Sunday 25 December 2016

APAKAH PUNCA YANG MENJADIKAN JERAWAT SEMAKIN TERUK SELAIN FAKTOR HORMON?

Bila bercakap mengenai masalah jerawat, mesti individu yang ada masalah jerawat akan lebih bersemangat. Kalau boleh, semua cara nak cuba untuk atasi masalah jerawat kan? Kalau boleh nak hilangkan jerawat cepat-cepat. Nak muka halus, mulus dan bebas jerawat!

Tapi, sebenarnya penting untuk anda faham setiap orang yang mengalami masalah jerawat mungkin disebabkan oleh faktor berbeza.

Bermula dengan akil baligh seseorang, jerawat pasti akan tumbuh disebabkan oleh masalah hormon.

Tapi. apakah punca yang menjadikan jerawat semakin teruk selain faktor hormon?

Jom ketahui punca yang menjadikan jerawat semakin teruk.


1) Hormon
Individu di usia 15-24 tahun cenderung mempunyai hormon yang tidak seimbang. Ia berpunca daripada permulaan akil baligh seseorang menyebabkan jumlah hormon testosteron, progesteron dan estrogen berada dalam keadaaan tidak stabil. Ada individu yang mencapai keseimbangan yang lebih cepat, dan ada individu yang mengambil masa lebih lama. Jerawat hormon selalunya tumbuh pada bahagian dagu dan dahi dengan keadaan bengkak merah.



2) Wajah berminyak
Minyak yang berlebihan akan mengaktifkan sebum penghasilan minyak dan mencetuskan berlakunya jerawat. Ini kerana wajah berminyak akan lebih mudah memerangkap kotoran pada wajah menyebabkan liang pori-pori tersumbat dan membentuk jerawat. Selain daripada ketidakstabilan hormon yang menyebabkan wajah berminyak, individu yang terlalu sering terdedah dengan cahaya matahari dan suhu yang panas akan menggalakkan sebum wajah lebih aktif berbanding biasa. Keadaan ini akan menyebabkan wajah berminyak dan mengundang jerawat. Jerawat disebabkan wajah berminyak selalunya adalah jerawat pasir.

Elakkan terdedah dengan panas, gunakan pelindung wajah yang mempunyai SPF dan gunakan pelembap wajah bagi menstabilkan penghasilan minyak pada wajah.



3) Badan banyak toksin
Kandungan makanan yang kita makan setiap hari akan menentukan tahap toksin di dalam tubuh kita. Makanan fast food, makanan berlemak, dan makanan yang mengandungi MSG yang tinggi akan menyimpan toksin lebih banyak dalam tubuh kita. Toksin yang tidak mampu dikeluarkan melalui najis akan dikeluarkan melalui kulit kita, terutamanya wajah dan bahagian belakang. Jerawat toksin digambarkan dengan jerawat bernanah.

Jaga pemakanan anda jika jerawat anda adalah jenis bernanah. Elakkan makanan berminyak, berlemak dan makanan yang mengandungi MSG yang tinggi. Makan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang lebih banyak.



4) Kulit Wajah yang sensitif
Kulit wajah yang sensitif akan menyebabkan jerawat tumbuh pada merata-rata bahagian wajah. Boleh jadi jerawat bernanah, jerawat membengkak dan jerawat batu. Ia disebabkan oleh lapisan kulit wajah yang menipis dan sel kulit yang tidak mampu menjalankan fungsi dengan baik. Penipisan kulit wajah selalunya disebabkan oleh penggunaan skincare yang berasaskan bahan kimia.

Oleh itu, untuk masalah jerawat disebabkan oleh kulit sensitif, pastikan anda menggunakan set penjagaan wajah bebas kimia. Contoh set penjagaan wajah bebas kimia khusus untuk masalah jerawat boleh anda baca di sini.



Teliti jerawat anda sekarang. Sudah kenalpasti jerawat anda berpunca daripada sebab yang mana?

Bagaimana pula cara untuk mengatasi kesemua punca di atas?

Baca dengan teliti info di bawah.

HORMON
Masalah jerawat disebabkan oleh hormon sudah tentu tidak dapat diatasi dengan produk skincare, Ia memerlukan pembetulan dari dalam. Bagaimana nak betulkan hormon? Boleh ka betulkan hormon?
Sudah tentu boleh. GLA mengandungi gamma linolik asid yang diperlukan untuk mengatur kitaran haid dan menstabilkan hormon. Bila hormon anda stabil, ia dapat membantu mengurangkan pertumbuhan jerawat, bahkan pengambilan konsisten dapat menghilangkan masalah jerawat secara total!





WAJAH BERMINYAK
Jika wajah anda berminyak disebabkan oleh kekerapan  pengambilan makanan berminyak, cubalah kurangkan makanan berminyak. Tapi jika ia juga berpunca daripada hormon yang tidak stabil dan mengaktifkan sebum penghasilan minyak apda wajah anda, jawapannya masih dengan mengambil GLA! Tambah dengan Vitamin C untuk tingkatkan collagen bagi membantu mengawal penghasilan minyak normal pada wajah. Vitamin C juga membantu meredakan keradangan pada wajah akibat pertumbuhan jerawat.



BADAN BANYAK TOKSIN
Terdapat pelabagi cara untuk membuang toksin di dalam badan. Antaranya ialah bersenam. Dengan bersenam, pengeluaran toksin dapat dikeluarkan melalui peluh. Selain itu, pengambilan makanan yang mempunyai fungsi detoks seperti lemon dan epal hijau juga sangat membantu meningkatkan pengeluaran toksin di dalam badan. Tapi bila dah jerawat kronik, ambil set detoks Shaklee yang terdiri daripada Herbalax dan Alfalfa sangat-sangat mujarab menyahtoksin badan anda dalam tempoh hanya 1 MINGGU!!!



KULIT WAJAH YANG SENSITIF
Yang ni tak ada jalan lain. Anda terpaksa berhenti menggunakan produk skincare anda! Selagi anda guna, selagi itu wajah anda akan bertambah sensitif. Tukarlah kepada produk yang berasaskan bahan semulajadi. Ada banyak produk berasaskan bahan semulajdi dan tidak berbahaya. Cuma harganya mahal berbanding berasaskan bahan kimia. Yalah, produk semulajadi susah nak proses berbanding campur-campur bahan kimia kan. SKII, La Soul, antara contoh skincare tanpa bahan kimia. Eh, Shaklee pun ada jugak tau, Nutriwhite dan Enfuselle. Enfuselle khusus untuk masalah jerawat! Anda ada banyak pilihan produk skincare yang selamat. Jangan sebab murah, anda pilih yang ada bahan kimia ok!




Saya dah kupas punca yang menjadikan jerawat semakin teruk selain faktor hormon.
Anda kini boleh atasi masalah jerawat anda dengan sangat mudah melalui vitamin semulajadi Shaklee.

Hanya perlu hubungi saya, dan saya akan berikan konsultasi mengenai cara terbaik atasi masalah jerawat anda.

Azieyana 012-8660655

Sekian, salam sayang.

Azieyana Aziz,
SID 1185491

FB: Zie Azieyana

No comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Copyright © Jom Tampil Sihat Dan Yakin bersama Shaklee Made with ❤ by azhafizah.com