Wednesday 8 June 2016

KEBAIKAN DETOKS RAMADHAN: PENGEDAR SHAKLEE KOTA KINABALU

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. 3 Ramadhan. Diharap rakan-rakan semua masih bertenaga untuk melaksanakan ibadah puasa dan beroleh ganjaran berlipat kali ganda. Aamiin.




Cerita hari ini mengenai detoks Ramadhan.

Hmmm, apa benda ekkkk detoks ni? Mesti ramai lagi yang tak tahu kan apa itu detoks, apa kebaikan detoks dan apa pentingnya detoks. Jadi, teruskan pembacaan anda.

Apa itu detoks?
Detoks merupakan proses membuang toksin daripada tubuh melalui najis, saluran pernafasan, dan peluh menggunakan 4 organ utama iaitu hati, ginjal, saluran pencernaan dan juga kulit.

Dengan melaksanakan detoks, kita dapat memaksimumkan pengeluaran racun-racun daripada tubuh kita. Kesan daripada detoks adalah sangat bermanfaat untuk kesihatan seperti meningkatkan pencernaan tubuh anda, memperbaiki struktur kulit, mengurangkan iritasi pada badan, mengurangkan sakit sendi, menurunkan berat badan dan semestinya memberikan tenaga baru kepada tubuh badan kita.

Apakah jenis-jenis racun yang terdapat dalam tubuh kita?

Terdapat 2 jenis racun di dalam tubuh manusia, iaitu toksin dan parasit.
1) Toksin
Badan kita menyedut toksin setiap hari. Ini kerana setiap hari kita menghirup udara yang tercemar, asap kenderaan dan asap rokok. Toksin juga diperoleh dari makanan yang mengandungi bahan perasa yang tinggi seperti makanan segera dan makanan ringan.

2) Parasit
Parasit merupakan mahkluk yang hidup dengan menumoang pada makhluk hidup yang lain. Terdapat 3 kategori parasi di dalam tubuh manusia:
a) Parasit cacing
b) Parasit protozoa
c) Parasit serangga

Parasit cacing


Sebahagian individu tidak akan menyedari adanya parasit di dalam tubuh badan. Ini kerana parasit sentiasa berusaha beradaptasi dan menyesuaikan diri dalam tubuh badan manusia.

Dengan membuat detoks, secara tidak langsung, anda akan dapat membunuh parasit yang terdapat di dalam tubuh.

Saya yakin, pasti anda selalu berasa "craving" atau pun keinginan yang melampau untuk makanan manis dan masin. Contohnya tiba-tiba anda terasa ingin makan kek, kemudian ingin makan KFC. Tindakbalas ini juga boleh disebabkan oleh parasit di dalam tubuh kita yang ingin memakan makanan tersebut. Ini kerana makanan parasit adalah terdiri daripada gula putih, kandungan perasa tambahan yang terdapat dalam produk makanan dan lemak-lemak tepu.

Selalunya, parasit akan menempel pada usus manusia. Anda tahu tak apa fungsi ambil minuman kultur atau yoghurt? Ia bertujuan untuk menjaga kebolehan usus kita menyerap protein dan vitamin dalam tubuh abdan mansuia.Oleh itu, bila parasit menempel pada usus tubuh kita, usus akan mempunyai daya penyerapan protein dan vitamin yang rendah. Bila masalah ini berlaku, itulah punca MENGAPA anda sering jatuh sakit, sering mengalami alergi, masalah pencernaan, dan mempunyai keinginan yang tinggi terhadap makanan. 

Sebab itu, orang yang menghadapi masalah obesiti, di samping cadangan untuk bersenam, anda sangat digalakkan untuk buat detoks ini. Supaya proses pembakaran lemak dan penyerapan multivitamin lain dapat dijalankan dengan mudah.




APAKAH KEBAIKAN DETOKS RAMADHAN?
Ha, sempena bulan ramadhan yang mulia ini, sangat mudah untuk buat detoks sebenarnya. Memandangkan tempoh minimum untuk membuat detoks ini ialah selama 7 hari, ia sangat sesuai dilaksanakan pada bulan ramadhan.

