Hari ni saya nak share pasal review penggunaan telefon bimbit Ding Ding dan juga Blackview.
OK, ini adalah HP Ding Ding.
Ini adalah Blackview. Sebijik macam iphone kn?
Jadi sekarang saya nak buat review pengalaman penggunaan saya untuk kedua-dua model telefon ding ding sk3 dan juga blackview ultra.
HARGA
Kedua-dua telefon ini adalah telefon mampu milik yang dari segi harga.
Saya beli ding ding sk3 pads November 2015. Masa tu harga dia RM 549. Tapi sekarang harga telefon ini jatuh ke RM 499. Murah kn? Harga memang mampu milik lah.
Malangnya, disebabkan kecuaian saya yang lupa menutup rapat botol air yang diletakkan di dalam hand bag, telefon ding ding saya akhirnya lemas di lautan air mineral. Hahaha.
Sempat guna telefon ni selama 4 bulan sahaja.
Blackview tu saya beli menggantikan ding ding yang lemas. Masa tu beli sebab gila cantik blackview ni sebijik mcm iPhone! Harga dia masa April 2016 yang saya beli ialah RM 498, Tapi kat Lazada skrg tinggal RM 320. Bapak Murah Lazada!
APLIKASI
Saya suka aplikasi telefon ding ding sk3. Sebab dia ada aplikasi yang lain daripada android yang lain. Paling saya suka dia ada apps yang kira berapa step kita jalan dan berapa kalori yang kita bakar bila exercise. Hehehe sangat best untuk orang yang jaga badan. Hua hua hua. Ada lagi. Nak buka telefon boleh lambai tangan. Dia ada sensor. Best lah.
Kalau blackview pulak, yang bestnya dia ada 2 sistem. Android dan iOS. IOS untuk iPhone. Anda hanya perlu tukar pada setting nak Guna android ka atau iOS. Sejibikkkk uolss. Tapi sebab saya tak reti sangat dengan iOS jadi saya pilih untuk guna android je lah. Guna blackview ni tak sudah sudah orang impress sebab design sama dengan iPhone.
KAMERA
Hmm, dari segi kamera, ding ding kurang sesuai untuk orang yang nak selfie. Sebab kamera depan dia tak clear sangat. Tapi kamera belakang dia cantik. Saya puas hati!
Blackview?? Hmm terus terang saya cakap kamera blackview sangat mengecewakan. Tak tau la pulak saya je sorang yang macam gini. Masa awal-awal beli hari tu memang terang. Tapi lepas 3 bulan penggunaan blackview, kamera dia jadi blur. Macam kelabu, ada kabus bila kita ambik gambar. Dan sebab kamera dia nilah saya terdetik nak buat review! Hahaha
BATERI
So far saya guna ding ding dalam tempoh 4 bulan tak ada masalah bateri. Elok je tahan dalam 8 jam bateri tu. Sehari kena charge 2x lah kn kalau asik online memanjang. Hehehe.
Blackview? Huhu saya pun tak tau saya sorang je ka yang terima nasib macam ni. Lepas guna 3 bulan, bateri dia cepat sangat habis. Sehari mau 4-5 kali cas. Paling trok masa bulan September (6 bulan penggunaan) saya terpaksa beli bateri baru sebab bateri dia dah kembung dan sangat menakutkan.
Jadi itu sajalah 4 bahagian review yang saya buat. Kalau nak cakap pasal kepuasan, saya lagi puas hati masa guna ding ding. Tapi tulah, hanya sempat guna 4 bulan. Blackview dah guna 8 bulan.
Kalau anda nak beli yang mampu milik, rasanya ding ding lebih menjamin kepuasan dan kualiti berbanding blackview.
Ok sekian. Tengah jaga exam spm ni. Tak boleh nak taip panjang-panjang nanti ada budak meniru. Hehehe.
No comments:
Post a Comment