Friday 18 August 2017

PENGALAMAN DAN PANDUAN MENDAKI GUNUNG KINABALU!

Assalamualaikum untuk semua pembaca SihatYakin.blogspot.com

Hari ni merupkan hari ke lima lepas saya turun dari puncak Gunung Kinabalu!

Hahahah dan nak tau, di hari ke5 ini barulah saya mampu berjalan normal. Selama 4 hari saya jalan macam orang cacat. Kaki injured la. Ingatkan dah cukup fit untuk tidak injured bila buat pendakian ke Gunung Kinabalu. Rupanya, kaki belum cukup kuat untuk menampung beban pendakian. Hahaha

Ok, sebelum saya kongsikan Panduan Mendaki Gunung Kinabalu, saya kongsi terlebih dahulu pengalaman yang sangat sangat menyeronokkan! Walaupun saya jalan tempang selama 4 hari, I would truly say that the experience was too awesome! So no regret on it. Hehehe

Ok. First of all, saya mulakan perjalanan dari Keningau pada pukul 5.40 am. Perjalanan dari Keningau untuk ke Kinabalu Park mengambil masa lebih kurang 2 jam 15 minit. Kinabalu Park ini adalah tempat untuk membuat pendaftaran sebelum menaiki Gunung Kinabalu. See the view. Cantik kan? Ini baru dekat kaunter pendaftaran tau. Subhanallah! Indahnya ciptaan Allah.





Ok, selesai pendaftaran dalam kumpulan, kami pun bergerak ke Check point permulaan iaitu Timpohon. So ini merupakan wajah-wajah yang menggambarkan keterujaan kami sebelum memulakan pendakian.



Pendakian ini adalah mengikut kumpulan. Kumpulan saya terdiri daripada 12 orang dengan lingkungan umur 19 sehingga 52 tahun. Tercabar sungguh dengan geng-geng umur angka 4 dan 5 yang masih sihat wal afiat dan bersemangat untuk menawan puncak Kinabalu ni tau. Hehehe



Ok, pendakian kami bermula pada pukul 10 pagi. Walaupun pada mulanya semua berkumpul, tapi selepas setengah jam hampir semuanya berpecah. Sebab stamina masing-masing sudah berbeza. Ada yang laju, ada yang sederhana dan ada yang lambat. Hehehe.



Saya? Boleh dikira laju (Laju untuk kumpulan ni sahaja lah). Sebab saya orang kedua sampai di Laban Rata dengan mengambil masa selama 5 jam. Pendakian 10 am-3 pm. Antara view cantik sepanjang pendakian. Siapa yang suka dengan keindahan flora dan fauna, anda mesti rasa bahagia dapat berada di tempat sebegini.




Perjalanan untuk sampai ke Laban Rata ialah 6km. Ni gambar masa sampai di kilometer ke 5 dengan ketinggian 3 km. Masa sampai Laban Rata tu sudah tidak larat untuk ambil gambar. Penat + tangan mulai beku dengan tahap kesejukan di Laban Rata. Bayangkan anda bercakap sambil keluar-keluar asap dari mulut. Hahaha

Sampai di Laban Rata, kami menginap di Lemaing Hostel. Memang tak ada kekuatan untuk berjalan-jalan di Laban Rata sebab kaki rasa penat sangat. Terus check in dan masuk ke Hostel. Untuk pengetahuan anda semua, sejak gempa berlaku, hostel Gunting Lagadan yang memperuntukkan 4 orang sebilik dah tak ada. So Hostel baru ni 1 group kena duduk sebilik tak kiralah perempuan atau lelaki. Jadi untuk perempuan Muslim, pandai-pandailah jaga aurat. Jangan risau sebab yang lelaki tak akan berani ambil kesempatan dengan fasa badan cuba untuk beradaptasi dengan cuaca sejuk. Nak bergerak pun susah! Hahaha.

Nak tengok gambar hostel boleh tambah info bacaan anda di sini. Gambar Hostel credit to: RahmadGraphic.com


Alahmak panjang sangat. Ok kita teruskan. Selepas makan malam lebih kurang pukul 5 petang, so kami pun berehat. Pendakian dari Laban Rata akan bermula pada pukul 2.30 am. Sepanjang malam tu, hanya tidur-tidur ayam. Mungkin sebab terlalu sejuk + nervous nak daki ke Puncak.

Pukul 2.00 am, lepas makan, kami berkumpul. Lepas dapatkan taklimat daripada Malim Gunung atau Guide, kami mulakan pendakian pada pukul 2.50 am. Fuh, masa ini memang tersiksa jiwa dan raga. Hahaha. 
Bayangkan 2.50 am tu cuaca macam mana? Sejuk, gelap. Hanya ditemani cahaya head lamp. Masa naik Laban Rata saya rasa senang dan yakin boleh sampai puncak. Tu 6km tu. Ni dari Laban Rata nak ke Puncak 2.7 km tapi saya ambil masa 4 jam. Itu pun di kilometer ke 8, saya almost give up. Siap tanya guide, "sudah lepas Sayat-Sayat Checkpoint, boleh dapat sijil sudah kan?" 

