Saturday, 4 June 2016

TANDA-TANDA AWAL SERANGAN STROKE YANG WAJIB ANDA TAHU

Kenali tanda-tanda awal serangan stroke

Stroke merupakan satu serangan yang sangat digeruni ramai dan dikenali sebagai salah satu punca kematian secara senyap. Penyakit stroke ini tidak menunujukkan gejala-gejala yang teruk sehingga boleh dikesan awal. Di Malaysia, stoke menjadi punca ketiga kematian rakyat Malaysia selepas penyakit jantung dan kanser.




Pencegahan lebih baik dari mengubati. Oleh itu, ,mari kita mengenal penyakit stroke, bermula dari gejala stroke, penyebab stroke, dan cara pencegahan stroke. Ketahui sedikit sebanyak mengenai stroke ini agar kita dapat mengenali petanda ke arah serangan stroke bagi mencegah stroke daripada berlaku.

Apa itu stroke?
Apa itu stroke? Stroke sebenarnya adalah serangan yang berlaku pada otak yang terjadi secara mendadak akibat tersumbat atau pecahnya pembuluh darah otak. Dengan kata lain penyakit stroke ini merupakan penyakit yang berkaitan dengan pembuluh darah otak (serebrovaskuler) yang ditandai dengan kematian jaringan otak (infark serebral).


Keadaan ini berlaku disebabkan berlakunya penyumbatan, penyempitan atau pecahnya pembuluh darah yang menuju ke otak sehingga darah dan oksigen ke otak berkurang justeru menyebabkan berlakunya reaksi biokimia yang akan merosakkan atau mematikan sel-sel saraf otak.

Haaa..menakutkan kan? Serangan stroke ni boleh menyerang dimana sahaja dan sesiapa sahaja.

Kajian mendapati jumlah penderita stroke di Malaysia semakin meningkat setiap tahun. Ada yang meninggal dunia disebabkan serangan stroke dan ada juga yang terselamat tetapi menderita kerana mengalami kecacatan dan hilang keupayaan kekal. Ramai juga penderita serangan stroke ini lumpuh dan tak berupaya menjalani kehidupan seperti sediakala. Oleh sebab itu, penting untuk kita mengkaji sedikit sebanyak punca dan penyebab berlakunya serangan stroke. Dengan mengkaji gejala dan punca stroke, sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan risiko serangan stroke.

PuncaUtama Penyakit Stroke
Ada dua faktor yang merupakan punca stroke iaitu risiko medik dan risiko perilaku (gaya hidup)

1. Faktor risiko medik
Faktor risiko medik yang menyebabkan atau meningkatkan risiko stroke antara lain adalah disebabkan masalah hipertensi (penyakit tekanan darah tinggi),kolesterol, arteriosklerosis (pengerasan pembuluh darah), gangguan pada jantung, diabetes, riwayat stroke dalam keluarga (faktor keturunan) dan migrain yang teruk(sakit kepala sebelah sahaja). Menurut data statistik 80% penyebab stroke adalah hipertensidan arteriosklerosis. Kebanyakan mereka yang diserang stroke mengalami masalah ini.


2. Faktor risiko perilaku
Faktor risiko perilaku pula disebabkan oleh gaya hidup dan juga pola pemakanan yang tidak sihat seperti kebiasaan merokok, mengambil minuman bersoda dan beralkohol serta gemar makanan fast food dan junk food. Makanan-makanan ini mengandungi kandungan bahan pengawet yang tinggi,  pewarna dan juga perisa makanan. Faktor risiko perilaku yang lainnya adalah seperti kurang aktiviti fizikal seperti senaman.

Selain itu, salah satu punca yang turut menyumbang kepada masalah ini adalah STRESS. Ini kerana 
stress boleh menyebabkan tekanan darah meningkat.


Apakah Gejala Serangan Stroke?

Pada peringkat awal, masyarakat, keluarga dan setiap orang harus memperoleh informasi yang jelas dan meyakinkan bahawa stroke adalah serangan otak yang berlaku secara sederhana dan mempunyai lima tanda-tanda utama yang harus diberi perhatian dan sangat difahami. Hal ini sangat penting agar semua orang mempunyai kewaspadaan yang tinggi dan peka terhadap bahaya serangan stroke.
Jangan pandang remeh sebarang tanda-tanda yang dialami seperti di bawah



Tanda-tanda utama serangan stroke :


• Rasa kebas atau kehilangan rasa pada muka, tangan atau kaki, terutama pada satu bahagian tubuh saja.
• Rasa bingung yang mendadak, sukar bertutur dan susah difahami pertuturannya.
• Sebelah mata atau kedua mata kabur secara mendadak.
• Sukar berjalan secara tiba-tiba, terhuyung-hayang serta hilang keseimbangan badan
• Pening kepala dengan teruk secara tiba-tiba tanpa diketahui sebabnya.


