Sunday, 2 October 2016

JERAWAT KRONIK!!! MACAM MANA NAK ATASI NI?

JERAWAT KRONIK?

Memang ramai yang mempunyai masalah jerawat kronik. Tapi ramai yang tidka tahu bagaimana ingin menyelesaikan masalah jerawat kronik bukan?



Penyelesaian yang menjadi pilihan ramai ialah penggunaan skincare. Sehingga pelbagai skincare dijual secara online untuk mengatasi masalah jerawat. Malangnya, ia masih tidak dapat menyelesaikan masalah jerawat kronik anda.



Sebab apa?
Sebab kemunculan terlalu banyak skincare menunjukkan bahawa pengeluar-pengeluar tidak pun membuat penyelidikan yang lama. Mungkin hanya 2, 3 bulan dan hanya menggunakan idea-idea pengeluar sebelumnya.

Anda tahu tak berapa banyak produk yang lulus KKM tapi masih mempunyai bahan kimia terlarang?
Jadi jangan mudah tepedaya dengan iklan skincare yang sekadar lulus KKM. Silap haribulan, jerawat anda yang tipis boleh berubah menajadi jerawat kronik akibat penggunaan skincare berasaskan bahan kimia!



Mari kenali 4 punca pembentukan jerawat terlebih dahulu!




1) Hormon
Individu di usia 15-27 tahun cenderung mempunyai hormon yang tidak seimbang. Ia berpunca daripada permulaan akil baligh seseorang menyebabkan jumlah hormon testosteron, progesteron dan estrogen berada dalam keadaaan tidak stabil. Ada individu yang mencapai keseimbangan yang lebih cepat, dan ada individu yang mengambil masa lebih lama. Jerawat hormon selalunya tumbuh pada bahagian dagu dan dahi dengan keadaan bengkak merah.

2) Wajah berminyak
Minyak yang berlebihan akan mengaktifkan sebum penghasilan minyak dan mencetuskan berlakunya jerawat. Ini kerana wajah berminyak akan lebih mudah memerangkap kotoran pada wajah menyebabkan liang pori-pori tersumbat dan membentuk jerawat. Jerawat disebabkan wajah berminyak selalunya adalah jerawat pasir.

3) Badan banyak toksin
Kandungan makanan yang kita makan setiap hari akan menentukan tahap toksin di dalam tubuh kita. Makanan fast food, berlemak akan menyimpan toksin lebih banyak dalam tubuh kita. Toksin yang tidak mampu dikeluarkan melalui najis akan dikeluarkan melalui kulit kita, terutamanya wajah dan bahagian belakang. Jerawat toksin digambarkan dengan jerawat bernanah.

4) Kulit Wajah yang sensitif
Kulit wajah yang sensitif akan menyebabkan jerawat tumbuh pada merata-rata bahagian wajah. Boleh jadi jerawat bernanah, jerawat membengkak dan jerawat batu. Ia disebabkan oleh lapisan kulit wajah yang menipis dan sel kulit yang tidak mampu menjalankan fungsi dengan baik. Penipisan kulit wajah selalunya disebabkan oleh penggunaan skincare yang berasaskan bahan kimia.

Teliti jerawat anda sekarang. Sudah kenalpasti jerawat anda berpunca daripada sebab yang mana?

Mari kenalpasti pula beberapa cara untuk atasi masalah di atas.

HORMON
Masalah jerawat disebabkan oleh hormon sudah tentu tidak dapat diatasi dengan produk skincare, Ia memerlukan pembetulan dari dalam. Bagaimana nak betulkan hormon? Boleh ka betulkan hormon?
Sudah tentu boleh. GLA mengandungi gamma linolik asid yang diperlukan untuk mengatur kitaran haid dan menstabilkan hormon. Bila hormon anda stabil, ia dapat membantu mengurangkan pertumbuhan jerawat, bahkan pengambilan konsisten dapat menghilangkan masalah jerawat secara total!





WAJAH BERMINYAK
Jika wajah anda berminyak disebabkan oleh kekerapan  pengambilan makanan berminyak, cubalah kurangkan makanan berminyak. Tapi jika ia juga berpunca daripada hormon yang tidak stabil dan mengaktifkan sebum penghasilan minyak apda wajah anda, jawapannya masih dengan mengambil GLA! Tambah dengan Vitamin C untuk tingkatkan collagen bagi membantu mengawal penghasilan minyak normal pada wajah. Vitamin C juga membantu meredakan keradangan pada wajah akibat pertumbuhan jerawat.



BADAN BANYAK TOKSIN
Terdapat pelabagi cara untuk membuang toksin di dalam badan. Antaranya ialah bersenam. Dengan bersenam, pengeluaran toksin dapat dikeluarkan melalui peluh. Selain itu, pengambilan makanan yang mempunyai fungsi detoks seperti lemon dan epal hijau juga sangat membantu meningkatkan pengeluaran toksin di dalam badan. Tapi bila dah jerawat kronik, ambil set detoks Shaklee yang terdiri daripada Herbalax dan Alfalfa sangat-sangat mujarab menyahtoksin badan anda dalam tempoh hanya 1 MINGGU!!!



KULIT WAJAH YANG SENSITIF
Yang ni tak ada jalan lain. Anda terpaksa berhenti menggunakan produk skincare anda! Selagi anda guna, selagi itu wajah anda akan bertambah sensitif. Tukarlah kepada produk yang berasaskan bahan semulajadi. Ada banyak produk berasaskan bahan semulajdi dan tidak berbahaya. Cuma harganya mahal berbanding berasaskan bahan kimia. Yalah, produk semulajadi susah nak proses berbanding campur-campur bahan kimia kan. SKII, La Soul antara contoh skincare tanpa bahan kimia. Eh, Shaklee pun ada jugak tau. Anda ada banyak pilihan produk skincare yang selamat. Jangan sebab murah, anda pilih yang ada bahan kimia ok!




Saya dah kupas punca dan cara atasi punca yang menyebabkan jerawat kronik berlaku. Kini pilihan di tangan anda. Anda nak saya konsult sehingga masalah jerawat kronik anda selesai juga boleh secara percuma! 

Hanya perlu hubungi saya.

Azieyana 012-8660655 (PAKAR VITAMIN WAJAH)

Sekian, salam sayang.

Azieyana Aziz,
SID 1185491

FB: Zie Azieyana

No comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Copyright © Jom Tampil Sihat Dan Yakin bersama Shaklee Made with ❤ by azhafizah.com