Tidak ada manusia yang tidak pernah menghadapi masalah jerawat. Terutamanya ketika proses akil baligh, jerawat pasti menjadi salah satu masalah bagi remaja.
Pembentukan jerawat yang sedikit dan normal adalah perkara biasa, dan dihadapi oleh semua orang. Naun begitu, terdapat juga individu yang menghadapi masalah jerawat walaupun slepas proses akil baligh menyebabkan jerawat kronik berlaku. Oleh itu, beberapa perkara perlu dielakkan jika ingin jerawat cepat sembuh sekaligus mengelakkan ia daripada merebak.
Elak buat 5 perkara ini jika ingin jerawat cepat sembuh:
1) Jangan mencuci kulit muka dengan kuat dan menggosoknya dengan kuat untuk menghilangkan minyak, kekotoran dan sel-sel mati pada kulit. Menggosok dengan kuat bukanlah suatu yang baik pada kulit muka malah perbuatan tersebut dapat menyebabkan keradangan kulit dan jerawat akan menjadi lebih teruk. Sebaliknya gunakan cara urutan ringan dan gosoklah kulit dengan lembut.
2) Jangan memicit jerawat yang sedang tumbuh. Bila anda memicit jerawat yang tumbuh, ia akan membuatkan jerawat lebih kronik. Ini kerana dengan memicit jerawat, ia akan menyebabkan bakteri jerawat tersebar ke bahagian lain. Ia bukan tindakan untuk mematikan jerawat, bahkan jerawat anda akan jadi lebih banyak. Jika mempunyai masalah jerawat kronik, jumpalah pakar kulit yang bertauliah atau pakar dermatogi di klinik dan hospital pakar untuk menyelesaikan perkara tersebut. Memicit kulit yang mempunyai jerawat bukan sahaja tidak elok pada kulit tetapi akan memburukkan lagi keadaan kulit anda sekiranya berlaku jangkitan!
3) Sebolehnya, elakkan kulit muka anda daripada terkena cahaya matahari secara berterusan. Kulit akan mudah menjadi kering jika anda terkena cahaya matahari secara berterusan. Pancaran sinar UV (Ultra lembayung) yang sedikit sudah cukup untuk menyerap masuk kedalam sel kulit dalam anda dengan mudah serta merosakkan struktur protein dan DNA kulit anda. Perkara ini tentunya tidak baik pada kulit kerana ia mengundang kepada keradangan dan kanser kulit. Gunakan pelindung sinaran UV samada dari jenis SPF 10, SPF 15, SPF 25, SPF 50 dan sebagainya.
4) Jangan selalu menukar produk pembersihan wajah dan kecantikan wajah secara kerap kerana ia mungkin menyebabkan keradangan dan alahan pada kulit anda dan menyebabkan berlakunya jerawat. Seperkara lagi, jangan menggunakan produk kosmetik yang mempunyai bahan kimia. Muka yang berjerawat adalah sensitif dengan bahan kimia. Jika anda menggunakan produk berasaskan kimia, ia akan meningkatkan lagi keradangan pada wajah.
5) Elakkan mengguna bedak padat kerana span lembap yang digunakan berkali-kali akan terperap di dalam bekas dan menggalakkan pembiakan bakteria. Gunalah bedak berasaskan mineral seratus peratus tanpa sebarang campuran bendasing yang mempunyai sifat anti-inflammatori, tidak menutupi liang pori-pori kerana molekulnya besar dan bedak yang kering tidak menggalakkan pembiakan bakteria seperti Kiss mineral mekap.
Mudah kan? Jadi jangan lupa, elak buat 5 perkara ini jika ingin jerawat cepat sembuh.
No comments:
Post a Comment