Thursday, 23 March 2017

5 MASALAH UTAMA IBU BERPANTANG


Tahu tak, ramai ibu berdepan dengan pelbagai masalah ketika proses berpantang akibat kurang ilmu dan persediaan ibu berpantang. Bila kurnag persediaan dan ilmu, maka terjadilah masalah-masalah ketika berpantang. Sedangkan ketika berpantang ini kita seharusnya menjaga tubuh kita dengan sebaiknya agar proses baik pulih sel kita akan dapat berjalan dengan baik. Tapi bila sambil lewa ketika berpantang, jadilah masalah yang tidak kita ingini.





1. BENTAN
Bentan merupakan satu keadaan rasa lenguh dan sakit urat yang seirng berlaku kepada ibu-ibu selepas bersalin. Bila ibu-ibu mengalami bentan, seluruh badan akan terasa lemah dan lesu yang disertai demam.


Bagaimana bentan berlaku?
Bentan akan berlkau apabila ibu tidka berpantang makan dan minum. Contohnya sering minum air sejuk. Satu lagi sebab terlanggar benda keras. Terutamanya ibu jari kaki. Bila terkena, memang akan kena bentan. Huhhhh sakit!

Cara nak atasi bentan ni ialah ibu bersalin perlu diselimutkan dengan selimut tebal ketika tidur untuk meransang peluh. Bentan akan berkurangan  bila berpeluh. Tapi kena rehat secukupnya. Kalau ak berurut elakkan berurut pada bahagian berdekatan rahim ye.

2. SEMBELIT
Ha yang ni memang akan menjadi perkara normal. Hampir semua ibu selepas bersalin dalam tempoh pantang akan mengalami sembelit. Sembelit ni merupakan kesukaran membuang air besar kerana kesan jahitan masih baru, kurang air dalam badan, kurang kalsium dan magnesium untuk membantu pencernaan najis. Sebab itu, jadilah sembelit.

Cara nak atasi sembelit ialah dengan makan makanan yang mengandungi kalsium, protein  yang tinggi agar dapat membantu proses pencernaan. Boleh amalkan makan kurma, badam, kalau tak pun ambil supplimen yang tinggi kalsium dan magnesium macam ostematrix shaklee

3. RENGAT
Yang ni masalah yang ibu bersalin selalu tak perasan. Rengat  ni kesakitan yang berlaku pada perut dan rahim seolah-olah nak bersalin lagi!!!! Ya Allah ngeri tau tak?



Macam mana rengat ni boleh terjadi? Ha rengat ni berlaku sebab ada darah ibu yang tidka habis keluar bersama uri dan tertinggal di dalam rahim. Darah ini juga dikenali sebagai darah banral. Sebab tu ketika berpantang kena bertungku. Bertungku mula hari pertama pantang penting untuk membolehkan darah kotor yang tertinggal dalam rahim akan keluar bersama darah nifas.

4. BENGKAK SUSU
Bengkak susu ni ialah rasa sakit pada payudara ibu disebabkan air susu yang susah nak keluar. Cara nak atasi bengkak susu ni senang je sebenarnya. Lakukan tuam sejuk dan kemudian tuam panas. Lepas tuam, urut sekitar kawasan yang bengkak dan perlahan-lahan perah susu menggunakan tangan. Bila air susu semakin berkurang, maka bengkak susu akan reda.

5. BAYI DEMAM KUNING
Bayi demam kuning pun merupakan satu perkara yang sering berlaku. Sangat jarang bayi tidak demam kuning. Yang berbahaya ialah jika demam kuning bayi terlalu tinggi. Demam kuning berlaku sebab bayi belum dapat membuang najis dengan baik. Kalau nak kurangkan kuning, ibu kena makan makanan yang ada kandungan kalsium yang tinggi untuk menggalakkan pencernaan bayi.



Walaupun sekadar minum air susu ibu, semua nutrisi ibu akan turut diperolehi oleh anak.Contoh makan kurma, zaafaran. Boleh juga cuba supplimen macam herbalax yang mengandungi daun senna yang membantu najis dikeluarkan dengan cepat. InsyaAllah, mesti demam kuning anak akan cepat turun

Begitulah info mengenai 5 masalah utama ibu berpantang. Harap sebelum berpantang, ibu-ibu ambil berat mengenai panduan amalan berpantang ya. Bila kita ada ilmu mengenai berpantang dan kita amalkan, insyaAllah kurang masalah yang akan berlaku. Semoga ilmu ini bermanfaat dan semoga semua ibu berpantang sihat belaka hendaknya.

Wednesday, 22 March 2017

VITAMIN BERPANTANG UNTUK IBU BERSALIN CEPAT SEMBUH

Tempoh berpantang merupakan tempoh yang sangat penting untuk ibu-ibu bersalin merawat diri agar dapat sembuh seperti sedia kala. Walaupun sebenarnya amat sukar untuk ibu-ibu yang telah bersalin akan kembali kepada keadaan normal. Sebab lepas bersalin, memang banyak urat yang putus, banyak sel darah merah yang hilang, banyak kalsium dan magnesium yang turut hilang diambil oleh bayi kita. Sebab itu, orang yang baru bersalin akan berada dalam keadaan lemah.



