Wednesday, 7 December 2016

3 JENIS JERAWAT YANG WAJIB ANDA KETAHUI!

Anda hilang keyakinan diri?


Atau tak berani nak menonjol sebab masalah jerawat?

Mari saya bantu anda tingkatkan keyakinan diri dengan atasi masalah jerawat.

Sebelum itu, cuba anda lihat jerawat pada wajah anda. Secara amnya, terdapat 3 jenis jerawat yang utama.

     1)    Jerawat bengkak merah
     2)    Jerawat bermata atau bernanah
     3)    Jerawat pasir

Cuba kenalpasti, jerawat anda pada kategori yang mana?
Kenapa saya suruh anda kenalpasti?
Sebab dengan mengenalpasti jenis jerawat, ia boleh memberitahu kepada kita apakah punca utama jerawat anda.

Jerawat bengkak merah


Jerawat yang bengkak merah selalunya merupakan jerawat yang berpunca akibat ketidakstabilan hormon. Hormon yang tidak seimbang akan mengganggu sistem dalam badan kita sehingga tumbuh jerawat. Bila wanita period, jerawat  pasti tumbuh. Itu menandakan bahawa hormon dalam badan anda sedang tidak stabil.

Begitu juga saat kita stress. Stress akan menyebabkan hormon terganggu. Sebab itu selalunya individu yang belajar atau kuat bekerja akan ditumbuhi banyak jerawat. Dan jerawat tersebut jenisnya bengkak merah.

Jerawat bermata atau bernanah


Jerawat bermata atau bernanah merupakan jerawat yang berpunca akibat toksin yang banyak daam badan. Bila badan banyak toksin, toksin akan cuba keluat melalui liang roma. Dan terjadilah jerawat, paling selalu di bahagian belakang badan dan wajah kita. Jerawat yang keluar adalah jerawat bermata dan bernanah. Itu tandanya jerawat toksin.


Jerawat Pasir


Jerawat pasir berpunca akibat pengumpulan kalenjar minyak yang sangat besar di bahgain pori-pori wajah. Pengumpulan kalenjar minyak pada wajah akhirnya akan menyumbatkan liang-liang pori dan menyebabkan tumbuh jerawat yang bersaiz kecil iaitu jerawat pasir. Selain itu ia juga boleh disebabkan oleh penggunaan make up yang kerap tetapi tidak dibersihkan segera sehingga menyebabkan liang pori tertutup dan membentuk jerawat pasir.

Sekarang anda dah tahu jenis jerawat anda. Oleh itu, mari kita lihat apakah cara untuk atasi jenis-jenis jerawat tersebut.

Jerawat bengkak merah
     1)    Stabilkan hormon
     2)    Jaga waktu tidur
     3)    Kurangkan makan makanan yang berminyak

Jerwat bermata atau bernanah
     1)    Buang toksin dalam badan
     2)    Banyakkan bersenam
     3)    Kurangkan makan makanan yang berminyak

Jerawat Pasir
     1)    Kawal sebum minyak pada wajah
     2)    Kurangkan makanan berminyak
     3)    Bersihkan wajah dengan pencuci muka tanpa bahan kimia

Apakah produk yang boleh anda ambil untuk atasi ketiga-tiga jenis jerawat di atas?

Saya perkenalkan set jerawat Shaklee untuk anda.

Set Budget
     1)    Vitamin C
     2)    GLA
     3)    Gentle Deep Foaming Cleanser Nutriwhite

VITAMIN C




Anda tahu tak? Pengambilan Vitamin C dapat meningkatkan sistem imunisasi penentangan bakteria? Bakteria selalunya muncul akibat toksin yang banyak di dalam badan. Dengan mengambil vitamin C, bakteria dapat dilawan sekaligus toxin dapat dibuang melalui badan. Toxin yang dibuang akan keluar melalui air kencing.

Selain itu, vitamin C juga dapat meningkatkan penghasilan kolagen dalam badan. Kolagen amat penting untuk penjagaan kulit seperti mengurangkan penghasilan minyak pada wajah, menegangkan kulit serta mencerahkan kulit. Untuk individu yang berjerawat, kollagen akan bantu melindungi kulit dari bakteria jerawat di samping membantu memudarkan parut akibat jerawat.

