Terdapat banyak produk wajah yang dijual di pasaran. Persoalannya, adakah produk tersebut selamat untuk kulit wajah kita? Berapa % anda mengetahui tentang ujian yang dilaksanakan oleh produk tersebut sebelum ia mula dipasarkan? Berapa % anda yakin bahan yang dinyatakan pada label produk bukan bahan kimia yang akan MEROSAKKAN wajah anda???
Sedih. Sangat menyedihkan bila kita tergesa-gesa ingin kelihatan cantik, tapi kesan produk yang kita gunakan menyebabkan wajah bertambah terok! Jerawat, jeragat jadi peneman setia selepas tersalah guna produk.
Apa itu PEELING PRODUCTS?
Rata-rata produk penjagaan wajah seperti krim, pencuci muka yang dikeluarkan di pasaran merupakan "peeling products". Peeling products merupakan produk penjagaan wajah yang berasaskan pengelupasan.
Terdapat peeling products yang memberi kesan pengelupasan serta merta, dan ada juga yang mengelupaskan kulit muka secara perlahan tanpa kita sedari sehingga kita tidak pun menganggap produk tersebut sebagai "peeling products"
Bagaimana ingin mengenalpasti PEELING PRODUCTS?
Peeling products selalunya akan memberikan kesan yang sangat pantas. Kesan seawal 1-4 minggu.
Kesan seawal 7 hari- 30 hari menandakan bahawa produk tersebut mempunyai bahan kimia yang menghakis wajah kita.
KENAPA?
Tahukah anda, sel kulit wajah kita mengambil masa 25-36 hari untuk proses pembentukan sel baru. Produk semulajadi akan memberi nutrient pada wajah untuk menghasilkan sel kulit yang lebih berkualiti. Tetapi tempoh pembentukan sel baru tetap sama, iaitu 25 sehingga 36 hari.
Itu baru proses pembentukan sel baru. Untuk membaik pulih struktur kulit wajah yang rosak, Pakar Kulit daripada Natural Acne Clinic telah menjalankan uji kaji dan mendapati individu yang mempunyai masalah jerawat memerlukan masa selama 36 minggu untuk benar-benar bebas daripada masalah jerawat. Dalam tempoh 36 miggu (9 bulan) ini merupakan proses pembentukan sel baru, proses rawatan sel muka sehinggalah proses membaik pulih kulit wajah.
Bermakna, untuk anda mendapatkan kulit yang benar-benar sihat perlukan masa. Bukan seminggu dua!
Jika produk anda memberikan kesan pantas dalam tempoh satu bulan, sila RISAU! kerana produk tersebut, cepat atau lambat, pasti akan memberi impak NEGATIF pada wajah anda.
Di bawah ini saya senaraikan beberapa bahan yang menyebabkan berlakunya pengelupasan pada wajah.
1. Merkuri
2. Hidrokuinon
3.Hyaluronic acid
1. Merkuri
2. Hidrokuinon
3.Hyaluronic acid
Kenapa PEELING PRODUCTS ini tidak baik untuk wajah???
Sebab utama ia tidak baik untuk wajah adalah kerana ia akan menyebabkan lapisan kulit kita menipis. Kulit yang semakin menipis akan menyebabkan ia mudah terdedah kepada Sinar UV. Tahukah anda sinar UV merupakan faktor utama pembentukan JERAGAT? Ini kerana sinar UV akan membentuk tompok hitam pada lapisan kulit paling dalam dan semakin lama semakin menebal sehingga ia membentuk jeragat.
Kulit yang semakin menipis juga menyebabkan wajah menjadi sensitif. Wajah yang sensitif akan mempunyai tahap anti radang yang rendah serta kurang berkesan untuk menentang bakteria. Ini menjadi punca kepada berlakunya jerawat.
Semakin lama anda mengambil PEELING PRODUCTS, semakin lama tempoh yang perlu anda ambil untuk memperbaiki kulit anda!
Jika anda rasa produk yang anda gunakan sekarang merupakan PEELING PRODUCTS, saya nasihatkan anda agar segera berhenti untuk kebaikan kulit anda pada masa akan datang.
Info lanjut dan juga sesi konsultasi masalah kulit wajah boleh anda dapatkan dengan menghubungi saya di 012-8660655
Azieyana 012-8660655 (PAKAR VITAMIN WAJAH)
Sekian, salam sayang.
Azieyana Aziz,
SID 1185491
FB: Zie Azieyana
No comments:
Post a Comment