Bagaimana program detoks ini dilaksanakan?

Detoks dijalankan dalam tempoh 7 sehingga 14 hari. 7 hari adalah minima dan digelar sebagai soft detoks. Tempoh 14 hari ialah hard detoks.

Saya cerita mengenai soft detoks yang sangat sesuai dilaksanakan pada bulan ramadhan.
Terdapat 2 fasa dalam soft detoks ini.

Fasa pertama (Hari 1-3)
Untuk memastikan proses detoks berjalan dengan lancar, anda digalakkan mengambil makanan organik yang tidak diproses seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. 3 hari pertama ini SANGAT PENTING! Kerana dengan mengambil makanan organik, proses detoks melalui hati ,saluran pencernaan dan juga kulit akan berlaku dengan cepat. Ingat, jangan ambil gula putih, minyak dan perasa makanan tambahan dalam tempoh 3 hari ini.



Selain daripada toksin, parasit yang menempel pada usus anda juga akan bergerak ke bahagian lain untuk mencari makanan mereka kerana sepanjang 3 hari "mereka" tidak dapt makanan yang mereka inginkan.

Fasa kedua (Hari 4-7)
Pada fasa ini, anda boleh mengambil protein, karbohidrat dan teruskan pengambilan sayur-dan buah-buahan. Seeloknya protein yang ada ambil seperti ikan dan daging hanya dimasak dengan cara panggang dan rebus tanpa perasa tambahan. Ia bertujuan untuk mengelakkan anda mengambil minyak yang menjadi punca makanan parasit dalam tubuh anda.  Dalam tempoh 7 hari ini, parasit akan mati sekiranya mereka tidak mendapat makanan mereka. 



Namun begitu, terdapat beberapa supplimen wajib yang diperlukan ketika proses detoks ini. Ini kerana supplimen ini juga bertindak untuk melaksanakan proses detoks di dalam tubuh kita.


1) ALFALFA COMPLEX






2) HERBALAX
Herbalax dihasilkan dari pokok senna. Manfaat pokok senna untuk membersihkan usus sudah tidak diragui lagi dan mempunyai manfaat untuk kesihatan.



3) GARLIC COMPLEX
Pengambilan seulas bawang putih mampu membunuh 2 cacing kerawat yang juga termasuk dalam kategori parasit di dalam tubuh manusia. Dan sebiji garlis complex ini mengandungi khasiat 500 g bawang putih untuk membunuh parasit di dalam tubuh anda!



Apa Kebaikan Detoks Ramadhan ini?

1) Membuang toksin dalam badan anda
2) Membunuh parasit dalam badan anda
3) Memberikan tenaga
4) Meningkatkan tahap pencernaan tubuh anda 
5) Memperbaiki struktur kulit
6) Mengurangkan iritasi pada badan akibat alergi
7) Mengurangkan sakit sendi
8) Menurunkan berat badan 
9) Meningkatkan kebolehan penyerapan multivitamin dalam tubuh

Apakah menu-menu yang sesuai untuk sepanjang membuat detoks ini?
Berikut merupakan menu-menu yang boleh anda cuba ketika melaksanakan detoks ini

Menu 1 detoks ramadhan

Sup Sayur
Telur Rebus
Buah betik & tembikai
Strawberry yogurt

Menu 2 detoks ramadhan

Kentang lenyek + blackpepper
Timun & tembikai
Segelas susu segar

Menu 3 detoks ramadhan

2 senduk bubur
Sebiji telur hancur goreng tanpa minyak
Buah betik
Segelas ESP



Manfaatkan kebaikan berpuasa dengan detoks Ramadhan dari saya, pengedar Shaklee Kota Kinabalu.



Sebarang pertanyaan, anda boleh Hubungi / Whatsapp saya segera di 0128660655.


Sekian, salam sayang.

Azieyana Aziz,
SID 1185491

FB: Zie Azieyana

No comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Copyright © Jom Tampil Sihat Dan Yakin bersama Shaklee Made with ❤ by azhafizah.com