Masalah jerawat memang menyakitkan hati, menyiksa jiwa dan menjatuhkan keyakinan diri.
Bila jerawat tumbuh, memang rasa kalau boleh tak nak keluar rumah. Tapi sebab kerja memang hari-hari kena keluar. Lepas tu, rasa malu sangat-sangat bila kawan tegur ada jerawat nanah. Hmm, nak picit jadi lebih teruk."
Cukup. Tidak perlu saya sambung luahan hati anda. Hanya insan-insan yang mempunyai jerawat yang akan faham dan benar-benar terkilan dengan jerawat degil.
Tapi takkan dah nak putus asa? Mari saya kongsikan beberapa rawatan tradusional untuk atasi masalah jerawat degil anda. Tapi ia perlukan kerajinan dan kesungguhan pada tahap 5 bintang!
Berikut merupakan 8 tips petua atasi jerawat secara semulajadi untuk anda cuba.
Mudah, hanya perlukan kerajinan dalam diri anda. Selamat mencuba.
1) DAUN SIRIH
Daun siri sangat berkesan untuk menghilangkan jerawat degil. Caranya ialah dengan mengambil sehelai daun sirih dan rendam ke dalam setengah cawan air panas. Biarkan daun sirih layu. Kemudian, lapkan wajah anda dengan air daun sirih tadi. Biarkan wajah anda kering sendiri.
Petua Atasi Jerawat Degil
2) AIR ASAM JAWA DAN KUNYIT HIDUP
Campurkan air asam jawa, beserta kunyit hidup yang telah ditumbuk halus. Kemudian, sapu pada wajah anda. Biarkan selama 20 minit sehingga 30 minit, Bilas. Amalkan sehingga jerawat benar-benar kecut.
Petua Atasi Jerawat Dengan Berkesan
3) AIR BASUHAN BERAS
Bila masak setiap hari, janganlah buang air beras anda. Kerana air basuhan beras boleh digunakan untuk mencuci wajah anda yang berjerawat.
Petua Atasi Jerawat Degil
4) TEPUNG KANJI
Ha, siapa sangka dengan mencairkan sedikit tepung kanji dan diletakkan di bahagian yang mempunyai jerawat degil, ia mampu mengecutkan sekaligus mengelakkan flek hitam jerawat pada wajah.
Petua Atasi Jerawat Degil
5) KULIT KAYU MANIS
Ambil sedikit serbuk kayu manis dan campurkan dengan madu. Sapu pada wajah sebelum tidur dan bilas pada keesokan harinya. Aamalkan 3x seminggu. InsyaAllah, ia mampu atasi jerawat degil anda.
Petua Atasi Jerawat Degil
6) DAUN LIDAH BUAYA
Ambil daun lidah buaya. Blender dan sapukan lendir daun lidah buaya pada wajah yang berjerawat atau pun satu muka. Amalkan 3x seminggu.
Petua Atasi Jerawat Degil
7) TIMUN
Hiris timun dan blender. Kemudian, asingkan airnya. Hempas timun disapu pada wajah. Biarkan selama 30 minit dan bilas dengan air suam. Amalkan 3x seminggu.
Petua Atasi Jerawat Degil
8) PUTIH TELUR AYAM KAMPUNG
Ambil putih telur ayam kampung, campurkan dengan sesudu tepung jagung dan sesudu minyak zaitun. Setelah sebati,sapukan pada wajah yang mempunyai jerawat degil. Biarkan kering kemudian bilaslah dengan air suam. Boleh diamalkan 3x seminggu.
Petua Atasi Jerawat Degil
Mudah kan? Jangan lupa cuba di rumah ya...
Sekian,
Salam sayang,
Azieyana Aziz,
SID 1185491
FB: Zie Azieyana
No comments:
Post a Comment