GLA


Gamma linoleic acid (GLA) berfungsi untuk mengawal hormone dalam badan. Gangguan dan ketidakseimbangan hormon boleh dikawal dengan pengambilan GLA. Apabila hormon stabil, maka tiada lagi pembentukan jerawat bengkak merah.

Selain itu, pengambilan GLA ketika jerawat sedang tumbuh dapat membantu mengecutkan jerawat. Bahkan, GLA juga dapat mengawal penghasilan minyak pada wajah yang boleh menjadi punca jerawat pasir. Bila ambil GLA, tiada lagi wajah berminyak.


GENTLE DEEP FOAMING CELANSER NUTRIWHITE


Gentle Deep Foaming Cleanser Nutriwhite merupakan sejenis pencuci muka yang bebas bahan kimia dan paraben. Bahan asas ialah rumpai laut yang berfungsi untuk membuang kotoran pada wajah dan bahan yang tersumbat pada liang-liang pori. Bahan kedua ialah algae hijau yang berfungsi menyahtoksin dan melembapkan wajah manakala bahan ketiga ialah strawberry begonia yang berfungsi untuk mencerahkan wajah. Sangat sesuai digunakan untuk individu yang berjerawat pasir.


Jelas tak setakat ini?
Setelah anda kenalpasti jenis jerawat anda, anda perlu atasi dengan segera. Mudah sahaja dengan set jerawat Shaklee ini.

Anda boleh dapatkan set jerawat ini daripada saya. Kenapa daripada saya?
Sebab saya sangat arif dan pakar mengenai masalah jerawat. 8 tahun saya mempunyai masalah jerawat dan telah cuba pelbagai produk. Akhirnya setelah bertemu degan Shaklee masalah jerawat saya selesai. Dari situ saya mengikuti pelbagai kelas Shaklee untuk masalah jerawat. Kini, menjadi tanggungjawab saya untuk membantu anda.

Boleh hubungi saya di 0128660655 untuk info lanjut..
Saya akan berikan konsultasi cara pengambilan yang terbaik untuk anda.

Sekian,

Salam sayang,

Azieyana Aziz,
SID 1185491
FB: Zie Azieyana



3 CARA UTAMA SUPLIMEN BERTINDAK PANTAS ATASI MASALAH JERAWAT

Ramai sangat orang yang ada masalah jerawat. Kalau muka berjerawat ketika usia remaja, itu sangat logik. Sebab lingkungan umur 15 sehingg 25 tahun adalah lingkungan di mana hormon kita tidak seimbang disebabkan perubahan fisiologi badan dan juga keadaan seperti tekanan belajar.



Tapi selepas umur 25 tahun pun jerawat tetap ada. Dah cuba macam-macam produk, tapi jerawat hilang sekejap sahaja. Lepas tu ada semula. Bila muka berjerawat, memang sangat stress dan jatuhkan keyakinan diri.



Kalau anda dah cuba macam-macam produk tapi jerawat anda tetap anda, itu mungkin petanda bahawa badan anda kekurangan multivitamin. Kulit anda kekurangan nutrient untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh bagi melawan bakteria di dalam badan. Ia dizahirkan dengan cara jerawat tumbuh pada wajah dan bahagian belakang. 2 bahagian ini memang tempat tumbuh jerawat. Jadi jangan hairan kalau wajah dan belakang anda sering tumbuh jerawat.

Dalam entri kali ini, saya akan ceritakan 3 Cara Utama Suplimen Bertindak Pantas Atasi Masalah Jerawat. Info ini khusus untuk anda yang sudah seringkali bertukar produk untuk atasi masalah jerawat tetapi tidak menemui jalan penyelesaian.

3 Cara Utama Suplimen Bertindak Pantas Atasi Masalah Jerawat.

1. Menyahtoksin Badan
Tahukah anda badan yang banyak toksin merupakan salah satu punca jerawat berlaku. Badan yang bertoksin boleh disebabkan oleh cara pemakanan kita yang tidak sihat, serta terdedah dengan radikal bebas seperti pencemaran udara yang datang daripada asap kilang, kenderaan dan rokok.  Semua radikal bebas ini akan memusnahkan sel tubuh kita lebih cepat berbanding kadar kematian sel yang normal. Proses pertumbuhan semula sel juga akan menjadi lebih lambat jika badan kita mempunyai banyak toksin. Pekara ini akan menyebabkan badan kita menjadi lesu, sering jatuh sakit dan jerawat tumbuh pada wajah dan bahagian belakang.

