Sunday 31 July 2016

Kenapa Lepasan Ijazah WAJIB berniaga?

Assalamualaikum saya ucapkan kepada semua rakan-rakan yang akan membaca tulisan ini.
Hari ini 26 Syawal 1437. Maka tidak terlambat jika saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Semoga amal kita sepanjang Ramadhan diterima dan kita menjadi hamba yang lebih baik hari ini.

Topik hari ini saya tujukan khas buat adik-adik yang akan bergaraduasi, atau dalam erti kata lain yang akan memegang segulung ijazah.

Nasihat akak, berniagalah.
Kenapa kena berniaga?
Dalam Islam, Rasulullah sendiri anjurkan kita untuk berniaga. Kerana 90% rezeki insyaAllah datangnya dari berniaga.


Dari konteks globalisasi kini, mencari pekerjaan sebagai seorang lepasan ijazah juga bukan mudah. Ada yang sudah bergraduasi selama setahun pun masih belum mendapat pekerjaan. Kajian yang dijalankan oleh Jobstreet pada tahun 2014 menunjukkan bahawa 70% graduan tidak berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh setahun selepas tamatnya pengajian. Ini kerana majikan kurang berminat mengambil graduan baru sebagai pekerja mereka kerana tidak ingin mengambil risiko pekerja yang tidak mencapai standard piawaian mereka dan ingin mengurangkan kos melatih pekerja baru.




Jadi bagaimana penerimaan bakal graduan? Risau? Pasrah? Atau anda sudah mula mencari aternatif bagaimana untuk “survive” selepas menamatkan pengajian anda? Untuk yang membuat pinjaman PTPTN, 6 bulan selepas bergraduasi anda sudah wajib membayar hutang PTPTN anda. Bagaimana ingin membayarnya jika anda masih belum punya punca pendapatan?

Kalau ada yang sanggup buat apa-apa kerja sahaja (yang penting halal) memang dia antara manusia yang survive. Yang penting ada duit untuk tampung hidup dan tak menyusahkan mak ayah kan. Masa inilah anda ambil peluang untuk cari pengalaman (macam yang majikan inginkan). Dan masa ini jugalah yang sangat sesuai untuk anda berniaga!

Eh, macam mana nak berniaga kalau tak ada modal kn? Ok, sekarang kita masuk kepada topik utama entri ini.

Berniaga tidak semestinya perlu modal 5-6 ribu. Dalam zaman moden ini, sudah banyak perniagaan yang tidak perlukan modal berbentuk wang. Yang penting, anda punyai telefon bimbit dan data. Ada akaun FB dan Whatsapp juga sudah cukup memadai. Saya yakin begitu banyak perniagaan dropship yang adik-adik juga tau, dan boleh sertai untuk berniaga dan dapatkan wang tambahan untuk menampung kehidupan.




Tapi, adik-adik fikir dan buatlah pertimbangan sendiri. Alang-alang kita nak berniaga, biarlah perniagaan kita itu perniagaan yang memberi impak positif pada orang sekeliling kita. Janganlah berniaga semata-mata untuk dapatkan wang untuk kesenangan anda.

Jadi, akak nak cerita satu perniagaan yang memang akak gembira buat. Dan alhamdulillah, perniagaan ni banyak beri impak positif dan bantu orang sekeliling akak.

Mungkin ada yang biasa dengar, ada yang baru nak tahu. Akak buat perniagaan menjual supplement untuk kesihatan orang ramai. Yang sudah semestinya beri impak positif kepada orang yang membeli. Dan akak sangat gembira bila lihat pelanggan-pelanggan yang punyai sakit kronik sembuh dengan izin Allah.





Ya, inilah brand supplement yang akak jual. Untuk pengetahuan anda semua, Shaklee ini ditubuhkan pada tahun 1956 dan sudah berada 101 tahun di pasaran dunia!

Kenapa akak pilih untuk jual produk ini?

Ada banyak sebab. Sebab utama ialah produk Shaklee terbukti keberkesanannya di peringkat antarabangsa. Semua produk Shaklee dihasilkan dengan sekurang-kurangnya 83 kali uji kaji sebelum dikeluarkan. Mari lihat apa lagi keberjayaan produk Shaklee di peringkat antarabangsa:

Tahun 1915: Dr Forest Shaklee membangunkan multivitamin pertama yang kini dikenali sebagai Vitale. Tun Mahathir juga menjadikan Shaklee sebagai multivitamin utama beliau. (Love Tun M.)

Tahun 1983: Rakyat Amerika pertama mendaki gunung Everest tanpa bantuan oksigen. Sepanjang latihan mendaki dan sebelum mendaki gunung Everest, beliau diberikan semua nutrisi Shaklee sebagai sumber makanan tambahan.

Tahun 1987: Jacques Cousteau dan Cousteau Society telah memilih Shaklee sebagai produk pencuci yang mesra alam.

