIDAK SEIMBANGAN HORMON
  • KAWAL PEMBENTUKAN MINYAK BERLEBIHAN
  • PUDARKAN FLEK HITAM JERAWAT
  • MENYEKATAKAN TONA KULIT WAJAH

Nak tengok testimoni set jerawat Shaklee ni? Sila klik sini ya TESTIMONI SET JERAWAT SHAKLEE

Nak konsultasi lanjut pasal produk ni? Saya boleh bagi cara PALING BERKESAN untuk anda. :)

Jangan lupa Whatsapp saya tau.

AZIE     012-8660655



Sekian sahaja artikel Cara Paling Berkesan Atasi jerawat pada dagu untuk kali ini.

Salam sayang,

Azieyana Aziz,
SID 1185491
FB: Zie Azieyana



Thursday 10 November 2016

CARA ATASI JERAGAT TEBAL BERTAHUN LAMANYA


Anda ada masalah jeragat tebal

Susah sangat nak hilangkan jeragat tebal. Macam-macam cara dah cuba. Tapi jeragat tetap ada jugak.
Macam mana cara atasi jeragat bertahun lamanya  ni yek?

Jom baca info mengenai jeragat tebal

Jeragat bermula dengan bintik hitam bertompok pada wajah. Bila kita biarkan, lama kelamaan tompok itu semakin membesar dan membentuk jeragat tebal pada wajah kita!



Jeragat ni sangat susah nak hilang. Ada beberapa kategori individu yang mempunyai kecenderungan yang sangat tinggi untuk ada masalah jeragat.

Nak tahu siapa? Jom baca.

1. Individu yang selalu terdedah dengan panas

Kebanyakan mereka yang ada masalah jeragat adalah disebabkan oleh sinar UV yang menembusi lapisan kulit muka. Sinar UV merupakan punca terbentuknya pigmentasi hitam pada wajah kita.


Yang bahayanya, sinar UV masuk pada lapisan kulit paling dalam. Jadi bila dah nampak jeragat kat muka, bermakna memang jeragat dah teruk. Bayangkan pigmentasi dah ada kat 3 lapisan kulit? Tebal tu!

Jadi, sebelum keluar rumah, sekurang-kurangnya gunkanlah krim pelingdung sinar UV untuk elak jeragat. 

2.Individu yang amalkan Pil Perancang

Eh, dah kenapa pulak pil perancang sebabkan jeragat?



Memang betul pun. Pil perancang adalah punca kepada ketidakstabilan hormon di dalam badan wanita. Bila hormon tidak stabil, ia akan memberi kesan dengan megeluarkan bintik hitam pada kulit muka kita. Lama kelamaan, bintik hitam akan berubah menajdi tompok hitam yang membentuk jeragat.

3. Individu yang menggunakan produk berasaskan bahan kimia

Individu pada kategori ini juga mempunyai risiko paling tinggi berdepan dengan masalah jeragat tebal. Terutamanya mereka yang dahulunya sering gunakan produk yang memutihkan kulit.



Anda tahu tak, produk pemutih kulit mengandungi merkuri, hidrokuinon dan asid yang menyebabkan pengelupasan pada wajah. Ini menyebabkan kulit semakin menipis sehingga bintik hitam mudah muncul dan membentuk jeragat degil.

Jadi anda berada pada kategori yang mana?

Nak tahu tips atasi Jeragat degil ni?

Saya bagi anda 2 cara Hilangkan Jeragat degil yang Terbukti Berkesan

Jeragat kronik yang sudah terbentuk di 3 lapisan kulit utama wajah sangat sukar untuk dihilangkan. Ia memerlukan rawatan dari dalam. Rawatan yang memperbaiki sel dari dalam agar bintik hitam dapat dihilangkan dari lapisan kulit yang paling dalam,

Kalau sapu-sapu dari luar je, dia bantu hilangkan di lapisan kulit luar je. Maknanya, tidak mustahil untuk dia muncul semula kerana bintik hitam di 2 lapisan kulit dalam masih lagi mempunyai bintik hitam.

Jadi apa cara rawatan dalaman untuk hilangkan jeragat degildengan berkesan?

1. Mini Pack Jeragat



Mini Pack ini didatangkan dengan vitamic C dan juga GLA. Kesannya boleh dilihat seawal 3 minggu pengambilan. Vitamin C merupakan vitamin anti oksidan untuk merawat sel dari dalam dan memudarkan bintik hitam pada kulit muka.

GLA pula bantu stabilkan hormon yang jadi punca jeragat berlaku. Kandungan vitamin E dalam GLA juga sangat membantu memudarkan bintik hitam!


2. Vivix Repairing Cell



Vivix merupakan antioksidan terbaik untuk merawat sel dari dalam. Kesannya juga sangat pantas jika dibandingkan dengan mana-mana vitamin anti oksidan yang lain. Jadi, vivix boleh menjadi salah satu cara hilangkan jeragat tebal yang dah bertahun lamanya.

Nak cuba cara hilangkan jeragat tebal dijamin berkesan ni???

Hubungi saya ye...

Azie : 012-8660655


Sekian,

Salam sayang,

Azieyana Aziz,
SID 1185491

FB: Zie Azieyana

Contact Form

Name

Email *

Message *

Copyright © Jom Tampil Sihat Dan Yakin bersama Shaklee Made with ❤ by azhafizah.com