Thursday 18 February 2016

CARA CEPAT ATASI JERAWAT BATU

Jerawat merupakan satu masalah yang sangat dibenci oleh wanita. Bahkan, kini lelaki juga telah mula menitikberatkan penjagaan wajah bila jerawat mula tumbuh. Kerana sesungguhnya, kehalusan wajah mampu memberi keyakinan semulajadi pada diri kita. Betul kan?



Terdapat banyak jenis jerawat. Antaranya ialah jerawat pasir, jerawat batu, jerawat nanah dan jerawat bengkak merah. Hari ini, saya nak cerita mengenai cara cepat atasi jerawat batu.

Jerawat batu atau juga dikenali sebagai Cystic Acne merupakan sejenis jerawat yang secara ukurannya lebih besar berbanding jerawat yang kain. Ini kerana berlaku peradangan yang teruk pada wajah dan menyebabkan berlakunya jerawat batu dengan kadar bengkak yang lebih besar berbanding jerawat-jerawat lain.

Sebelum kita ketahui cara cepat atasi jerawat batu, mari kita ketahui terlebih dahulu punca berlaku jerawat batu.

1) Kulit yang terlalu sensitif
Kebiasaanya, individu yang mengalami masalah jerawat batu adalah disebabkan oleh kulit wajah yang terlalu sensitif pada bakteria. Bakteria yang datang daripada habuk akan menyebabkan keradangan pada wajah dan akhirnya terjadilah jerawat batu.

2) Faktor keturunan 
Separuh daripada individu yang mengalami jerawat batu adalah daripada keturunan. Contohnya, ibu, ayah memang jenis jerawat batu teruk, Ia menjadi masalah keturunan yang disebabkan oleh kalenjar minyak berlebihan pada wajah yang akan menyebabkan ransangan sensitif terhadap kotoran.



3) Pencuci muka yang mengandungi bahan kimia
Pencuci yang mempunyai bahan kimia pasti akan berkesan pada awalnya. Namun, selepas sesuatu tempoh, ia akan menimbulkan keradangan pada wajah dan menyebabkan jerawat batu.

4) Jarang atau tidak membersihkan wajah dengan baik
Malas membersihkan wajah akan menyebabkan kotoran tersumbat pada liang pori. Sama juga dengan sambil lewa membersihkan wajah sehingga liang pori tidak dibersihkan sepenuhnya. Ia akan menyebabkan liang pori tersumbat dan menyekat kalenjar minyak. Perkara ini akan meransang pembentukan jerawat batu.

Sekarang, jelas punca terjadi jerawat batu?

Jadi, apakah pula cara cepat atasi jerawat batu?

Masalah pertama:Kulit yang terlalu sensitif
Untuk masalah pertama ini, anda perlukan pencuci muka yang bersifat semulajadi. Ini kerana, kulit wajah yang sensitif akan menyebabkan peradangan yang kebih teruk jika anda menggunaka  pencuci muka yang mempunyai bahan kimia.

Masalah kedua: Faktor keturunan 
Walaupun ia disebabkan oleh faktor keturunan, masalah asas yang menyebabkan jerawat itu berlaku ialah lebihan penghasilan minyak pada kalenjar minyak wajah. Perkara ini juga boleh diatasi dengan mengambil vitamin yang boleh mengawal penghasilan minyak pada wajah.

Masalah ketiga:  Pencuci muka yang mengandungi bahan kimia
Untuk masalah ini, anda perlulah bijak mencari pencuci muka yang bersifat semulajadi. Dan selalunya, pencuci muka yang bersfat semulajadi memang lebih mahal berbanding produk yang mengandungi bahan kimia.

Masalah keempat: Jarang atau tidak membersihkan wajah dengan baik
Untuk masalah ini, anda perlulah ubah sikap dalam diri. Nak cantik dan kacak kan? Kenalah rajinkan diri cuci muka. 

Itu sahaja tips mudah cara atasi jerawat batu. Untuk entri seterusnya, saya akan kongsikan produk-produk mengikut masalah jerawat yang anda hadapi.

Untuk pertanyaan lanjut, anda bolehlah hubungi/Whatsapp saya di 0138727565

Sekian,

Salam sayang,

Azieyana Aziz,
SID 1185491
FB: Zie Azieyana

No comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Copyright © Jom Tampil Sihat Dan Yakin bersama Shaklee Made with ❤ by azhafizah.com