Sunday 22 January 2017

JERAWAT BERNANAH SELEPAS 5 TAHUN GUNA PRODUK BERASASKAN BAHAN KIMIA

Saya percaya, mesti ramai yang senasib dengan saya kan. Muka berjerawat teruk selepas tersalah guna produk.

Macam saya, jerawat bernanah selepas 5 tahun guna produk berasaskan bahan kimia.

Jerawat bernanah


5 tahun pakai produk skincare yang tinggi bahan kimia. Start Dari form 4, matrik sampai tahun 2 degree. Sejak dari sekolah rendah sampai form 2 atlet sekolah. Jadi latihan di padang tu memang selalulah. Masa form 3 pun masih main netball dan muka gelap sangat masa tu. 

Masa umur 15 tahu ni almaklumlah, dah pandai main-main hati. Hahaha. Rasa malu masa tu bila ada kawan lelaki yang cuba nak usha tapi muka gelap. Jadi bila ada kawan ckp pakai skincare ni boleh putih dalam masa 2 minggu, kumpul duit untuk beli. Harga one set produk tu yang etrdiri daripada sabun pencuci muka, krim malam dan krim siang ialah RM 25.Umur 16 tahun RM 25 tu rasa mahal sangat dah. Lepas dah cukup duit, saya pun belilah produk tu.
Nama produk tu quin yen (pakai 3 tahun). Memang putih tak payah cakapla. Masuk kelas kawan-kawan cakap tebalnya pakai bedak. Padahal tak pakai bedak pun. Jadi memang hati berbunga-bunga sangat masa tu. Teruskanlah penggunaan produk tu.  Bila masuk matrik, Jerawat mula naik. Padahal sebelum tu, saya tak ada jerawat pun. Biar muka gelap sebab berpanas latihan olahraga, tetap tak ada jerawat. Tapi bila masuk marik, jerawat mula naik. Masa tu ingatkan dia naik sebab stress study hard kat matrik.(siapa budak matrik tahulah betapa strugglenya nak stay dekat matrik. yalah, kalau failed, kena buang terus. Tak mau tarik beg ala-ala af kan. Hehehe




Jerawat teruk bawah dagu tapi semakin berkurang


Jadi tak kisah pun pasal jerawat tu. Memang ingat jerawat sebab stress.
Masuk UMS, dah tak na guna krim quin yen tu lagi. Sebab rasa dah tak ada kesan pun. Lepas tu kawan jugak promote krim cpve (collagen plus Vit e). Tekstur dia sama macam quin yen cuma sabun dia je kot yang lain. Jadi guna lagilah CPVE ni sebab nampak kawan guna muka ploles uolss!
Lepas sebulan pakai memang Putih, siap kawan tegur pakai apa sebab pori-pori pun makin kecik. Kira flawless la, tapi Jerawat tetap ada. Banyak. Tak sedar lagi Pasal bahan kimia masa tu.
Pakailah CPVE ni selama 2 tahun. Yang geram tu sebab jerawat mak oiii merah-merah. Geram. Lepas tu sorang kawan cakap dia ada baca yang krim CPVE ni ada bahan kimia. Mula-mula tak percaya, tapi lepas baca sendiri, buang terus krim tu! Huhu

Lepas tu, saya pun stop tak guna apa-apa skincare. Tapi kulit makin kusam, jerawat tak surut-surut. Cuba skincare yang ada di farmasi kesihatan macam guardian watson jerawat tak hilang. Rasanya kulit muka dah tak boleh nak terima apa-apa pun masa tu.


Dipendekkan cerita, saya insaf dah guna skincare bukan-bukan. 
Lepas tu terbaca dalam satu blog pasal set jerawat shaklee. Saya ambil masa 8 bulan berfikir nak ambil ka tidak produk tu sebab dah takut sangat jerawat bertambah teruk. Tapi alhamdulillah, lepas ambil set jerawat shaklee tu, memang banyak perubahan. Jerawat kecut walaupun ambil masa 2 bulan. Lepas tu, saya dicadangkan untuk ambil Pencuci muka Nutriwhite Shaklee yang bebas bahan kimia. 
Masa mula-mula ambil, berlaku proses detox pada wajah lagi. Jerawat tambah banyak naik. Masa tu takut lagi. Tapi saya dimaklumkan yang itu merupakan healing process. Lepas sebulan, jerawat surut semula. tapi bekas jerawat yang hitam tu banyak sangat. 
Bekas hitam lepas jerawat kecut

Tapi yalah, guna produk bebeas bahan kimia yakni semulajadi ni memang makan masa untuk pulih. Saya redha je walaupun orang tegur muka macam kena cacar. Sedih jugak. Kalau ikutkan hati, nak order je skincare-skincare yang iklan dia janjikan seminggu dah flawless. Tapi sabar. Dan alhamdulillah, muka memang dah beransur pulih.

Muka sekarang. Masih ada jerawat tapi dah tak terok macam tahun lepas
Sekarang setia dengan nutriwhite shaklee ni. Memang Muka tak seputih pakai krim bukan-bukan, tapi yang penting selamat. Kalau tumbuh Jerawat pun cepat kecut.


Kalau yang masih tercari-cari skincare bebas kimia yg berbaloi, memang saya suggest nutriwhite skincare ni.
Ada masalah tersalah guna produk macam saya?
Boleh wassap saya di 012-8660655.
Saya kongsi cara saya atasi masalah jerawats saya.

Sekian, salam sayang.

Azieyana Aziz,
SID 1185491



FB: Zie Azieyana


1 comment:

  1. Assalammualaikum .
    Betul tu apa yang dikatakan oleh cik puan punya blog :)
    Jerawat yang kronik dan serius boleh mengurangkan keyakinan diri kita.Baca Tips Mengatasi Masalah Jerawat Berdasarkan Pengalaman Penulis Ini Sendiri. .Jangan risau, tiada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya. Kuncinya ialah sabar dan konsisten .

    ReplyDelete

Contact Form

Name

Email *

Message *

Copyright © Jom Tampil Sihat Dan Yakin bersama Shaklee Made with ❤ by azhafizah.com