Jadi bagaimana untuk menyahtoksin badan kita? 
Supplimen asas untuk menyahtoksin toksin daripada badan kita ialah Alfalfa Shaklee dan juga Herbalax Shaklee.

Alfalfa merupakan sejenis tumbuhan yang akarnya berada 3 meter di bawah tanah. Kedalaman akar alfalfa menyebabkan ia mengandungi nutrient yang lebih tinggi daripada tumbuhan lain. Paling penting, pengambilan alfalfa akan membantu proses detoks di dalam badan. Alfalfa akan menyahtoksin badan kita dengan mengeluarkan toksin lebih banyak melalui peluh dan najis. Anda boleh merasakan kesan pengambilan alfalfa seawal 2 minggu!




Herbalax pula khusus untuk menyahtoksin toksin daripada usus kita. Usus yang sihat akan memudahkan penyerapan nutrient untuk tubuh kita.



2. Membekalkan nutrient yang diperlukan badan
Badan yang tidak cukup keperluan nutrient akan menyebabkan kekebalan tubuh menjadi lemah. Bila kekebalan tubuh kita menjadi lemah, maka ia tidak akan mampu melawan serangan bakteria. Salah satu serangan bakteria ialah keradangan pada wajah. Keradangan pada wajah ini dizahirkan melalui jerawat.

Jadi apa yang perlu anda lakukan untuk memebekalkan nutrient yang diperlukan badan?
Vitamin terbaik yang lengkap dengan kesemua multivitamin yang diperlukan badan ialah Vitalea Shaklee. Tahukah anda disebabkan multivitamin lengkap dalam setiap kapsul vitalea ini, Tun Dr. Mahathir juga merupakan salah seorang pengamal vitalea.


Dengan mengamalkan vitalea, maka anda membekalkan nutrient yang diperlukan oleh badan anda. Nutrient lengkap ini akan meningkatkan kekebalan tubuh anda menentang bakteria sekaligus keradangan pada lapisan kulit iaitu jerawat!

3. Merawat masalah jerawat 
Bila badan kita mendapat keperluan nutrient yang lengkap, barulah proses merawat masalah jerawat akan berlaku. Supplimen penting untuk atasi masalah jerawat ialah Vitamin C dan GLA Complex Shaklee. Vitamin C merupakan suplimen yang sangat penting untuk kulit kita. Ini kerana vitamin C akan meningkatkan kadar penghasilan kolagen dalam badan kita. Kolagen ini pula penting sebagai pengikat kepada lapisan kulit kita dengan cara memperbaiki struktur kulit. Apabila wajah berjerawat, Vitamin C akan memainkan peranan untuk mengecukan, memperbaiki dan merawat keradangan pada wajah iaitu jerawat. 


GLA Complex juga bertindak lebih cepat mengecutkan jerawat apabila diambil bersama dengan Vitamin C. Kelebihan utama GLA Complex ialah mengawal penghasilan minyak pada wajah untuk tujuan menstabilkan kelembapan wajah bagi mengelakkan pertumbuhan jerawat. Kandungan vitamin E dalam GLA akan membantu memudarkan parut jerawat dengan lebih cepat.




Itulah 3 cara utama suplimen bertindak pantas atasi masalah jerawat. Oleh itu, anda yang sudah mencuba pelbagai cara untuk atasi masalah jerawat namun tidak berhasil, besar kemungkinan badan anda memerlukan suplimen tambahan untuk mengatasi kekurangan nutrient pada badan anda.

Testimoni Set Jerawat Shaklee boleh anda lihat lebih lanjut di sini

Untuk pertanyaan lebih lanjut, anda boleh hubungi saya di talian 012-8660655. Konsultasi khas akan saya berikan untuk anda yan membuat belian bersama saya.

Sekian, salam sayang.

Azieyana Aziz,
SID 1185491



FB: Zie Azieyana

Contact Form

Name

Email *

Message *

Copyright © Jom Tampil Sihat Dan Yakin bersama Shaklee Made with ❤ by azhafizah.com