Saturday 24 December 2016

RAWATAN JERAWAT MENGGUNAKAN KAEDAH PERUBATAN

Asalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Hari ni kak Azie nak cerita mengenai Rawatan Jerawat Menggunakan Kaedah Perubatan.



Mesti ramai yang stress kan bila ada jerawat. Yalah mana taknya, jerawat ni akan menyebabkan muka kita jadi kasar. Cuci muka pun jadi tak best bila ada jerawat. Rasa macam nak toreh-toreh je muka yang kasar tu. Hehehe


Jadi hari ni kak Azie nak share mengenai Rawatan Jerawat Menggunakan Kaedah Perubatan buat adik-adik yang tak tahu mengenai kaedah ini.
Jadi mari kita mulakan.

Macam mana kak Azie boleh terjebak dengan Rawatan Jerawat Menggunakan Kaedah Perubatan ni?
Sebenarnya kak Azie pun baru tau. Hehe. Semuanya bermula sebulan yang lalu.

Sepanjang duduk Keningau jadi cikgu ni, jerawat naik meriah sungguh. Sampailah kak Azie migrain selama 4 hari berturut-turut. Lepas tu tak tahan dan akhirnya pergilah klinik untuk buat check up. Masa tu Doktor cakap yang saya ada resdung. Jadi resdung membuatkan jerawat naik lebih teruk berbanding kebiasaanya.

Jadi doktor telah memberikan beberapa ubat untuk mengatasi masalah jerawat yang berlaku.

Doktor telah memberikan 2 jenis ubat iaitu Ubat sapu dan Ubat makan (pil, kapsul)
Namun dalam entri kali ini, saya akan ceritakan beberapa jenis rawatan jerawat menggunakan kaedah perubatan yang ada bergantung kepada tahap keterukan jerawat. Antara ubat untuk masalah jerawat adalah seperti berikut:
·         Emollients
·         Benzoil peroksida, asid salisilik
·         Hormon, termasuk pil perancang keluarga
·         Antibiotik
·         Retinoids - seperti Isotretinoin

Emollients
Emollients merupakan sejenis ubat yang bertujuan untuk mencairkan sisa/daki (terutama di zon T yang berminyak), menyingkirkan sel mati yang menyumbatkan liang roma, menghasilkan kulit yang licin dan lembut dan mengekalkan lembapan di kulit. Contoh bahan seperti Balneum.

Benzoil Peroksida, Asid Benzoik, Asid salisilik
Benzoil Peroksida, Asid Benzoik dan Asid Salisilik adalah berfungsi untuk menghalang pembiakan bakteria. Contoh ubat adalah seperti:
·         Akneroxid 5 / Akneroxid 10, Benzac AC, Brevoxyl, Panoxyl (mengandungi benzoil peroksida)
·         Clearasil (mengandungi bahan aktif asid benzoik)
·         Palmer's skin success acne medication (mengandungi bahan aktif asid salisilik)
Hormon (termasuk pil perancangan keluarga)
Berfungsi untuk menghalang penghasilan minyak, menghalang ovulasi dan mengatur kedatangan Haid (bagi wanita sahaja) Contoh ubat seperti Diane 35.

Antibiotik
Berfungsi untuk:
·         Menyerang kuman yang boleh membuat jerawat bertambah teruk
·         Menghalang pembiakan bakteria
·         Mengurangkan kemerahan dan bengkak
Jenis antibiotik yang perlu digunakan untuk merawat masalah jerawat pula adalah:
·         Tetracycline
·         Aknemycin, Eryderm (Erythromycin)
·         C-mycin, Dalacin-T, Topicil (Clindamycin), Zindaclin (Clindamycin phosphate).

Retinoids
Berfungsi untuk:
·         Menghalang liang roma dari tersumbat
·         Memberi kesan anti-radang
Jenis ubat:
·         Isotrex, Oratane (Isotretinoin)
·         Retacnyl, Retin-A, Stieva-A, Tretinon (Tretinoin)


Semua ubat di atas berfungsi untuk mengatasi masalah jerawat, Jadi apakah ubat yang doktor berikan kepada kak Azie masa tu ialah ubat sapu dan ubat makan. Ubat sapu yang diberikan ialah Retinoin manakala antibiotik untuk dimakan ialah Doxycycline.

Namun begitu, doktor juga menasihatkan agar mengambil supplimen vitamin C dan juga B-complex sebagai supplimen tambahan bagi menguatkan antibodi dan membantu mengatasi masalah jerawat. Jadi saya pilih untuk mengambil Vitamin C dan B-Complex daripada Shaklee.




Entri ni saya kak Azie buat selepas 3 minggu pengambilan. So far masa minggu pertama ambil whitehead banyak gila keluar dari muka. Minggu kedua pula jerawat keluar bernanah. Masa tu memang takut tengok muka. Rasa macam menyesal pulak makan antibiotik tu sebab lagi banyak jerawat yang tumbuh. Nak stop tapi doktor dah cakap kena habiskan jugak.


Tapi memang doktor dah bagitau yang itu merupakan healing process. Dah masuk minggu ketiga jerawat dah beransur pulih. Ada tinggal 3,4 biji lagi jerawat yang belum kecut. InsyaAllah, selepas minggu ke empat kak Azie upload gambar ok! 


Sekian dulu.


Nak sembang mengenai cara atasi masalah jerawat anda?

Hubungi/Whatsapp saya di 0128660655.


Sekian, salam sayang.

Azieyana Aziz,
SID 1185491

FB: Zie Azieyana



No comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Copyright © Jom Tampil Sihat Dan Yakin bersama Shaklee Made with ❤ by azhafizah.com