Thursday 9 February 2017

KEPUTIHAN TIDAK NORMAL YANG MEMERLUKAN RAWATAN


Keputihan merupakan satu perkara normal bagi wanita kerana keputihan merupakan tindak balas semulajadi untuk membersihkan organ dalam vagina dengan cara mengeluarkan kotoran . Selain menstruasi, wanita akan mengalami keputihan yang merupakan keluarnya cairan lendir dari vagina. 

Lendir yang dikeluarkan merupakan kotoran yang terdapat dalam vagina. Lendir atau keputihan adalah bersifat asid disebabkan jumlah bakteria yang dikeluarkan. Kerana itu, kita sering mendapati seluar dalam wanita berlubang. Ia merupakan tindak balas tahap keasidan yang tinggi daripada cairan putih yang keluar.




Keputihan tidak normal berlaku apabila cairan yang keluar pada vagina adalah terlalu banyak, kental, berbau sehingga warna cairan yang keluar menjadi agak kekuningan. Apabila cairan yang keluar berubah ke arah kehijauan, ini bermakna keputihan anda berada pada tahap kronik. Walaupun tidak ada kajian sahih bahawa keputihan boleh menyebabkan kanser servik, namun ramai wanita yang mengalami kanser servik dimulakan dengan keputihan kronik.

Jadi, bagaimana ingin mengenal pasti keputihan kronik?

Berikut merupakan beberapa petanda keputihan kronik:

1.       Perubahan pada warna daripada putih, kekuningan dan kehijauan
2.       Perubahan pada bau iaitu bau berubah menjadi lebih kuat
3.       Rasa sakit pada vagina
4.       Rasa gatal pada vagina
5.       Luka pada vagina

Jika perkara di atas berlaku, maka rawatan segera perlu dilakukan agar ia tidak menjadi kronik.

Antara beberapa rawatan mudah untuk mengurangkan dan menstabilkan masalah keputihan ialah dengan cara seperti berikut:

Bahan semulajadi
Antara bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah keputihan ialah:

1.       Daun sirih
Daun sirih boleh direbus. Airnya kemudian digunakan untuk mencuci vagina. Khasiat rebusan daun sirih ini membantu mematikan bakteria pada vagina.

2.       Air garam
Campur air suam bersama garam. Amalkan mencuci vagina menggunakan air suam dicampur garam 2x sehari. Tujuannya sama seperti rebusan daun sirih, Untuk mematikan kuman atau bakteria pada vagina.

3.       Buah lemon
Buah lemon merupakan buah yang paling sering digunakan untuk tujuan detoks badan. Walaupun tidak membantu dengan pantas, tapi dengan mengambil jus perahan buah lemon, ia dapat membantu menyahkan bakteria pada badan termasuk jangkitan bakteria pada vagina.

Mudah kan? Hanya perlukan kerajinan untuk dilakukan. Tapi mungkin akan mengambil tempoh masa yang lama untuk melihat kesannya.

Cara Moden
Melalui cara moden, banyak pilihan yang anda boleh buat. Paling mudah ialah menggunakan panti linear berasaskan herba. Contohnya Bio Selsza, Lexee dan lain-lain panti linear berasaskan herba. Panti linear ini mempunyai ion positif yang membantu menarik keluar keputihan. Tapi, ia masih tidak mengatasi punca keputihan. Ia membantu untuk mengekang ia daripada kelaur buat sementara waktu selepas mengeluarkan keputihan yang tidak membantu menentang bakteria pada vagina.

GLA
GLA merupakan sejenis kapsul berbentuk softgel yang tidak berbau dan tidak mempunyai rasa yang dapat membantu mengawal dan mengatur keseimbangan hormon. GLA sama fungsinya seperti primrose oil atau pun EPO yang sering dicadangkan di hospital atau klinik untuk menstabilkan hormon. Kebaikan GLA ia bertindak 2x lebih pantas untuk mengawal hormon. Bila hormon seimbang, maka masalah keputihan dapat diatasi.

Alfalfa

Alfalfa turut dikenali sebagai kacip Fatimah moden. Alfalfa merupakan tumbuhan yang akarnya berada sedalam 3 meter daripada tanah menyebabkan daun alfalfa mempunyai khasiat yang lebih baik daripada kacip Fatimah. Ini kerana  akarnya telah menyerap vitamin dan mineral sedalam 3 meter. Daun alfalfa yang diproses sangat membantu untuk organ wanita. Antaranya ialah melawan bakteria atau virus yang terdapat pada lapisan dinding vagina. Perkara ini akan membantu merawat punca berlaku keputihan. Jangan tak percaya, afalfa juga sangat berkesan mengetatkan semula vagina! Bonus sangat untuk orang yang telah berkahwin. Boleh mengembalikan kehangatan hubungan suami isteri!

Bagaimana nak dapatkan rawatan keputihan secara moden ini dengan mudah?

Mudah sahaja. Hanya perlu hubungi/Whatsapp saya di 0128660655.

Sekian, salam sayang.

Azieyana Aziz,
SID 1185491



FB: Zie Azieyana

No comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Copyright © Jom Tampil Sihat Dan Yakin bersama Shaklee Made with ❤ by azhafizah.com