Wednesday 5 October 2016

MAKANAN YANG PERLU ANDA ELAK JIKA MEMPUNYAI MASALAH JERAWAT!

Jerawat merupakan satu masalah yang berpunca daripada sel kulit mati  dan menyebabkan liang pori tersumbat sehingga terbentuknya keradangan pada wajah.



Terdapat banyak faktor yang menyebabkan jerawat berlaku. Antara sebab jerawat berlaku adalah seperti berikut:

1. Gaya pemakanan
2. Genetik (diwarisi)
3. Gaya kehidupan
4. Pemilihan produk penjagaan Wajah

Dalam entri ini, saya akan rungkaikan masalah jerawat yang berpunca daripada makanan terlebih dahulu.

Pernah dengar pepatah: "Kita adalah apa yang kita makan."

Ramai antara kita yang tidak kisah dengan apa yang kita makan. Tanpa kita sedari, gaya pemakanan kita telah menyebabkan masalah jerawat berlaku.

Berikut saya senaraikan 3 jenis makanan yang patut anda elak jika anda mempunyai masalah jerawat:

1. Makanan yang mengandungi kandungan "Androgen" yang tinggi

Makanan seperti daging, susu lembu, kacang, minyak jagung , daging organ, kerang, tuna, kuning telur dan gula halus merupakan makanan yang mengandungi jumlah androgen dan testosteron yang tinggi.



Kajian daripada University Of Helsinki, Finland  dalam Jurnal Clinical Nutrition menunjukkan bahawa kandungan makanan yang mempunyai kandungan androgen/testosteron akan menyumbang kepada ketidakstabilan hormon dalam tubuh seseorang.

Ketidakstabilan hormon androgen mahupun testosteron dalam tubuh manusia akan menyebabkan hormon dalam badan bercelaru sehingga menyebabkan jerawat berlaku.

2. Makanan yang mempunyai kandungan Garam Iodized

Makanan laut seperti kerang, rumpai laut, garam yg mengandung natrium (garam laut adalah baik), dan makanan segera merupakan produk mengandungi jumlah kandungan garam natrium yang tiggi.




Mengapa kita perlu mengurangkan pengambilan garam natrium? Ini kerana kandungan natrium yang tinggi di dalam badan akan menyebabkan akan meningkatkan alahan keradangan pada lapisan kulit. Salah satu jenis keradangan kulit ialah jerawat.

3. Makanan berasaskan produk tenusu

Secara amnya, produk-produk tenusu juga menyumbang kepada perubahan hormon tubuh manusia. Ini kerana produk tenusu akan menyumbang kepada jumlah peningkatan hormon manusia sama ada androgen/testosteron. Ketidakstabilan hormon akibat daripada produk tenusu akan menyebabkan alahan pada sistem badan kita dan dizahirkan melalui pembentukan jerawat!




Oleh itu, jika anda mempunyai masalah jerawat, cuba elak atau pantang makanan yang telah disenaraikan di atas bagi mengatasi masalah jerawat anda.

Info lanjut dan juga sesi konsultasi percuma (hanya untuk pelanggan sahaja) boleh anda dapatkan dengan menghubungi saya di  012-8660655


Azieyana 012-8660655 (PAKAR VITAMIN WAJAH)

Sekian, salam sayang.

Azieyana Aziz,
SID 1185491

FB: Zie Azieyana

No comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Copyright © Jom Tampil Sihat Dan Yakin bersama Shaklee Made with ❤ by azhafizah.com