Selain itu juga harus dijelaskan juga, kemungkinan adanya tanda-tanda lain yang boleh terjadi yang perlu kita berwaspada:
• Rasa mual, panas dan sering muntah-muntah
• Pengsan secara tiba-tiba ataupun tak sedarkan




Cara Mencegah Penyakit Stroke

Kebiasaannya, untuk menghindari stroke seseorang perlu mengubah gaya hidup supaya lebih sihat Berikut adalah 10 langkah yang dapat anda lakukan untuk menghindarkan diri dari serangan stroke.

1. Hindari atau hentikan terus kebiasaan merokok
Merokok akan menyebabkan masalah atherosclerosis (pengerasan dinding pembuluh darah) dan akan membuat darah Anda menjadi mudah menggumpal.


2. Periksa tekanan darah secara rutin
Tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan pembuluh darah mengalami tekanan ekstra. Walaupun badan anda tidak menunjukkan sebarang gejala, periksalah tekanan darah anda secara teratur.


3. Kendalikan penyakit jantung sekiranya ada
Jika anda mengalami masalah gangguan pada jantung ataupun mengalami masalah kolesterol tinggi, anda perlu lebih berhati-hati kerana DUA penyakit ini merupakan penyumbang terbesar kepada masalah stroke.


4. Atasi dan kendalikan stress sebaik mungkin
Stres dan depresi dapat menggangu keseimbangan tubuh badan. Ia secara tidak langsung meningkatkan tekanan darah yang boleh menyebabkan pecahnya dinding arteri.


5. Makanlah secara sihat.
Amalkan makan gaya sihat. Iaitu perbanyakkan makan buah-buahan serta sayuran. Kurangkan makan daging merah kerana daging merah mengandungi lemak tepu yang tinggi yang boleh menyebabkan pembuluh darah mengeras .


6. Kurangkan pengambilan garam
Kerana garam akan menyebabkan tekanan darah meningkat.


7. Pantau berat badan Anda
Sekiranya anda memiliki badan yang gemuk atau obes, risiko Anda mengalami tekanan darah tinggi adalah lebih tinggi..selain itu turut menyumbang kepada masalah penyakit jantung dan diabetes, dan semua ini boleh menyebabkan terjadinya stroke.


8. Bersenam
Lakukan aktiviti fizikal seperti melalukan senaman dengan lebih kerap. Selain membantu menurunkan berat badan, aktiviti ini menjadikan jantung lebih sihat dan perjalanan darah lebih lancar.


9. Kurangkan pengambilan alcohol ataupun TERUS BERHENTI
Minuman beralkohol dapat menaikkan tekanan darah secara mendadak..justeru.elakkan minuman ini untuk mengelakkan berlakunya tekanan darah tinggi



10. Mencari Informasi Stroke
Dapatkan maklumat yang berkaitan dengan strok. Berhati-hati dengan pengambilan pil-pil ataupun ubat-ubatan yang dijual dipasaran. Contoh terkini adalah pil kecantikkan untuk menjadikan kulit putih dengan cepat. Pil ini mengandungi bahan yang boleh menyebabkan penggumpalan sel darah merah. Oleh itu, pastikan pil-pil yang anda ingin ambil betul-betul selamat.


Untuk pertanyaan mengenai cara atasi stroke, maklumat mengenai stroke, anda boleh Hubungi / Whatsapp saya segera di 0128660655.

Sekian, salam sayang.

Azieyana Aziz,
SID 1185491

FB: Zie Azieyana

Wednesday, 1 June 2016

KENALI PRODUK PENJAGAAN WAJAH DENGAN BAHAN KIMIA DAN KESANNYA KEPADA WAJAH

Jika anda adalah jenis individu yang sering menukar produk penjagaan wajah yang sering diiklankan sekarang sehingga menyebabkan anda mempunyai masalah jerawat, anda WAJIB BACA artikel ini sehingga tamat.

Tahukah anda, penukaran krim atau pun sabun pencuci muka boleh menyebabkan struktur kulit pada wajah berubah menjadi sensitif? Itu belum mengambil kira bahan kimia yang terkandung pada krim wajah dan pencuci muka yang anda gunakan. Yang akhirnya akan menyebabkan masalah jerawat pada wajah anda?


