Kenali tanda-tanda awal serangan stroke
Stroke merupakan
satu serangan yang sangat digeruni ramai dan dikenali sebagai salah satu punca
kematian secara senyap. Penyakit stroke ini tidak menunujukkan gejala-gejala
yang teruk sehingga boleh dikesan awal. Di Malaysia, stoke menjadi punca ketiga
kematian rakyat Malaysia selepas penyakit jantung dan kanser.
Pencegahan lebih baik dari mengubati. Oleh itu,
,mari kita mengenal penyakit stroke, bermula dari gejala stroke, penyebab
stroke, dan cara pencegahan stroke. Ketahui sedikit sebanyak mengenai stroke
ini agar kita dapat mengenali petanda ke arah serangan stroke bagi mencegah
stroke daripada berlaku.
Apa itu stroke?
Apa itu stroke? Stroke sebenarnya
adalah serangan yang berlaku pada otak yang terjadi secara mendadak akibat tersumbat atau pecahnya
pembuluh darah otak. Dengan kata lain penyakit stroke ini merupakan penyakit
yang berkaitan dengan pembuluh darah otak (serebrovaskuler) yang ditandai
dengan kematian jaringan otak (infark serebral).
Keadaan ini berlaku disebabkan berlakunya
penyumbatan, penyempitan atau pecahnya pembuluh darah yang menuju ke otak
sehingga darah dan oksigen ke otak berkurang justeru menyebabkan berlakunya
reaksi biokimia yang akan merosakkan atau mematikan sel-sel saraf otak.
Haaa..menakutkan kan? Serangan stroke ni boleh menyerang dimana sahaja dan
sesiapa sahaja.
Kajian mendapati jumlah penderita stroke di
Malaysia semakin meningkat setiap tahun. Ada yang meninggal dunia disebabkan
serangan stroke dan ada juga yang terselamat tetapi menderita kerana mengalami
kecacatan dan hilang keupayaan kekal. Ramai juga penderita serangan stroke ini
lumpuh dan tak berupaya menjalani kehidupan seperti sediakala. Oleh sebab itu,
penting untuk kita mengkaji sedikit sebanyak punca dan penyebab berlakunya
serangan stroke. Dengan mengkaji gejala dan punca stroke, sekurang-kurangnya
kita dapat mengurangkan risiko serangan stroke.
PuncaUtama
Penyakit Stroke
Ada dua faktor yang merupakan punca stroke iaitu
risiko medik dan risiko perilaku (gaya hidup)
1. Faktor risiko medik
Faktor risiko medik yang menyebabkan atau meningkatkan risiko stroke antara
lain adalah disebabkan masalah hipertensi (penyakit tekanan darah tinggi),kolesterol,
arteriosklerosis (pengerasan pembuluh darah), gangguan
pada jantung, diabetes, riwayat
stroke dalam keluarga (faktor keturunan) dan migrain yang teruk(sakit kepala sebelah sahaja). Menurut data statistik
80% penyebab stroke adalah hipertensidan arteriosklerosis.
Kebanyakan mereka yang diserang stroke mengalami masalah ini.
2. Faktor risiko perilaku
Faktor risiko perilaku pula disebabkan oleh gaya hidup dan juga pola pemakanan
yang tidak sihat seperti kebiasaan merokok, mengambil minuman bersoda dan
beralkohol serta gemar makanan fast food dan junk food. Makanan-makanan ini mengandungi kandungan bahan pengawet yang tinggi, pewarna dan juga perisa makanan. Faktor risiko perilaku
yang lainnya adalah seperti kurang aktiviti fizikal seperti senaman.
Selain itu, salah satu punca yang turut menyumbang kepada masalah ini
adalah STRESS. Ini kerana
stress boleh
menyebabkan tekanan darah meningkat.
Apakah Gejala
Serangan Stroke?
Pada peringkat awal,
masyarakat, keluarga dan setiap orang harus memperoleh informasi yang jelas dan
meyakinkan bahawa stroke adalah serangan otak yang berlaku secara sederhana dan
mempunyai lima tanda-tanda utama yang harus diberi perhatian dan sangat
difahami. Hal ini sangat penting agar semua orang mempunyai kewaspadaan yang
tinggi dan peka terhadap bahaya serangan stroke.
