Sunday, 25 December 2016

PETUA ATASI JERAWAT DENGAN SAYURAN DAN BUAH SEMULAJADI

"Dah puas pakai krim macam-macam, masalah jerawat tetap sama. Paling teruk setiap kali tukar krim wajah akan jadi lebih teruk. Semua sebab bahan kimia dalam krim.

Masalah jerawat memang menyakitkan hati, menyiksa jiwa dan menjatuhkan keyakinan diri!



Bila jerawat tumbuh, memang rasa kalau boleh tak nak keluar rumah. Tapi sebab kerja memang hari-hari kena keluar. Lepas tu, rasa malu sangat-sangat bila kawan tegur ada jerawat nanah. Hmm, nak picit jadi lebih teruk pulak nanti."

Cukup! Tidak perlu saya sambung luahan hati anda. Hanya insan-insan yang mempunyai jerawat yang akan faham dan benar-benar terkilan dengan jerawat degil!

Tapi takkan dah nak putus asa? Mari saya kongsikan petua atasi jerawat dengan sayur dan buah semulajadi. Kaedah ini mungkin mengambil masa yang lama berbanding produk kosmetik, tapi percayalah! Anda akan berpuas hati melihat hasilnya.

Berikut merupakan 8 petua atasi jerawat dengan sayur dan buah semulajadi yang boleh anda amalkan di rumah.

Mudah, hanya perlukan kerajinan dalam diri anda. Selamat mencuba.


1) DAUN SIRIH
Daun sirih boleh dikategorikan sebagai sayuran. Daun sirih sangat berkesan untuk menghilangkan jerawat degil. Caranya ialah dengan mengambil sehelai daun sirih dan rendam ke dalam setengah cawan air panas. Biarkan daun sirih layu. Kemudian, lapkan wajah anda dengan air daun sirih tadi. Biarkan wajah anda kering sendiri.

Petua Atasi Jerawat Dengan Sayuran dan Buah Semulajadi


2) AIR ASAM JAWA DAN KUNYIT HIDUP
Asam jawa dan kunyit sering digunakan dalam masakan. Namun, pernahkah kita terfikir bahawa dua benda ini membantu untuk mengatasi jerawat? Campurkan air asam jawa, beserta kunyit hidup yang telah ditumbuk halus. Kemudian, sapu pada wajah anda. Biarkan selama 20 minit sehingga 30 minit, Bilas. Amalkan sehingga jerawat benar-benar kecut.


Petua Atasi Jerawat Dengan Sayuran dan Buah Semulajadi


3) KULIT KAYU MANIS
Ambil sedikit serbuk kayu manis dan campurkan dengan madu. Sapu pada wajah sebelum tidur dan bilas pada keesokan harinya. Aamalkan 3x seminggu. InsyaAllah, ia mampu atasi jerawat degil anda. Bukan setakat mengecutkan, bahkan kulit kayu manis ini juga mampu membantu mengecilkan liang pori dan menghilangkan parut pada wajah. Tapi sudah tentulah anda perlu buat dalam tempoh 3-6 bulan. Bukan terus cantik 3-6 hari ok.
Petua Atasi Jerawat Dengan Sayuran dan Buah Semulajadi



4) DAUN LIDAH BUAYA
Ambil daun lidah buaya. Kisar dan sapukan lendir daun lidah buaya pada wajah yang berjerawat atau pun satu muka. Amalkan 3x seminggu. Selain mengecutkan jerawat, ia mampu menyegarkan wajah bagi mengelakkan wajah berminyak!


Cara Menghilangkan Jerawat Secara Tradisional


5) TIMUN
Hiris timun dan kisar. Kemudian, asingkan airnya. Hempas timun disapu pada wajah. Biarkan selama 30 minit dan bilas dengan air suam. Amalkan 3x seminggu. Oh ya, air timun jangan dibuang. Sebaiknya diminum kerana air timun sangat baik untuk kesihatan dengan membersihkan darah dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

Cara Menghilangkan Jerawat Secara Tradisional



6) LEMON
Ramai yang tidak tahu khasiat lemon sebagai penyahtoksin semulajadi dalam badan. Toksin dalam badan juga menajdi salah satu penyebab jerawat. Dengan mengamalkan minum air lemon setiap pagi, ia mampu untuk membuang toksin dalam badan sekaligus meningkatkan kesegaran kulit dan mengecutkan jerawat.


6 sayuran dan buah semulajadi di atas sangat berkesan untuk atasi jerawat. Anda boleh cuba, yang penting RAJIN kan diri. Jangan ingin cantik segera dan gunakan produk ada bahan kimia yang tinggi ok.

Nak sembang mengenai masalah jerawat?
Hubungi saya ye...

Azie : 012-8660655

Sekian,

Salam sayang,

Azieyana Aziz,
SID 1185491


FB: Zie Azieyana

CARA MENGHILANGKAN BEKAS JERAWAT DENGAN SERBUK PROTEIN SEMULAJADI

Jerawat dan bekas jerawat sebabkan wajah anda kusam dan tidak berseri?
Nak tahu cara menghilangkan bekas jerawat dengan serbuk protein semulajadi dan berkesan?

Teruskan pembacaan anda.

Masalah jerawat dan bekas jerawat banyak dikaitkan dengan cara pemakanan seseorang.
Menurut Dr Peter (Salah seorang ahli Persatuan Dematologi Malaysia) individu yang mempunyai diet tinggi kandungan gula dan produk tenusu akan cenderung mempunyai masalah jerawat dan wajah berminyak.


Kandungan gula yang tinggi dan produk tenusu mengundang jerawat dan masalah kulit berminyak


Ini kerana kandungan gula dan produk tenusu akan menyebabkan penghasilan minyak yang berlebihan pada sebum wajah dan meransang pembentukan jerawat.