KENALI PRODUK MEMPUNYAI BAHAN KIMIA
Berikut merupakan 4 ciri utama untuk mengetahui produk tersebut mempunyai bahan kimia.
      1)    Kesan seawal seminggu
Pasti anda sering membaca iklan yang menjanjikan kesan seawal 3 hari atau 7 hari. Jika anda membaca iklan sebegini, insaf dan sedarlah. Terima hakikat bahawa hanya bahan kimia sahaja yang mampu merubah wajah anda secepat dan sepantas itu. Produk semulajadi tidak akan memberi kesan sepantas itu. Adakah anda ingin terus merosakkan wajah anda dengan produk yang mengandungi bahan kimia? Masalah wajah anda mungkin akan selesai untuk TEMPOH TERSEBUT, tetapi, ia akan menjadi LEBIH TERUK selepas itu. Nasihat saya, jangan gunakan produk yang membuat janji seperti itu. Jika anda ingin mempunyai kulit wajah yang sihat, gunakanlah produk semulajadi yang bebas bahan kimia.
      2)    Wajah anda menjadi lebih putih berbanding bahagian lain pada badan
Selepas anda menggunakan produk tersebut sekurang-kurangnya 2 minggu, wajah anda akan berubah putih. Lebih putih dari leher mahupun tangan anda. Anda pun mula teruja kerana produk tersebut sangat berkesan! Jangan terlalu teruja, sebaliknya risaulah. Kerana jika bukan merkuri, pasti produk tersebut mengandungi hidrokuinon. Mungkin sekarang anda sedang sibuk membelek krim wajah anda dan dapati tiada label merkuri atau hidrokuinon. Ketahuilah, kini ramai pengeluar yang tidak pun meletakkan bahan tersebut secara terang-terangan. Kalau tidak, bagaimana produk xx boleh dikembalikan dari pasaran Brunei? Saya rasa anda juga tahu mengenai isu tersebut. Jadi berhati-hatilah. Walaupun tidak ada label bahan tersebut, tapi bila anda gunakan dan memberi kesan sedemikian rupa, lebih baik anda berhenti dari ia terus merosakkan kulit wajah anda.



      3)    Jerawat akan muncul lebih teruk jika anda berhenti menggunakan produk tersebut
Anda telah menggunakannya lebih daripada 6 bulan, dan anda berfikir sudah tiba masanya untuk anda berhenti. Tapi selepas 2 minggu, anda dapati jerawat naik, wajah menjadi merah dan sangat sensitive. Ketahuilah. Itu adalah tindak balas bahan kimia kesan daripada produk yang telah anda gunakan.
Atasi masalah jerawat dengan produk semulajadi bebas kimia setaraf SK-II
      4)    Harga yang murah
Salah satu factor utama yang menyebabkan anda sering menukar dan berani mencuba ialah kerana harganya yang murah. Benar bukan? Kerana anda berpendapat, sekiranya produk tersebut tidak berkesan, anda tidak akan rugi banyak. Tapi, ketahuilah, kos untuk membaik pulih wajah anda akan memakan belanja yang besar. SANGAT BESAR jika anda tidak berhenti sekarang! Janganlah kita letakkan nilai yang rendah untuk penjagaan wajah.
KENALI PRODUK PENJAGAAN WAJAH SEMULAJADI
Sekarang, kenali pula produk penjagaan wajah semulajadi. Berikut merupakan 2 ciri utama produk penjagaan wajah semulajadi:
      1)    Tempoh masa keberkesanan
Tempoh masa keberkesanan produk hanya akan dilihat selepas 28 hari. Yang mana waktu ini juga anda baru sahaja perasana kan perubahan pada wajah anda. Tapi belum sepenuhnya mmeberi kesan. Ini kerana produk semulajadi memakan masa lebih kurang 28-60 hari untuk membaiki sel wajah anda yang rosak. Jika anda individu yang TIDAK TAHU BERSABAR, maka anda tidak sesuai menggunakan produk penjagaan wajah semulajadi.



      2)    Harga
Oleh kerana produk tersebut menggunakan bahan-bahan semulajadi tanpa kimia, maka ia memerlukan proses pembuatan yang rumit melalui bahan-bahan semulajadi. Ini akan menyebabkan harga produk tersebut mahal kerana kos operasi yang tinggi. Lihat sahaja produk SK-II, sebotol essence sahaja berharga lebih kurang RM 600 ++. Siapa lagi yang meragui keberkesanan produk SK-II? Artis antarabangsa menggunakan produk SK-II untuk mengekalkan keremajaan kulit wajah mereka
.



Sekarang, saya harap anda jelas. Dan demi kebaikan wajah anda, hentikanlah penggunaan produk berasaskan bahan kimia. Kesannya memang cepat, dan murah. Tapi untuk membaiki semula wajah anda, ia akan mengambil masa yang sangat lama sehingga anda boleh naik stress memikirkan mengenai wajah anda.


Jadi, apa kata anda bertukar sekarang ke produk penjagaan wajah semulajadi yang menjanjikan kesan dan kualiti yang tidak akan menghampakan anda? Klik artikel produk bebas kimia di sini

Hubungi / Whatsapp saya segera di 0128660655.


Sekian, salam sayang.

Azieyana Aziz,
SID 1185491

FB: Zie Azieyana





Contact Form

Name

Email *

Message *

Copyright © Jom Tampil Sihat Dan Yakin bersama Shaklee Made with ❤ by azhafizah.com