Jangan pandang remeh sebarang tanda-tanda yang dialami seperti di bawah
Tanda-tanda
utama serangan stroke :
• Rasa kebas atau
kehilangan rasa pada muka, tangan atau kaki, terutama pada satu bahagian tubuh
saja.
• Rasa bingung yang mendadak, sukar bertutur dan susah difahami pertuturannya.
• Sebelah mata atau kedua mata kabur secara mendadak.
• Sukar berjalan secara tiba-tiba, terhuyung-hayang serta hilang keseimbangan badan
• Pening kepala dengan teruk secara tiba-tiba tanpa diketahui sebabnya.
Selain itu juga harus
dijelaskan juga, kemungkinan adanya tanda-tanda lain yang boleh terjadi yang
perlu kita berwaspada:
• Rasa mual, panas dan sering muntah-muntah
• Pengsan secara tiba-tiba ataupun tak sedarkan
Cara Mencegah Penyakit Stroke
Kebiasaannya, untuk
menghindari stroke seseorang perlu mengubah gaya hidup supaya lebih sihat
Berikut adalah 10 langkah yang dapat anda lakukan untuk menghindarkan diri dari
serangan stroke.
1. Hindari atau hentikan terus kebiasaan
merokok
Merokok akan menyebabkan masalah atherosclerosis (pengerasan dinding pembuluh
darah) dan akan membuat darah Anda menjadi mudah menggumpal.
2. Periksa tekanan darah secara rutin
Tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan pembuluh darah mengalami tekanan
ekstra. Walaupun badan anda tidak menunjukkan sebarang gejala, periksalah
tekanan darah anda secara teratur.
3. Kendalikan penyakit jantung sekiranya ada
Jika anda mengalami masalah gangguan pada jantung ataupun mengalami masalah
kolesterol tinggi, anda perlu lebih berhati-hati kerana DUA penyakit ini
merupakan penyumbang terbesar kepada masalah stroke.
4. Atasi dan kendalikan stress sebaik mungkin
Stres dan depresi dapat menggangu keseimbangan tubuh badan. Ia secara tidak
langsung meningkatkan tekanan darah yang boleh menyebabkan pecahnya dinding
arteri.
5. Makanlah secara sihat.
Amalkan makan gaya sihat. Iaitu perbanyakkan makan buah-buahan serta sayuran.
Kurangkan makan daging merah kerana daging merah mengandungi lemak tepu yang
tinggi yang boleh menyebabkan pembuluh darah mengeras .
6. Kurangkan pengambilan garam
Kerana garam akan menyebabkan tekanan darah meningkat.
7. Pantau berat
badan Anda
Sekiranya anda memiliki badan yang gemuk atau obes, risiko Anda mengalami
tekanan darah tinggi adalah lebih tinggi..selain itu turut menyumbang kepada
masalah penyakit jantung dan diabetes, dan semua ini boleh menyebabkan
terjadinya stroke.
8. Bersenam
Lakukan aktiviti fizikal seperti melalukan senaman dengan lebih kerap. Selain
membantu menurunkan berat badan, aktiviti ini menjadikan jantung lebih sihat
dan perjalanan darah lebih lancar.
9. Kurangkan pengambilan alcohol ataupun TERUS
BERHENTI
Minuman beralkohol dapat menaikkan tekanan darah secara mendadak..justeru.elakkan
minuman ini untuk mengelakkan berlakunya tekanan darah tinggi
10. Mencari Informasi Stroke
Dapatkan maklumat yang berkaitan dengan strok. Berhati-hati dengan pengambilan
pil-pil ataupun ubat-ubatan yang dijual dipasaran. Contoh terkini adalah pil
kecantikkan untuk menjadikan kulit putih dengan cepat. Pil ini mengandungi
bahan yang boleh menyebabkan penggumpalan sel darah merah. Oleh itu, pastikan
pil-pil yang anda ingin ambil betul-betul selamat.
Untuk pertanyaan mengenai cara atasi stroke, maklumat mengenai stroke, anda boleh Hubungi / Whatsapp saya segera di 0128660655.
Sekian, salam sayang.
Azieyana Aziz,
SID 1185491
FB: Zie Azieyana
No comments:
Post a Comment