Kelebihan ESP Shaklee untuk hilangkan jerawat dan bekas jerawat

ESP merupakan soya yakni sumber protein semulajadi yang didatangkan dalam serbuk sebagai makanan tambahan untuk kesihatan.

ESP dicipta oleh Dr Forest Shaklee pada tahun 1961 dan merupakan soy isolated pertama didunia. Ia dihasilkan daripada soya berkualiti tinggi non-GMO.



Apa itu isolated dan non-GMO?

Isolated atau pun isolation merupakan proses pengasingan yang menghasilkan produk yang terdiri daripada 93 sehingga 97 % protein dengan cara membuang lemak dan karbohidrat. Protein yang terhasil daripada soya yang berasaskan tumbuhan menyediakan semua 9 asid amino yang diperlukan badan untuk membaiki, membina dan membantu mengekalkan tisu dalam badan manusia

Non-GMO pula merupakan non-genetically modified organism. Bahasa mudahnya, bahan makanan yang tidak dicampur dengan bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan manusia. 



Jika anda selalu mendengar perkhabaran soya tidak baik untuk kesihatan, ini kerana kandungan soya tersebut adalah GMO. Proses ekstrak soya diambil dari soya yang mengandungi baja kimia seperti nitrat untuk meningkatkan penghasilan soya tersebut. Kerana itu, kajian mendapati individu
yang meminum soya kotak mempunyai kecenderungan tinggi untuk mendapat kanser. Kerana bahan kimia yang terdapat pada soya tersebut. 




Sebaliknya, ESP ditanam dan dijaga tanpa baja kimia, sehingga proses menghasilkan ekstrak soya serbuk juga dikawal suhu penghasilannya untuk mengelakan protein soya tersebut musnah.


Kajian mengenai ESP Shaklee yang turut dikaji oleh pihak ke-3


Bagaimana ESP membantu menghilangkan jerawat dan bekas jerawat?

ESP mengandungi protein yang berkualiti tinggi. Protein berasaskan tumbuh tumbuhan sebenarnya lebih baik berbanding protein daripada haiwan seperti daging, ayam dan ikan. Protein diperlukan oleh badan kita untuk memperbaiki sel dalam tubuh.


Penghasilan minyak yang berlebihan pada wajah juga menggambarkan sel tubuh kita yang tidak sihat. Dengan mengamalkan ESP, ia akan membantu memperbaiki sel yang mengawal penghasilan minyak pada wajah. Bila penghasilan minyak pada wajah berada pada paras yang normal, maka ia dapat mengelakkan wajah berminyak, sekaligus mengelakkan pertumbuhan jerawat.

Bahkan, dengan ESP, ia juga dapat membantu menghilangkan bekas jerawat pada wajah. Ini kerana bekas jerawat atau parut jerawat juga merupakan petanda sel di bawah lapisan kulit kita telah rosak. ESP bantu baiki sel rosak yang terzahir menjadi bekas jerawat pada wajah.



Untuk kesan pantas, ESP boleh digabungkan bersama dengan GLA dan Vitamin C!. Ketiga-tiga produk ini pasti akan menghilangkan jerawat dan bekas jerawat anda dengan cepat dan berkesan!

GLA untuk kecutkan jerawat

Masalah jerawat disebabkan oleh hormon sudah tentu tidak dapat diatasi dengan produk skincare, Ia memerlukan pembetulan dari dalam. Bagaimana nak betulkan hormon? Boleh ka betulkan hormon?
Sudah tentu boleh. GLA mengandungi gamma linolik asid yang diperlukan untuk mengatur kitaran haid dan menstabilkan hormon. Bila hormon anda stabil, ia dapat membantu mengurangkan pertumbuhan jerawat, bahkan pengambilan konsisten dapat menghilangkan masalah jerawat secara total!

Vitamin C bekalkan collagen

Vitamin C sangat penting untuk tingkatkan collagen bagi membantu mengawal penghasilan minyak normal pada wajah. Vitamin C juga membantu meredakan keradangan pada wajah akibat pertumbuhan jerawat. Penghasilan collagen dalam badan akan bantu menghilangkan bekas jerawat dengan cepat!



Jom lihat testimoni ESP, GLA, dan VitaminC untuk menghilangkan jerawat dan bekas jerawat.


Testimoni 1: Cara Menghilangkan Bekas Jerawat dengan Serbuk Protein Semulajadi


Testimoni 2: Cara Menghilangkan Bekas Jerawat dengan Serbuk Protein Semulajadi

Testimoni 3: Cara Menghilangkan Bekas Jerawat dengan Serbuk Protein Semulajadi

Testimoni 4: Cara Menghilangkan Bekas Jerawat dengan Serbuk Protein Semulajadi


Bonus untuk mereka yang ingin mendapatkan berat badan ideal, ESP membantu memberi rasa kenyang yang lebih lama. Indeks Glisemik yang rendah pada ESP akan menghuraikan karbohidrat secara perlahan-lahan berbanding nasi mahupun roti yang lebih cepat. Ia menyebabkan anda kenyang lebih lama. Jadi, kecenderungan untuk anda makan dalam kuantiti yang berlebihan adalah kurang. Akak sendiri dah turun sebanyak 7 kg dalam tempoh 3 bulan pengambilan.

Nak hilangkan bekas jerawat dengan serbuk protein semulajadi dan  berkesan? Hubungi saya untuk sesi konsultasi di  012-8660655

Sekian, salam sayang.

Azieyana Aziz,
SID 1185491

Contact Form

Name

Email *

Message *

Copyright © Jom Tampil Sihat Dan Yakin bersama Shaklee Made with ❤ by azhafizah.com