Friday 18 August 2017

PANDUAN LENGKAP PERSIAPAN YANG PERLU SEBELUM MENDAKI GUNUNG KINABALU

Sebab entri pengalaman tu panjang sangat, saya kongsi panduan Lengkap Persiapan yang perlu sebelum Mendaki Gunung Kinabalu.

Ok, secara mudahnya persiapan tu boleh dibahagikan kepada 3 bahagian. Eh macam nak bagi hujah debat pulak. Hehe.

1. MENTAL
Yang ni nampak macam senang tapi susah. Siapa yang nak naik Kinabalu ni, kena ada persiapan mental yang kuat. Masa bayar untuk booked tempat nak naik Kinabalu ni, keep on thinking yang kau akan tawan puncak tu. Fikir tiap hari. Supaya nanti masa otw ke puncak, minda bawah sedar akan bantu untuk kita teruskan perjalanan walaupun masa tu fizikal kita dah menyerah kalah. Banyakkan selawat, banyakkan berzikir sepanjang melangkah tu. Baru banyak pahala musafir tawan puncak Kinabalu kan. Hehe. Satu tahap bila kau rasa nak menyerah, fikirlah apa-apa lagu yang membangkitkan motivasi dan semangat. Saya terfikir lagu Miley Cyrus jeee masa di kilometer 8.5. hahahahha. Membantu jugaklah.




2. FIZIKAL
Kalau anda jenis berat badan obes, hmmmm saya nasihatkan work out, traininglah 3 bulan sebelum naik. Bagi kaki tu tahan  dengan beban. Dan kurangkan sedikit berat badan. Susah nak capai tahap badan betul-betul fit. Macam saya, ingatkan dah fit. Rupanya injured jugak. Saya training sebulan sebelum naik. Saya join short-run ( 6km-10 km) setiap minggu selama 3 minggu sebelum naik dan hiking selama 2 minggu. Jogging 3x seminggu, dan buat Tabata setiap hari. Saya rasa Tabata tu banyak bantu kuatkan kaki dan tingkatkan stamina. Tapi oleh sebab saya ni bukan jenis work out setiap hari sebelum tu, so sebenarnya  sebulan training tu cukup-cukup makan untuk sampai ke puncak. 

Penting ka fit ni? Penting lah. Pertama penting sebab pergantungan fizikal badan kita untuk sampai ke puncak. Kedua, penentu sama ada kau akan injured atau tak selepas turun tu. Macam saya, injured 4 hari. Betis dan peha keras ok. Siksanya sampai saya sentiasa istighfar setiap kali kaki terbengok. Hahaha

3. BARANG KEPERLUAN

Ok, saya listkan barang keperluan untuk dibawa ya.

1. Baju sepasang. 
Termasuk yang anda pakai naik tu dah 2 pasanglah kan. Masa nak naik puncak subuh tu, double kan, sebab sangat sejuk ok.... Kecualilah anda dah biasa duduk Korea, Autralia. Hahahah tak perlu nak adapt dengan cuaca sejuk tu. Sebab geng mat saleh yang naik pakai baju T-Shirt biasa jeeee dengan seluar pendek. Hahaha

2. Baju sejuk.
Saya rasa penting sangat ni. Sejuk teramat tu. Belilah di bundle. Saya beli di bundle dengan harga RM 30. Na beli yang baru membazir. Tak tau bila lagi baju tu akan digunakan. Haha

3. Coklat/Snacks
Ni penting untuk jadi sumber tenaga. Sebab saya bukan jenis pemakan coklat tegar, so beli setengah kg sahaja masa nak naik. Ingatkan tak habis, rupanya masa nak naik Laban Rata 6km tu pun coklat tu dah habis. Sebab tulah masa nak naik puncak tu pun agak kepayahan, sejuk + kehabisan coklat sebagai sumber tenaga.

Saya dapat bawa 100 plus botol kecil sahaja. Sebab berat so tak larat nak bawa berat-berat. Kalau korang ada minuman penambah tenaga yang serbuk, sangat digalakkan bawa dan bancuh masa di Laban Rata. Kalau tidak, korang terpaksa menanggung beban yang berat. 

4. Kasut
Ikut pemerhatian saya, ramai yang kasut tercabut guna kasut biasa. So kalau ada bajet lebih, boleh beli kasut khas hiking. Tapi saya guna kasut getah yang orang panggil adidas kampung tu. Sangat sesuai pakai sebab cengkaman dia kuat. Tambahan lagi, dia selamat digunakan bila hujan yang menyebabkan tanah menjadi becak. 

5. Stoking
Bawalah stoking 3 pasang. 1 pasang pakai masa di Laban Rata. 2 pasang tu pakai siap dengan kasut. Sebab kalau anda pakai sepasang stoking sahaja, possiblity untuk kaki anda melecet sangat tinggi. Elakkan kaki melecet sebab takut itulah pulak yang jadi gangguan untuk anda sampai ke puncak.

6. Head Lamp
Beli lampu yang boleh letak atas kepala ni. Supaya anda tak susah-susah pegang torchlight. Penting sangat-sangat masa pendakian subuh dari Laban Rata ke puncak.

7. Tongkat
Anda boleh sewa tongkat masa di Timpohon dengan kos sewaan RM 10. Saya tak sewa sebab perasan fit dan lutut kuat untuk tanggung beban. Tapi menurut orang lain yang guna tongkat, kaki dorang kurang sakit sebab tongkat ni bantu kurangkan beban. So kalau rasa tak kuat, pastikan anda sewa tongkat ya.

8. Baju Hujan
Bawalah baju hujan masa nak mendaki sebab dengan tiba-tiba boleh hujan. Hahaha. Takut kalau tak guna baju hujan, demam pulak sampai Laban Rata. Kan susah nak naik puncak. Heheh

9. Lain-lain barangan
Bawalah pakaian dalam dan toiletries anda secukupnya. 


Pendakian 12 & 13 Ogos 2017


PESANAN PENTING:

Jangan bawa barang banyak sangat tau. Kalau anda prefer bawa sendiri, dia akan menjadi beban kepada anda. Ketahuilah bahawa 100 meter pendakian tu sama macam lari 1km tau. so bayangkan anda nak naik 6km ke Laban Rata, sama macam anda lari 60 km. Tu naik. Belum turun.

Kalau anda nak mintak malim gunung/guide/porter bawakan barang, anda akan dicaj sebanyak RM 13/kg. Barang saya hari tu 7kg. So kena bayar RM 91. Banyak boleh buat dengan RM 91 kan? So sila bijak atur tahap keberatan barang anda ok.

Harga air di Cafe Laban Rata untuk sebotol mineral kecil 500 ml ialah RM 8. Botol besar 1500 ml ialah RM 14. Kalau anda nak jimat, bawa botol mineral kecil, dan kemudian refill menggunakan air gunung pada setiap pondok perhentian. Air gunung ini belum dirawat, tapi dijamin selamat dan suci untuk diminum. Heheheh.

Pasal makanan jangan risau, bayaran pakej adalah termasuk makanan yang anda boleh makan sampai muntah. Hahaha

Antara quotes menarik di Laban Rata



Apa lagi ek? Nanti saya edit kalau terkurang. 

Sekian, selamat maju jaya untuk yang nak naik! Jangan lupa ambil gambar banyak-banyak, kalau tak menyesal. Hehehe.

No comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Copyright © Jom Tampil Sihat Dan Yakin bersama Shaklee Made with ❤ by azhafizah.com