Jerawat merupakan keadaan biologi yang terjadi pada kulit akibat dari masalah
keradangan.
Jerawat sering
muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak terutamanya kulit wajah.
Kajian yang dijalankan oleh pengamal perubatan dermatologi mendapati terdapat hampir 50 jenis jerawat telah menjadi masalah kepada lelaki dan
wanita. Jerawat yang juga dikenali sebagai “Acne
Vulgaris”, ialah masalah kulit yang berlaku pada Pilosebaceous (terdiri
daripada rongga rambut dan kelenjar minyak) pada bahagian kulit. Masalah jerawat
selalunya sering dialami oleh golongan remaja akil baligh dan dewasa disebabkan
oleh perubahan hormon badan yang normal.
Bagaimana Jerawat Berlaku?
Jerawat berlaku apabila terdapat kecederaan pada tisu utama yang
disebabkan oleh bintik putih (white head) dan bintik hitam (black head). Bintik putih atau whitehead yang tercemar dalam keadaan berminyak dan lembap pula akan menyumbang kepada pembentukan bintik hitam atau juga dikenali sebagai bachead,
Bintik-bintik hitam (black heads)
mengandungi sumbatan sebum (iaitu bahan berlemak yang dihasikan oleh kelenjar
minyak). Kebiasaannya, bintik hitam sukar untuk dikeluarkan kerana ruang
folikel yang kecil jika dibandingkan dengan saiz bintik hitam yang besar.
Apabila kandungan sebum dibawah/dalam ruang folikel itu bertambah maka ruang
folikel akan terhakis dari dalam dan membesar. Perkara ini akan menyebabkan
kecedaraan pada lapisan kulit wajah. Kecederaan dalam lapisan kulit wajah akan menyebabkan nanah dalaman dan akhirnya terbentuklah
jerawat.
BAGAIMANA LAGI JERAWAT BERLAKU?
Selain itu, jerawat juga berlaku terjadi akibat pertumbuhan bacteria Propionibacterium acnes yang mengisi
ruang-ruang folikel rambut yang terbuka dan mudah terdedah kepada kotoran. Bukan itu saja, Propionibacterium acnes juga sangat mudah terdedah dengan kelembapan dan menyebabkan pengoksidaan luaran berlaku.
Pengoksidaan luaran yang berlaku akan menyebabkan bakteria membiak dengan lebih cepat dengan menyerang lapisan kulit dalaman dan menyebabkan berlaku keradangan pada wajah dan sekali lagi jerawat berlaku.
TAHAP KRONIK JERAWAT
Jerawat boleh dikategorikan mengikut tahap seperti berikut:
Jerawat Ringan
Masalah jerawat hanya
diketogorikan sebagai ‘ringan’ sekiranya jumlah lesi (jumlah bintil merah/nanah
putih yang tercela) kurang dari 30.
Jerawat Sederhana
Manakala jumlah lesi dari 30 hingga
125 akan dikategorikan sebagai masalah jerawat ‘sederhana’.
Jerawat Kronik
Apabila jumlah lesi telah melebihi 125, maka masalah jerawat itu akan dikategorikan sebagai ‘kronik’.
Jerawat biasanya
menyerang remaja yang berusia antara 14 hingga 19 tahun kerana pada waktu itu
berlakunya suatu bentuk perubahan hormone yang agak agresif. Perubahan hormon yang agresif menyebabkan penghasilan minyak berlebihan yang mendorong penghasilan whitehead dan blackhead.
Penghasilan whitehead dan blackhead merupakan faktor utama jerawat berlaku! Oleh itu, jangan hairan jika jerawat anda muncul pada ketika ini. Jangan gunakan produk berasaskan bahan kimia kerana ia akan menjadikan jerawat anda bertambah kronik.
Sekian sahaja entri mengenai bagaimaa jerawat berlaku.
Anda inginkan konsultadi berkesan untuk atasi masalah jerawat anda?
Hubungi/Whatsapp saya di 0128660655.
Hubungi/Whatsapp saya di 0128660655.
Sekian, salam sayang.
Azieyana Aziz,
SID 1185491
FB: Zie Azieyana
No comments:
Post a Comment