Malangnya guide cakap, tak dapat lagi. Mesti 8.5 km baru akan dapat sijil. So saya gagahkan diri mendaki. Nasib ada Darrel yang bagi semangat. Mungkin sebab dia nampak saya sudah tak larat untuk teruskan perjalanan, so setiap kali saya berhenti, dia akan berhenti dan bagitau, "Kau bulih tu Azie." Hahhahah.

Sampai satu part tu, saya betul-betul sudah tak larat. Mungkin sebab terlalu sejuk. Bibir saya dah pecah. Minum air pun terasa pedih teramat. See my pale face. Ni gambar selepas turun ni. Baru ada kekuatan untuk pegang handphone dan ambil gambar. Masa nak naik ke Puncak, jangan harap. Tak ada pun terfikir nak ambil gambar. Sekarang baru menyesal. Huhuhu


Di kilometer 8.5 km, which is, ada lagi 200 meter sebelum sampai ke puncak. Masa tu saya buat keputusan untuk tidak teruskan. Sebab nafas sudah tenggelam timbul. Kejap ada, kejap tak ada. hahaha. Masa tu saya suruh Darrel teruskan pendakian. Kesian pulak dia nanti tak dapat sampai puncak sebab tunggu saya. FYI, siapa yang tak dapat sampai di kaki puncak pukul 7.00 am, memang tak akan dibenarkan naik. So masa tu dah 6.20 am. Saya suruh Darrel naik sorang. Atas puncak dah ada Rahmad dan Sarjan Udin sebagai ahli group kami. 

Tapi masa nampak Darrel daki puncak tu, tiba-tiba saya berfikir, saya dah naik 8.5 km. Tinggal 0.2 km sahaja lagi. Takkan saya nak menyerah. Dan tiba-tiba lagu Miley Cyrus ni macam terngiang-ngiang di telinga. Hahaha.

Dan tiba-tiba saya ada kekuatan untuk teruskan pendakian dan potong Darrel. Tiba-tiba saya dapat naik dengan laju dan sampai pada 6.40 am. Hehehe




Memandangkan Rahmad sudah turun setengah jam yang lepas, dan Darrel belum sampai di puncak, saya pun tanpa rasa malu mintakah sesiapa yang kebetulan turut sama di puncak untuk ambilkan gambar. Masa ni rasa nak cepat turun sebab sejuk. So tak kisahlah pun gambar macam mana yang penting ada gambar. Haha.

Lepas ambil gambar, saya pun turun, tanpa tunggu Darrel. Hahah kejam tak? Punyalah Darrel tunggu masa nak naik, siap bagi semangat, lepas tu masa nak turun saya tinggal terus Darrel. Sorry Darrel.



Ini gambar Darrel yang sempat saya ambil. Saya siap baring atas batu-batu nilah masa tak larat teruskan perjalanan. Haha.

Masa turun ni sebab saya sorang, so saya pun turun lantaklah macam mana sekalipun yang penting sampai Laban Rata cepat. Manalah saya tau rupanya nak turun pun kena ada skill! Huhuhu. Ni gambar masa turun yang diambil oleh John yang juga merupakan ahli group saya. Lepas dia ambil gambar, dia terus potong saya.


 Di sinilah permulaan kaki injured. Rupanya kalau kita nak turun dalam tempoh yang lama dan curam macam gunung atau bukit ni, kena turun dengan cara zig zag. Supaya lutut tidak perlu menanggung beban yang kuat. Tapi apakan daya. Sampai Laban Rata tu kaki saya dah terlebih bekerja. Hehehe


Gambar di Laban Rata sebelum teruskan perjalanan turun semula ke Timpohon. Sejuk gilaaaaa dan kaki masa ni memang sudah tak kuat teruskan perjalanan turun.

Kalau naik ambil masa 5 jam dari Laban Rata untuk turun saya ambil masa 4 jam 30 minit, yang mana sangat lambat sebenarnya. Kawan saya baju kuning tu, Rahmad ambil masa 2 jam 30 minit sahaja untuk turun. Darrel baju hitam sebelah Rahmad ambil masa 3 jam.

So naik pagi sabtu, turun petang ahad. Saya balik Keningau dan sampai Keningau pukul 8 malam. Masa ni kaki memang injured tahap saya tak boleh solat normal. 2 hari solat guna kerusi. Pergi kerja macam biasa isnin esoknya dengan gigih. Hahaha. Sampai murid-murid ketawakan cikgu sebab jalan tempang. Tak apalah kan, yang penting saya berjaya dapat sijil ni.



Apa pun, saya rasa sangat puas hati dapat sampai puncak!!!! Sebab dari 12 orang, ada 3 orang yang tak dapat sampai. Thank god saya sampai. Hehe harap anda yang berhasrat untuk mendaki dapat sedikit gambaran dan suntikan semangat.

Panduan khas dan spesifik mengenai keperluan dan persiapan sebelum pendakian boleh anda baca di sini: PANDUAN PERSIAPAN

Sekian.


Cikgu mengantuk. Tidur dulu. Haha

No comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Copyright © Jom Tampil Sihat Dan Yakin bersama Shaklee Made with ❤ by azhafizah.com