Monday 15 February 2016

TABURAN PESAKIT KENCING MANIS DI MALAYSIA

Tahukah anda, pada tahun 2014, Menteri Kesihatan Malaysia telah melaporkan seramai 2.6 juta rakyat Malaysia disahkan menghidap penyakit kencing manis.



Menurut Kajian Persatuan Diabetes Malaysia dan Majlis Pencegahan Obesiti pada tahun 2015 mendapati jumlah penghidap kencing manis di Malaysia membabitkan individu berumur 30 tahun ke atas.
Daripada kajian tersebut, Persatuan Diabetes Malaysia mendapati kemungkinan besar Malaysia memiliki penghidap pesakit kencing manis paling tinggi di Asia Tenggara dalam tempoh empat tahun apabila 3.6 juta rakyat Malaysia menghidap penyakit kronik kencing manis.
Hakikatnya statistik yang begitu merisaukan ini meletakkan Malaysia di tangga ke-10 di dunia dengan jumlah penghidap kencing manis teramai mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Tambahan pula mengikut Presiden Majlis Pencegahan Obesiti, Jong Koi Chong, Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara dengan pesakit kencing manis teramai pada 2017 dengan kedudukan keenam di Asia Pasifik dari segi obesiti.
Taburan penyakit kencing manis ini sungguh merisaukan. Sekiranya tidak dibendung dari awal, maka penyakit ini mungkin akan menjadi pembunuh no.2 selepas penyakit jantung.
Jadi, apakah cara terbaik untuk kita mengekang penyakit kencing manis ini daripada menular dalam kalangan masyarakat di Malaysia?
Amalkan gaya hidup sihat merupakan kunci utama. Gaya hidup sihat terdiri daripada pemakanan yang seimbang dan aktiviti fizikal yang dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan kita.
Pastikan pemakanan yang kita ambil adalah seimbang dan berkhasiat.
Jangan lupa juga, di sebalik kesibukan bekerja, amalkan bersenam sekurang-kurangnya 2x seminggu.




Sekian,

Salam sayang,

Azieyana Aziz,
SID 1185491
FB: Zie Azieyana

No comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Copyright © Jom Tampil Sihat Dan Yakin bersama Shaklee Made with ❤ by azhafizah.com