Tahun 1991: Shaklee dipilih oleh Biosphere 2, sebuah pusat penyelidikan Sains untuk digunakan di pusat mereka.

Tahun 1993: Angkasawan NASA menggunakan AstroAide iaitu Perfomance Drink dan Vitalizer Shaklee sebagai minuman utama ketika berada di angkasa lepas.

Kalau nak senaraikan, terlalu banyak bukti keberkesanan produk Shaklee yang bukan sahaja digunakan oleh orang biasa-biasa, tapi orang-orang ternama seluruh dunia.
Sebab itulah akak percaya dan yakin untuk jual produk Shaklee.

Bagaimana ingin menjana pendapatan dengan Shaklee?

Shaklee salah satu syarikat jualan langsung (MLM). Akak tau, ramai yang tak suka dengan syarikat berkonsepkan MLM atas alasan MLM hanya memberi keuntungan pada orang-orang atas. Tapi tunggu dulu. Shaklee tak macam itu okey!

Shaklee mengamalkan konsep usaha lebih, anda akan dapat lebih. Tak kisahlah anda upline ka downline ka, yang penting anda berusaha, anda akan dapat lebih. Kalau anda downline yang sangat rajin, anda akan dapat lebih. Kalau upline anda pemalas tahap nak goyang kaki harap downline je buat kerja, memang dia tak dapat apa pun.

Nak tahu kenapa? Sebab Shaklee ada rank tertentu. Rank yang menentukan berapa banyak % bonus yang anda akan dapat. Bila tiba masa anda naik rank menjadi leader, maka secara automatiknya anda akan terpisah daripada upline anda. Dalam erti kata lain, bonus yang anda kumpul tidak akan masuk ke dalam bonus upline anda. Jadi kalau upline anda memang tau duduk tak buat apa-apa, memang dia tak akan dapat apa-apa jugak. Silap hari bulan, anda boleh potong rank upline anda dan dapatkan pendapatan yang lebih berbanding upline anda.

Beza kan dari MLM lain? MLM lain memang semua upline akan dapat lebih berbanding downline. So kalua dapat downline yang rajin gila, senang duduk goyang kaki je upline. Tapi Shaklee tidak begitu.

Macam mana nak buat business dengan Shaklee?

Mudah sahaja. Memang anda tidak perlukan modal 5, 6 ribu. Anda hanya perlu mendaftar untuk menjadi pengedar dengan jumlah RM 69. Kemudian, anda akan didaftarkan sebagai pengedar dan mempunyai system sendiri di dalam Shaklee2u. Dari laman ini, anda boleh membuat belian apa-apa sahaja barangan dan Shaklee akan bantu anda menghantar barangan tersebut juga melalui system mereka.




Mudah kan? Anda hanya perlu daftar jadi pengedar, jual produk Shaklee, dan dapatkan servis penghantaran juga dri produk Shaklee tanpa perlu bersusah-payah ke pejabat pos untuk menghantara barang. Tapi, kalau lokasi anda berada berhampiran dengan branch Shaklee, apa salahnya datang dan ambil stok dari branch kan. Boleh kenal dengan ramai orang.




Eh, tapi tunggu dulu. Nak berniaga produk Shaklee pun kena ada ilmu. Jadi, jangan lupa cari guru-guru yang hebat untuk berguru secara percuma dalam Shaklee!
Nak dapatkan pendapatan minimum 3 angka, 4 angka dan angka-angka seterusnya sudah tentu bergantung pada usaha kita semua kan. Jadi, kalau ada adik-adik yang nak berniaga Shaklee ni, jangan lupa hubungi akak. Jangan risau, anda akan dapatkan sesi coaching terhebat daripada kumpulan Shaklee akak.

Sekian, itu sahaja topik perbincangan hari ini. Kalau nak tanya apa-apa, jangan segan silu untuk hubungi/ Whatsapp di no 012-8660655.

Nak beli produk Shaklee dengan harga termurah di branch berhampiran? Sila kunjungi branch Shaklee terdekat dan gunakan ID 1185491 dengan nama Azieyana Aziz. Anda layak mendapat potongan 10-30% menggunakan ID saya. 

Sekian, salam sayang.

Azieyana Aziz,
SID 1185491

FB: Zie Azieyana

Tuesday 12 July 2016

Kejayaan yang Tidak Datang Dengan Mudah

Ini kisah pahit manis saya menempuh kejayaan yang tidak datang dengan mudah.
"Maka nikmat Tuhan kamu yang mana yang kamu dustakan?" - Ar Rahman, 55

Gambar keluarga
Baris hadapan: Dar kiri: Abang Sepupu, Ayah
Baris belakang: Dari kiri: Adik no.5, isteri abang sepupu, saya, adik no.3


Masa kecil, saya masih ingat, pernah seminggu menu makanan adalah nasi goreng yg digoreng arwah Mak. Sebab tak ada lauk pauk di rumah. Hanya beras. Sekolah rendah saya hanya berjalan kaki ke sekolah, SK Lahad Datu III.

