Assalamualaikum
saya ucapkan kepada semua rakan-rakan yang akan membaca tulisan ini.
Hari ini 26 Syawal 1437. Maka tidak terlambat jika saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidil
Fitri. Semoga amal kita sepanjang Ramadhan diterima dan kita menjadi hamba yang
lebih baik hari ini.
Topik hari ini
saya tujukan khas buat adik-adik yang akan bergaraduasi, atau dalam erti kata
lain yang akan memegang segulung ijazah.
Nasihat akak,
berniagalah.
Kenapa kena
berniaga?
Dalam Islam,
Rasulullah sendiri anjurkan kita untuk berniaga. Kerana 90% rezeki insyaAllah
datangnya dari berniaga.
Dari konteks
globalisasi kini, mencari pekerjaan sebagai seorang lepasan ijazah juga bukan
mudah. Ada yang sudah bergraduasi selama setahun pun masih belum mendapat
pekerjaan. Kajian yang dijalankan oleh Jobstreet pada tahun 2014 menunjukkan
bahawa 70% graduan tidak berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh setahun
selepas tamatnya pengajian. Ini kerana majikan kurang berminat mengambil
graduan baru sebagai pekerja mereka kerana tidak ingin mengambil risiko pekerja
yang tidak mencapai standard piawaian mereka dan ingin mengurangkan kos melatih
pekerja baru.
Jadi bagaimana
penerimaan bakal graduan? Risau? Pasrah? Atau anda sudah mula mencari aternatif
bagaimana untuk “survive” selepas menamatkan pengajian anda? Untuk yang membuat
pinjaman PTPTN, 6 bulan selepas bergraduasi anda sudah wajib membayar hutang
PTPTN anda. Bagaimana ingin membayarnya jika anda masih belum punya punca
pendapatan?
Kalau ada yang
sanggup buat apa-apa kerja sahaja (yang penting halal) memang dia antara
manusia yang survive. Yang penting ada duit untuk tampung hidup dan tak
menyusahkan mak ayah kan. Masa inilah anda ambil peluang untuk cari pengalaman
(macam yang majikan inginkan). Dan masa ini jugalah yang sangat sesuai untuk
anda berniaga!
Eh, macam mana
nak berniaga kalau tak ada modal kn? Ok, sekarang kita masuk kepada topik utama
entri ini.
Berniaga tidak
semestinya perlu modal 5-6 ribu. Dalam zaman moden ini, sudah banyak perniagaan
yang tidak perlukan modal berbentuk wang. Yang penting, anda punyai telefon
bimbit dan data. Ada akaun FB dan Whatsapp juga sudah cukup memadai. Saya yakin begitu
banyak perniagaan dropship yang adik-adik juga tau, dan boleh sertai untuk
berniaga dan dapatkan wang tambahan untuk menampung kehidupan.
Tapi,
adik-adik fikir dan buatlah pertimbangan sendiri. Alang-alang kita nak
berniaga, biarlah perniagaan kita itu perniagaan yang memberi impak positif pada
orang sekeliling kita. Janganlah berniaga semata-mata untuk dapatkan wang untuk
kesenangan anda.
Jadi, akak nak
cerita satu perniagaan yang memang akak gembira buat. Dan alhamdulillah,
perniagaan ni banyak beri impak positif dan bantu orang sekeliling akak.
Mungkin ada
yang biasa dengar, ada yang baru nak tahu. Akak buat perniagaan menjual
supplement untuk kesihatan orang ramai. Yang sudah semestinya beri impak
positif kepada orang yang membeli. Dan akak sangat gembira bila lihat
pelanggan-pelanggan yang punyai sakit kronik sembuh dengan izin Allah.
Ya, inilah brand
supplement yang akak jual. Untuk pengetahuan anda semua, Shaklee ini ditubuhkan
pada tahun 1956 dan sudah berada 101 tahun di pasaran dunia!
Kenapa akak
pilih untuk jual produk ini?
Ada banyak
sebab. Sebab utama ialah produk Shaklee terbukti keberkesanannya di
peringkat antarabangsa. Semua produk Shaklee dihasilkan dengan
sekurang-kurangnya 83 kali uji kaji sebelum dikeluarkan. Mari lihat apa lagi keberjayaan produk
Shaklee di peringkat antarabangsa:
Tahun 1915: Dr
Forest Shaklee membangunkan multivitamin pertama yang kini dikenali sebagai
Vitale. Tun Mahathir juga menjadikan Shaklee sebagai multivitamin utama beliau.
(Love Tun M.)
Tahun 1983:
Rakyat Amerika pertama mendaki gunung Everest tanpa bantuan oksigen. Sepanjang latihan
mendaki dan sebelum mendaki gunung Everest, beliau diberikan semua nutrisi
Shaklee sebagai sumber makanan tambahan.
Tahun 1987:
Jacques Cousteau dan Cousteau Society telah memilih Shaklee sebagai produk
pencuci yang mesra alam.
