Monday, 27 March 2017

PETUA ATASI MASALAH JERAWAT DENGAN BAHAN SEMULAJADI YANG MUDAH

"Dah puas pakai krim macam-macam, masalah jerawat tetap sama. Paling teruk setiap kali tukar krim wajah akan jadi lebih teruk. Semua sebab bahan kimia dalam krim. Masalah jerawat memang menyakitkan hati, menyiksa jiwa dan menjatuhkan keyakinan diri. Bila jerawat tumbuh, memang rasa kalau boleh tak nak keluar rumah. Tapi sebab kerja memang hari-hari kena keluar. Lepas tu, rasa malu sangat-sangat bila kawan tegur ada jerawat nanah. Hmm, nak picit jadi lebih teruk pulak nanti."








Cukup! Tidak perlu saya sambung luahan hati anda. Hanya insan-insan yang mempunyai jerawat yang akan faham dan benar-benar terkilan dengan jerawat degil!



Tapi takkan dah nak putus asa? Mari saya kongsikan petua atasi jerawat dengan bahan semulajadi yang mudah. Kaedah ini mungkin mengambil masa yang lama berbanding produk kosmetik, tapi percayalah! Anda akan berpuas hati melihat hasilnya.


Berikut merupakan 6 petua atasi jerawat dengan bahan semulajadi yang boleh anda amalkan di rumah.

Mudah, hanya perlukan kerajinan dalam diri anda. Selamat mencuba.


1) DAUN SIRIH
Daun sirih boleh dikategorikan sebagai sayuran. Daun sirih sangat berkesan untuk menghilangkan jerawat degil. Caranya ialah dengan mengambil sehelai daun sirih dan rendam ke dalam setengah cawan air panas. Biarkan daun sirih layu. Kemudian, lapkan wajah anda dengan air daun sirih tadi. Biarkan wajah anda kering sendiri.

Petua Atasi Masalah Jerawat Dengan Bahan Semulajadi


2) AIR ASAM JAWA DAN KUNYIT HIDUP
Asam jawa dan kunyit sering digunakan dalam masakan. Namun, pernahkah kita terfikir bahawa dua benda ini membantu untuk mengatasi jerawat? Campurkan air asam jawa, beserta kunyit hidup yang telah ditumbuk halus. Kemudian, sapu pada wajah anda. Biarkan selama 20 minit sehingga 30 minit, Bilas. Amalkan sehingga jerawat benar-benar kecut.





3) KULIT KAYU MANIS
Ambil sedikit serbuk kayu manis dan campurkan dengan madu. Sapu pada wajah sebelum tidur dan bilas pada keesokan harinya. Aamalkan 3x seminggu. InsyaAllah, ia mampu atasi jerawat degil anda. Bukan setakat mengecutkan, bahkan kulit kayu manis ini juga mampu membantu mengecilkan liang pori dan menghilangkan parut pada wajah. Tapi sudah tentulah anda perlu buat dalam tempoh 3-6 bulan. Bukan terus cantik 3-6 hari ok.
Petua Atasi Masalah Jerawat Dengan Bahan Semulajadi



4) DAUN LIDAH BUAYA
Ambil daun lidah buaya. Kisar dan sapukan lendir daun lidah buaya pada wajah yang berjerawat atau pun satu muka. Amalkan 3x seminggu. Selain mengecutkan jerawat, ia mampu menyegarkan wajah bagi mengelakkan wajah berminyak!


Petua Atasi Masalah Jerawat Dengan Bahan Semulajadi


5) TIMUN
Hiris timun dan kisar. Kemudian, asingkan airnya. Hempas timun disapu pada wajah. Biarkan selama 30 minit dan bilas dengan air suam. Amalkan 3x seminggu. Oh ya, air timun jangan dibuang. Sebaiknya diminum kerana air timun sangat baik untuk kesihatan dengan membersihkan darah dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

Petua Atasi Masalah Jerawat Dengan Bahan Semulajadi




6) LEMON
Ramai yang tidak tahu khasiat lemon sebagai penyahtoksin semulajadi dalam badan. Toksin dalam badan juga menajdi salah satu penyebab jerawat. Dengan mengamalkan minum air lemon setiap pagi, ia mampu untuk membuang toksin dalam badan sekaligus meningkatkan kesegaran kulit dan mengecutkan jerawat.


6 bahan semulajadi di atas sangat berkesan untuk atasi jerawat. Anda boleh cuba, yang penting RAJIN kan diri. Jangan ingin cantik segera dan gunakan produk ada bahan kimia yang tinggi ok.


Nak sembang mengenai masalah jerawat?
Hubungi saya ye...

