Monday 28 November 2016

RAHSIA 10 MINIT SEHARI UNTUK KEKAL KURUS, LANGSING DAN SIHAT!

Ramai yang mengeluh sebab badan makin berisi?




Kalau dulu zaman belajar, berat tak pernah cecah 50 kg. Tapi bila dah mula bekerja, berat naik mendadak!

Ada yang naik sehingga 60 kg, bahkan berubah gemuk kepada 70 kg!!!

Naik 20 kg tu memang wajib lah baca RAHSIA 10 MINIT SEHARI UNTUK KEKAL KURUS, LANGSING DAN SIHAT yang akan saya kongsikan ni.

Sebelum itu, mari kita fahamkan bagaimana sistem badan kita berfungsi untuk membakar lemak pada badan kita.

KEPENTINGAN OTOT
Tahukah anda otot merupakan antara bahagian badan yang menentukan tahap pembakaran lemak pada badan anda?
Otot berfungsi untuk meningkatkan kadar metabolism dalam badan kita untuk tujuan pembakaran lemak.
Oleh itu individu yang mempunyai otot lebih cenderung mempunyai kadar metabolism yang tinggi, lebih langsing dan semestinya lebih sihat!

Anda tak akan jumpa orang yang yang ada otot dan gemuk!
Selalunya mesti akan jado abam sado. Yang perempuan memadailah otot biasa untuk kekalkan kelansingan kan.

Macam saya, berat masa degree ialah 52 kg dengan tinggi 160 cm. Dan Sekarang walaupun dah setahun berada dalam alam pekerjaan, berat badan saya kekal 51@52 kg. (Kecuali musim perayaan akan lebih sikitlah )

Hahaha jadi apa rahsia saya kekalkan berat badan saya?

Heavy work out every day!





Work out?

Alamak, tak ada masalah.
Ala, banyak kerja nak buat.
Huhu, susah nak ke gym untuk work out.

Ha kalau anda asyik nak memberi alasan untuk nak kuruskan badan, kekal langsing dan sihat, dah tak payah nak mimpi nak dapat berat badan idaman.

"Alamak, tak ada masalah."
Hakak, 10 minit je pon sehari. Buka FB, insta, Twitter mesti lebih 10 minit sehari kn?

"Ala banyak kerja nak buat"
Cuba jadikan 10 minit work out ini sebagai salah satu kerja harian anda. Jadi anda mesti jugak buat setiap hari.

"Huhu, susah nak ke gym untuk work out."
Senaman ni tak perlukan anda pergi ke gym, buat dalam Rumah, hatta dalam bilik sendiri pun boleh.

Anda boleh mula buat senaman Tabata ini setiap hari! Mulakan dengan 4 minit pada minggu pertama. Bila badan dah serasi dengan 4 minit, boleh tingkatkan jumlah set dan buat 10 minit setiap hari! Boleh tengok video di bawah untuk lebih faham cara buat TABATA!



Oh ya, rahsia ini untuk mereka yang ingin mengekalkan berat badan ideal. Maknanya, BMI anda kena ideal lah ya. Bukan gemuk. Jadi ini salah satu cara yang anda boleh buat supaya tak jadi gemuk tanpa ada perasaan tersiksa menahan diri dari nak makan makanan yang sedap sedap. Hahahaha. Tapi elakkanlah makan makanan yang berminyak dan berlemak ya.



Kalau berat anda jenis dah memang dah obes pulak, ini antara usaha yang boleh anda buat untuk turunkan berat badan anda untuk kembali ideal.

1. Buat Tabata lebih dari 10 minit sehari. Nak bakar lemak yang degil tu kenalah lebih banyak exercise kan. Boleh buat heavy work out 30 minit sehari. Paling senang, tingkatkan sahaja jumlah tabata menjadi 30 minit!

2. Makan makanan seimbang
Part makanan ni yang ramai tak sanggup kan. Yalah, dah rutin harian makan makanan sedap-sedap. Sebab tulah gemok. hehehe gurau je. Rutin harian makan makanan yang idak seimbang dan berlebihan akan menyebabkan obesiti. Jadi, boleh mulakan strategi pemakanan sihat. Lebihkan buah-buahan dan sayura-sayuran berbanding karbohidrat dalam hidangan makanan anda. Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap untuk permulaan.



3. Amalkan supplimen mengawal hormon yang menyebabkan anda asyik nak makan. Antara supplimen yang saya sendiri amalkan untuk elak nafsu makan jadi buas ialah GLA, ESP dan B-complex. Supplimen ni memang buat saya kenyang dan elak makan benda bukan-bukan disebabkan NAPSU! hahaha.


4. Ambil supplimen pembakar lemak seperti minyak ikan dan lechitin yang boleh memecahkan lemak. Supplimen sebegini akan bantu bakar lemak anda lebih cepat bila anda buat heavy work out!



Senang tak nak kurus??? Senang untuk orang yang betul-betul nak. Susah untuk orang yang sering berikan alasan.

So itu saja Rahsia 10 minit sehari untuk kekal kurus, langsing dan sihat.

Nak sembang lebih pasal senaman tabata, atau supplimen yang sesuai untuk anda, bolehlah Wassap saya di 012-8660655. Sekian,

Salam sayang,

Azieyana Aziz,
SID 1185491

FB: Zie Azieyana

No comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Copyright © Jom Tampil Sihat Dan Yakin bersama Shaklee Made with ❤ by azhafizah.com