Ni percutian yang paling saya ingat. Sebab ia percutian terakhir bersama arwah ibu.
Nak cerita, percutian ni ketika umur saya 15 tahun. Masa tu Tingkatan 3. Hujung tahun nak buka sekolah baru, kiranya masa tahun barulah. Nak masuk Tingkatan 4. Kami satu keluarga pergi berkelah di Air Terjun MADAI.
Air Terjun
Cantik tempat ni. Memang selalu dikunjungi ramai orang bila hujung minggu dan public holiday. Nak masuk kalau tak silap kena bayar RM 2/head. Sekarang, mungkin dah naik. Yalah, Dah 10 tahun berlalu kan.
Tak banyak yang saya boleh cerita. Cuma perasaan masa ni mestilah sangat happy kan. Satu keluarga pergi, dengan jiran-jiran sekali pun pergi. Sebab ayah kerja driver lori, jadi semua muat naik di belakang lori.
Jambatan Air Terjun Madai
Seronok pergi air terjun Madai ni. Air dia bersih, dan bukan satu port kawansan saja. Ada banyak dan luas. Jadi anda ta perlu nak bersesak-sesak di satu kawasan air terjun. Situasi sekeliling pun natural green. Hati tenang dan hilang stress. Kawan-kawan dari semenanjung kalau datang daerah Lahad Datu, Tawau, Kunak bolehlah berkunjung ke Air Terjun Madai ni.
Oh ya, arwah mak meninggal Feb 2008 masa saya Tingkatan 4. Blood hypertension, stroke. Selepas stroke selama 4 jam, mak meninggal di Hospital. Nasib sempat cipta kenangan ke tempat ni. Mungkin mak dah tahu dia hidup tak lama lagi.
Sekadar perkongsian. Hargai ibu bapa anda selagi mereka masih ada. InsyaAllah, ada duit lebih nanti nak bawa ayah jalan-jalan bercuti.
Tiba-tiba touching. Semoga kita semua dapat capai impian kita. Aamiin.
No comments:
Post a Comment