Tahun 1991:
Shaklee dipilih oleh Biosphere 2, sebuah pusat penyelidikan Sains untuk
digunakan di pusat mereka.
Tahun 1993:
Angkasawan NASA menggunakan AstroAide iaitu Perfomance Drink dan Vitalizer
Shaklee sebagai minuman utama ketika berada di angkasa lepas.
Kalau nak
senaraikan, terlalu banyak bukti keberkesanan produk Shaklee yang bukan sahaja
digunakan oleh orang biasa-biasa, tapi orang-orang ternama seluruh dunia.
Sebab itulah
akak percaya dan yakin untuk jual produk Shaklee.
Bagaimana
ingin menjana pendapatan dengan Shaklee?
Shaklee salah
satu syarikat jualan langsung (MLM). Akak tau, ramai yang tak suka dengan
syarikat berkonsepkan MLM atas alasan MLM hanya memberi keuntungan pada
orang-orang atas. Tapi tunggu dulu. Shaklee tak macam itu okey!
Shaklee
mengamalkan konsep usaha lebih, anda akan dapat lebih. Tak kisahlah anda upline
ka downline ka, yang penting anda berusaha, anda akan dapat lebih. Kalau anda
downline yang sangat rajin, anda akan dapat lebih. Kalau upline anda pemalas
tahap nak goyang kaki harap downline je buat kerja, memang dia tak dapat apa
pun.
Nak tahu
kenapa? Sebab Shaklee ada rank tertentu. Rank yang menentukan berapa banyak %
bonus yang anda akan dapat. Bila tiba masa anda naik rank menjadi leader, maka
secara automatiknya anda akan terpisah daripada upline anda. Dalam erti kata
lain, bonus yang anda kumpul tidak akan masuk ke dalam bonus upline anda. Jadi
kalau upline anda memang tau duduk tak buat apa-apa, memang dia tak akan dapat
apa-apa jugak. Silap hari bulan, anda boleh potong rank upline anda dan
dapatkan pendapatan yang lebih berbanding upline anda.
Beza kan dari
MLM lain? MLM lain memang semua upline akan dapat lebih berbanding downline. So
kalua dapat downline yang rajin gila, senang duduk goyang kaki je upline. Tapi
Shaklee tidak begitu.
Macam mana nak
buat business dengan Shaklee?
Mudah sahaja.
Memang anda tidak perlukan modal 5, 6 ribu. Anda hanya perlu mendaftar untuk
menjadi pengedar dengan jumlah RM 69. Kemudian, anda akan didaftarkan sebagai
pengedar dan mempunyai system sendiri di dalam Shaklee2u. Dari laman ini, anda
boleh membuat belian apa-apa sahaja barangan dan Shaklee akan bantu anda
menghantar barangan tersebut juga melalui system mereka.
Mudah kan?
Anda hanya perlu daftar jadi pengedar, jual produk Shaklee, dan dapatkan servis
penghantaran juga dri produk Shaklee tanpa perlu bersusah-payah ke pejabat pos
untuk menghantara barang. Tapi, kalau lokasi anda berada berhampiran dengan branch Shaklee, apa salahnya datang dan ambil stok dari branch kan. Boleh kenal dengan ramai orang.
Eh, tapi
tunggu dulu. Nak berniaga produk Shaklee pun kena ada ilmu. Jadi, jangan lupa
cari guru-guru yang hebat untuk berguru secara percuma dalam Shaklee!
Nak dapatkan
pendapatan minimum 3 angka, 4 angka dan angka-angka seterusnya sudah tentu
bergantung pada usaha kita semua kan. Jadi, kalau ada adik-adik yang nak
berniaga Shaklee ni, jangan lupa hubungi akak. Jangan risau, anda akan dapatkan
sesi coaching terhebat daripada kumpulan Shaklee akak.
Sekian, itu
sahaja topik perbincangan hari ini. Kalau nak tanya apa-apa, jangan segan silu
untuk hubungi/ Whatsapp di no 012-8660655.
Nak beli produk Shaklee dengan harga termurah di branch berhampiran? Sila kunjungi branch Shaklee terdekat dan gunakan ID 1185491 dengan nama Azieyana Aziz. Anda layak mendapat potongan 10-30% menggunakan ID saya.
Nak beli produk Shaklee dengan harga termurah di branch berhampiran? Sila kunjungi branch Shaklee terdekat dan gunakan ID 1185491 dengan nama Azieyana Aziz. Anda layak mendapat potongan 10-30% menggunakan ID saya.
Sekian,
salam sayang.
Azieyana
Aziz,
SID
1185491
FB: Zie
Azieyana
Minatlah nak bagi peluang anak2 akak terlibat dgn Shaklee ni. Nanti nak info lebih ye.
ReplyDeleteNak kerjaya yang lebih freedom mesti cuba Shaklee.
ReplyDelete