Selalunya, tempoh berpantang minimi ialah 44 hari. Dalam tempoh ini, memang pelbagai amalan pantang yang harus kita ikuti agar ibu bersalin cepat sembuh. Namun begitu, selain daripada amalan berpantang, vitamin ketika berpantang juga sangat oenting agar ibu bersalin cepat sembuh.

Walaupun terdapat banyak vitamin di pasaran, saya tetap memilih Set Vitamin Berpantang Shaklee. Sebab apa? Terdapat banyak manfaat daripada set vitamin berpantang  shaklee yang akan membantu ibu bersalin supaya cepat sembuh.

1. Vitalea Shaklee
Ketika berpantang,ibu bersalin memerlukan nutrisi yang cukup dalam pemakanan mereka. Dalam artikel yang ditulis oleh Dr. Zubaidi, ibu yang baru bersalin memerlukan makanan tambahan tenaga sebanyak 500 cal daripada makanan mereka atau 2000 hingga 2500 kalori dalam sehari. Melalui pemakanan, ibu seharusnya memperolehi zat-zat yang telah hilang sepanjang tempoh kehamilan.




Selalu kan dengar ibu bersalin meroyan ketika dalam pantang? Kenapa meroyan ni slealu dihadapi oleh ibu bersalin dalam pantang? Sebab meroyan atau "post-natal depression" berlaku ekoran daripada tahap zink yang rendah dalam darah. 




Untuk pastikan ibu bersalin cepat sembuh dan stabil semula, ibu-ibu perlu pastikan ibu mendapat jumlah zinc yang seckupnya daripada pemakanan. Contoh makann yang mengandungi zink yang tinggi ialah sayur bayam, ketam, jamur dan kekacang. Tapi nak pastikan badan mendapat keperluan nutrisi lengkap dengan zinc, zat besi dan vitamin lainnya cukup dengan mengamalkan vitalea. Sebiji kapsul vitalea ini mengandungi keperluan lengkap vitamin yang diperlukan badan.

2. Ostematrix Shaklee
Selain daripada zinc, kalsium dan magnesium juga amat penting ketika berpantang. Ketika   proses bersalin, banyak kalsium dan magnesium digunakan kerana kedua-dua zat ini bertanggungjawab dalam mengecutkan rahim bagi mengeluarkan bayi. Perkara ini akan menyebabkan kandungan kalsium dan magnesium dalam darah sangat berkurangan dan perlu diganti ketika proses berpantang dengan mengamalkan pemakanan yang mempunyai kandungan kalsium dan magnesium yang tinggi seperti susu, badam. Paling mudah, untuk segera menggantikan kekurangan kalsium dan magnesium ialah dengan mengamalkan ostematrix. Dalam ostematrix dah ada kalsium dan magnesium yang lengkap untuk keperluan ibu bersalin dalam pantang. Amalkan vitamin ini ketika pantang akan mempercepatkan pemulihan tenaga.







3. ESP Shaklee
Disebabkan ibu berpantang memerlukan tenaga dua kali ganda daripada biasa, maka pengambilan ESP akan dapat membantu meningkatkan tenaga ibu. ESP yang juga merupakan protein berkualiti tinggi juga membantu memperbaiki sel-sel tubuh yang rosak sepanjang kehamilan dan bersalin.

Kelebihan utama ESP untuk ibu berpantang ialah ia meransang pengeluaran susu yang cepat untuk ibu. Kelebihan ini snagat penting untuk ibu-ibu yang mersakan pengeluaran susu mereka kurang atau ibu-ibu yang mempunyai pekerjaan luaran. Dengan ESP sebagai milkbooster, anda boleh pump susu dan simpan untuk keperluan bayi anda. Bonus untuk ibu-ibu yang ingin menurunkan berat, ESP ada kandungan lechitin yang membakal lemak tidak diperlukan badan. Jadi ia membantu untuk ibu-ibu mendapat berat abdan ideal!



Mesti semua berharap akan cepat sembuh kan bila berpantang? Kalau boleh, nak buat semua perkara secara normal dengan cepat. Jadi, selain amalkan amalan berpantang (rujuk di sini), ibu bersalin boleh mengamalkan vitamin berpantang agar ibu bersalin cepat sembuh. Jangan pandang remeh dengan amalan berpantang ya! Takut boleh jadi bentan dan rahim jatuh. Kalau jadi, pendarahan mungkin berlaku dan boleh mengancam nyawa ibu.

Semoga ilmu ini bermanfaat untuk kita semua.

Nak dapatkan vitamin berpantang untuk ibu bersalin cepat sembuh, boleh dapatkan dari saya ye.

Hanya perlu Whatsapp di 012-8660655

Sekian, salam sayang.

Azieyana Aziz,
SID 1185491

Contact Form

Name

Email *

Message *

Copyright © Jom Tampil Sihat Dan Yakin bersama Shaklee Made with ❤ by azhafizah.com