Azie : 012-8660655


Sekian,

Salam sayang,

Azieyana Aziz,
SID 1185491


FB: Zie Azieyana

Saturday, 25 March 2017

PUNCA DAN JENIS JERAWAT

Jerawat merupakan keadaan biologi yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan. Jerawat sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak terutamanya kulit wajah. Bila cakap pasal jerawat, memang ramai yang akan stress lebih-lebih lagi yang ada jerawat kronik. Walaupun dah cuba pakai bermacam-macam produk, jerawat tetap ada.

Kajian yang dijalankan oleh pengamal perubatan dermatologi mendapati terdapat hampir 50 jenis jerawat telah menjadi masalah baik kepada wanita mahupun lelaki. Jerawat yang juga dikenali sebagai “Acne Vulgaris”, ialah masalah kulit yang berlaku pada Pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak) pada bahagian kulit. Masalah jerawat selalunya sering dialami oleh golongan remaja akil baligh dan dewasa disebabkan oleh perubahan hormon badan yang normal.







Bagaimana Jerawat Berlaku?


Jerawat berlaku apabila terdapat kecederaan pada tisu utama yang disebabkan oleh bintik putih (white head) dan bintik hitam (black head). Bintik putih atau whitehead yang tercemar dalam keadaan berminyak dan lembap pula akan menyumbang kepada pembentukan bintik hitam atau juga dikenali sebagai bachead,

Bintik-bintik hitam (black heads) mengandungi sumbatan sebum (iaitu bahan berlemak yang dihasikan oleh kelenjar minyak). Kebiasaannya, bintik hitam sukar untuk dikeluarkan kerana ruang folikel yang kecil jika dibandingkan dengan saiz bintik hitam yang besar. Apabila kandungan sebum dibawah/dalam ruang folikel itu bertambah maka ruang folikel akan terhakis dari dalam dan membesar. Perkara ini  akan menyebabkan kecedaraan pada lapisan kulit wajah. Kecederaan dalam lapisan kulit wajah akan menyebabkan nanah dalaman dan akhirnya terbentuklah jerawat.

BAGAIMANA LAGI JERAWAT BERLAKU?

Selain itu, jerawat juga berlaku terjadi akibat pertumbuhan bakteria Propionibacterium acnes yang mengisi ruang-ruang folikel rambut yang terbuka dan mudah terdedah kepada kotoran. Bukan itu saja, Propionibacterium acnes juga sangat mudah terdedah dengan kelembapan dan menyebabkan pengoksidaan luaran berlaku. 

Pengoksidaan luaran yang berlaku akan menyebabkan bakteria membiak dengan lebih cepat dengan menyerang lapisan kulit dalaman dan menyebabkan berlaku keradangan pada wajah dan sekali lagi jerawat berlaku.

TAHAP KRONIK JERAWAT
Jerawat boleh dikategorikan mengikut tahap seperti berikut:

Jerawat Ringan
Masalah jerawat hanya diketogorikan sebagai ‘ringan’ sekiranya jumlah lesi (jumlah bintil merah/nanah putih yang tercela) kurang dari 30.

Jerawat Sederhana
Manakala jumlah lesi dari 30 hingga 125 akan dikategorikan sebagai masalah jerawat ‘sederhana’. 
Jerawat Kronik
Apabila jumlah lesi telah melebihi 125, maka masalah jerawat itu akan dikategorikan sebagai ‘kronik’.




Jerawat biasanya menyerang remaja yang berusia antara 14 hingga 19 tahun kerana pada waktu itu berlakunya suatu bentuk perubahan hormone yang agak agresif. Perubahan hormon yang agresif menyebabkan penghasilan minyak berlebihan yang mendorong penghasilan whitehead dan blackhead. 

Penghasilan whitehead dan blackhead merupakan faktor utama jerawat berlaku! Oleh itu, jangan hairan jika jerawat anda muncul pada ketika ini. Jangan gunakan produk berasaskan bahan kimia kerana ia akan menjadikan jerawat anda bertambah kronik.




Jika anda mempunyai masalah jerawat kronik, seeloknya berjumpa dengan pakar kulit atau pakar kecantikan untuk scan masalah kulit anda. Jangan terburu-buru menggunakan produk baru yang berada di pasaran. Jangan bila wajah jadi tambah rosak baru nak menyesal.

Kalau nak kenalpasti tahap jerawat anda, boleh Whatsapp saya di 0128660655. Saya akan cuba bantu kenalpasti masalah jerawat anda.



Sekian, salam sayang.

Azieyana Aziz,
SID 1185491

FB: Zie Azieyana





Contact Form

Name

Email *

Message *

Copyright © Jom Tampil Sihat Dan Yakin bersama Shaklee Made with ❤ by azhafizah.com