Tingkatan 4, Allah ambil arwah Mak. Setahun ayah tidak bekerja, turut sakit, mungkin tekanan kehilangan isteri.

Kami hidup dengan hasil jualan nasi lemak yg saya jual setiap hari di sekolah, SMK Agaseh. Bangun seawal 3 pagi stp hari utk buat nasi lemak, selama setahun sehingga ayah bekerja semula.

Di Kolej Matrikulasi Labuan, saya tetap menjadi pusher nasi lemak, dgn upah 20 sen sebungkus dr pensyarah.

Masa mula-mula masuk UMS, saya selalu merungut.

Kenapa orang tu dapat biasiswa aku tak dapat? Sdgkan pointer aku lagi tinggi dari dia.

Saya mohon zakat UMS 2 tahun berturut2. Tak dapat.

Saya mohon zakat sabah 2 tahun berturut2. Tak dapat jugak.

Tak tau lah mcm mana orang di pusat zakat ni buat kerja. Kalau ikutkan saya terlebih layak sebab anak yatim, ayah kerja pemandu lori saja. - ini semua antara keluhan saya.
Lepas saya fed up mohon biasiswa @ bantuan yg tak dapat-dapat, saya tulis dalam buku diari.

FIRST CLASS. -supaya PTPTN convert jadi BIASISWA.

Itu fokus utama saya. Saya nak dapat first class!!!
Ramai pensyarah nasihat saya supaya kurangkan terlibat dalam aktiviti kepimpinan universiti, tapi saya jenis tak boleh terperap dalam bilik saja. Tahun 1-3 hampir semua pegawai HEP kenal saya, muka asyik buat program kan.
Tahun 2013, saya dapat anugerah Pemimpin cemerlang Fakulti under UMS, dapat cash RM 500.
Tahun 2014, saya dapat anugerah Tokoh Pelajar under Fakulti.

Dari tahun 1-4 saya ikut debat dan pidato, kalau tak dapat masuk final, masuk separuh akhir pun saya tetap dapat cash. 200-300 tiap kali pertandingan.
Saya suka menulis. Sajak atau cerpen. Tiap kali saya hantar sajak ke Tunas Cipta saya akan dapat RM 100, cerpen RM 300.
Dari tahun 2-4 saya jual Sandwich. Tiap pagi hantar ke kafe PPIB UMS. Income sebulan RM 250- RM 400. Siapa pernah beli? Sandwich sedap tu sayalah yg buat tiap hari lepas solat subuh tatkala anda masih nyenyak tidur.(Haha ok ini perasan sikit.)
4 tahun pengajian ijazah sarjana muda, saya tak pernah mintak duit ayah waimah seringgit pun.
Panjang berjela-jela kan? Yang tak nak ambik pengajaran, tak payah baca, tak payah komen bukan-bukan.
Saya nak cakap, alhamdulullah, saya berjaya dapat first class. Allah tak bagi biasiswa sebab nak saya belajar sungguh-sungguh, Allah tak bagi bantuan zakat, tapi Allah bagi saya pelbagai bakat yang bukan semua orang ada, yang mana bakat tu saya boleh guna untuk dapatkan duit.
Sekarang, saya bekerja sebagai seorang guru di daerah Keningau dan menjadi pengedar shaklee. 2 kerja dalam satu masa sedangkan kawan-kawan yang lain masih menganggur.
Semua nikmat yang Allah bagi membuatkan saya tak boleh nak mengeluh lagi bahkan saya rasa berdosa sangat sebab selalu mengeluh dulu, padahal begitu banyak nikmat yang Allah bagi untuk saya beroleh manfaat.
Untuk adik-adik junior yg masih tanya saya mcm mana saya boleh dapat first class dan aktif dalam pelbagai aspek, saya boleh cakap saya usaha, tawakkal, FOKUS, dan percaya Allah tu Maha Adil. Dia tak akan bagi nikmat sama untuk setiap orang. Syukur atas segala nikmat yang Allah bagi, nescaya kamu akan sentiasa berasa cukup.

Jangan pernah jadikan kesusahan sebagai alasan kepada kegagalan.

Saya buktikan, kesusahan itulah batu loncatan kejayaan!




Semoga kisah ini dapat menjadi inspirasi untuk adik-adik yang susah dan ingin berusaha! Percayalah, kejayaan milik anda. milik kita semua.

Sekian,

Salam sayang. :)



Contact Form

Name

Email *

Message *

Copyright © Jom Tampil Sihat Dan Yakin bersama Shaklee Made with ❤ by azhafizah.com