Tapi jerawat tu hanya ada pada bahagian dagu sahaja.
Sebelum atasi, elok
kenali punca dahulu. Supaya kita boleh selesaikan masalah berdasarkan punca.
Tidak Membersihkan
Muka
Setiap muka kita
adalah berbeza. Bahagian muka berminyak yang menjadi punca kepada pembentukan
jerawat juga adalah berbeza. Jika anda mempunyai masalah muka berminya pada
bahagian dagu, maka kecenderungan untuk anda mempunyai jerawat pada bahagian
dagu adalah sangat tinggi.
Penggunaan Make Up
Penggunaan make up
merupakan antara punca yang menyumbatkan liang pori sehingga tumbuhnya jerawat.
Pastikan muka anda dibersihkan sepenuhnya setelah memakai make up.
Cara Pemakanan
Kurangkan pengambilan
makanan gula olahan atau pun gula putih. Ganti manis dengan stevia atau pun
madu asli. Kandungan gula putih boleh menjadi makanan kepada bakteria jerawat
dan menggalakkan lagi pertumbuhan jerawat.
Ketidakseimbangan hormone
Jika anda rasa anda
sudah cukup membersihkan wajah dan menjaga pemakanan tapi masih mempunyai
masalah jerawat pada dagu, kemungkinan besar anda mempunyai masalah ketikstabilan
hormon. Anda boleh mengambil supplement yang membantu mengawal kestabilan hormone
seperti Gamma Linolic Acid (GLA), Evening Primrose Oil (EPO) atau Ephyra.
Stress
Secara amnya, stress
akan menyebabkan hormone anda tidak seimbang. Jadi, cuba kawal stress anda
dengan bersenam dan buat perkara yang jadikan anda gembira.
Sekian sahaja entri punca jerawat pada dagu untuk kali ini.
Salam sayang,
Azieyana Aziz,
SID 1185491
FB: Zie Azieyana
No comments:
Post a Comment