Wednesday 7 December 2016

3 CARA UTAMA SUPLIMEN BERTINDAK PANTAS ATASI MASALAH JERAWAT

Ramai sangat orang yang ada masalah jerawat. Kalau muka berjerawat ketika usia remaja, itu sangat logik. Sebab lingkungan umur 15 sehingg 25 tahun adalah lingkungan di mana hormon kita tidak seimbang disebabkan perubahan fisiologi badan dan juga keadaan seperti tekanan belajar.



Tapi selepas umur 25 tahun pun jerawat tetap ada. Dah cuba macam-macam produk, tapi jerawat hilang sekejap sahaja. Lepas tu ada semula. Bila muka berjerawat, memang sangat stress dan jatuhkan keyakinan diri.



Kalau anda dah cuba macam-macam produk tapi jerawat anda tetap anda, itu mungkin petanda bahawa badan anda kekurangan multivitamin. Kulit anda kekurangan nutrient untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh bagi melawan bakteria di dalam badan. Ia dizahirkan dengan cara jerawat tumbuh pada wajah dan bahagian belakang. 2 bahagian ini memang tempat tumbuh jerawat. Jadi jangan hairan kalau wajah dan belakang anda sering tumbuh jerawat.

Dalam entri kali ini, saya akan ceritakan 3 Cara Utama Suplimen Bertindak Pantas Atasi Masalah Jerawat. Info ini khusus untuk anda yang sudah seringkali bertukar produk untuk atasi masalah jerawat tetapi tidak menemui jalan penyelesaian.

3 Cara Utama Suplimen Bertindak Pantas Atasi Masalah Jerawat.

1. Menyahtoksin Badan
Tahukah anda badan yang banyak toksin merupakan salah satu punca jerawat berlaku. Badan yang bertoksin boleh disebabkan oleh cara pemakanan kita yang tidak sihat, serta terdedah dengan radikal bebas seperti pencemaran udara yang datang daripada asap kilang, kenderaan dan rokok.  Semua radikal bebas ini akan memusnahkan sel tubuh kita lebih cepat berbanding kadar kematian sel yang normal. Proses pertumbuhan semula sel juga akan menjadi lebih lambat jika badan kita mempunyai banyak toksin. Pekara ini akan menyebabkan badan kita menjadi lesu, sering jatuh sakit dan jerawat tumbuh pada wajah dan bahagian belakang.

Jadi bagaimana untuk menyahtoksin badan kita? 
Supplimen asas untuk menyahtoksin toksin daripada badan kita ialah Alfalfa Shaklee dan juga Herbalax Shaklee.

Alfalfa merupakan sejenis tumbuhan yang akarnya berada 3 meter di bawah tanah. Kedalaman akar alfalfa menyebabkan ia mengandungi nutrient yang lebih tinggi daripada tumbuhan lain. Paling penting, pengambilan alfalfa akan membantu proses detoks di dalam badan. Alfalfa akan menyahtoksin badan kita dengan mengeluarkan toksin lebih banyak melalui peluh dan najis. Anda boleh merasakan kesan pengambilan alfalfa seawal 2 minggu!




Herbalax pula khusus untuk menyahtoksin toksin daripada usus kita. Usus yang sihat akan memudahkan penyerapan nutrient untuk tubuh kita.



2. Membekalkan nutrient yang diperlukan badan
Badan yang tidak cukup keperluan nutrient akan menyebabkan kekebalan tubuh menjadi lemah. Bila kekebalan tubuh kita menjadi lemah, maka ia tidak akan mampu melawan serangan bakteria. Salah satu serangan bakteria ialah keradangan pada wajah. Keradangan pada wajah ini dizahirkan melalui jerawat.

Jadi apa yang perlu anda lakukan untuk memebekalkan nutrient yang diperlukan badan?
Vitamin terbaik yang lengkap dengan kesemua multivitamin yang diperlukan badan ialah Vitalea Shaklee. Tahukah anda disebabkan multivitamin lengkap dalam setiap kapsul vitalea ini, Tun Dr. Mahathir juga merupakan salah seorang pengamal vitalea.


Dengan mengamalkan vitalea, maka anda membekalkan nutrient yang diperlukan oleh badan anda. Nutrient lengkap ini akan meningkatkan kekebalan tubuh anda menentang bakteria sekaligus keradangan pada lapisan kulit iaitu jerawat!

3. Merawat masalah jerawat 
Bila badan kita mendapat keperluan nutrient yang lengkap, barulah proses merawat masalah jerawat akan berlaku. Supplimen penting untuk atasi masalah jerawat ialah Vitamin C dan GLA Complex Shaklee. Vitamin C merupakan suplimen yang sangat penting untuk kulit kita. Ini kerana vitamin C akan meningkatkan kadar penghasilan kolagen dalam badan kita. Kolagen ini pula penting sebagai pengikat kepada lapisan kulit kita dengan cara memperbaiki struktur kulit. Apabila wajah berjerawat, Vitamin C akan memainkan peranan untuk mengecukan, memperbaiki dan merawat keradangan pada wajah iaitu jerawat. 


GLA Complex juga bertindak lebih cepat mengecutkan jerawat apabila diambil bersama dengan Vitamin C. Kelebihan utama GLA Complex ialah mengawal penghasilan minyak pada wajah untuk tujuan menstabilkan kelembapan wajah bagi mengelakkan pertumbuhan jerawat. Kandungan vitamin E dalam GLA akan membantu memudarkan parut jerawat dengan lebih cepat.




Itulah 3 cara utama suplimen bertindak pantas atasi masalah jerawat. Oleh itu, anda yang sudah mencuba pelbagai cara untuk atasi masalah jerawat namun tidak berhasil, besar kemungkinan badan anda memerlukan suplimen tambahan untuk mengatasi kekurangan nutrient pada badan anda.

Testimoni Set Jerawat Shaklee boleh anda lihat lebih lanjut di sini

Untuk pertanyaan lebih lanjut, anda boleh hubungi saya di talian 012-8660655. Konsultasi khas akan saya berikan untuk anda yan membuat belian bersama saya.

Sekian, salam sayang.

Azieyana Aziz,
SID 1185491



FB: Zie Azieyana

No comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Copyright © Jom Tampil Sihat Dan Yakin bersama Shaklee Made with ❤ by azhafizah.com